adsense

24 January, 2008

RENUNGAN AMALAN BUAT KEDUA IBUBAPA ADIK SHARLINE



Oleh gadisberbisa


"Salam kasih buat keluarga adik Sharline yang sekian lama mengharap redha dan rahmat Allah agar setiap harapan dan doa dimakbulkan oleh Allah swt Yang Lebih Maha Melihat dan Maha Berkuasa dari segala-galanya.Moga setiap solat hajat dan doa yang dipanjatkan oleh setiap kita yang bernama saudara muslim dan muslimat diterima oleh Allah. Amiin.

Penulis memohon kemaafan dalam cadangan yang diberikan ini.Namun sebagai saudara yang merasakan perlunya bersama memberi sokongan dan pendapat kepada kedua ibubapa adik ini,penulis ingin meluahkan sedikit amalan buat kedua ibubapa tersebut.Moga dengan amalan ini dapat memberi satu petunjuk atau jalan yang senantiasa diredhai dan dirahmati Allah.Insya Allah.

Maaf sekali lagi.Penulis bukanlah bomoh ataupun pakar dalam bidang agama mahupun bijak pandai dalam perubatan tradisional.Penulis cuma memberi beberapa tips kepada kedua ibubapa anak ini agar dengan usaha dan cara ini mungkin dapat memberi petunjuk mahupun kebenaran diatas masalah kehilangan adik Sharline.

Moga jua setiap doa dan munajat yang dilakukan oleh setiap kita diperkenankan oleh Allah swt.Aamiin Ya Allah.

Tips ini pernah dicuba oleh pesakit penulis dan Alhamdulillah dengan izin dan kuasa Allah Yang Maha Hebat,benda yang hilang dapat dijumpai semula.Namun kita perlu tawakkal pada kuasa dan kehebatan Allah dan tips ini hanyalah sekadar satu iktihar serta usaha kita.

Maaf.

1. Lakukan solat hajat 2 rakaat.(Sujud akhir sekali-berdoa dalam hati agar Allah mengembalikan adik Sharline dengan selamat)

2. Selepas salam terus membaca ayatul kursi 7.(Jangan berkata-kata pada sesiapa semasa membaca ayat tersebut)

3. Selepas itu berzikir dengan menyebut Ya SAMAD 100 X dengan harapan doa dimakbulkan.

4. Ya KHOBIRUU 100 X

5. Ya Latiff 100 x

6. Terus berdoa dengan membaca Alhamdulillahirobbilaalamin 7 x,Ya Wahab 7 x dan salawat sepertimana dalam tahiyat akhir solat dan terus bermunajat doa pada Allah agar adik Sharline dijumpai semula dengan selamat.

Amalan ini adalah satu cadangan sahaja dan perlu dilakukan oleh salah seorang dari kedua ibubapa adik Sharline.Amalkan sehingga berjumpa atau sekurang-kurangnya 3 hari.


7. Selepas itu kedua ibubapa tersebut perlulah banyakkan berzikir Ya KHOBIRUU dalam jumlah seberapa sahaja setiap masa

Tips ini hanya satu pendapat yang merupakan salah satu perubatan yang diberikan kepada pesakit penulis yang pernah kehilangan benda.Alhamdulillah,dengan kudrat dan kuasa Allah,pesakit penulis dapat menjumpai barangnya semula dengan selamat.Dengan keyakinan mengharap redha Allah,pesakit menjumpai barang yang hilang dalam masa 45 minit.Namun semua ini adalah kuasa dan kudrat Allah Yang Maha Hebat.

Mungkin ada banyak lagi tips dan cadangan yang dapat membantu keluarga adik ini.Ramai juga dikalangan ahli dan pembaca tranungkite lebih bijak pandai dan kuat dalam amalan beragama.Moga segala doa,cadangan dan panduan yang dilakukan oleh ahli mahupun pembaca dapat membantu usaha mencari adik Sharline.

Penulis memohon kemaafan diatas panduan dan cadangan ini.Cuma penulis merasa terpanggil untuk membantu memberikan satu kaedah rawatan dalam perubatan yang dilakukan oleh penulis.Maaf sekali lagi.

Moga segala doa,munajat dan amalan solat hajat yang banyak dilakukan oleh setiap kita senantiasa diredhai dan dirahmati Allah swt serta dimakbulkan.Aamiin.

maaf sekali lagi.
"


No comments:

Blog Widget by LinkWithin