Keputusan perbicaraan kes bunuh wanita Monggolia, Altantunya Shariibuu telah pun diketahui ini. Ini bermakna Altantunya dibunuh bulan Oktober 2006 dan keputusannya pula bulan Oktober 2008. Inilah yang dinamakan "Tragedi Oktober". Dalam kes itu, Cif Inspektor Azilah Hadri, 31, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35, didakwa membunuh Altantuya, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja Shah Alam. Kedua-dua tertuduh itu dibicara bersama penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda yang didakwa bersubahat dengan mereka melakukan pembunuhan tersebut dua tahun lalu. Biarpun keputusan perbicaraan kes tersebut sudah pun selesai namun ada satu persoalan yang harus dijawab oleh pihak-pihak berkenaan termasuk Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Isunya ialah, bagaimanakah "Bom C4" Tentera boleh digunakan dalam kes ini. Umum mengetahui bahawa Azilah dan Sirul adalah anggota UTK, maka itu menurut maklumat pihak UTK tidak akan membunuh dengan menggunakan Bom. Sebaliknya mereka telah dilatih sebagai "penembak tepat" dan akan melakukan arahan berdasarkan kepakaran mereka iaitu tembakan tepat dari jauh. Maka mengapakah tiba-tiba "Bom C4" boleh berada ditangan mereka. Dalam masa yang sama persoalan timbul bagaimanakah bom itu boleh digunakan sedangkan ianya adalah sejenis bom yang hanya boleh digunakan ketika peperangan. Hanya anggota tentera sahaja dibenarkan menggunakan alat senjata tersebut. Ini harus dijawab.

Tambahan pula kedua-dua jenis bahan letupan yang dikesan...
Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT
No comments:
Post a Comment