

Khairy buat laporan polis terhadap buku fitnah
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (kiri) menunjukkan salinan laporan polis kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Kuala Lumpur hari ini berhubung penulis buku Yahaya Ismail yang didakwa mengugut dan memfitnahnya menerusi buku bertajuk Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin (gambar kanan). -fotoBERNAMAKhairy berkata, beliau juga tidak pernah berjumpa penulis buku itu sebelum ini dan pertama kali mereka bertemu adalah di pejabatnya 17 Februari lalu.
"Beliau (penulis) datang ke pejabat saya di sini (Kuala Lumpur) 17 Februari lepas, berjumpa dengan saya dan mengugut saya agar membayar RM100,000 atau buku itu diterbitkan.
"Bagaimanapun saya enggan kerana saya tidak perlu bayar untuk buku tersebut dan saya tidak mampu untuk bayar," dakwa Khairy dipetik Bernama.
Menurut Khairy lagi, penulis terbabit turut mendakwa bahawa penerbitan buku itu ditaja musuh-musuh politik beliau dalam Umno.
"Selain itu, saya juga mendapat tahu buku ini juga telah diedarkan kepada beberapa anggota perwakilan Umno sejak minggu lepas," katanya. - bernama.
Pelikkan orang politik ni, sesama sendiri pun sanggup buat begini. Biasalah KJ punya kuku pun dah semakin tumpul sekarang ni apabila Pak Lah nak menyerahkan jawatan presiden UMNO kepada DS Najib.
Bagus jugalah kalau penulis ni berniat nak menyelamatkan orang Melayu, kan ke UMNO pembela tradisi orang Melayu sejak 50 tahun dulu.
Teringat buku "50 Dalil Anwar Ibrahim tidak boleh jadi PM" yang memberi impak yang sangat besar kepada politik negara sehingga DSAI menjadi ketua pembangkang pula sekarang ni.
Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar PercumaJAMINAN 100% INCOME RM100,RM200,RM700@LEBIH TANPA MENAJA!!Tambah KETINGGIAN 3cm-9cm Dalam Tempoh 90 Hari. Jaminan 100% Wang DikembalikanCara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)Iklan Di ISUHANGAT!