ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
06 November, 2008
Punca penyakit gout
BERPANTANG makan, itu nasihat yang sering diberi kepada pesakit gout. Udang, sotong, ketam dan semua jenis makanan laut serta sesetengah `sayur sejuk' menjadi makanan larangan.
Namun, tidak dapat menahan selera, ramai juga yang terpaksa ingkar, walaupun tahu risiko bakal menunggu. Pemakanan tidak sihat dan seimbang boleh memburukkan keadaan pesakit gout.
Tergolong dalam kumpulan arthritis, gout sebenarnya penyakit metabolik yang menyebabkan asid urik berkumpul pada sendi, terutama pada kaki, dan menyebabkan rasa sakit.
Gout adalah bengkak sendi yang bermula pada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan; menyebabkan penghidapnya berasa sangat sakit hingga ada yang tidak boleh berjalan.
Puncanya belum diketahui, tetapi ia dipercayai disebabkan kehadiran paras asid urik yang tinggi dalam darah hasil proses metabolisme purin (sebatian nitrogen untuk tenaga).
Asid urik biasanya dikumuhkan melalui air kencing dan najis; kegagalan mengeluarkan asid urik berlebihan dari badan boleh menyebabkan ia mendak dan berkumpul di sendi (tangan dan kaki), buah pinggang atau kulit.
Baca artikel penuh di Artikel Hangat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Gout terjadi bila wujudnya lebihan asid dalam badan..Apa yg boleh meneutralkan asid? Alkali..
Cuba minum Alkaline Water Plus..Kemudian, nilaikan..
SILA LIHAT TESTIMONI
>>> http://alkalinewatertoyou.blogspot.com/p/testimoni.html
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT!
salam
info tambahan
memang kalau kita ikut piramid makanan dan amalkan makanan yang seimbang kita tidak perlu ambil makanan tambahan. tapi dalam masa setahun dua ini saya saya ada terbaca tentang radikal bebas. radikal bebas ialah suatu atom relatif yang tidak stabil yang elektronnya tidak berpasangan (1 atau lebih) di bahagian luar orbitnya. okay ini memerlukan penerangan yang lebar, tapi saya ringkaskan =)
radikal bebas boleh menyebabkan penyakit seperti sakit jantung, diabetes, strok, barah, darah tinggi dan sebagainya dan hampir kesemua penyakit yang tersenarai disebabkan radikal bebas (kajian saintis baru-baru ini kalau tak percaya boleh google heee). okay apa yang menyebabkan radikal bebas terjadi. faktor terjadi radikal bebas contoh, asap rokok, uv ray, pencemaran udara, pemakanan yang mempunyai pengawet kimia, dan sebagainya. maksudnya kita tidak dapat elak radikal bebas in fact setelah dikaji badan kita diserang lebih daripada 40,000 jenis radikal bebas setiap hari!! dan inilah antara faktor mengapa banyak pesakit barah etc. yang umurnya makin menurun sedangkan pada setengah abad yang lalu ia hanya dihidap oleh orang pertengahan umur kerana sitem imune mereka yang makin lemah dan faktor usia/keturunan. dan bagi saya pengambilan supplement tidak perlu jika kita tidak diserang radikal bebas tetapi sebaliknya. dan banyak pakar kesihatan menyarankan kita mengambil produk anti oksida yang mempunya ORAC score yang tinggi. saya ada buat sikit review pasal ORAC score sbb saya kena buat thesis untuk subjek ini. klik url ni http://bit.ly/rNPvlg untuk lebih info, nnt panjang2 marah pula owner blog
:P
Post a Comment