adsense

01 January, 2009

Ayat Pengesan Jin & Penawar Sihir





Sempena malam Jumaat, selepas menonton Puaka Niyang Rapik, saya terjumpa satu MP3 yang lengkap nmengandungi ayat-ayat pengesan dan penawar sihir

Khasiat Ayat Ini :-

Simptom yang akan didapati selepas mendengar :-

1)denyutan jantung makin kencang
2)badan bergegar
3)ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4)mengantuk/menguap
5)batuk
6)gelisah
7)panas di tengkuk

Selepas mendengar ayat ini, insyaalah dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita. Penjelasannya adalah mudah,jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui salruran darah kita,ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka,lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang. Bagi pesakit-pesakit sihir pula,jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar mp3 ruqyah syariah ini.Dan bagi kes saka,kita akan terasa panas ditengkuk.

Dengan mendegar mp3 ini, insyaAllah mampu menyembhkan penyakit - penyakit misteri antaranya :-

-Fikiran runsing/jiwa gelisah
-Menyembuhkan penyakit histeria,sihir dan saka
-Mengusir jin didalam badan,rumah dan premis perniagaan
-Ketengangan dalam rumahtangga
-Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam
-Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa
-Anak-anak mudah mendengar kata orang tua
-Menguatkan hafalan dan pembelajaran
-Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran
-Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan
Cara Menggunakan Mp3 Ini :

RUQYAH MP3 ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin,kerana fadhilat ayat2 tersebut amat mustajab bagi mengusir jin2 jahat/sihir serta memagar diri kita.Selain itu pesakit juga kena baca banyak-banyak dalam hati tak kira masa dan tempat zikir ‘THO HA’ (surah taha ayt 1) .Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa…Ini petanda segala jin-jin dalam tubuh kita beransur-ansur keluar…InsyaAllah..

Cara Khusus Untuk Tujuan Tertentu :-

1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

2)Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

3)Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

4)Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

5)Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.

6)Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.

Download Sekarang :-






Kredit kepada: Safwan Online

Bila lelaki jadi dayus





Ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila berlakunya perkara-perkara yang tersebut:-

1). Membiarkan kecantikan aurat , bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau berada diluar rumah.

2). Membiarkan isterinya balik lewat dari bekerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa , serta apa yang dibuatnya dipejabat dan siapa yang menghantarnya pulang.

3). Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan yang menyebabkan aurat mereka kelihatan.

4). Membiarkan anak perempuannya keluar bersama lelaki yang bukan mahramnya.

5). Membiarkan anak perempuan berdua-duaan bersama pasangannya.

6). Menyuruh , mengarahkan dan berbanggaisteri dan anak perempuan memakai pakaian seksi ketika keluar dari rumah.

7). Membiarkan anak perempuan mempamerkan aurat dihadapan jutaan manusia (contoh bila masuk tv).

8). Membiarkan isteri dan anak perempuan disentuh lelaki yang bukan mahram (contoh : pelakon yang berpelukan).

Terlalu banyak lagi perkara yang dapat menjadikan seorang lelaki itu menjadi dayus.Jadi sama-samalah kita mendalami ilmu agama ketika hayat dikandung badan..

Kenaikan gaji





Selamat tahun baru 2009, tahun baru gaji baru semoga semangat bekerja baru,azam baru atau renew azam lama hoho

Dari Karam Singh Walia
Kenaikan gaji itu amat penting bagi menjaga alam sekitar. Tanpa kenaikan gaji
manusia menjadi malas dan sampah akan bertaburan merata-rata bak kata pepatah:
Anak ayam makan dedak waktu pagi, anak itek makan sagu waktu petang
Orang tak ndak engkau bagi, orang hendak engkau larang
Saya Karam Singh Walia melapurkan untuk bulletin utama TV3

Dari Nordin Ahmad dalam filem Seri Mersing
Kajang pak malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Apa guna engkau balik lambat
Naik gaji belum tentu

Dari P.Ramlee dalam filem Ahmad Albab
Aku nak bagi kau naik gaji ka turun gaji ka kau apa peduli. Ini company Ahmad
Albab yang punya...

Buka seluar, angkat skirt





Seorang Guru ingin mengetahui sejauh mana kepintaran murid-muridnya. Dia bertanya satu soalan kepada seorang murid perempuan.

Guru : Bila kamu bertemu penjahat yang ingin memperkosa kamu, apa yang akan kamu lakukan?

Murid: Saya akan menaikkan skirt saya tinggi-tinggi!

Guru : HAH ! (terperanjat), lepas tu awak buat apa?

Murid: Saya akan suruh penjahat tu buka seluarnya.

Guru : Habis tu apa yang ... (Mula Khuatir)

Jeng! Jeng! Jeng!

Murid : Lepas tu, saya akan lari. Saya dapat lari laju jika skirt
saya diangkat, sedangkan penjahat itu susah nak kejar sebab seluarnya tersangkut di kaki ketika dilucutkan...

What were you thinking?

Berhati-hati limau mandarin





Hari Raya Cina dah dekat, maka akan berlambak-lambaklah limau mandarin di pusat beli belah dengan pelbagai harga dan pelbagai rasa yang dibeli bukan bangsa Cina sahaja. Orang Melayu, India pun beli juga kerana rasanya yang sedap dan murah.

Tetapi untuk tahun ini berhati jika anda hendak membeli limau mandarin takut terbeli limau mandarin berulat! Di negara China telah menghapuskan beribu tan buah limau mandarin tetapi dikuatiri ada juga peniaga yang mengambil kesempatan.





Lihat artikel penuh --> Health Tips

31 December, 2008

Kung Fu kucing





Kalau yang ikuti filem-filem kung fu, biasa dengar kung fu mabuk, kung fu naga dan sebagainya. Yang ni pula kung fu kucing, tetapi kucing berkung fu.. Bukan gambar photoshop tetapi gambar-gambar yang dirakam secara tak sengaja.

Dapatkan lagi koleksi kucing kung fu di HOT PICTURES COLLECTION

Adibah Ahmad, mangsa kecanggihan internet






Adibah Ahmad

Menurut berita yang didengar di radio pagi tadi, polis sudah hampir menjejaki pihak yang bertanggungjawab menulis blog tersebut. Adibah Ahmad yang berasal dari Kedah sebelum ini telah lima kali membuat laporan polis mengenai ada orang yang menggunakan identitinya untuk menghina Nabi Muhammad SAW sejak 5 bulan lepas. Adibah Ahmad juga melaporkan telah melaporkan kepada SKMM.

Begitulah kecanggihan teknologi , boleh digunakan untuk kebaikan tetapi boleh juga memberi keburukan kepada manusia.

Jikalau PDRM ingin menyiasat melalui online seperti menjejak IP address ada sedikit masalah kerana tapak blog yang digunakan iaitu blogger.com dipunyai oleh syarikat luar negara (US). PDRM boleh meminta blogspot memberi IP penulis blog laknat tersebut itupun kalau blogger.com memberi kerjasama. Walaubagaimana pun, jika penulis blog laknat tersebut ada sedikit ilmu IT, dia boleh "hide" IP dia melalui laman proxy atau pun jika dia menggunakan kemudahan internet publik seperti Cyber Cafe,hot-spot,wi-fi dan sebagainya adalah sukar untuk mengesan IP penulis blog laknat tersebut.

Saya ramalkan PDRM akan berjaya menjejak penulis blog laknat tersebut tidak lama lagi. Mungkin dari siasatan offline melalui Adibah Ahmad atau teman lelakinya yang bekerja di Syarikat kereta mewah di KL.

Jikalau blogger laknat tersebut dapat dikesan, peluang untuk dia melepaskan diri adalah misi mustahil kerana saya yakin dengan kehandalan pakar forensik IT PDRM. Jika dia menggunakan komputer riba, kalau dia delete, buang cache malah format komputer riba dia sekalipun pakar forensik IT pasti dapat menemui bukti. Ini pernah berlaku semasa isu email fitnah Dato Siti Nurhaliza dahulu.

Oh ya, menurut berita tersebut "Polis hampir menjejak lelaki-lelaki yang terlibat" bermakna blogger laknat tersebut kemungkinannya bukan seorang tetapi diusahakan secara berkumpulan. Semoga diaorang dapat ditangkap dan dikenakan hukuman yang berat sebagai teladan kepada blogger-blogger lain.

Kilang Toyota di Japan





Orang Jepun memang kuat displinnya. Kira displin ni dah jadi budaya diaorang la . Selain dari tu budaya kerja kuat diaorang pun patut dicontohi. Kerana budaya rajin bekerja ni la timbul budaya karaoke pula nak kasi release tension bekerja.

Sebab tu Tun Dr M dulu suruh pandang ke Jepun, sebab tu banyak kilang/organisasi yang mengamalkan budaya 5's, QCC dan sebagainya. Tapi yang paling berjaya kita tiru ialah budaya berkaraoke gamaknya. Sampai sambil memandu pun boleh karaoke , hebatkan orang kita, karaoke mengalahkan orang Jepun.

Gambar di bawah antara amalan 5's yang dibuat di kilang Toyota, Jepun

Lain -lain gambar di kilang Toyota di HOT PICTURES COLLECTION.

Menginstall Iman Akibat Virus Merah Jambu





Pernah tidak kamu buka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang mengacau program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa buat hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu?

Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan. Dari berbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa software Iman.

Tapi survey juga membuktikan bahwa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi. Exe atau file C:ImanRajinIbadah. doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan didahului pertahanan iman yang cenderung menurun, dan virus merah jambu tersebar ke seluruh komputer hati mereka.

Next, kalau sudah begitu, apa yang terjadi? Maka mulailah virus ini bekerja mengacaukan sistem, program-program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih redha-Nya. Namun banyak juga yang suka dengan penampilan syaitan tersebut. Yang pada akhirnya virus ini membuat `hang' pusat sistem otak saraf dan akal mereka. Yang kalau itu terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak saraf dan akal yang kita miliki. Menomborsatukan cinta pada sesama manusia, dan menomborduakan cinta pada Ilahi.

Tapi apakah itu semua dapat dicegah bagaimana caranya? Yang mesti kamu lakukan pertama, iaitu hilangkan dulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file cintadunia.exe. Lalu memasukkan disket anti virus yang berisi file sahsiah.exe yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akar-akarnya bila file tersebut dijalankan. Kalau anti virus tersebut tidak berhasil, maka kamu perlu menginstall kembali software imanmu. Kamu boleh pergi ke pusat-pusat yang menawarkan installer iman. Atau kamu boleh beli disket installer berisi file Aqidah.exe atau Imankuat.doc. Kalau sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hatimu bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak berulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar hati kita sentiasa jernih.

Rumah lain dari yang lain





Kalau manusia, fesyen rambut boleh membuatkan lain dari yang lain, sebab tu rambut remaja dan yang tak berapa nak remaja tu buat fesyen yang pelik-pelik yang kucing pun tak sanggup nak buat.

Kalau pakai tudung kan senang, tak payah nak berfesyen-fesyen sangat.. untuk perempuan la, kalau lelaki nak pakai tudung juga apa kejadahnyakan? Tapi.........tudung pun pelbagai fesyen juga, kalau tudung macam budak sekolah pakai tu jarang sangat dah jumpa perempuan pakai tudung jenis ni. Old fashion katanya.. paling sangkak pun tudung macam cerita Indonesia tu, senang dipakai,ringkas dan pendek hohoho. Kalau tudung bawal makin nipis makin mahal tau ...makin nampak telinga tu makin ada klas gitu....

Tapi setau saya, yang Nabi suruh ialah tudung yang menutup dada, berwarna yang tak menarik macam kelabu,hitam,coklat .. tapi diaorang kata...ooiii tu tudung orang tualah! Entahlah..korang fikirlah sendiri!

Kalau rumah pula, kalau nak lain dari yang lain, buatlah apa yang patut kat bumbung macam gambnar kat bawah ni. Gerenti kalau Mawi naik helikopter nak bersanding nampak punya!



Ada berani? Yusof Haslam pun tak berani huhuhu...Lain-lain gambar di STRANGE PICTURES

Doa Amalan Waktu Pagi





Kepada yang bekerja tu, kerja dululah. time lunch baru layan Isuhangat. Karang tak berkat gaji tu..

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepadaMu. Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmatyang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakankelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakankepada kami.


Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon rahmat dannikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohonsifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.

Aminn..

Kereta Era Baru







Layan lagi di blog AUTO SHOW

Peminat Roti Canai



\

Dari inbox admin


Seorang sahabat saya yang mengambil kursus Sport Science dari UPM memberitahu sekiranya kita mula bekerja pada umur 20 tahun dan makan sebiji roti canai setiap hari, kita mungkin tidak akan hidup sehingga umur 55 tahun. Kenapa?

Sebiji roti canai mengandungi kalori sama dengan 5 KM berjogging. Maknanya
sekiranya kita jogging sejauh 5 km, lepas tu kita sapu sebiji roti canai serupalah kita tak jogging langsung. Dah tu kadang-kadang sapu sampai 2 biji dan langsung tak jogging. Selain dari itu, terdapat so much oil in roti canai.

Nak uli tepung, taruh minyak, nak canai, taruh minyak, nak goreng taruh minyak. Dah tu, minyak tukang roti pun masuk sekali (peluh dia). Bila kita exercise, kita peluh. Penyakit keluar bersama peluh, itu pasal kita sihat bila berpeluh. Sekarang, kita makan tukang roti canai punya penyakit pulak.

Lagi satu, jangan makan roti canai yang tukang buatnya pakai cincin sebelah kiri. Faham-faham ajelah.

Kisah Mat Rock Kapak





Black, nama samaran yang diberikan pada members rock yang selalu lepak di Larkin Flat. Selalu rockers ini akan berkumpul ramai ramai dan ditemankan gitar tong. Biasa lah.. kalau dah bercampur,salah satu ada perangai macam setan.

Black mula terpengaruh dengan ganja. Nak diikutkan, Black ni budak baik.. tapi semenjak dia dah berjinak-jinak dengan drug ni, dia semakin liar. Selalu mata dia kuyu semacam aja, kalau dia tongkat dengan lidi mancis, mungkin patah lidi tu. Di pendek kan cerita, satu petang bila Black dah "pekena" dia pun kata kat geng-geng dia "Wa mau naik atas kat rumah wa, nanti wa turun lagi".

Black pun naik lif dan terus tekan butang tingkat 15. Masa tengah jalan kat koridor menuju rumah dia, Black terdengar ada suara memanggil dia. Black toleh ke belakang tapi satu ekor bayang pun tak ada. Dengan mata serta muka dia yang dah "high" dia jenguk pula ke bawah!

Perasan dia, dia nampak ada satu minah cun gila lambai-lambai dari bawah blok. ntah macam mana, Black tiba-tiba panjat tembok kat koridor tu sambil balas lambaian minah yang dia nampak dibawah tadi. Tak diduga, Black terjatuh dari tingkat 15. "Gedebuk!" (rasa-rasa macam tu lah sound effect kalau orang jatuh dari flat).

Members dia yang masih dibawah blok terperanjat berok bila diorang kenal orang yang jatuh. "Oiiiiiiii.. Black lah jatuh!!" "Eh!... . dia masih hidup lah!" Salah satu members Jack dengan pantas talipon Polis.Tak sampai 10 minit Polis dengan Ambulance pun datang kat tempat kejadian tu. Polis dengan ambulance attendance pun heran macam mana Black boleh survive.

Setelah Black di angkat kedalam ambulance, Black sempat mintak air dengan ambulance attendance. Masa memberi air, attendance tu pun tanya kat Jack... "Macam mana kau boleh survive jatuh dari tingkat 15?" Dengar muka Sardine dan yang masih stim tu lagi, Black jawap... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ..



vvvvvvvvvvvvv

vvvvvvvvvvv

vvvvvvvvv

vvvvvvv

vvvvv

vvv

v

.

"ROCK WILL NEVER DIE!!!!!!!"

Apa yang Anda Perlu Tahu Pasal Duit ?





Apa yang Anda Perlu Tahu Pasal Duit ?

Anda barangkali kadang-kadang keliru apabila disebut pasal duit.

  1. Buat duit ?
  2. Berapa duit ada ?

Selalunya anda tahu macam mana nak buat duit. Iaitu mempunyai pendapatan. Mencari pekerjaan yang boleh memberikan pendapatan bulanan. Buat bisnes yang boleh berikan pendapatan sampingan.

Income

  • Dapat duit gaji bulan-bulan itu adalah income.
  • Dapat duit sewa dari rumah itu adalah income.
  • Dapat dividen dari saham itu adalah income.
  • Dapat royalti dari penulisan buku, lirik dan sebagainya adalah income.
  • Dapat pendapatan dari hasil jualan bisnes juga adalah income.

Tapi bila anda ditanya berapa duit anda ada ? Ia merujuk kepada …

  • Berapa simpanan dalam akaun bank anda?
  • Berapa nilai duit dalam Tabung Haji?
  • Berapa banyak duit dalam ASB ?
Baca artikel penuh mengenai duit di ARTIKEL HANGAT

Lagi Gadis Hilang - Fatin Norehan ,15 tahun



Kepada kawan-kawan yang prihatin, saya minta tolong hantarkan (forward) email ini bagi membantu Pn Siti Hawa mencari anak perempuannya.

FATIN NORREHAN BINTI AHMAD , 15 Tahun



KEPADA SESIAPA YANG TERLIHAT REMAJA DIATAS SILA HUBUNGI PN SITI HAWA BT MOHD NOOR [H/P : 017 - 6844 503]

Bersama-samalah kita berdoa agar beliau kembali ke pangkuan keluarga yang tidak tenteram semenjak kehilangannya dari rumah pada hari Rabu, 17/12/2008.

Terima kasih di atas bantuan rakan-rakan sekelian.

Yang benar,
Asmani Mohd Ariff
Bhg Sumber Manusia
Terasaki Electric (M) Sdn Bhd

Keajaiban Berselawat



Nabi Muhammad SAW bersabda:

'Barangsiapa yang kesukaran pada menunaikan hajat/cita-citanya maka hendaklah dia memperbanyakkan membaca selawat untukku kerana sesungguhnya selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.'

Tolong sebarkan kepada kawan-kawan!
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillahwaktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillahwaktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktuuntuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikanTuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menujukebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yangmenggetarkan jiwa
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuathidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilaikeberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menujusyurga.

Kuasa USB



USB adalah singkatan dari Universal Serial Bus yang secara asasnya USB adalah antaramuka antara komputer dengan peranti-peranti elektronik yang lain seperti keyboard, mouse, pen drive, kamera digital, CD & DVD Writer eksternal, printer,portable harddisk dan yang paling popular dan digunakan oleh hampir setiap orang iaitu thumb drive (boleh juga dipanggail pen drive dan flash drive).

Komputer/laptop sekarang mempunyai sekurang-kurangnya 4 port USB dan jika tak cukup lagi kita boleh guna USB 4,6,8 dan mungkin lebih lagi yang berada di pasaran.

Kini USB telah dipelbagaigunakan lagi untuk kehidupan harian seperti gambar di bawah:



Kameja beraircond!!

Untuk maklumat lanjut, jom layan di STRANGE WORLD

29 December, 2008

Lawak pendek - 5+5 = 11



Sani murid tahun 2 yang agak lembab dan suka nyediri. Cik gu yang palig dia takut ialah Cik gu Kumar, guru mate sekolahnya. Dengar suara Sir Kumar menengkig rasa nak terkencing.. . suatu hari Sir Kumar memulakan kelas dengan menguji kecekapan conggak. semua murid berdiri dan kalau tak dapat jawab, berdiri atas kerusi. semua murid mesti jawab spontan.. tak boleh kira..

bila tiba giliran Sani, Sir Kumar menengking 5 + 5 berapa ? cepat!!!!!. Sani cuba mengira secara sorok. Dia masukkan kedua-dua tangannya dalam kocek seluar. Bergerak-gerak seluarnya kerana menghintung. .. rasa nak terkencing pun ada sebab takut... Sir Kumar senyum melihat telatah Sani. Cepat Sani.. 5 + 5 berapa.. 11 cikgu... ..
Sir Kumar senggih sambil keluar kelas...

Pil Viagra



Seorang wanita dalam usia awal 40an datang berjumpa doktor dengan wajah yang muram durja seraya berkata, 'suami saya begitu dingin sejak akhir-akhir ini.., saya perlukan pertolongan dari tuan'.

'kenapa puan tidak mencuba viagra ?, ia suatu penemuan hebat di abad ini!' ujar doktor tersebut.

'oh, please.. dia tak suka dengan ubatan dan pil rangsangan, dah puas saya memujuknya!'

'begini puan, puan boleh cuba tanpa disedarinya.. masukkan dalam minumannya.. dia takkan tahu sebab pil ini tiada perasa..' nasihat doktor itu lagi.

'ok,..saya akan cuba..' kata wanita tersebut sambil berlalu.

keesokan harinya datang lagi wanita tersebut dengan muka yang merah padam berjumpa doktor tersebut sambil berkata 'sungguh memalukan!..sungguh memalukan!'.

sambil terkejut doktor itu berkata '..kenapa, tak berkesankah?'

'oh tidak tuan doktor, kesannya amat semerta.. sambil minum petang semalam, saya ikut nasihat doktor.. setelah menghabiskan minuman, mukanya bertukar menjadi merah, terus menghumbankan semua isi meja ke lantai, merentap skirt saya dan mem..bla..bla..bla.. di atas meja makan itu juga !. ianya berlangsung hampir satu jam dan ini permainan yang paling hebat pernah saya rasa sejak 20 tahun lalu ..!'.

'habis.. apa masalahnya?' tanya doktor kehairanan.

'yelah.. mana saya nak letak muka dengan ibu, ayah, mertua, anak-anak dan pembantu rumah saya !!! kami sedang minum petang bersama-sama !!.

Adegan yang jarang kita lihat





Lihat lagi koleksi gambar di STRANGE PICTURES

Jangan makan McDonald!!!!



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

200 orang Palestin terbunuh akibat serangan terbaru Israel, ratusan mayat anak-anak dan orang awam berkelimpangan dijalan-jalan di kawasan terkepung Gaza, jajahan zionis laknatullah...

Masihkah anda mampu menjamah hanyirnya darah-darah ayam goreng dan meredhai wang anda membiayai pembunuhan tersebut..? ?

CELAKALAH ANDA !!
Jika anda melakukan dengan sedar dan tidak merasai apa-apa...

Jika lantaran kejahilanmu meratah garingnya kulit hanyir hasil usahawan laknatullah itu, biarlah hari ini menjadi kali terakhir sumbangan anda sampai kepada pembunuh kanak-kanak itu...

Jika anda masih jahil dan terus bergelumang dengan musuh Allah dan kemanusiaan itu, ketahuilah Allah lansung tidak hajatkan duit dan keujudan anda, sehinggalah anda meratapi dan bertaubat....

Jauhilah semua perniagaan dan produk-produk zionis laknatullah..

Seboleh mungkin elakkan bekerjasama dengan penyambung nasafnya, amerika yang dicucuk hidung !!

Gagal amerika, gagallah zionis..!!!

Senarai barangan zionis
http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html

Tunjuk perasaan anti Israel diadakan di banyak negara seperti Indonesia, Venezuela, Turki dan sebagainya. Di Malayisa? mana boleh buat demontrasi jalanan nanti digelar berukrasi oleh Musa Hassan pulak. Jadi cukuplah kita boikot produk Israel dan mana-mana produk yang menyokong Israel.


Gambar: tunjuk perasaan anti Israel di Turki.
Blog Widget by LinkWithin