Pada satu hari terjadilah satu kemalangan motor di hadapan rumah Doktor Razak, iaitu seorang doktor yang amat terkenal di JB sebagai doktor berpengalaman merawat mangsa kemalangan. Penduduk JB rata-rata kenal pada Doktor Razak.
Ketika kemalangan itu, seorang Polis berada berhampiran. Polis itu pun menolong mangsa kemalangan tersebut. Polis itu berkata:
"Nasib baiklah awak ditimpa kemalangan betul-betul di hadapan rumah Doktor Razak yang terkenal tu. Tak payahlah saya susah-susah nak bawa awak ke hospital. Tunggu sekejap ya.. Saya nak panggil Doktor Razak datang ke sini..."
Mendengar hal itu, si mangsa kemalangan pun berkata kepada Polis:
"Encik lebih beruntung. Tak perlu susah-susah nak panggil Doktor Sapuan sebab Doktor Razak dah ada di depan mata Encik...."
No comments:
Post a Comment