PETALING JAYA: Orang ramai dinasihatkan agar memastikan pemeriksaan dari rumah ke rumah yang dijalankan bagi mencari Sharlinie Mohd. Nashar, 5, hanya dilakukan oleh pihak polis. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed menegaskan, orang ramai perlu mengambil langkah melihat kad kuasa anggota polis terbabit bagi mengelak daripada ditipu. “Orang ramai boleh meminta polis supaya menunjukkan kad kuasa sebelum membenarkan mereka memasuki rumah,” katanya di sini hari ini. Beliau mengulas arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang disiarkan muka hadapan Utusan Malaysia hari ini kepada semua ketua polis daerah supaya melaksanakan gerakan mencari Sharlinie dari rumah ke rumah. Menurut Musa, gerakan yang dimulakan terlebih dahulu di Lembah Klang itu akan turut meliputi Sabah dan Sarawak. Dalam pada itu, Arjunaidi menjelaskan, pihak polis tidak memerlukan sebarang waran untuk melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah. “Waran hanya diperlukan untuk kes tertentu tetapi dalam kes ini (mencari kanak-kanak hilang) tidak perlu,” ujar beliau. Mengulas arahan Musa itu, bapa Sharlinie, Mohd. Nashar Mat Hussain mengalu-alukan usaha terbaru polis itu. |
ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
23 January, 2008
Minta kad kuasa polis yang periksa rumah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment