ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
06 March, 2009
Bebola BABYKEN (babi+ikan)
Orang kita suka mencampurkan bebola ikan atau orang kita suka panggil fish ball dan fish cake dicampurkan dalam masakan. Fish ball dan fish cake biasa dijual di pasar-pasar kebanyakannya tidak tahu dibuat oleh siapa. Saya tak pasti ada tak usahawan Melayu yang mengusahakan fish ball ni. Yang pasti bangsa Cina adalah.
Kalau mee dan tauhu tu, ramai juga pengusaha IKS Melayu sudah mengusahakannya. Tahniah kepada usahawan Melayu yang melibatkan diri dalam sektor makanan basah seperti ini. Sudah menjadi fardu kifayah kepada orang-orang Melayu Islam mengusahakan perusahaan makanan yang sebelum ini dimonopoli oleh orang bukan Islam.
Daripada umat Islam bercakaran pasal pegangan politik yang tak pernah habisnya tu, lebih baik umat Islam duduk berbincang meja bulat bagaimana membangun ekonomi ummah terutama bab-bab makanan ni.
Begitu juga dengan nugget yang dijual secara timbang di pasaraya-pasaraya. Siapa yang mengesahkan ia halal? Tetapi ramai juga orang kita yang beli kerana murah. Ok kita tak beli tetapi bagaimana pengusaha kedai makan atau yang dijual di pasar malam yang biasa kita belikan untuk anak-anak kita?
Aku rase mual pula bila baca email dari seorang teman mengenai bebola ini sebab aku biasa juga makan bola-bola ini semasa makan di luar. Diharap pihak yang berwajib kerap membuat lawatan mengejut ke kilang-kilang makanan seperti di bawah.
Denda RM50,000 tu rasanya sikit sangat,sepatutnya di tutup terus dari beroperasi kerana pengusaha ini tidak mengambil kisah dengan sensitiviti umat Islam.
Dari mailbox admin (tidak dinyatakan sumber)
IDERIS Mohamad menunjukkan minyak masak kitar semula yang sudah bertukar menjadi hitam tetapi masih digunakan di kilang membuat bebola ikan di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.
KEPALA BATAS - Jika anda penggemar makanan berasaskan bebola ikan, wajar siasat semula kaedah pengeluarannya untuk mengelak termakan benda haram.
Ini kerana sebuah kilang di sini yang mengeluarkan makanan tersebut sejak lima tahun lalu, dikesan mencampurkan daging dan perut babi bersama isi ikan dan tepung untuk membuat bebola ikan.
Malah, kumpulan wartawan yang menyertai serbuan ke kilang itu bersama 20 pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKSPP) turut terkejut apabila melihat sebuah periuk besar berisi minyak masak yang dipercayai digunakan berulang kali untuk menghasilkan produk makanan di situ.
IDERIS Mohamad menunjukkan daging dan perut khinzir yang disimpan bersama bahan mentah lain termasuk ikan di sebuah kilang di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.
Lebih menjijikkan apabila minyak masak itu yang ditempatkan di dalam periuk di luar kilang, sudah bertukar rupa menjadi hitam serta likat seperti minyak pelincir kenderaan.
Ternyata serbuan yang diketuai Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan JKNPP, Ideris Mohamad bakal membuka mata ramai pihak terutama penggemar makanan berasaskan bebola ikan dan golongan peniaga mengenai status kebersihannya.
"Tindakan pengusaha kilang ini dengan menyimpan perut dan daging babi bersama bahan mentah lain termasuk ikan di dalam satu peti penyejuk memang nyata salah.
"Alasan mereka daging berkenaan adalah untuk kegunaan para pekerja juga tidak masuk akal kerana kuantiti bahan yang disimpan itu terlalu banyak dan hasil siasatan mendapati memang mereka mencampurkan daging babi itu untuk membuat bebola ikan," jelas Ideris.
Produk dari kilang berkenaan dipercayai dipasarkan secara meluas khususnya di Seberang Perai hingga meliputi Kulim dan beberapa kawasan lain.
Menurut Ideris, kilang itu pernah diserbu setahun lalu dan diarah tutup selama dua minggu atas kesalahan terlalu kotor. Namun, serbuan semalam membuktikan tidak banyak perubahan berlaku.
Justeru, pihaknya telah merampas semua bahan makanan di kilang itu yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 selain pengambilan sampel produk untuk ujian. Jelas Ideris, jika disabit kesalahan, pengusaha kilang boleh didakwa di bawah Seksyen 13B
IDERIS berada di bahagian stor bahan mentah kilang dengan periuk merebus bebola ikan berada di bawah dalam serbuan di Kepala Batas semalam.
Akta Makanan 1983 kerana memproses makanan tidak mengikut
spesifikasi dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak
lebih lapan tahun. Kilang itu juga diarah tutup selama 14 hari.
4 Panduan tarik pengunjung ke blog anda P.ERCUMA!
Cara Melambatkan Pancutan (18+ sahaja!)
Iklan Di ISUHANGAT!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment