adsense

19 October, 2008

Perkahwinan Arab





Perkahwinan Arab, berhijab.



Klik Strange Pictures untuk melihat koleksi penuh gambar.

17 October, 2008

Cara mudah menghafal surah yassin





Selamat mencuba dan semoga bermanafaat. Download:




Kelapa Gergasi






ABDUL RAZAK memegang buah kelapa gergasi yang
ditemuinya di rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang
semalam. Di depannya ialah buah kelapa bersaiz biasa.

BESAR. Jarang kita melihat buah kelapa sebesar dua biji bola sepak. Bagaimanapun, Abdul Razak Abdul Rani, 58, dari Kampung Tanah Liat di sini, mempunyai sebiji buah kelapa besar yang diambil di Tasek Gelugor, Bukit Mertajam, baru-baru ini.

"Inilah kali pertama saya melihat sebiji buah nyior luar biasa. terkejut saya melihatnya," katanya kepada Kosmo! di sini, semalam.Menurutnya, dia dan rakannya sebelum ini pergi mencari kelapa milik seorang penduduk di Tasek Gelugor sebagai persiapan untuk membuat ketupat sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri 28 September lalu.

"Semasa sedang mencari kelapa itu, sebiji daripada buah yang kami temui agak luar biasa berbanding dengan buah kelapa lain," katanya.Setelah dibawa balik ke rumah, ramai penduduk sekitar datang melihat buah kelapa itu.

Kapal terbang yang kita tak pernah lihat





Setakat ni, kapal terbang-kapalterbang ni belum pernah mendarat di KLIA, SAT dan sebagainya....






Layari STRANGE PICTURES untuk koleksi gambar kapal terbang pelik.

Korang mungkin tak sengaja...





1)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Termakan nasi sepinggan pada hari pertama puasa.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Lepas habis tiga pinggan nasi baru teringatkan puasa.

2)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terpegang tangan awek orang ketika berjalan di pasar malam.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Terpeluk pinggang awek tu sampai ke hujung pasar malam.

3)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Tertidur ketika sedang mengawal keselamatan premis selaku security

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Siap bawak bantal dan tikar serta membaringkan badan ketika bekerja.

4)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Tersilap masuk rumah jiran sebelah kerana pintunya sama dan tak berkunci pula tu.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Tersilap masuk dan kemudian tersilap bawa keluar barang-barang yang berharga.

5)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terambil dan terpakai duit rakan serumah yang tertinggal di atas meja.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Duit rakan serumah itu korang terambil di dalam dompetnya sewaktu dia tidur.

6)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terlewat beberapa minit ke tempat kerja kerana jalanraya sesak.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Terlewat hingga beberapa jam dengan alasan jalan tren komuter jem.
"

Malam jumaat





Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu

"Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Kasim pada Ani, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka

" Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu"

" Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran" balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?

"BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM"

" Bang anak? Anak dah tidur" Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat

" SODAQALLAHULAZEEM " Tu lah dahsyatnya malam Jumaat... ...

Mat rempit accident





Pada suatu hari.. seorang lelaki nama nya Atan (bukan nama sebenar) bercadang nak pegi beli rokok... oleh kerana transport die cume moto jer..die pon pegilah naik moto. Tapi mamat ni ade satu hobi.. die ni suke benor bawak moto lelaju walaupon jarak kedai tu 100 meter jer dari umah die.. maka si atan ni pon memulakan la pejalanan untuk ke kedai.

Sebelom kuar dari rumah, mak die pesan, "Atan, bawak moto bebaik. mak rase tak sedap ati jer la" Atan pon menjawab, "ala mak ni... Atan kan superman, takkan ader paper nyer. lagi pon, Atan cume nak gi kedai sebelah tu jer.. kannyer jauh sgt pon". Mak die pon menjawab, "suke ati ko lah tan... "

Kunci moto pon di pulas... vrommmmm(bunyi moto atan) dengan gaya supermannyer Atan bergerak dr umah. Tiba tiba sampai di suatu selekoh, seekor monyet yang entah dari maner munculnyer menyergah Atan. Apa lagi terperanjat beruk la si Atan... .maka dia hilang kawalan ke atas moto nyer dan menyebabkan die terlanggar tiang lampu berdekatan. maka atan pon jatuh terpelanting.. dan tidak sedarkan diri..

Secara kebetulan seorang pakcik (boleh jadik pangkat atuk la utk Atan) lalu di jalan tersebut..pakcik itu sungguh terkejut kerana melihat seekor monyet sedang cube mencurik helmet si atan lalu pakcik itu menghalau monyet tersebut. Tetapi helmet itu tidak dapat diselamatkan kerana telah di bawa lari oleh monyet itu. Tanpa melengah kan masa, pakcik itu pon pergi kepada Atan dan memeriksa jantung dan nadi si Atan.."uihh nampaknye idup lagi budak ni.."tapi alangkah terkejutnya pakcik itu apabila mendapati kepala Atan sudah terpusing 180 darjah, makna nya dah terbalik... ... dan tanpa bertanya dan berpiki ape2 pakcik tu pon terus membetul kan semula kepala atan dengan menghentap balik ke 180 darjah..

Tibe2 pakcik itu mendapati atan tidak bernafas lagi. Rupe-rupenye.. korang nak tau? Atan memakai jeket kulitnye terbalik. So memangla kepala die cam pusing ke belakang. (PAKAI baju TERBALIK LER)... Maka dengan tidak bersalah nya Atan mati di tangan pakcik tersebut.

pengajarannyer: Mat Motor ... ... ... ... ... ... ... .jangan suka pakai jaket terbalik

Seluar dalam pencuri








KUALA LUMPUR - Seluar dalam rupa-rupanya bukan lagi sekadar pakaian kerana ia juga berfungsi sebagai 'tempat' paling selamat' bagi segelintir pembantu rumah menyembunyikan barangan majikan yang dicuri.

Mereka dipercayai menyimpan barangan kemas dan wang majikan dalam seluar itu bagi mengelak majikan menemuinya semula di tempat lain.

Taktik itu terbongkar apabila seorang pembantu rumah terpaksa menceritakan kepada majikannya bahawa seluar dalam seperti itu memang ada digunakan oleh sesetengah pembantu rumah dari Indonesia .

Wanita itu terpaksa mendedahkan rahsia tersebut selepas dia sendiri disoal-siasat oleh majikannya, seorang pensyarah universiti yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah, 50.

"Saya dah banyak kali menjadi mangsa sehingga memaksa saya membuat pemeriksaan mengejut ke atas pembantu rumah baru-baru ini selepas barang kemas dan wang dalam beg duit saya hilang.

"Akhirnya saya jumpa seluar dalam berzip dan di situ dia menyimpannya,'' kata Faridah baru-baru ini.

Beliau menceritakan, pembantu rumahnya itu mengakui seluar dalam itu satu cara yang selamat dan berkesan untuk menyimpan barang curi.

"Saya pernah hilang cincin berlian berharga RM19,000 tetapi gagal menemui semula walaupun semua ahli keluarga menyelongkar bilik pembantu rumah.

"Satu-satu tempat tidak periksa ialah pada bahagian bawah badannya dan pada waktu itu saya tidak mengetahui dia memakai seluar dalam berzip,'' katanya dengan menambah, pembantu rumahnya itu sempat melarikan diri selepas itu

Sumber: Kosmo

Moral:
Jika anda anda "bibik", sila periksa seluar dalam mereka ..hoho! Tapi mesti dibuat oleh isteri, kalau suami jadi kes lain nanti....huhuhu

Kisah benar seorang pemuda Arab yang menuntut di Amerika





Assalamu'alaikum,

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Baca artikel penuh di Artikel Hangat

Sahabat





Kisah Pujian pada sahabat...
Ada seseorang memuji sahabatnya di hadapan seorang yang bijaksana. Lalu orang bijaksana itu bertanya kepadanya: "Adakah kamu pernah melihat ia menahan diri ketika marah?
"Belum," jawabnya.
"Adakah kamu pernah berpergian bersamanya dalam perjalanan yang jauh?"
Jawab lelaki tersebut: :Belum."
"Adakah kamu pernah berniaga bersamanya?"
"Belum," jawabnya lagi.
Lalu orang bijaksana itu berkata: "Kalau begitulah keadaannya, sahabat mu itu belum patut dipuji."


--
*Mutiara kata:
Hakikat HARTA: apa yang dimakan akan habis, apa yang dipakai akan lusuh, apa yang disedekahkan sahaja akan menjadi bekalan di hari kemudian nanti...

16 October, 2008

Hulur-hulurlah sikit






Inilah rumah Ummu Liza yang menempatkan 32 orang kanak2/ibu tunggal. Kelihatan sungguh daif kan?

Rumah Amal Baitul Kasih
32, Jalan U19/1
Taman Seri Buloh
Sungai Buloh.


Walaupun kita hidup agak senang dan mewah, namun tanpa kita sedari, masih ada insan2 di luar sana yang amat memerlukan bantuan kita. Marilah sama2 kita tunjukkan semangat prihatin kita sebagai rakyat Malaysia yang berhati mulia, dengan membantu mereka selagi terdaya. Insya Allah, semoga Allah memberkati kehidupan kita semua di dunia dan di akhirat kelak.

Baca artikel penuh -->

Saham Akhirat

Antara Sabar Dan Mengeluh





Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut."

(Riwayat al-Hakim)

Huraian :

1. Ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah.
2. Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaranNya adalah benar
dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan
atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja.

3. Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu

* saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya,
* orang munafiq yang sentiasa membencinya,
* orang kafir yang sentiasa memeranginya,
* syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya
* bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya.

Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.

4. Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan Allah SWT berfirman dengan maksudnya:"Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan". (al-Insyirah:6)

5. Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.

Poster Anti Merokok kreatif







Klik Hot Pictures untuk koleksi penuh poster.

Maybank2u berwajah baru







Terperanjat juga tengok Maybank2u hari ini dah lain. Ingatkan tersalah URL ke apa, bahaya. Rupanya memang Maybank2u dah berwajah baru. Nampak lebih cun tetapi agak slow sikit browsingnya. Nak login pun lambat. Berat agaknya. Baguslah kalau untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan penggunanya. Maklumlah orang sekarang ni makin pandai. Malangnya bukan ke jalan Allah tetapi gunakan kepandaiannya ke tempat yang bukan sepatutnya.

Nak ternak kambing?





Raya tu hari,balik kampung ramai kawan-kawan kampung dah jadi penternak lembu. Diaorang cakap untung berlipat ganda macam skim cepat kaya juga. Ops pelabur buluhmas jangan terasa pulak. Sebab lembu beranak dan cepat membiak. Bagus juga diaorang ni, duk kampung memang boleh cari duit senang kalau rajin berusaha.

Hari ni surfing terjumpa pula panduan menternak kambing. Bagus juga mamat ni jual buku panduan menternak kambing. Selalu ebook panduan cari duit internet jer. Menternak kambing ni katanya lebih untung dari ternak lembu.

Ok link website tersebut ialah --> Rahsia Kambing

Update Isu Melamin





Melamin: Larangan Pengimportan Agen Penaik 'Ammonium Bicarbonate' Dari China

PUTRAJAYA, 16 Okt (Bernama) -- Kerajaan hari ini melarang serta-merta pengimportan agen penaik 'ammonium bicarbonate' dari negara China berikutan bahan itu didapati mempunyai tahap melamin melebihi piawaian yang dibenarkan.

Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai berkata bahan penaik itu yang diimport dari negara-negara lain pula diletakkan di bawah pemeriksaan rapi sebelum dibenar masuk ke pasaran tempatan.

Beliau berkata tindakan larangan itu diambil apabila analisis yang dilakukan terhadap sampel produk dua kilang biskut tempatan, Khong Guan di Johor dan Khian Guan di Pulau Pinang mendapati 18 daripada 47 sampel biskut yang dianalisa melebihi tahap melamin yang dibenarkan iaitu 2.5 mg/kg atau 2.5 ppm.

"Hasil analisa menunjukkan hanya agen penaik 'ammonium bicarbonate' mengandungi paras melamin yang tinggi iaitu 33.4 ppm bagi kilang biskut jenama Khong Guan dan 508 ppm bagi kilang biskut jenama Khian Guan, dan sumber 'ammonium bicarbonate' bagi kedua-dua kilang biskut itu adalah dari negara China," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Serentak itu, Liow berkata kementerian telah mengarahkan 12 biskut jenama Khong Guan iaitu Biskut Soda, Biskut Lemon Puff, Biskut Lemon Pof, Biskut Butter Cream, Biskut Baby Fish, Biskut Healthy Cracker, Biskut Cocoa Puff, Biskut Sandwich Oren, Biskut Family Crackers, Biskut Bentuk Binatang, Biskut Gulung dan Biskut Mini Puff ditarik balik dari pasaran.

Enam biskut berjenama Khian Guan iaitu Biskut Creamy Chocolate, Biskut Lemon Puff, Biskut Square Puff, Biskut Cocoa Puff, Biskut Jagung Puff dan Biskut Campuran (Party) turut menghadapi tindakan yang sama, dan kementerian akan memantau dan memusnahkan mana-mana biskut itu jika masih berada di pasaran, katanya.

"Kami juga meminta mereka (Khong Guan dan Khian Guan) untuk menarik balik produk mereka yang lain secara sukarela sehingga ia mendapat kebenaran dari kementerian, dan mereka memberi kerjasama yang baik," katanya.

Liow berkata kementerian sedang mengenal pasti pengimport, pengedar dan pembekal 'ammonium bicarbonate' dari negara China, selain menjalankan pemeriksaan terhadap kilang biskut di seluruh negara dan jika terdapat 'ammonium bicarbonate' dari negara China digunakan, bahan serta biskut berkenaan akan disita dan sampel akan diambil bagi tujuan analisis.

Mengenai laporan CBC News semalam bahawa 'Julie's Crackers' yang diimport dari Malaysia telah dikesan mengandungi melamin melebihi tahap yang dibenarkan dan telah ditarik balik dari pasaran Taiwan, Liow berkata kementerian sedang menyiasat perkara itu.

Berkaitan laporan akhbar tempatan hari ini yang melaporkan bahawa susu pekat tawar jenama 'Mali' yang dikeluarkan syarikat Thailand mengandungi paras melamin yang tinggi, Liow berkata kementerian sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa Thailand mengenai hal berkaitan.

"Kita nak pastikan bahawa produk ini masuk ke negara ini atau tidak, dan jika ya kita akan arahkan larangan untuk pastikan ia tidak masuk ke pasaran tempatan," katanya.

Sementara itu Liow berkata, 14 lagi sampel produk makanan yang dianalisis kementerian didapati mematuhi piawaian melamin yang ditetapkan, menjadikan keseluruhan jumlah produk yang diisytihar bebas melamin sehingga kini ialah 138.

Produk-produk itu ialah Amoy Flour Vermicilli (Shun Shun Fuk), Animal Biscuits Chocolate Cream Certified (ZQ), Coconut Biscuits (Bairong), Creamy Peanut Butter (Lady's Choice), Creamy Peanut Butter (Skippy), Crunchy Peanut Butter (Kinus), Durian Cream Biscuits (Sanwa), Magic Chew Candy (Cap Layang), Marsh Mellow Blueberry Flavour Candy (Ego), Marsh Mellow Grape Jam Candy (Ego), Magnum Mini Classic Vanilla Flavoured Ice Cream With Chocolate Coated (WALL's), Peanut Butter & Chocolate Rice Crisp (Lady's Choice), Peanut Butter & Strawberry Flavoured Stripes (Lady's Choice) dan Sesame Paste Cookies (C7OK), katanya.

Liow berkata kementerian juga sedang cuba meningkatkan keupayaan makmal supaya sebarang analisa dapat dibuat dengan lebih pantas, termasuk peningkatan dari segi jumlah makmal, jumlah pekerja dan peralatan.

Pada masa ini kementerian mempunyai 14 makmal di seluruh negara, dan usaha penambahbaikan sedang dijalankan supaya analisa produk makanan, sepertimana yang dilakukan berkaitan kes pencemaran melamin ini dapat dibuat dengan lebih intensif, katanya.

-- BERNAMA

Fakta-fakta menarik






Fakta-fakta pelik yang kita tak tau :

* Duit kertas sebenarnya bukan di perbuat daripada kertas sebaliknya daripada kapas

* Perut bayi hanya boleh memuatkan susu sebanyak 60ml pada satu masa. Manakala perut orang dewasa mempunyai kapasiti paling maksimum ialah 1.5 liter. Namun lembu boleh memuatkan makanan sebanyak 300 liter dalam perutnya.

* Sebanyak 110,000 juta tan karbon dioksida memenuhi atmosphera setiap tahun kesan pembakaran petrol. Untuk menyerap semua gas tersebut, ia memerlukukan hutan seluas benua Australia.

* Sebanyak 4,082 kilogram bunga ros akan dapat menghasilkan hanya 0.972kg ekstrak untuk dijadikan bahan campuran di dalam pembuatan minyak wangi.

* Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga 22 kilogram.

Pemandu bas hina bayi penumpang





Seorang wanita hendak naik bas sambil menggendong bayinya. Pemandu bas mengatakan,

"Uish, bayi awak adalah bayi yang paling hodoh yang pernah saya tengok!".

Wanita tadi dengan marah mencampakkan wang tambang bas di kotak wang dan mengambil tempat duduk di belakang. Kemudian dia berusaha menenangkan dirinya. Seorang lelaki yang duduk di sebelahnya menyedari bahawa wanita tadi sedang marah lalu menanyakan apa sebabnya. Wanita tadi menjawab, "Pemandu bas itu menghina kakak!".

Dengan pantas lelaki itu berkata, "Tidak patut pemandu bas seperti dia menghina penumpangnya".

"Betul tu adik..", kata wanita itu, "Saya nak jumpa dia sekali lagi dan nak ajar dia...!".

"Itu idea yang bagus" kata lelaki itu, "Mari, biar saya tolong pegangkan monyet kakak."

*gambar hiasan

Suami yang jujur





Suatu malam, seorang pemuda datang ke sebuah restoran dan membeli beberapa ketul ayam goreng. Ia membawa ayam gorengnya ke taman, untuk dinikmati bersama kekasihnya di bawah sinar rembulan yang romantis. Ketika membuka bungkusan ayam goreng itu, pemuda itu terkejut Bukan ayam yang didapatinya, melainkan wang hasil penjualan restoran itu sebanyak RM1000. Pemuda itu kemudian mengembalikan wang itu dan meminta ayam goreng sebagai gantinya.

Pemilik restoran, merasa kagum atas kejujuran si pemuda, menanyakan namanya dan mengatakan hendak menelefon wartawan Metro dan TV3 agar membuat cerita tentang si pemuda. Ia akan menjadi pahlawan, sebuah contoh nilai kejujuran dan moral yang akan menjadi contoh kepada yang lain!

Namun pemuda yang sedang lapar itu menolaknya. "Kekasihku sedang menunggu . Aku hanya inginkan ayam gorengku."

Pemilik restoran menjadi semakin kagum atas sikap si pemuda yang begitu rendah hati. Ia terus memohon agar diizinkan menceritakan kejadian itu kepada wartawan. Pada saat itulah si pemuda jujur menjadi marah dan meminta ayam gorengnya.

"Aku tidak mengerti" kata pemilik restoran. "Anda adalah satu-satunya pemuda jujur di tengah dunia yang tidak jujur! Ini merupakan suatu kesempatan yang baik untuk mengatakan kepada dunia bahawa masih ada orang-orang jujur yang mau bertindak benar. Saya mohon, beritahukan nama anda dan juga nama wanita itu. Apakah ia isterimu?"

"Itulah masalahnya," kata si pemuda. "Isteriku ada di rumah dan wanita di dalam kereta itu adalah kekasihku. Sekarang berikan ayamku agar aku dapat pergi dari sini."

Hohoho jujur apakebendanya...
Blog Widget by LinkWithin