adsense

26 October, 2008

Tip menghadapi Serangan Jantung





Andaikan pada 6:15 pm, anda memandu pulang (tentu sekali seorang diri)selepas kesukaran luarbiasa di tempat kerja. Anda benar2 letih dan kecewa……Anda benar2 tertekan dan terkejut….

Tiba2 anda mengalami kesakitan teruk di dada dan mula merebak hingga lengan dan tulang rahang. Ketika itu anda berada hanya 5 km saja dari hospital terdekat, malangnya anda tak pasti samada sempat sampai di sana atau tidak.

Apa perlu anda lakukan ???

Anda telah dilatih melakukan CPR, tetapi tidak diajar bagaimana hendak melakukannya pada diri sendiri?

BAGAIMANA NAK SELAMATKAN DIRI DARI SERANGAN JANTUNG KETIKA KESEORANGAN?

Kebanyakan orang sedang bersendirian ketika serangan jantung. Tanpa bantuan, seseorang yang degupan jantungnya tidak stabil akan mula pitam, hanya 10 saat sahaja sebelum tidak sedarkan diri. APA NAK BUAT?

JAWAPAN:

Jangan panik, sebaliknya batuk lah berulangkali dengan kuat dan bersungguh2.. Tarik nafas dalam2 sebelum batuk, dan batuk sedalam2 dan sepanjang2nya seperti hendak mengeluarkan kahak dari jauh dalam dada. Tarikan nafas dan batuk perlu di ulang tiap 2 saat tanpa henti hinggalah bantuan tiba, atau sehingga degupan jantung kembali normal.

Tarikan nafas yang dalam memberikan oksigen kepada paru2 manakala pergerakan dari batuk akan menekan jantung seterusnya mengekalkan peredaran darah. Himpitan dan tekanan pada jantung juga membantu mengembalikan degupan yang normal. Dengan cara ini mangsa serangan jantung sempat ke hospital.

Diterjemah dari Health Tips

No comments:

Blog Widget by LinkWithin