adsense

25 May, 2009

Amaran merokok





Poster anti merokok di negara jiran kita iaitu Yayasan Jantung Indonesia




"Gegaran Sudah Dirasai Di Putrajaya...Bakal Meletus Di Malaysia Bermula Di Jepun"


"Rahsia Buat Duit di Internet Sehingga Menghasilkan Pendapatan $3,046 Setiap Bulan Terbongkar!"


Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Turunkan berat badan secara sihat tanpa kenaikan semula sambil menjana pendapatan lumayan

Iklan Di ISUHANGAT!

Alasan company yang tak bagi sembahyang





Surat yang dihantar kepada PPIM setelah memo tidak bagi sembahyang disiarkan di web PPIM juga di blog isu hangat.

Klik gambar untuk besarkan




"Gegaran Sudah Dirasai Di Putrajaya...Bakal Meletus Di Malaysia Bermula Di Jepun"


"Rahsia Buat Duit di Internet Sehingga Menghasilkan Pendapatan $3,046 Setiap Bulan Terbongkar!"


Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Turunkan berat badan secara sihat tanpa kenaikan semula sambil menjana pendapatan lumayan

Iklan Di ISUHANGAT!

Debat Nizar Vs Zambri





Agendaily online sedang cuba mengatur satu debat khas berkenaan kemelut menteri besar yang melanda Perak.

Secara dasarnya Zambri dan Nizar bersetuju untuk berdebat. Bagi Agendadaily, tujuan debat ini dianjurkan ialah bagi membolehkan kedua-dua pihak memberikan penjelasan berhubung kemelut politik Perak secara objektif dan tidak diselubungi dengan sentimen serta emosi politik.

Sekiranya debat ini menjadi, ia adalah siri ketiga yang dianjurkan oleh Agendadaily setelah hampir setahun lalu, debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Chek ketika itu dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan.

Kemudiannya siri debat Agendadaily mempertemukan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri sekrang, Lim Guan Eng dalam isu tanah di Pulau Pinang.

Kedua-dua siri debat yang dianjurkan tersebut telah disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen.

Bagi debat antara Dr Zambry dan Nizar, pihak Agendadaily sedang mengadakan rundingan dengan stesen televisyen. Sekiranya mendapat kelulusan, debat berkenaan direncana akan diadakan penghujung bulan Jun 2009.


Malah format debat yang akan diadakan sama dengan siri debat yang lalu di mana kedua-dua pihak mendapat peluang yang sama bagi mengemukakan hujah masing-masing. Pada akhirnya rakyat dapat membuat kesimpulan tentang isu sebenar yang berlaku. /

Sumber : Agendadaily

"Gegaran Sudah Dirasai Di Putrajaya...Bakal Meletus Di Malaysia Bermula Di Jepun"


"Rahsia Buat Duit di Internet Sehingga Menghasilkan Pendapatan $3,046 Setiap Bulan Terbongkar!"


Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Turunkan berat badan secara sihat tanpa kenaikan semula sambil menjana pendapatan lumayan

Iklan Di ISUHANGAT!

Penjenayah belah perut sendiri





Sumber: Metro

JASIN: “Penjenayah terbabit mungkin mengamalkan ilmu hitam apabila sengaja membelah perutnya sepanjang sejengkal sambil menunjukkan isi perut sebelum pulih semula sebaik digosok menyebabkan saya tak berani bertindak kerana bimbangkan nyawa keluarga.

Menurut Saffuat, lelaki terbabit yang memecah masuk rumahnya di kawasan ladang sawit Kampung Jambatan Lantai, Air Baruk, dekat sini, menerusi bilik air mengugut membawa anaknya, Norshazwa Hanis, 5, sebagai tebusan.

Ketika itu, hatinya tidak sedap lalu berunding dengan penjenayah berkenaan sambil menawarkan diri dengan memberi alasan Norshazwa akan menangis jika dibawa orang tidak dikenali hingga menarik perhatian.

“Penjenayah itu termakan alasan saya lalu mengikat tangan dan kaki saya sebelum membawa saya keluar dari pintu depan rumah menuju ke kawasan hutan berhampiran.

“Sepanjang berjalan, dia bersikap agresif dengan memeluk erat saya sambil meletakkan parang di leher sebaik menyedari kehadiran anggota polis sambil mengacu senapang dipegangnya.

“Tetapi, sebaik sampai di kawasan yang mempunyai parit, penjenayah itu melepaskan tembakan ke arah polis. Saya kemudian menjatuhkan badan sebelum mendengar beberapa das tembakan dilepaskan,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga di Bemban, dekat sini, semalam.

Metro Ahad semalam melaporkan seorang penjenayah ganas warga Indonesia bersenjatakan selaras senapang patah dan parang ditembak mati selepas menculik satu keluarga lima beranak.

"Gegaran Sudah Dirasai Di Putrajaya...Bakal Meletus Di Malaysia Bermula Di Jepun"


"Rahsia Buat Duit di Internet Sehingga Menghasilkan Pendapatan $3,046 Setiap Bulan Terbongkar!"


Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Turunkan berat badan secara sihat tanpa kenaikan semula sambil menjana pendapatan lumayan

Iklan Di ISUHANGAT!

Tumbuhan pelik





Tumbuhan apa ni? Bentuk seperti tubuh badan manusia.



Lagi gambar di STRANGE WORLD


"Gegaran Sudah Dirasai Di Putrajaya...Bakal Meletus Di Malaysia Bermula Di Jepun"


"Rahsia Buat Duit di Internet Sehingga Menghasilkan Pendapatan $3,046 Setiap Bulan Terbongkar!"


Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Turunkan berat badan secara sihat tanpa kenaikan semula sambil menjana pendapatan lumayan

Iklan Di ISUHANGAT!

Perompak guna pukau Jawa kuno








GAMBAR pada salinan kertas mantera jawa kuno yang dikatakan dibaca sebelum menyamun sebuah rumah di sebuah Felda di Pahang semalam yang dijumpai oleh mangsa rompakan tersebut apabila perompak tersebut tertinggal.

Perompak warga Indonesia yang ditumpaskan polis kelmarin dipercayai menggunakan jampi serapah untuk memukau sebelum merompak.

Sebahagian daripada mantera dipercayai dalam bahasa Jawa kuno pada sekeping kertas itu berbunyi: “Bis ingat mas lisung batu gune siti bkt ke, Bis manti, ingat raja muter gagak putik batu momot.”

Kertas jampi itu dijumpai mangsa, Mohd. Sabirin Sipon, 58, dalam dompetnya yang dipulangkan oleh polis selepas ia dilarikan perompak terbabit.

Akhbar semalam melaporkan seorang daripada anggota kumpulan tersebut ditembak mati beberapa jam selepas mereka melarikan wang tunai berjumlah RM16,750 dan barang kemas bernilai RM6,000 serta beberapa barangan lain milik mangsa.


"Gegaran Sudah Dirasai Di Putrajaya...Bakal Meletus Di Malaysia Bermula Di Jepun"


"Rahsia Buat Duit di Internet Sehingga Menghasilkan Pendapatan $3,046 Setiap Bulan Terbongkar!"


Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Turunkan berat badan secara sihat tanpa kenaikan semula sambil menjana pendapatan lumayan

Iklan Di ISUHANGAT!

24 May, 2009

Sofa baru untuk lelaki kesunyian





Sofa baru dari Jepun. Untuk lelaki yang kesunyian dan gatal... hoho


New sofa from Japan @ today's joke


"Gegaran Sudah Dirasai Di Putrajaya...Bakal Meletus Di Malaysia Bermula Di Jepun"


"Rahsia Buat Duit di Internet Sehingga Menghasilkan Pendapatan $3,046 Setiap Bulan Terbongkar!"


Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Turunkan berat badan secara sihat tanpa kenaikan semula sambil menjana pendapatan lumayan

Iklan Di ISUHANGAT!

Kelebihan Surah





Kelebihan Surah

1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)
Barang siapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya


(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan nur menurut bilangan rambut dibadannya.

Baca artikel penuh


"Gegaran Sudah Dirasai Di Putrajaya...Bakal Meletus Di Malaysia Bermula Di Jepun"


"Rahsia Buat Duit di Internet Sehingga Menghasilkan Pendapatan $3,046 Setiap Bulan Terbongkar!"


Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Turunkan berat badan secara sihat tanpa kenaikan semula sambil menjana pendapatan lumayan

Iklan Di ISUHANGAT!

Altantuya akan ke Manik Urai





PM DS Najib telah mengumumkan akan bertanding dan sedang membuat persediaan awal untuk bertanding pilihanraya kecil DUN Manik Urai, Kelantan.

Anggota Dewan Undangan Negeri Manik Urai dari PAS, Ismail Yaacob, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II kelmarin kerana sakit jantung menyebabkan kerusi DUN kosong.

Nampaknya BN begitu semangat pula untuk masuk gelanggang Manik Urai. Setelah tewas 4 kali dan menang sekali PRK dalam pasca PRU 12 ke PRU 13. BN tewas pada pilihan raya kecil Permatang Pauh kemudian diikuti di Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau dan menang di Batang Air, Sarawak.

Pada PRK Penanti, BN tidak bertanding melihatkan calon PKR akan berentap dengan tiga calon bebas dengan alasan PRU tersebut tidak perlu dan hanya mainan taktik pembangkang. BN tidak merasa kempunan melepaskan kerusi tersebut sedangkan kebiasaannya kerusi DUN dan Parlimen menjadi rebutan sehingga kes berlaku lompat melompat parti.

Kini giliran peniaga Manik urai pula buat duit. Tidak dapat dinafikan setiap kali PRK diadakan tentu akan menjana ekonomi penduduk setempat DUN tersebut atau pun mendapat "habuan segera". Jangan lupa sedekah Al-fatihah kepada arwah YB Ismail Yaacob.

Saya tidak maksudkan habuan segera itu adalah hulur kain batik, basikal dan sebagainya tetapi habuan yang dimaksudkan ialah para peniaga akan mendapat keuntungan berlipat ganda apabila berpuluh ribu penduduk dari tempat lain yang menyokong kedua-dua belah pihak menyokong parti masing-masing untuk berkempen.

Pilihanraya kecil juga seperti kempen menarik pelancong. Ramai juga yang mengambil peluang melancong secara 'free' tetapi ada yang pakai guna duit sendiri demi parti dan perjuangan dalam satu-satu PRU.

Rasanya penyokong-penyokong PR akan muncul berkempen dengan topeng Atantuya seperti di Bukit Gantang. Adakah pihak berkuasa akan membuat larangan dilarang memakai topeng kes yang masih tak pasti samada masih dalam proses rayuan di Mahkamah. Nasib baik wajah real Sirul dan Azilah tiada kalau tidak mungkin mereka pun mungkin "berjalan-jalan" di Manik urai.

Beginilah dalam mana-mana pilihanraya, masing-masing mempunyai strategi tersendiri dengan gaya kreatif masing-masing. Selain dari untuk memenangi hati pengundi, tindakan-tindakan sebegini mungkin bersifat provokasi kepada pihak lawan.

topeng Altantuya
Awas! Altantuya akan "menghantui" Manik Urai pula.


"Gegaran Sudah Dirasai Di Putrajaya...Bakal Meletus Di Malaysia Bermula Di Jepun"


"Rahsia Buat Duit di Internet Sehingga Menghasilkan Pendapatan $3,046 Setiap Bulan Terbongkar!"


Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Turunkan berat badan secara sihat tanpa kenaikan semula sambil menjana pendapatan lumayan

Iklan Di ISUHANGAT!

Blog Widget by LinkWithin