adsense

18 September, 2008

Panduan Paypal





Paypal adalah satu ecurrency atau payment processor yang membenarkan kita membuat urusniaga di atas talian dan di kira macam standard yang digunakan di seluruh dunia. Jika anda hendak membuat urus niaga atau menjual produk/servis peringkat global, paypal adalah dicadangkan.

Bagaimana nak memulakannya.

-Layari website Paypal <--klik
-Klik sign up
-Pilih negara
-Pilih personal, premier atau bussiness . Macam saya register bussiness
- Ikut step by step sampai selesai.

Kebanyakan orang tiada masalah untuk mendaftar dengan Paypal sehingga ke peringkat verify account. Paypal memerlukan kad kredit untuk verify dan aktifkan akaun anda kemudian barulah boleh mula berurusniaga. Kalau ada kredit no hal la.. tapi saya ingatkan supaya berhati-hati menggunakan kad kredit di atas talian.

Ok kalau takde kad kredit bagaimana? Kalau tiada kad kredit, kita gunakan sahaja kad debit. Sekarang Kad ATM Maybank pun dah dikira kad debit. Kalau anda guna kad ATM lama, cuba upgrade kad baru. Siap on the spot.

Atau cara yang biasa ialah memohon kad debit dari Public Bank. Pergi ke PB kemudian jumpa pegawai pemasarannya yang duduk kat meja tepi-tepi tu dan cakap nak apply kad debit. Dia akan kasi form dan suruh kita isi kemudian submit balik kat dia.

Lebih kurang dua minggu , kita akan mendapat surat dari PB yang meminta kita mengambil kad yang dah siap dan meminta kita memasukkan duit minimanya RM25 untuk kad debit tersebut.

Ok sekarang kita dah ada kad debit dan dah boleh verify akaun paypal. Lagi satu cara ialah memohon secara online. Ni lagi senang Layari website PB , 1. http://www.pbebank.com.my 2. Klik pada perkataan "Cards" di sebelah kiri website tersebut 3. Klik pada button "Online Debit Card Application Form” 4. Isi maklumat yang dikehendaki 5. Print 6. Hantar form yang telah diprint dan attachkan sekali salinan IC dan hantar kepada alamat yang diberi. Dalam masa 2 minggu kita akan mendapat surat dari PB, seperti di atas tadi. Bagaimana nak keluarkan wang dari paypal?

Pada My tab account , klik menu withdraw



Klik "Withdraw funds to your card"
Proses dalam 5-7 hari dan boleh keluarkan wang anda menggunakan kad debit di mesin ATM.

Atau un nak cepat lagi, jual saja di forum-forum perniagaan internet di Malaysia seperti Wangcyber, Carigold, Nogold etc..

Kita hanya perlu klik tab "Send money" kepada mereka yang hendak membelinya.

Tapi perlu berhati-hati takut kena tipu.

Semoga bermanfaat.

~blalang~
Mari Cari Duit Intenet

No comments:

Blog Widget by LinkWithin