ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
29 August, 2008
Remaja zaman ini
Pada zaman internet ini manusia sentiasa rasa hebat, masyhur, kaya, tidak memerlukan teguran dan diri menjadi sombong. Lantaran itu manusia tidak lagi mahu mengikut kehendak agamanya yang suci ini. Masing-masing berasakan dirinya sudah hebat dengan mengikut gelagat bintang-bintang filem, penyanyi-penyanyi dan segala jenis seniman yang memporak-perandakan iman umat Islam zaman ini. Antara bentuk-bentuk ikutan yang difikirkan negatif oleh pandangan kita dan agama juga ialah seperti:
1. Mewarnakan rambut yang hitam dengan warna seperti bulu tupai yang keperang-perangan.
2. Memotong rambut ala bintang filem Barat, berekor dan jijik dipandang
3. Memakai seluar londeh supaya nampak underwear.
4. Memakai tudung tetapi pakai baju dan seluar ketat.
5. Memakai baju tidak berlengan yang mendedahkan panau dan kurap di tangan.
6. Memakai seluar yang koyak di lutut untuk membuka aurat (bagi lelaki)
7. Mentatoo lengan seperti orang Siam supaya air sembahyang tidak rata dan sentiasa
berkeadaan tidak suci.
8. Memakai baju yang bercorak lukisan muka hantu dan iblis yang menjijikkan untuk
menunjukkan diri sudah menjadi rakan iblis tersebut.
9. Berkepit dengan pasangan yang bukan muhrim di komplek membeli belah untuk menunjukkan kehebatan diri yang dijadikan Tuhan.
10. Mengusung anak dara orang dengan motosikal besar ke sana kemari untuk dibuat tontonan.
11. Ibu bapa membiarkan anak perempuan yang telah baligh tidak menutup aurat dan termasuk membogelkan kepala tanpa bertudung semasa keluar dari rumah .
12. Ibubapa sama-sama meminati rancangan realiti bersama anak-anak, siap lebih-lebih lagi SMS
WAHAI INSAN, WAHAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI, INGATLAH ALLAH TIDAK MENGURNIAKAN ANAK-ANAK DAN ISTERI UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN. AMANAH SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI BUMI ADALAH SUATU AMANAH YANG AMAT BERAT UNTUK DIPIKUL, SEHINGGAKAN GUNUNG-GANANG TAKUT MENERIMA AMANAH ALLAH TERSEBUT.
Pesanan untuk diriku yang mudah lupa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment