adsense

22 April, 2009

Jawapan dari PTPTN







Email dari PTPTN berkaitan dengan post
http://isuhangat.blogspot.com/2009/04/ptptn-oh-ptptn.html

Tuan/puan,

Perlaksanaan caj 1% ( ujrah/ upah) bermula pada 1 jun 2008 sebagaimana kenyataan akhbar Y.B. Menteri Pengajian Tinggi dalam akhbar-akhbar utama pada 14 Ogos 2008. Pihak pengurusan PTPTN sedang menyediakan kaedah dan peraturan pelaksanaannya dan akan diedarkan untuk makluman dalam tempoh terdekat. Maklumat mengenai perkara ini boleh didapati di laman web www.ptptn.gov.my Kaedah dan peraturan tersebut juga akan dipaparkan di Laman Web PTPTN untuk panduan umum.

Untuk pengetahuan kepada semua peminjam, surat tawaran perjanjian ujrah kepada peminjam lama yang layak akan dilaksanakan secara berperingkat selepas kerja pemindahan data daripada sistem sedia ada kepada sistem baru yang giat dilaksanakan selesai.

Tawaran pengurangan caj pinjaman PTPTN yang diumumkan kerajaan sebelum ini daripada tiga peratus kepada satu peratus berkuat kuasa dari Jun 2008. Walaupun peminjam terbabit tidak menerima surat tawaran perjanjian baru dalam tempoh itu, ia tidak sedikitpun menjejaskan kelayakan ditawarkan.
Tarikh pelaksanaan dan berkuat kuasa penurunan caj adalah dua tarikh yang berbeza. Oleh yang demikian, sebarang pertukaran atau kelewatan tarikh pelaksanaan akibat kelewatan penerimaan surat tawaran perjanjian baru sama sekali tidak menjejaskan pengiraan caj satu peratus bermula Jun 2008.

Penawaran ujrah adalah dibuat berdasarkan kategori peminjam seperti berikut:-

1. Peminjam sedang belajar, semuanya layak ditawar pembiayaan dalam bentuk ujrah dengan dikenakan upah satu peratus setahun.
2. Peminjam yang tamat, semuanya layak ditawarkan pembiayaan berkonsepkan ujrah dengan kadar upah satu peratus setahun kecuali peminjam yang masih mempunyai tunggakan. Mereka yang terbabit perlu melunaskan semua bayaran balik yang tertunggak sebelum layak menikmati kaedah pembiayaan berkonsepkan ujrah.

3. Peminjam yang diambil tindakan undang-undang tidak akan ditawarkan pembiayaan berkonsepkan ujrah dengan kadar upah satu peratus setahun, sebaliknya akan diambil tindakan berdasarkan prosedur perundangan seperti ditetapkan.

Sebarang kelewatan surat tawaran perjanjian ujrah dikeluarkan bagi tujuan pelaksanaan dasar baru ini seharusnya dilihat secara positif oleh semua peminjam sebagai satu usaha PTPTN memastikan kesempurnaan ke atas tindakan pelaksanaan yang akan dibuat dan memastikan keadilan kepada semua peminjam.

Peminjam juga digalakkan membuat pembayaran balik pada kadar yang segera supaya mendapat faedah 1%, (sekiranya tiada tunggakan ansuran) tersebut. Walaupun ketika ini, kiraan dibuat atas 3%,namun pihak PTPTN akan mengambil tindakan pelarasan 1% (sekiranya peminjam layak diberi keistimewaan ini).

Sekian, harap maklum.

Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

Penemuan Ajaib Jus Manggis, Kesihatan & Kewangan... Daftar Percuma

Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)

Iklan Di ISUHANGAT!

No comments:

Blog Widget by LinkWithin