Berhati-hati dengan budak ni |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }









Ketika sedang minum berseorangan di sebuah restoran berhampiran Ampang Point 3 malam yang lalu, saya memerhatikan gelagat seorang budak anggaran usia 10 hingga 12 tahun.
Setiap meja dia berjaya mengutip sekurang-kurangnya RM1 dengan hanya berbekalkan sekeping kertas fotostat.

Meja di depan saya, dengan senang hati 5 orang dari mereka menghulurkan RM1 seorang (menjadikan RM5), di sebelah kanan saya, RM2 malah ada satu keluarga sehinggakan anak-anak mereka menghulurkan duit syiling kepada budak terbabit.

Tiba giliran saya, saya memandang tepat ke arah budak berbaju merah jambu itu.
"Bagi aku kertas yang kau pegang tu?"
Bagaimanapun, budak itu hanya menunjukkan kertas itu kepada saya untuk membolehkan saya membacanya dari jauh.

"BAGI AKU KERTAS TU?!!!"
Ketika itu, berpuluh mata dah menengok ke arah saya, dan ada yang sanggup berhenti makan semata-mata terkejut agaknya apabila saya meninggikan suara.

Maaf, saya terpaksa berrcakap kuat, kerana suasana restoran yang bising.
"BAGI AKU KERTAS TU. AKU NAK BACA!!!"
Saya ulang kali ketiga.
Budak itu perlahan-lahan, hulurkan kertas itu dan saya membeleknya.
Ia merupakan kertas yang difotostat - sebelahnya adalah salinan Penyata Akaun Individu Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bulan Julai 2008.



Nama: Sakinah Abd manaf
Alamat : No 7-A Blok 1E
Ampang Tasik Permai
68000 Ampang Selangor
Tarikh 21/07/2008
Kod Pelanggan : M988356
Status Pelanggan : Individu
No K/P : UNHCR
No Telefon : 0123981505
Baki tunggakan ialah RM 3,261-00
Saya belek muka sebelah, dan ia merupakan surat yang ditujukan kepada mangsa seperti anda.
( SAYA TAIP SEMULA DAN MENGEKALKAN EJAAN YANG DITAIP PADA KERTAS ITU)
ASALAMUALAIKUM
PERHOMATAN KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN
Saya bernama ADALA HASAN BIN HUSAIN. saya meminta tolong dan derma IKLAS daripada tuan-tuan dan puan-puan.
Saya seorang anak yatim dengan adik beradik adalah (3) tiga orang. Saya adalah anak yang kedua dalam kelaurga. Saya ingin meminta derma IKLAS untuk emak saya kini menghadapi penyakit jantung dan darah tinggi. Sekarang mak saya kena masuk ke hospital di H.U.K.M cheras dan pihak hospital memberitahu saya bahawa mak punya bil perubatan kena dibayar sejumlah RM3,481-00
Oleh demikian. Saya yang mampu membayar kepada bil mak saya sejumlah RM600.00 sahaja. Saya berharap pihak tuan-tuan dan puan-puan dapat menolong mak saya untuk mengatasi masalah bil perubatan yang tinggi ini secepat mungkin.
Saya mengucapkan ribua terima kasih atas tolongan daripada tuan-tuan dan puan-puan.
Terima kasih.

Dan , untuk menguatkan sangkaan saya , budak itu adalah sebenarnya menipu, saya mengujinya dengan beberapa soalan.

Dia menjawab dengan agak gelisah beberapa soalan saya. Katanya dia datang menaiki bas rapid KL (siap tunjuk tiket bas) berseorangan.

Menurutnya, dia tinggal dengan mak dan seorang abang dan adiknya di sebuah rumah flet di Ampang tasik Permai. Surat itu ditulis oleh abangnya. Dah dua tiga minggu dia minta derma katanya.
Kau jangan nak tipulah. Mana IC kau?
Tak de IC
Kau Myanmar kan ?
Ye
Mana kad kau (kad UNHCR)
Di rumah.
Dengan muka minta simpati, dia meminta saya pulangkan kertas yang saya ambil dari dia. tapi saya minta dia keluarkan semua duit dalam koceknya. Saya tak tahu berapa, tetapi segumpal duit RM1 dari kocek baju dikeluarkannya.
Setelah berpuashati bahawa banyak keterangan budak tu bercanggah, saya bertanyakan satu soalan cepumas...
Ok, kau kata mak kau sakit kan , ok sekarang kau ikut aku pergi rumah kau.
Serentak, muka budak tu berubah menjadi pucat dan tergamam.
Ikut aku. pergi rumah kau. Naik kereta aku!!!
Dan, ribut tidak, gempabumi pun tidak, budak itu sepantas kilat lari lintang pukang...!!!
15 minit kemudian, saya menaiki kereta dan cuba berpusing di dalam kawasan sekitar Ampang Point.
Seperti yang dijangka, budak tadi saya lihat dengan selamba berjalan dengan seorang kanak-kanak perempuan (saya agak, itulah adik dia, usia dalam 5-6 tahun). bagaimanapun dia tidak tahu saya memerhatikan dia.
Akhirnya, dia menghilangkan diri menaiki tangga ke dalam Ampang Point.

(Setelah saya semak, alamat yang tertera pada Penyata itu adalah palsu...)

Kredit : ondscene.blogspot.com

Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

1000 USAHAWAN TOPUP E-LOAD DIKEHENDAKI, UNTUNG SEHINGGA 5%

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

Related Posts by Categories



12 comments

  1. cro~crong  

    April 21, 2009 at 1:45 AM

    aku penah jumpa ngn budak yg mcm ni,,lepas kitorang tny mcm2,,die terus nangis,,buat muke sedih trus blah,,

  2. cinta juliet zainal abidin  

    April 21, 2009 at 10:04 AM

    saya penah alami keadaan ini. budaknye kecil umur dlm 5-6tahun saja, die menipu dgn alamat yg hampir serupa dgn alamat rumah saya. maknenye kami berjiran!? mmg dia sudah silap besar.

    apabila di tnye xdpt jwb, then cepat2 lari. tp saya kesian sbb mereka ini adalah kanak-kanak. sepatotnya mereka disekolah dan bermain dgn rakan-rakan sebaya. bukan mencari duit. huuu

  3. Unknown  

    April 21, 2009 at 10:53 AM

    tapi kalau kita gertak pun dia tetap nak cari duit juga...

    patut tangkap sumbat dalam kereta panggil polis.. aku cukup marah kalau minta sedekah tapi cara tak betul..

    ikut hati pukul je..

  4. Aishah Md Isa  

    April 21, 2009 at 11:16 AM

    Macam² la.. yg kesiannya budak² ni la jadi mangsa.. Dibiarkan berleluasa.. MMg cukup annoying bile tengah makan ade org datang montak sedekah ni..

  5. momotaro  

    April 21, 2009 at 6:01 PM

    aku rasa kalau dibiarkan lebih ramai lagi bebudak akan jadi macam nie,,, bayangkan kalau 1 ari dia dapat kumpul duit dari 1000 orang satu hari pagi, petang dan malam... cuba kalau sebulan... boleh jadi jutawan tu.,.. hehehehe

  6. shafiqshahari  

    April 21, 2009 at 8:37 PM

    makin lama makin ramai dak2 camni... nak wat camner?

  7. Admin  

    April 21, 2009 at 10:38 PM

    memang masalah macam ni kat area sekitar lembah klang ni berlambak
    mana2 tempat makan yang ramai orang pasti ada budak2 macam ni berkeliaran

    aku, setakat ni tak pernah nak bagi apa2 kat budak macam ni.
    aku pernah dengar ustaz kata, kalau kita nak menderma ke, biar la kita pergi sendiri tempat yang ingin disedekahkan, jangan tempat sedekah tu datang kat kita.

    nak besedekah dengan senang, derma je kat masjid tiap jumaat

  8. zawani  

    April 22, 2009 at 10:45 AM

    semalam saya ke pelita ampang bersama rakan2.. masa tengah makan,tetiba didatangi seorang budak yang modus operandi nyer lebih kurang sama dengan yang diceritakan disini.. kebetulan pada siang harinya saya dah baca dulu blog ni,jadi apabila budak tu menghampiri saya cakap,"kau tau tak semlama budak mcam kau dah ditangkap".. tak semena2,blom sempat saya nak habiskan lagi ayat,dia terus lari seperti dikejar anjing.. hmmmm,sindikit penipuan macam ni dah terlalu berleluasa,kasihannya kanak2 yang menjadi mangsa..

  9. Leya jamil  

    April 22, 2009 at 11:19 AM

    eh..sy pnh jmpe bdak nih kt dpn minerva jln TAR..dia tnjuk surat tu pstu masa ayh sy bwk kuar duit dr poket dia tnampak duit rm10 n rm1, bile ayh sy bg rm1, muke dia brubah mcm menyampah..apa dia ingt ktorg nk bg rm10 ringgit ke..huh..

  10. AisyaSofea  

    April 27, 2009 at 1:55 PM

    ni mesti ada sindiket nih...patutnya kita siasat hingga ke akar umbi.Budak2 ni kecik2 lagi..kalu dah di dera ...suruh diorg cari duit...mestila dia org kena buat jugak..Banyak kes budak2 yg hilang...mesti diorg digunakan utk cari duit utk menampung sindiket2 ini.Patutnya korang jgn la menuduh budak itu...budak2 ini umpama kain putih...mak bapak atau org yg jaga mereka patut kita jatuhkan hukuman...
    aku pernah jupe sorang budak lelaki baya budak ni jugak dulu...keadaan dia comot...tapi gelisah tme mintak duit,...dari mata dia aku tau...dia ketakutan...tapi terpaksa jugak buat...Ya Allah...Malaysia tak sepatutnya jadik macam nih...patutnya kita sama2 bwk budak tu ke tempat yg selamat...supaya dia tidak membesar didalm keadaan tersebut...menjadikan masa depannya makin parah...aku tersentuh lihat anak2 kecil yg tak berdosa ini. Bukan duit yg diberi sbg penyelesaiannya...tapi mungkin pihak tertentu patut campurtangan agar mereka berada di temapt yg sepatutnya bagi sorang anak kecil....

  11. Carca Merba  

    September 27, 2009 at 12:00 PM

    bagi saja lah sekupang dua. bukan dia boleh kaya pun. kalau bagi pun , anggap lah sebagai sedekah amal jariah. kalau tak nak bagi .... tutup mulut je.!

  12. Unknown  

    September 23, 2010 at 10:33 AM

    buruknyer perangai ko..
    mmg buruk perangai budak tu
    tp perangai kau lagi buruk
    tipu atau x..mmg dh bdak tu susah
    kau x suka die buat camtu..
    x payahla kurang aja sgt nak buat camtu
    kedekut. shame on u.
    anti la blog neh.
    kurang aja. apa hak ko nak paksa die bawak jumper mak dia?

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates