adsense

14 May, 2009

Terlepas di waktu malam





Seekor kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan kurungannya. Menyedari hal itu, seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya membina pagar yang lebih tinggi.

Menyedari bahawa kanggaru itu tidak dapat melompat tinggi, pekerja itu memasang pagar dengan ketinggian lima kaki.

Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari kawasan kurungannya lagi. Pegawai itu mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi. Begitulah yang berlaku setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka keluar dari kawasan kurungannya itu. Sehingga cerita ini ditulis, sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu.

Esoknya kanggaru itu terlepas lagi. Pada sebelah petangnya, selepas kanggaru itu dimasukkan kembali ke kawasan kurungannya, jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun bertanya kepada kanggaru itu, "Agak-agak kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini?".

Kanggaru itu menjawab, "Mungkin sehingga beratus kaki, kecuali seseorang mengunci pintu pagar pada malam ini dan malam-malam seterusnya.

---------
MORAL:

Sebagaimana menutup aurat, tutuplah apa yang paling penting ditutup. Jangan biarkan ia terbuka, nanti menimbulkan banyak masalah.



"Gegaran Sudah Dirasai Di Putrajaya...Bakal Meletus Di Malaysia Bermula Di Jepun"


"Rahsia Buat Duit di Internet Sehingga Menghasilkan Pendapatan $3,046 Setiap Bulan Terbongkar!"


Rahsia Atas Ranjang | Untuk bacaan dewasa sahaja!

Turunkan berat badan secara sihat tanpa kenaikan semula sambil menjana pendapatan lumayan

Gempar!! Membongkar rahsia bagaimana seorang pelajar mampu memiliki Mercedes Benz SLK200 dan pendapatan sebanyak RM130,000 Sebulan!

Iklan Di ISUHANGAT!

No comments:

Blog Widget by LinkWithin