ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
19 April, 2009
PRK Penanti - BN angkat bendera putih?
DS Najib mengatakan kemungkinan BN tidak bertanding di pilihanraya kecil DUN Penanti yang dikosongkan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin daripada PKR.
DS Najib, menyatakan kemungkinan itu kepada pemberita di Pekan Pahang kerana BN tidak mahu membazirkan wang rakyat. Pada ketiga PRK sebelum ini SPR telah membelanjakan sebanyak lebih kurang RM1.5 juta. Ini tidak termasuk belanja yang dikeluarkan oleh parti politik yang bertanding iaitu BN dan PR.
Memang makan juta-juta tu sedangkan ekomomi kita tengah gawat sekarang ini. Walau bagaimana pun jika kita pandang secara keseluruhan pilihanraya kecil juga secara tidak langsung dapat menambah ekonomi kepada peniaga dan penduduk setempat apabila pemimpin dan perayu undi dari kedua belah pihak akan turun seperti semut menghurungi gula semasa kempen PRK di adakan.
Kontraktor juga akan mendapat tempiasnya dari projek mee segera yang akan dibuat. Yang untung ialah rakyat setempat kerana selain dari peningkatan ekonomi segera juga dapat pelbagai imbuhan selain janji-janji manis yang akan ditaburkan oleh kedua-dua parti yang berseteru.Kakitangan awam pula akan mendapat imbuhan kerja lebih masa dan tuntutan perjalanan dan kediaman selain dapat melawat ke tempat orang.
Saya tidak percaya BN tidak akan bertanding dalam prk tersebut kerana rasanya belum ada sejarah lagi BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil begitu sahaja.DS Najib seorang otai politik mesti apa yang dikatakan itu adalah satu stategi untuk BN menang dalam pihanraya kecil tersebut setelah empat kali tewas dalam pilihanraya kecil sebelum ini di tangan Pakatan Rakyat.
Adakah DS Najib takut kalah lagi kerana DUN Penanti dikatakan memang lubuk pembangkang dan sekaligus akan menjejaskan lagi nama baik BN dan menambah populariti Pakatan Rakyat.
Mohammad Fairus Khairuddin sekarang masih dalam siasatan SPRM atas tuduhan rasuah dan jika beliau didapati bersalah, pilihanraya kecil tidak boleh tidak mesti dibuat juga.
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu bagaimanapun mahu BN bertanding dalam pilihanraya kecil di kubu kuat pembangkang itu demi memelihara "integriti, prestij dan imej" BN.
Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula menyokong cadangan Najib untuk BN tidak bertanding dalam pilihanraya berkenaan.
Bagus juga BN angkat bendera putih awal-awal dan memberi laluan kepada PKR mengekalkan kerusi DUN Penanti kerana selain tidak membazir wang rakyat dan juga membazir masa rakyat kerana hal perebutan kuasa. Banyak lagi benda boleh kita tumpukan dalam slot berita media arus perdana.
Selain itu kita juga dapat mengurangkan dosa dari kata mengata, fitnah memfitnah dan sekaligus dapat mengurangkan perpecahan Melayu Islam seperti poster di bawah ,
Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!
1000 USAHAWAN TOPUP E-LOAD DIKEHENDAKI, UNTUNG SEHINGGA 5%
Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma
Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)
Iklan Di ISUHANGAT!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment