adsense

03 December, 2008

Kami memang ALONG tapi kami nak tolong!



pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!

Tu hari fenomena pelik tapi menarik "muka di langit" tapi ada lain fenomena yang pelik tapi tak berapa nak menarik....

Minyak dah enam kali turun... tapi barang tetap tak turun-turun. Menurut berita-berita di media, kerajaan tak salah - rakyat yang salah pasal tak nak boikot dan masih beli walau pun peniaga tak nak turunkan barang. Nnnnntahlah labu.... Yalah setakat ni kita kita masih mampu, Alhamdulillah rezeki Allah .

Kalau masa minyak naik roti canai nipis boleh sekodeng orang kat depan. Makan 2 keping pun tak kenyang lagi, nak order 3 keping malu pula nanti orang kata buruk lantak pula. Perbezaannya kalau korang perasan, roti canai sekarang dah tebal sikit, Alhamdulillah makan 2 keping dan minum teh tarik, perut dah santak. hehe

Apa cerita ni? Aparra minyak naik bising, minyak turun pun bising juga ke? Bukan bising tapi pelik, tahun ni (dah hujung tahun dah), rakyat masih steady lagi. rakyat Malaysia memang senang dan sentiasa berkeadaan mampu beli tapi tahun 2009 dijangka ekonomi menjadi gawat macamana pula?

Di area saya ni memang kawasan perindustrian, jadi memang ramailah kawan-kawan kerja kilang. Yang saya dengar ialah sekarang ni dah nampak kesan kegawatan ekonomi. Order dah takde@kurang. Jiran saya kata order di kilang beliau takde sampai bulan Feb tahun depan. Kesian member tu, overtime pun dah takde dan tengah survey kerja pam minyak. Ada member lain pula kata, kilang dia order ada tapi kurang. Nasib baik harga duit US tak turun, so pasal diaorang bisnes ikut harga USD untung kilang dia hanya pada keuntungan pertukaran wang ke RM sahaja.

Kalau kilang dah tak rancak keluar produk, akan terdengarlah cerita satu demi satu kilang ditutup. Bukan pindah ke China tetapi takde yang nak beli. Maka mat-mat Bangla dan Nepal pun akan kurang (ada tak minah-minah menangis?) , mat Vietnam pula terpaksalah sembelih kucing dan anjing di negara sendiri. Rasanya yang tinggal hanya mat-mat Afrika jer , biasalah diaorang ni kaki bisnes black briefcase (isi jam), black money dan black magic haha. Biasalah student katanya.. Dan juga Mat Indon Indonesia.

Harga komoditi seperti kelapa sawit dan getah pun dah merundum jatuh. Dulu zaman mewah harga kelapa sawit sampai RM700-RM800 se-tan, sekarang ni tinggal lebih kurang RM300 sahaja se-tan.Jadi gaji peneroka yang dahulunya secara purata RM4,000 hingga RM6,000 seorang sekarang dah tinggal lebih kurang RM1,000 sahaja. Dengar-dengar (dengar je tak lihat) banyak kereta peneroka-peneroka Felda dah mula kena tarik pasal tak dapat nak bayar bank.

Ini menampakkan bayang-bayang sakitnya ekonomi tahun 2009. Diramalkan paling cepat dapat dipulihkan pada bulan Februari 2010.

Dah ready ke kita? Dah banyak ke saving? Sendrik mau ingatlah yer. Minta-minta harga barang dapat turun kembali pada normal tahun depan.

Walau bagaimanapun saya mendapat artikel lagi pasal cara menjimatkan minyak kereta. Yalah, takkan harga minyak dah turun lupa nak berjimat pulakan. Duit penjimatan tu boleh la buat-buat beli pakaian,buku dan peralatan anak sekolah dan jangan lupa simpan jangan tak simpan! Iklan along makin bersepah, siap tulis lagi dengan bangganya KAMI NAK TOLONG..................

Tip untuk jimat petrol kereta:

1. Servis kereta ikut jadual - kereta yg di maintain dgn baik akan beroperasi pada kecekapan maksimum

2. Penapis udara dan penapis minyak petrol kena check! (Penapis minyak petrol kene tukar 40 000 km sekali)

3. Spark plug perlu dlm keadaan baik ( Tak hitam & gap OK )

4. Tayar perlu diisi angin dgn pressure yg betul, kalu tayar tak cukup angin, minyak makan...

5. Pakai kereta yg CC rendah tapi kalau nak pakai yg CC tinggi pun boleh cuma system kene bagus la macam Honda i-VTEC, Toyota VVTi atau pakai sistem

6. Jangan tarik pick-up lebih 3000 rpm setiap gear , tapi sekali-sekala boleh la takut engin lemau

7. Go slow man ! jangan speeding .90-100 km/j tu kira ok la.., tapi kalau terbakar sebab ada orang ajak race
- kejar.. jgn tak kejar

8. Elakkan kesesakkan jalan raya, lagi lama tersangkut (engin idle) lagi makan minyak (kene tukar gear selalu)

9. Kalau parking menunggu tu, matikan engin

Baca lagi di ARTIKEL HANGAT

1 comment:

ahak said...

Jom join aku buat duit waktu gawat!!
Layari http://aimhigh2u.blogspot.com

Blog Widget by LinkWithin