ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
01 December, 2008
Bulan tersenyum
Malam tadi (Isnin malam Selasa 1 Dis 2008) satu fenomena yang ganjil tetapi amat menarik berlaku di langit Malaysia. Kejadian menarik ini dapat saya saksikan dengan mata kepala saya sendiri. Fenomena tersebut ialah kejadian bulan tersenyum.
Kejadian tersebut berlaku pada waktu Isyak, semasa saya dalam perjalanan ke surau. Oleh itu saya tidak dapat mengambil gambar kerana tak bawa kamera bersama. Kejadian berlaku di mana bulan sabit (sabitnya di bawah) dan di atasnya ada 2 bintang seakan-akan mata. Sebutir bintang berkelipan terang dan sebutir lagi agak kecil sedikit.
Selepas balik dari surau , isteri saya pun bertanya samada saya melihat fenomena tersebut kerana rupanya ada disiarkan di Buletin Utama TV3.
Di bawah adalah gambar bulan tersenyum yang saya lukiskan sendiri menggunakan Paint untuk tatapan mereka yang tertinggal menyaksikan fenomena menarik ini.
P/s: Jika sesiapa yang mengambil gambar bulan senyum tersebut sudikanlah berkongsi dengan saya untuk dikongsikan bersama pembaca Isuhangat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Here is the link of my photos:
http://rossobloggy.blogspot.com/2008/12/moon-is-smiling.html
ni ade lagi gmbar bulan tersenyum...http://www.flickr.com/photos/azzj
Post a Comment