
Klik di sini untuk cerita penuh
ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
|
Seramai 20 Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak mengadakan sidang akhbar bersama menyatakan pendirian mereka yang setia dengan Barisan Nasional di lobi Parlimen, semalam. – Gambar IZHAM JAAFAR |
Seramai 20 Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak menyatakan pendirian tidak akan melompat parti seperti yang diheboh-hebohkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini dalam sidang akhbar di Parlimen semalam.
Kenyataan yang dibuat oleh parti pembangkang itu disifatkan mereka sebagai satu pembohongan.
Sebaliknya Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sokongan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak tidak berbelah terhadap pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).
Turut menyatakan sokongan pada sidang akhbar itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Douglas Unggah Embas; dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin.