Nabila nikah pakai tudung labuh la, masa mengacara dengan Cat Farish pakai skirt pendek tak ingat..Nabila lepas kahwin nak pakai tudung ke? Alhamdulillah la kalau camtu.
Oleh Mohd Nasif Badruddin
mnasif@hmetro.com.my
SUASANA sebak dan penuh emosi mengiringi majlis perkahwinan pelakon dan pengacara, Nabila Huda Suhaimi, 24, dengan Zaidy Zailani, 27, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi semalam. |
Bukan menangis sedih, sebaliknya air mata kegembiraan tidak dapat dibendung lagi oleh kedua mempelai dan keluarga masing-masing apabila liku-liku perhubungan selama enam tahun lamanya berakhir dengan sebuah perkahwinan.
Zaidy dinikahkan sendiri oleh bapa Nabila, Suhaimi A Rahman atau Amy Search dengan mas kahwin RM80 dan hantaran RM22,222.22. Akad nikah ini disaksikan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Mohd Nazarudi Mohd Nadzir merangkap Imam dan Jurunikah Masjid Wilayah Persekutuan.
Pihak lelaki menghantar tujuh dulang hantaran berupa telekung, al-Quran, alat solek dan pewangi, kasut, sepasang persalinan, set penjagaan badan serta kek.
Manakala pihak perempuan pula membalas dengan sembilan dulang hantaran berupa kasut/tali pinggang, kemeja/tali leher, set penjagaan badan/pewangi, baju Melayu, songket, al-Quran, sejadah, coklat dan kek.
Kata Nabila, ternyata perkenalan lama antara mereka tidak sia-sia dan membazir masa kerana hubungan ini diakhiri dengan sebuah ikatan perkahwinan yang menjadi idaman setiap pasangan bercinta.
"Saya mengenalinya (Zaidy) sejak berusia 18 tahun sehingga sekarang. Saya tidak pernah merancang untuk berkahwin pada usia 24 tahun, tetapi mungkin sudah sampai seru untuk berkahwin sekarang selepas mengambil masa mengenal hati budi.
"Walaupun berkahwin, saya tetap akan menjalani kehidupan seperti biasa. Saya akan cuba yang terbaik menjadi isteri yang bagus untuk suami dan dialah cinta pertama saya. Saya terpikat dengannya kerana dia boleh membuatkan saya gelak dan gembira serta sering memberi nasihat," katanya yang mengenakan persalinan serba putih yang direka dan ditaja oleh Zulkifli Mohd Ghandi dari Puri Pesona.
Tambah anak sulung daripada empat beradik itu lagi, dia bersyukur kerana majlis perkahwinannya berjalan lancar hasil kerja keras bapanya, Amy Search bersama isterinya, Norhasniza Hassan atau Norish dan keluarga.
Selain mereka, kehadiran ibu kandung Nabila, Farida Fadzil serta bapa pengantin lelaki, Zailani Hassan dan ibunya Zainah Kamaruddin juga membuatkan majlis itu lebih bermakna baginya kerana dia dikelilingi orang yang rapat dengannya.
1 comment:
Harap berkekalan la.... boleh kira ngan jari puak2 ni yang kekal hubungan. Tahniah...
Post a Comment