adsense

30 May, 2007

Tips Hangat: Tips Cegah jenayah



  • Image1. Jangan melawan atau jadi hero!
    Jika berlaku atau anda berdepan dengan kejadian jenayah, lebih-lebih lagi anda menjadi mangsa, dinasihatkan supaya anda tidak melawan atau menjadi hero dalam situasi tersebut.(melainkan yakin dan berkemampuan untuk melawan).
  • Bagi kes samun atau rompakan, serahkan sahaja apa yang dipinta oleh penjenayah, kerana nyawa lebih penting daripada segalanya. Selepas kejadian, barulah anda membuat laporan polis dengan segera. (Camkan wajah, warna pakaian, plat kenderaan atau apa sahaja yang boleh membantu pihak polis)
  • Image2. Penyamaran sebagai polis
    Berlaku kejadian, pihak tidak bertanggungjawab atau individu tertentu menyamar sebagai polis dan menahan mangsa untuk tujuan jenayah. Anda mungkin terpedaya untuk membezakannya.
  • Jika seseorang yang berpakaian preman (biasa, tanpa uniform) menahan anda dan memperkenalkan diri sebagai polis, minta individu tersebut menunjukkan kad kuasa mereka.
  • Bagi Pegawai Polis, kad kuasa mereka berwarna biru seperti menyerupai Mykad manakala polis berpangkat biasa kad kuasa mereka berwarna kuning (kad yang laminate). Dari segi prosidur, anda hanya boleh melihat kad mereka dan tidak sama sekali boleh memegang kad mereka.
  • Image3. Lap top (Komputer Riba) dan handpohone dalam kenderaan
    Jangan sekali-kali meninggalkan barangan berkenaan di dalam kenderaan anda hatta di dalam but kereta ataupun di tempat yang tersorok. Penjenayah kini menggunakan peralatan canggih seumpama 'detector' atau alat pengesan yang boleh mengesan barangan terbabit ada di dalam kereta anda ataupun sebaliknya. Modus operandi (MO) mereka lazimnya berada di sekitar kawasan tempat letak kereta.
  • Image4. Mengeluarkan wang di bank
    Dinasihatkan supaya semua pihak yang ingin mengeluarkan wang di bank terutama dengan jumlah yang banyak membawa teman atau ahli keluarga bersama untuk keselamatan. Taktik penjenayah kini ialah berada di sekitar dalam atau kawasan bank dan mengecam kereta yang dipandu oleh mangsa.
  • Setelah itu, penjenayah tersebut akan ke kereta mangsa sewaktu mangsa berada di dalam bank. Penjenayah akan berlakon seolah-olah sedang memeriksa tayar kereta anda dan menekannya dengan kaki mereka. Sebenarnya pada kasut mereka sudah ada paku yang dipasang dan tujuannya adalah untuk memancitkan tayar tersebut.
  • Apabila mangsa memandu kereta, sudah pasti di pertengahan jalan, tayar akan mengalami kebocoran ataupun pancit dan penjenayah yang sedari awal mengekori mangsa akan memberhentikan kenderaan seterusnya menyamun anda. Ada kes yang mereka sanggup memecahkan cermin kerta sewaktu mangsa masih berada di dalam kereta!
  • Image5. Jogging di Taman Tasik
    Lazimnya sebelum jogging, anda akan meletakkan atau menanggalkan semua barangan berharga seperti handphone, dompet, cincin atau jam dan meninggalkannya di dalam kenderaan terutamanya yang menyimpan di dalam kotak belakang motosikal. Awas, sudah ada kumpulan atau penjenayah yang memerhati dan aktif di kawasn tempat jogging. Oleh itu tinggalkan barangan tersebut di rumah sahaja atau bawa bersama-sama dengan beg kecil (porsh bag).
  • Image6. Penempatan atau kawasan perumahan ada kumpulan orang bujang
    Jika terdapat kumpulan orang bujang di kawasan perumahan anda terutama yang dicurigai sila maklumkan kepada balai polis yang berdekatan dengan memberi alamat lengkap mereka. Usah bimbang, maklumat dan kerjasama anda dalam hal ini akan dirahsiakan.
  • Polis akan memantau rumah bujang tersebut dan jika perlu akan meminta kerjasama kumpulan bujang tersebut kad pengenalan dan maklumat diri untuk direkodkan dan sebagai data simpanan pihak polis.
  • Polis sedang mengesan, kumpulan bujang yang tertentu yang aktif melakukan jenayah dan operasi mereka ialah menyewa di kawasan rumah anda selama satu atau dua bulan kemudian berpindah ke tempat lain untuk meneruskan operasi mereka.
  • 7. Pencegahan maksiat
    Sekadar makluman, pencegahan maksiat di kawasan anda bukan terletak di bidang kuasa polis tetapi di dalam pengutakuasaan jabatan agama Islam di negeri masing-masing. Hubungi Jawi atau penguatkuasa kawasan masing-masing jika berlaku maksiat di kawasan anda. Pihak penguatkuasa agama akan meminta kerjasama polis dalam hal ini.
  • Image8. Tangkapan Awam
    Orang awam boleh membuat tangkapan jika berlaku kejadian jenayah di kawasan anda dan di nasihatkan supaya tangkapan dibuat secara berkumpulan dan tidak boleh melampaui batas seperti mencederakan atau menyebabkan kematian penjenayah. Selepas tangkapan hubungi balai polis berdekatan atau talian hotline.
  • 9. Wanita dan beg tangan
    Wanita dinasihatkan untuk berjalan melawan arus jalan dan pastikan beg tangan anda berada di sebelah bahu dan bukannya di sebalah menghadap kawasan jalan raya. Bagi beg tangan yang panjang anda dinasihatkan untuk menyilangkannya.
  • Image10. Musim Perayaan
    Sila maklumkan kepada pihak polis jika anda sedang bercuti khususnya sewaktu musi perayaan supaya polis dapat memberi rondaan dan tumpuan yang lebih di kawasan dan rumah anda.
  • 11. Kesalahan memegang kad pengenalan diri
    Sekadar info, adalah menjadi satu kesalahan jika anda memegang kad pengenalan diri orang lain hatta kad pengenalan isteri anda ataupun ahli keluaraga, jika ditahan polis anda boleh didakwa.
  • 12. Piawaian polis tiba di tempat kejadian
    Piawaian masa PDRM seluruh Malaysia ialah mereka akan memberi respon kepada aduan atau laporan anda (bagi kes jenayah berat seperti pergaduhan, pembunuhan, rompakan, rogol, samun, pecah rumah dsb) dengan tiba ke tempat kejadian dalam masa 15 minit. Bagi Polis Kuala Lumpur, masa tiba ke tempat kejadian ialah 12 minit. Jika melepasi waktu tersebut, anda di nasihatkan untuk menghubungi semula pihak polis untuk memaklumkan kelewatan.
  • Untuk maklumat lanjut atau melaporkan jenayah, sila hubungi balai polis berdekatan ataupun talian 999. (Pastikan nombor telefon balai polis berdekatan ataupun nombor telefon hotline disimpan dalam telefon bimbit anda)
  • Selain dari nombor telefon kecemasan 999, PDRM juga boleh dihubungi melalui nombor telefon 03 - 2262 7555 atau 03 - 2262 6555. Kedua nombor ini adalah untuk kecemasan dan terletak di pejabat Bukit Aman.
  • Nombor ini selain khusus untuk bantuan kecemasan Polis, ianya juga akan dapat mengerahkan Balai Polis berdekatan untuk bertindak dengan lebih cepat. Talian ini boleh dihubungi dari seluruh Malaysia.
  • Semoga, tips ringkas ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan jika ada sebarang maklmuat
  • Isu Hangat: Ciri-Ciri Keruntuhan Bangsa



    Hadith: Ciri-Ciri Keruntuhan Bangsa
    Posted on Tuesday, May 29 @ 07:42:20 MYT by din-cryptos

    Bicara Agama Oleh
    Abu Syakir

    Bermaksud : Dari Abdullah bin Umar ra katanya: Rasulullah saw datang berjumpa kami lalu baginda menyampaikan ucapannya: “ Wahai Kaum Muhajirin! Lima perkara, aku memohon perlindungan dengan Allah swt semoga kamu tidak sempat menimpa kamu; Tindak merebaknya perlakuan terkutuk ( zina ) dalam sesuatu bangsa sehingga mereka melakukannya secara terang-terangan melainkan merebak jualah taun dan wabak penyakit yang belum pernah berlaku kepada manusia terdahulu. Tidaklah mereka mengurangkan sukatan dan timbangan melainkan mereka dihukum dengan kelmarau panjang, kesempitan hidup dan kezaliman pemerintah. Tidak mereka menahan harta mereka dari mengeluarkan zakat melainkan mereka ditahan dari mendapat hujan dari langit. Kalau tidak kerana binatang ternak, pasti mereka tidak mendapat hujan. Tidaklah mereka membatalkan perjanjian Allah dan perjanjian rasulnya melainkan Allah menjadikan musuh dari kalangan orang luar menguasai (dan memerintahkan) mereka dan merampas sebahagian hak mereka. Tidaklah pemerintah-pemerintah di kalangan mereka memerintah tanpa berpandukan kitab Allah dan memilih-milih dalam melaksanakan perkara yang telah diperturunkan oleh Allah, melainkan Allah menjadikan kemusnahan mereka berlaku (kerana perbalahan) sesama mereka.

    Pendahuluan:

    Hadith ini antara bicara Rasulullah saw tentang fitnah ( huru-hara dan malapetaka ) yang menimpa umatnya selepas kewafatan baginda. Di atas sifat baginda sebagai rahmat kepada sekelian alam, tunjuk ajar dan panduan baginda bukan sahaja kepada sahabat sekelilingnya. Sebaliknya umat yang datang selepasnya juga mendapat rahmat dari tunjuk ajar dan panduan baginda saw.

    Hadith ini memberi amaran malapetaka dan bala bencana yang menjadi hukuman dan balasan Allah kepada lima jenis pelakuan manusia. Salahlaku ini menjadi dosa dan kesalahan besar sehingga mengundang kemurkaan Allah lalu mengenakan hukuman cepat di dunia ini sebelum hukuman akhirat.

    Kesalahan ini pula adalah berlaku secara berleluasa, terang-terangan dan tersebar luas dalam kelompok manusia sehingga tidak terkawal dan tidak pula mendapat bantahan. Seolah-olah ia dianggap perkara biasa yang tidak dianggap sebagai satu kesalahan.Kerana itulah, hukuman Allah juga sifatnya menyeluruh dan yang menerima akibat dan bencananya pula adalah masyarakat keseluruhannya.

    Justeru, peringatan Rasulullah saw ini amat patut diberi renungan dan mendapat perhatian yang selayaknya demi memelihara kesejahteraan umat dan mengawal mereka dari perlakuan dan sikap yang boleh mengundang bahaya langit lantaran kemurkaan Allah swt. Apatah lagi setelah hadith ini membawa pembuktian mukjizat Rasulullah saw apabila perkara yang disebut oleh baginda ini benar-benar terjadi dan dapat ditonton dengan sejelas-jelasnya oleh kita pada hari ini.

    Keterangan Hadith.

    1. Perlakuan zina secara berleluasa mengundang penyakit yang tiada ubatnya.

    Dalam kehidupan bermasyarakat, hubungan di atara golongan lelaki dan perempuan mestilah terkawal. Islam meletakan batasan dan sempadan yang jelas dalam hal ini. Zina adalah salahlaku sosial terbesar dalam hubungan antara lelaki dan perempuan. Islam bukan sahaja melarang pelakuan zina, bahkan menutup setiap pintu dan jalan yang membawa kepada zina. Perbualan, pandangan, pembacaan, tontonan, sentuhan dan langkahan yang mengerakkan nafsu untuk perlakuan maksiat ini adalah dosa dan dianggap zina kecil.

    Zina yang berlaku secara tersembunyi adalah satu dosa besar bagi pelakunya yang memerlukan taubat yang bersungguh-sungguh. Namun apabila terbongkar maka di sinilah letaknya tanggungjawab masyarakat dan kerajaan Islam untuk membendungnya dan melaksanakan hukum Allah bagi kesalahan zina. Hukum Allah dalam perkara sangat jelas dalam perundangan jenayah syariah, iaitu 100 rotan bagi yang belum berkahwin dan rejam sehingga mati bagi yang telah berkahwin.

    Dalam hadith ini, Nabi saw memberi amaran keras jika masyarakat Islam mengambil sikap tidak bertanggungjawab dengan membiarkan perlakuan terkutuk ini berlaku tanpa ditangani dengan hukum Allah swt. Allah maha berkuasa, meninggalkan hukum Allah sebenarnya mengundang hukuman dari Allah yang tidak diduga, iaitu penyakit baru yang belum wujud pernah wujud di masa lepas.Natijahnya, manusia tidak menemui ubat dan rawatan yang mampu merawat dan mencegah penyakit ini.

    Dunia perubatan moden dikejutkan dengan penyakit yang dinamakan AIDS yang belum diketemui pencegahnya. Penyakit yang telah menyebabkan kematian jutaan manusia dan jutaan yang lain pula sedang terseksa dipaksa untuk bertarung dengan penyakit ini tanpa rawatan. Bagi umat Islam, kejadian ini sepatutnya menambahkan iman mereka kepada Allah dan RasulNya dan menimbulkan keinsafan untuk kembali kepada hukum Allah dalam kehihudapan mereka.

    2. Penipuan dalam sukatan dan timbangan menyebabkan kelmarau panjang, kesempitan hidup dan kezaliman penguasa.

    Lapangan perekonomian mendapat perhatian seadilnya di dalam sistem islam yang syumul. Ekonomi Islam tegak di atas sifat jujur dan amanah dalam hubungan sesama manusia. Peniaga yang jujur dan amanah dihimpun bersama para nabi dan siddiqin dan syuhada’ pada hari Qiamat. Peranan mereka yang sangat besar dalam membawa kebahagian kepada kehidupan dunia manusia dengan cara yang diredhai Allah melayakkan mereka dihimpunkan sebaris dengan manusia-manusia berbakti yang lain.

    Penyakit manusia yang paling besar dalam urusan perniagaan ialah menipu untuk mendapat keuntungan lebih.Mereka yang melakukan penipuan mengharapkan kemewahan hidup, mula menghintung hari-hari mendatang yang senang lenang dan mula berkuasa dalam memenuhi segala kehendak dan keinginan. Tiba-tiba hukuman dari Allah kepada bangsa yang berleluasa di dalam penipuan ini ialah tahun-tahun bencana ( kelmarau yang berpanjang ) , kesukaran dalam mengharungi tekanan menyara kehidupan dan penindasan yang dilakukan oleh pemerintah yang rakus dan zalim.

    3. Menahan harta dari zakat seperti menahan hujan dari langit.

    Zakat menjadi rukun Islam yang paling besar dalam hubungan sesama manusia sebagaimana sembahyang adalah rukun paling besar dalam hubungan manusia dengan Alllah. Zakat diambil dari harta tertentu dalam kadar tertentu untuk golongan tertentu. Zakat menjadi syiar kehidupan bermasyarakat secara Islam yang menghendaki supaya mereka yang senang menolong yang susah, yang mampu membantu mereka yang kurang mampu. Ia lahir dari aqidah bahawa harta ini adalah milik Allah, Dia menguji sebahagian manusia dengan harta sebagai amanah. Maka Allah ingin melihat siapa di kalangan mereka yang boleh menunaikan amanah dan siapa pula yang terpedaya dengan harta benda.

    Zakat melambang sifat rahmat, belas kasihan, bertanggngjawab dan mensyukuri nikmat Allah. Sebaliknya tidak mengeluarkan zakat pula adalah alamat sifat kedekut, mementingkan diri, kufur nikmat dan tidak mengambil tahu kesusahan orang lain. Dengan sebab itu, layak Allah menghukum bangsa yang tidak membudayakan zakat dan sedekah ini dengan tertahannya hujan dari langit. Hujan dari langit adalah rahmat dari Allah. Mereka yang hilang sifat rahmat kepada penduduk bumi, tidak layak mendapat rahmat Allah dari langit.

    4. Tidak memelihara perjanjian dengan Allah dan Rasul mengundang musuh luar berkuasa.

    Memelihara perjanjian dengan Allah dan Rasul ditafsirkan oleh ulama sebagai menghormati peraturan dan garis sempadan yang telah ditetapkan. Ia juga ditafsirkan sebagai menjaga wasiat dan pesanan Allah dan Rasul. Dengan kata lain, Memelihara perjanjian ini adalah dengan menghargai kemuliaan anugerah agama yang suci ( Islam ), kitab yang tinggi ( al Quran ) dan Sunnah yang ditinggal oleh Nabi saw.

    Inilah kemuliaan jatiditi Islam yang membawa kepada kemenangan demi kemenangan yang diperolehi oleh generasi awal Islam. Mereka mengalahkan Rom dan Parsi dalam satu masa dan akhirnya membuka daerah pemerintahan sehingga ke Andalus di barat jauh dan ke Mindanao di timur jauh. Umar ibnu al Khattab memberi jawapan kepada dunia yang tertanya-tanya tentang kemenangan Islam yang luar biasa itu : “ Kami adalah bangsa yang diberi kemuliaan dengan Islam. Jika kami mencari kemuliaan lain dari kemuliaan yang dikurnia Allah ini, pasti kami akan dihina Allah ”.

    Sebaliknya, apabila umat Islam mula merasa jemu dan tidak lagi berbangga dengan Islam, mereka akan mencari cara dan budaya hidup baru dari bangsa lain. Kita dapat melihat bagaimana umat Islam mutakhir ini memilih isme-isme dari barat dan timur sebagai cara hidup moden mereka yang dianggap mampu mendatangkan kemajuan dan kebahagian. Akhirnya berlaku apa yang diberi amaran oleh Rasulullah saw iaitu mereka hidup terjajah dan terbelenggu oleh kuasa luar yang mencipta isme-isme ini ( yang merupakan agama-agama baru ) untuk kepentingan mereka. Umat Islam terpaksa berkiblatkan kuasa-kuasa luar ini dan mengikut telunjuk mereka.

    5. Tidak melaksanakan pemerintahan Islam menyebabkan kehancuran dari perpecahan sesama sendiri.

    Jika Kehidupan ini ibarat bangunan, maka Islamlah asasnya dan pemerintahlah pengawalnya. Demikianlah kata-kata pujangga yang dinukilkan oleh al Imam al Ghazali bagi membayangkan besarnya tanggungjawab pemerintah bagi memelihara kepentingan hidup berteraskan Islam. Pemerintahan Islam melaksanakan amanah dan syariat Allah bagi menjamin keadilan dan kesaksamaan di kalangan rakyat jelata. Pemerintahan Islam juga menyelesaikan kemelut dan permasalahan yang timbul dengan hukum Allah. Hukum Allah sahajalah yang mampu membawa penyelesaian yang akhirnya memulangkan hak kepada yang berhak, menyembuhkan hati yang luka, menghiburkan mereka yang kecewa, dan memberi keadilan kepada yang teraniaya.

    Memerintah tidak mengikut hukum dan syariat Allah sebenarnya mencabar kebijaksanaan Allah swt. Pemerintah yang membelakangkan peraturan Allah seolah-olah mendabik dada bahawa caranya lebih baik dari ketetapan Allah. Natijahnya sangat buruk; Permasalah tanpa penyelesaian, pengabaian hak, keadilan yang tidak terbela,kezaliman yang berleluasa, kekecewaan golongan yang teraniaya dan penindasan golongan lemah hina. Maka berlakulah apa yang disebut oleh Rasulullah saw di dalam hadith ini iaitu hukuman Allah yang menjadikan kisah kehacuran mereka adalah berlaku kerana perpecahan sesama mereka kerana timbulnya perasaan kecewa dan tidak puas hati.

    Pengajaran hadith :

    1. Menolak bala dari Allah dengan menghidupkan budaya menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran dalam hidup. Tanpa budaya ini, manusia menjadi lalai dan maksiat menjadi berleluasa. Jika inilah yang berlaku,maka bala Allah boleh berlaku bila-bila masa dan bala tentera Allah berada di mana jua.

    2. Hukuman Allah adalah dari jenis perbuatan manusia. Mengubat kemahuan nafsu dengan berzina mengakibatkan penyakit yang tiada ubatnya. Menipu untuk mendapat kemewahan membawa kepada kesempitan hidup. Menahan harta dari zakat akibatnya Allah menahan langit dari turunnya hujan. Mencari cara hidup lain dari Islam akhirnya terperangkap dalam penjajahan asing. Tidak menyelesaikan urusan mengikut peraturan Allah menatijahkan permasalahan tanpa penyelesaian.

    3. Rahmat hidup berpandukan ajaran Islam. Rasulullah saw meninggalkan kita di atas landasan yang sangat jelas. Segala perkara telah diberitahu oleh Rasulullah saw. Bermula dari punca permasalahan, kesan dan natijahnya sehinggalah kepada jalan penyelaesaiannya. Terpulang kepada kitalah untuk menerima dan mengamalkannya. Tiada lagi hujah dan alasan kita di hadapan Allah

    Isu Hangat: Artis Comolot





    Rakaman adegan cium Deanna Yusof
    Posted on Tuesday, May 29 @ 14:20:45 MYT by greenboc

    Pelbagai Oleh pemudawilayah

    "\\\
    Rakaman adegan cium Deanna Yusof bersama seorang pelakon lelaki Singapura yang disiarkan dalam internet benar-benar menguris maruah rakyat di negara ini. Kita semua mengetahui bahawa artis wanita ini seorang Islam dan belum berkahwin dan beliau sebelum ini menjadi ikon yang amat dibanggakan oleh rakyat Malaysia kerana berjaya membintangi filem 'Anna & The King" serta menjadi contoh pada artis-artis lain. Tindakan artis ini benar-benar menyalahi ugama, etika dan adab masyarakat Malaysia.


    Dunia artis telah tercemar dengan perlakuan beliau dan ini sekaligus memberikan tamparan hebat kepada Persatuan-Persatuan artis dan anak-anak seni di negara ini.
    Jika di negara India, rakyat akan bangkit membuat bantahan awam dan memaksa Mahkamah mengeluarkan waran tangkap pada beliau seperti mana yang berlaku pada Shilpa Shetty dan Richard Gere yang diburu oleh Mahkamah.
    Namun, nasib beliau tidak begitu. Mana dia Menteri Penerangan yang lantang berbicara tentang soal artis dan martabat industri hiburan negara? Mana dia Ulama' Hadhari? Ustazah Hadhari? adakah ini perkara kecil di mata mereka? kenapa semua diam?
    Selepas ini orang luar akan memandang rendah pada artis Malaysia kerana mereka sanggup buat apa sahaja untuk mencari nama. Kita berharap agar kejadian ini akan menjadi Iktibar pada artis-artis lain dan tidak sesekali menjatuhkan maruah diri dan imej negara hanya kerana inginkan pujian dan kemewahan sahaja.
    Tidak salah untuk menjadi artis, tapi biarlah bersopan dan pandai menjaga diri serta sentiasa ingat pada Allah.-Herman Samsudeen

    Macam-macam ada : So u think ur shoes are uncomfortable?....









    Lawak: Spice Girls pins-up poster -- new


    Macam-macam ada: Sumo Womans



    Mail Sent By SHAHAB
    Mail Sent By SHAHAB
    Mail Sent By SHAHAB
    Mail Sent By SHAHAB
    Mail Sent By SHAHAB
    Mail Sent By SHAHAB
    Mail Sent By SHAHAB
    Mail Sent By SHAHAB

    Lawak: Kenapa Pelajar Perempuan Melayu Selalu Dirasuk



    Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku
    diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan
    tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india. Di mana
    salah nya........ Kita ikuti perbualan antara seorang bomoh melayu yang
    mengubati gadis melayu yang terasuk itu dan syaitan yang mengganggu.

    kes histeria disekolah kat Banda Seri Begawan......

    Misteri di Asrama Puteri terjawap!


    Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa
    dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk
    sebilangan pelajar di sekolah itu.

    Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera.
    Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu
    ketua jin itu pun datang. Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu
    hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun
    hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari
    wajah
    si ketua jin itu!!!

    Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua
    bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang
    tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

    Bomoh : "Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" Kenapa
    gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam"

    Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...

    Ketua Jin : ""Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati,
    Tiada Memikat" "Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik. Kalaulah
    Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK...""

    ""Aduhai... kekekeekeeee...""

    Dah jangan dok mengulat dan mempercayai perkara tahyul..... pi buat
    keja cepat..

    Isu Hangat: Satu telur lipas menghasilkan bape ekor anak???


    Macam-macam ada: Amazing









    Blog Widget by LinkWithin