ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
05 December, 2008
Makan di hotel
Kalau orang yang "ada-ada" sikit, makan di hotel menjadi perkara biasa, hari-hari lunch buffet kat hotel pun ada. Nak makan kat restoran atau warung jatuh pulak standardnya. Manakala orang yang "biasa-biasa" pula jarang dapat makan di hotel kalau makan pun semasa annual dinner tajaan syarikat bekerja.
Tetapi sebagai orang Islam, kena berhati-hati kawan-kawan. Terutama bab makanan ni.Kalau makan di restoran mamak pun kena berhati-hati inikan pula di hotel. Chefnya kita tak tau orang Islam ke tidak, bahan-bahan yang digunakan samada dicampurkan dengan arak atau babi dan juga sumber ayam/daging dan sebagainya..jangan sampai kita makan di hotel sedap-sedap rupanya sama sahaja levelnya makan di restoran cina yang itik panggang bersidai kat depan tu.
04/12/2008 6:30pm
KUALA LUMPUR 4 Dis. - Umat Islam diminta berhati-hati ketika makan di hotel di negara ini, kerana kini hanya terdapat 18 daripada 2,360 buah yang mendapat sijil halal daripada Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC).
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, sebanyak 31 buah lagi sedang dalam proses untuk kelulusan, empat permohonan baru, 64 dalam proses melengkapkan borang dan tiga telah tamat tempoh dan sedang memperbaharui sijil halal.
``Bagaimanapun, jumlah ini tidak termasuk hotel yang mendapat sijil halal daripada majlis dan jabatan agama Islam negeri,'' katanya ketika menjawab soalan Siti Zailah Mohd. Yusoff (Pas-Rantau Panjang) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Untuk mengetahui senarai hotel yang mendapat status halal boleh jengok di Blog Artikel Hangat. Itu pun tak pasti samada senarai tersebut adalah senarai yang terkini tidak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Dulang Coffee House & GrillHotel Excelsior (M) Sdn. Bhd.
43, Jalan Sultan Abdul Jalil, Ipoh, Perak
yang ni dah ditarik sijil halalnye,kami baru dapat pekeliling dari jabatn agama,saya tau sbb saya dari salah serorang staff jabatn kerajaan kat area perak ni....ni utk pengetahuan semua la
Post a Comment