adsense

21 April, 2009

Berhati-hati dengan budak ni

Ketika sedang minum berseorangan di sebuah restoran berhampiran Ampang Point 3 malam yang lalu, saya memerhatikan gelagat seorang budak anggaran usia 10 hingga 12 tahun.
Setiap meja dia berjaya mengutip sekurang-kurangnya RM1 dengan hanya berbekalkan sekeping kertas fotostat.

Meja di depan saya, dengan senang hati 5 orang dari mereka menghulurkan RM1 seorang (menjadikan RM5), di sebelah kanan saya, RM2 malah ada satu keluarga sehinggakan anak-anak mereka menghulurkan duit syiling kepada budak terbabit.

Tiba giliran saya, saya memandang tepat ke arah budak berbaju merah jambu itu.
"Bagi aku kertas yang kau pegang tu?"
Bagaimanapun, budak itu hanya menunjukkan kertas itu kepada saya untuk membolehkan saya membacanya dari jauh.

"BAGI AKU KERTAS TU?!!!"
Ketika itu, berpuluh mata dah menengok ke arah saya, dan ada yang sanggup berhenti makan semata-mata terkejut agaknya apabila saya meninggikan suara.

Maaf, saya terpaksa berrcakap kuat, kerana suasana restoran yang bising.
"BAGI AKU KERTAS TU. AKU NAK BACA!!!"
Saya ulang kali ketiga.
Budak itu perlahan-lahan, hulurkan kertas itu dan saya membeleknya.
Ia merupakan kertas yang difotostat - sebelahnya adalah salinan Penyata Akaun Individu Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bulan Julai 2008.

Nama: Sakinah Abd manaf
Alamat : No 7-A Blok 1E
Ampang Tasik Permai
68000 Ampang Selangor
Tarikh 21/07/2008
Kod Pelanggan : M988356
Status Pelanggan : Individu
No K/P : UNHCR
No Telefon : 0123981505
Baki tunggakan ialah RM 3,261-00
Saya belek muka sebelah, dan ia merupakan surat yang ditujukan kepada mangsa seperti anda.
( SAYA TAIP SEMULA DAN MENGEKALKAN EJAAN YANG DITAIP PADA KERTAS ITU)
ASALAMUALAIKUM
PERHOMATAN KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN
Saya bernama ADALA HASAN BIN HUSAIN. saya meminta tolong dan derma IKLAS daripada tuan-tuan dan puan-puan.
Saya seorang anak yatim dengan adik beradik adalah (3) tiga orang. Saya adalah anak yang kedua dalam kelaurga. Saya ingin meminta derma IKLAS untuk emak saya kini menghadapi penyakit jantung dan darah tinggi. Sekarang mak saya kena masuk ke hospital di H.U.K.M cheras dan pihak hospital memberitahu saya bahawa mak punya bil perubatan kena dibayar sejumlah RM3,481-00
Oleh demikian. Saya yang mampu membayar kepada bil mak saya sejumlah RM600.00 sahaja. Saya berharap pihak tuan-tuan dan puan-puan dapat menolong mak saya untuk mengatasi masalah bil perubatan yang tinggi ini secepat mungkin.
Saya mengucapkan ribua terima kasih atas tolongan daripada tuan-tuan dan puan-puan.
Terima kasih.

Dan , untuk menguatkan sangkaan saya , budak itu adalah sebenarnya menipu, saya mengujinya dengan beberapa soalan.

Dia menjawab dengan agak gelisah beberapa soalan saya. Katanya dia datang menaiki bas rapid KL (siap tunjuk tiket bas) berseorangan.

Menurutnya, dia tinggal dengan mak dan seorang abang dan adiknya di sebuah rumah flet di Ampang tasik Permai. Surat itu ditulis oleh abangnya. Dah dua tiga minggu dia minta derma katanya.
Kau jangan nak tipulah. Mana IC kau?
Tak de IC
Kau Myanmar kan ?
Ye
Mana kad kau (kad UNHCR)
Di rumah.
Dengan muka minta simpati, dia meminta saya pulangkan kertas yang saya ambil dari dia. tapi saya minta dia keluarkan semua duit dalam koceknya. Saya tak tahu berapa, tetapi segumpal duit RM1 dari kocek baju dikeluarkannya.
Setelah berpuashati bahawa banyak keterangan budak tu bercanggah, saya bertanyakan satu soalan cepumas...
Ok, kau kata mak kau sakit kan , ok sekarang kau ikut aku pergi rumah kau.
Serentak, muka budak tu berubah menjadi pucat dan tergamam.
Ikut aku. pergi rumah kau. Naik kereta aku!!!
Dan, ribut tidak, gempabumi pun tidak, budak itu sepantas kilat lari lintang pukang...!!!
15 minit kemudian, saya menaiki kereta dan cuba berpusing di dalam kawasan sekitar Ampang Point.
Seperti yang dijangka, budak tadi saya lihat dengan selamba berjalan dengan seorang kanak-kanak perempuan (saya agak, itulah adik dia, usia dalam 5-6 tahun). bagaimanapun dia tidak tahu saya memerhatikan dia.
Akhirnya, dia menghilangkan diri menaiki tangga ke dalam Ampang Point.

(Setelah saya semak, alamat yang tertera pada Penyata itu adalah palsu...)

Kredit : ondscene.blogspot.com

Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

1000 USAHAWAN TOPUP E-LOAD DIKEHENDAKI, UNTUNG SEHINGGA 5%

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Seni kapal terbang

Setiap hari semasa pulang dari ofis untuk mengelak jem di jalan utama, saya lalu jalan alternatif iaitu tepi airport Senai dan biasa berselisih dengan kapal terbang yang hendak mendarat. Walau tidak sehebat KLIA, di sini pun macam-macam jenis syarikat kapal terbang ada.

Yang peliknya, ada sebuah kapal terbang tu yang rajin lepak di landasan kargo warna ekor nya iras-iras bendera PAS, hijau dan ada bulat putih. Tak tahu kapal terbang kargo mana.

Paling tidak cantik ialah kapalterbang SIA (Singapore International Airlines) berbanding dengan syarikat kapal terbang Malaysia seperti MAS,Air Asia dan Fire Fly..

Airlines @ strange picture

untuk melihat lagi koleksi seni kapal terbang ada di STRANGE PICTURE

Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

1000 USAHAWAN TOPUP E-LOAD DIKEHENDAKI, UNTUNG SEHINGGA 5%

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

My Motor and My Kete

Motor ku VS Kete ku

Motor - keluar rumah pukul 7.30 pg, bawak sambil menyanyi. keluar pukul 7.45 pg pun sempat lg tp bawak mcm org nak mati.
Kete - berkadar terus dengan tahap jem. Kena bangun awal, pastu datang opis mengantuk pulak

Motor - jangkamasa nak sampai 30 minit (dr pintu pagar rumah kat serdang sampai kat tempat parking bawah, bawak slow, belum rempit). 30 minit tetap, hujan ka ribut ka, kete terbalik tengah jln ka, asal jangan motor sendiri terbalik sudah.
Kete - kalau ada kete terbalik tengah jalan, kira half day la masuk opis, tekan tugas luar masa swipe masuk, takkpun tak swipe(cakap lupa punch).

Motor - naik motor ngan awek, awek peluk kita
Kete - naik kete ngan awek, awek peluk bantal dlm kete kita, sapa yang rugi. Ye la, kalau awek peluk kita, camna nak bawak kete

Motor - kalau hujan, basah bersama. boleh menguji kesetiaan awek
Kete - kalau hujan, kete basah. Balik kalu kete kotor, kita jugak kena basuh

Motor - kalau tak basuh, tak berapa nampak sangat
Kete - kalau tak basuh, jauh sebatu dah nampak. Pastu nanti orang cakap pemalas, camna nak jadi buat boipren. Bukan malas, kalau kete bekilat, orang pandang kita nanti awek marah pulak, habis tu camna.

Motor - isi minyak 4 inggit, full tank, tahan 3 hari
Kete - isi 40 inggit, belum full tank, belum awek ajak gi makan jauh-jauh, belum ronda-ronda, belum dapat gaji, belum!.. dan lagi, dan lagi

Kete - gi rumah family budak perempuan, nak ajak keluar, tetiba pulak mak dia nak ikut sekali, rosak program.
Motor - mak dia nak ikut sekali, nak duduk celah mana, duduk dalam raga boleh la.

He he,
Sekadar hiburan semata-mata. Anyway untuk yang perempuan tu dinasihatkan lah naik kete, kalau jatuh kang, tertoreh kat mana-mana, dah potong seribu duit hantaran.

Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

1000 USAHAWAN TOPUP E-LOAD DIKEHENDAKI, UNTUNG SEHINGGA 5%

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Keindahan alam yang tersembunyi

Hidden Earth Beauties @ hot pictures

Lagi gambar di HOT PICTURES

Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

1000 USAHAWAN TOPUP E-LOAD DIKEHENDAKI, UNTUNG SEHINGGA 5%

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

20 April, 2009

Q & A menarik tentang Islam

SOALAN DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM...

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

Baca lagi di ARTIKEL HANGAT

Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

1000 USAHAWAN TOPUP E-LOAD DIKEHENDAKI, UNTUNG SEHINGGA 5%

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Forum Aku Dibius Cinta

Melayari streamyx dengan bijak

Jika streamyx anda tidak boleh access ke internet,berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil sebelum meminta kakitangan TM datang ke rumah anda. Ya lah kalau sikit-sikit komplen ke 100 dan tunggu TM dayang check mungkin kita terlambat membuat kerja penting sedangkan kemungkinan kerosakan adalah berpunca dari peralatan kita sendiri. Silap-silap kena ambil cuti pulak.

1. Pastikan talian telefon anda mempunyai dial tone. Periksa kabel telefon anda dan pastikan semuanya di sambung dengan betul.
2. Pastikan telefon anda boleh bekerja (boleh dial keluar dan panggilan masuk)
3. Pastikan sambungan di splitter anda betul. Modem disambungkan ke ruangan modem dan telefon disambung ke ruangan telefon. Jangan terbalik. Di splitter tersedia gambar modem dan telefon.
4. Pastikan bayaran bil anda up to date.
5. Periksa modem anda:
- adakah ia telah di "on" kan?
- Lampu DSL menyala dengan tetap dan tidak berkelip-kelip
- Lampu "LAN" menyala, jika tidak periksa LAN AREA CONNECTION anda di control panel networking, pastikan ia "enable" atau periksa sambungan kabel ethernet dari modem ke komputer disambung dengan betul atau kemungkinan Network Interface Card (NIC) rosak.
5.Jika masih tidak boleh access ke internet, cuba sambungkan kabel telefon anda (RJ11) dari modem terus ke soket tanpa disambung ke splitter atau microfilter atau router atau apa-apa peranti lain. Jika lampu "DSL" anda stabil kemungkinan ada kerosakan kepada internal wiring atau peranti-peranti tadi.

Bila perlu panggil perkhidmatan pelanggan TM?

- Jika telefon anda tiada tone.
- Jika lampu "DSL" di modem anda tidak menyala atau berkelip-kelip. Baca popup mesej di komputer anda, jika ada.
- Jika lampu "DSL" modem anda stabil tetapi masih tidak boleh disambung ke internet.

Sumber : STREAMYX INFO

Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

1000 USAHAWAN TOPUP E-LOAD DIKEHENDAKI, UNTUNG SEHINGGA 5%

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

DS Adnan Yaakob kena saman 63 juta

Sumber: Berita Harian Online

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan perintah mandamus syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Sdn Bhd, dikeluarkan terhadap Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, bagi mengarahkannya membayar bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kerana melanggar kontrak perjanjian kedua-dua pihak.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman dalam keputusannya mengarahkan pihak responden iaitu menteri besar melunaskan bayaran berkenaan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

Kerajaan Negeri akan membuat rayuan esok.

Dato Seri Adnan Yaakob mesti mampu membayarnyakan. Berapa agaknya gaji + elaun seorang Menteri Besar agaknya.

Adnan Yaakob kena saman
*Adnan yaakob dikatakan "pandai memerintah negeri".

Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

1000 USAHAWAN TOPUP E-LOAD DIKEHENDAKI, UNTUNG SEHINGGA 5%

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Video di dalam Kaabah

Sumber: untuk sesama insan
Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

1000 USAHAWAN TOPUP E-LOAD DIKEHENDAKI, UNTUNG SEHINGGA 5%

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

19 April, 2009

Jalan ke Bulan

funny signs @ today's joke

Lagi koleksi gambar papan tanda lawak di blog TODAY'S JOKE

Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

1000 USAHAWAN TOPUP E-LOAD DIKEHENDAKI, UNTUNG SEHINGGA 5%

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Piramid syiling

Anda genius?
Siapa boleh terbalikkan piramid syiling ini dengan hanya mengerakkan 3 keping syiling sahaja?

Jawapan di bawah....tapi jangan lah scroll down laju sangat..cuba try test dulu yer.

Aku dah agak dah bro dan sis.... mesti scroll down laju-laju...
Layan iklan ni dulu;

nak tahu rahsia nafkah batin? klik banner di bawah (buka window baru) .. dapatkan pada harga promosi.

Ok scroll ke bawah lagi...

Dah tau trick ni? dah tau takpe la, ni untuk org yang tak tahu jer...

1. gerakkan syiling no.1 ke bawah di antara syiling 8 dan 9.
2. gerakkan syiling 7 dan 10 dan letakkan bersebelahan(hujung dan hujung) syiling 2 dan 3.

Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

1000 USAHAWAN TOPUP E-LOAD DIKEHENDAKI, UNTUNG SEHINGGA 5%

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

PRK Penanti - BN angkat bendera putih?

DS Najib mengatakan kemungkinan BN tidak bertanding di pilihanraya kecil DUN Penanti yang dikosongkan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin daripada PKR.

DS Najib, menyatakan kemungkinan itu kepada pemberita di Pekan Pahang kerana BN tidak mahu membazirkan wang rakyat. Pada ketiga PRK sebelum ini SPR telah membelanjakan sebanyak lebih kurang RM1.5 juta. Ini tidak termasuk belanja yang dikeluarkan oleh parti politik yang bertanding iaitu BN dan PR.

Memang makan juta-juta tu sedangkan ekomomi kita tengah gawat sekarang ini. Walau bagaimana pun jika kita pandang secara keseluruhan pilihanraya kecil juga secara tidak langsung dapat menambah ekonomi kepada peniaga dan penduduk setempat apabila pemimpin dan perayu undi dari kedua belah pihak akan turun seperti semut menghurungi gula semasa kempen PRK di adakan.

Kontraktor juga akan mendapat tempiasnya dari projek mee segera yang akan dibuat. Yang untung ialah rakyat setempat kerana selain dari peningkatan ekonomi segera juga dapat pelbagai imbuhan selain janji-janji manis yang akan ditaburkan oleh kedua-dua parti yang berseteru.Kakitangan awam pula akan mendapat imbuhan kerja lebih masa dan tuntutan perjalanan dan kediaman selain dapat melawat ke tempat orang.

Saya tidak percaya BN tidak akan bertanding dalam prk tersebut kerana rasanya belum ada sejarah lagi BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil begitu sahaja.DS Najib seorang otai politik mesti apa yang dikatakan itu adalah satu stategi untuk BN menang dalam pihanraya kecil tersebut setelah empat kali tewas dalam pilihanraya kecil sebelum ini di tangan Pakatan Rakyat.

Adakah DS Najib takut kalah lagi kerana DUN Penanti dikatakan memang lubuk pembangkang dan sekaligus akan menjejaskan lagi nama baik BN dan menambah populariti Pakatan Rakyat.

Mohammad Fairus Khairuddin sekarang masih dalam siasatan SPRM atas tuduhan rasuah dan jika beliau didapati bersalah, pilihanraya kecil tidak boleh tidak mesti dibuat juga.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu bagaimanapun mahu BN bertanding dalam pilihanraya kecil di kubu kuat pembangkang itu demi memelihara "integriti, prestij dan imej" BN.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula menyokong cadangan Najib untuk BN tidak bertanding dalam pilihanraya berkenaan.

Bagus juga BN angkat bendera putih awal-awal dan memberi laluan kepada PKR mengekalkan kerusi DUN Penanti kerana selain tidak membazir wang rakyat dan juga membazir masa rakyat kerana hal perebutan kuasa. Banyak lagi benda boleh kita tumpukan dalam slot berita media arus perdana.

Selain itu kita juga dapat mengurangkan dosa dari kata mengata, fitnah memfitnah dan sekaligus dapat mengurangkan perpecahan Melayu Islam seperti poster di bawah ,

Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

1000 USAHAWAN TOPUP E-LOAD DIKEHENDAKI, UNTUNG SEHINGGA 5%

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Review Kerja Dari Rumah

Saudari Nurul yang meminta saya review minisitenya yang bernama bisnespower. Jika anda mahu cepat boleh layari terus di http://www.bisnespower.com/nurul

Menurut Nurul, kerja dari rumah boleh memberi pendapatan dengan program Vemma boleh menjana income RM2000 hingga RM5000 secara mingguan.

VeMMA adalah stand for
V- vitamin
E- essential
M- multi mineral
M- manggosteen
A-aloe

Perniagaan ini seperti perniagaan yg lain juga dan antara kelebihannya ialah perniagaan ini memanfaatkan teknologi masakini dan juga kepesatan penggunaan internet..dan juga produk.
Vemmabuilder (anak syarikat Vemma) adalah system autoresponder yg membantu kita untuk menghubungi semua ahli (termasuk free member) untuk memaklumkan segala yang berkaitan. Ahli Vemma mendapat income dari 2 company ni.

Tidak perlu menjual produk.
Disertakan sistem autoresponder yang canggih.
100% dilakukan secara online.
Nilai Bonus USD yang tetap iaitu 1 USD = RM3.80
Bimbingan disediakan untuk kejayaan.
Pejabat di Malaysia sudah beroperasi dan sah undang-undang.
Pembayaran bonus terus ke Akaun Bank Tempatan! secara mingguan!

Inilah ayat-ayat power dari bisnespower.com. Pendaftaran adalah percuma!

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh layari :

http://www.bisnespower.com/nurul

*admin:
Post ini adalah post review. Jika anda berminat supaya blog/website anda di review boleh layari di SINI.

Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

1000 USAHAWAN TOPUP E-LOAD DIKEHENDAKI, UNTUNG SEHINGGA 5%

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!
Blog Widget by LinkWithin