Forward
Teringat saya kepada kata-kata sepupu saya yang pernah berkhidmat
dengan TUDM. Setelah selesai menghantar pesawat Skyhawk, seorang
pilot mat saleh turun dari pesawat itu dan mengucapkan thank god.
Setelah ditanya, mat saleh itu memberitahu dia bersyukur kerana dia berjaya
menerbangkan besi buruk dari padang pasir Nevada ke Malaysia.
Sebahagian lagi rakannya terkandas di India. Dalam kapal terbang itu,
dia hanya mengingati Tuhan. Setibanya di negara ini, pilot-pilot muda
negara menerbangkan besi-besi buruk itu tanpa sedikit pun rasa
bimbang. Dan lantas, pilot Mat Saleh itu memberikan pengiktirafan
bahawa pilot-pilot Malaysia adalah yang paling berani.
Kemudian, bulan demi bulan, tahun demi tahun kita saksikan kemalangan
demi kemalangan, korban demi korban akibat penggunaan besi buruk.
Antara mangsa Skyhawk ialah Lt Wahi, yang hilang di Laut China
Selatan, tidak ditemui sehingga kini.
Menyedari hakikat ini, penggunaan pesawat skyhawk dihentikan, begitu
juga dengan MB 339 dan digantikan dengan Hawk 200 dan Hawk 100 buatan
britain, selepas itu FA-18 Hornette (USA) dan MIG 29 (Russia). Dengan
peralihan pesawat ini kita saksikan kurangnya kadar kemalangan
pesawat pejuang TUDM dan jika berlaku kemalangan pun harapan pilotnya
terselamat adalah cerah.
Berbalik kepada penggunaan Nuri atau Sikorsky yang berusia 40 tahun
itu, kalau manusia dalam usia sebegitu sudah tentulah sudah mula
memakan ubat darah tinggi atau kencing manis, gout atau lemah
jantung. Atau dinasihatkan Dr supaya berpantang kerana sakit urat,
sendi dan sebagainya.
Dah takdir Ilahi!....Atau faktor cuaca adalah penyebab!! Mungkin ini
yang diperkatakan oleh pihak atasan
apabila setiap kali berlakunya kemalangan pesawat Nuri yang
mengorbankan nyawa anggota-anggota tentera kita. Takdir memang
takdir, cuaca pun boleh jadi, tapi apa halnya dengan kipas yang
tercabut?? Dalam usia Nuri yang
menjangkau 40 tahun itu maka layaklah ia ditimbang kilo untuk
dijadikan besi buruk dan dijual kepada "Indian Bottle Shop".
Antara kemalangan Nuri yang tidak dapat dilupakan ialah peristiwa
Gubir yang mana kesemua krew yang diketuai oleh Mejar Haris Mohd
Rejab terbunuh, peristiwa Senoi Prak- berpuluh orang pasukan polis
orang asli bersama orang-orang awam terbunuh, peristiwa Kuching- 2
panglima satu dan dua bintang beserta beberapa kolonel dan pegawai
terkorban, dll.
Halangan untuk menerbangkan Nuri hanyalah sementara bagi meredakan
keadaan dan kebimbangan ramai, selepas dua tiga minggu ia akan
diterbangkan semula.Begitulah juga hakikatnya dengan peristiwa hitam
yang berlaku dalam bulan ini. Sudah tentu sesiapa yang mempunyai
sanak saudara yang berkhidmat sebagai pilot helikopter TUDM akan
resah, seakan-akan nyawa mereka berada di hujung tanduk. Apatah lagi,
khidmat Nuri akan berakhir 2018. Walaupun direbet dan dicat semula,
hakikatnya Nuri yang boleh digelar ayah atau datuk kepada pilot-pilot
itu adalah seorang tua yang nyanyuk.
Cukuplah!!!Jangan korbankan nyawa anggota-anggota tentera
kita yang terlatih ini dengan sia-sia. Sungguhpun apa yang berlaku
itu takdir atau kehendak Ilahi, kita boleh mengubah takdir sebenarnya
daripada takdir buruk kepada takdir yang baik dan selamat, dengan
kehendak Allah jua. Ya Allah!!Tempatkanlah roh-roh mereka yang
terkorban ini ke dalam pemeliharaanMu dan bukakanlah hati-hati para
pemimpin kami agar mereka menjadi orang yang lebih mengerti!
No comments:
Post a Comment