ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
17 July, 2007
Berapa kali Nuri terhempas
Berikut ialah rekod kemalangan helikopter Nuri dari
beberapa sumber akhbar dan internet.
Sekurang-kurangnya 13 kemalangan dan 73 orang
terkorban yang melibatkan helikopter Nuri.
1969 – Nuri terhempas di Sarawak. 4 anggota TUDM
terkorban
1976 – Nuri ditembak pengganas komunis dan terhempas
di Gubir, Kedah. 11 anggota tentera terbunuh.
1980 – Beberapa kejadian Nuri terhempas dilaporkan di
Perak. Tiada yang terkorban.
1981 – Nuri terhempas di Kuching. 2 anggota TUDM
terkorban, 13 yang lain cedera.
1981 – Nuri terhempas di Batu Melintang, Perak. 4
anggota TUDM cedera.
1989 – Nuri terhempas antara Gunung Gerah dan Gunung
Bilah di sempadan Kelantan-Perak border. 21 orang
terkorban.
1989 – Nuri mendarat cemas di Felda Sendayan,
Seremban. Tiada kecederaan dilaporkan.
1989 – Nuri terhempas di Lundu, Sarawak. 16 anggota
tentera terkorban.
1996 – Nuri terhempas ke dalam laut berdekatan Muka
Head, Pulau Pinang. 2 juruterbang terkorban, 3 anggota
TUDM hilang.
1997 – 2 helikopter Nuri terhempas selang beberapa
minit di Sipitang, Sabah. 8 anggota tentera terkorban.
2004 – Nuri terhempas di Butterworth. 2 anggota TUDM
terkorban, 1 orang cedera.
2004 – Nuri terhempas di pergunungan Long Seridan,
Sarawak. 3 anngota TUDM terkorban, 7 cedera.
2006 – Nuri mendarat cemas di sebuah kawasan lapang di
Kuala Sedaka
SUMBER :
http://www.accessmy library.com/ coms2/summary_ 0286-20615321_ ITM
http://www.utusan. com.my/utusan/ archive.asp? y=2006&dt= 0702&pub= utusan_malaysia& sec=dalam% 5Fnegeri& pg=dn_09. htm&arc=hive
http://www.utusan. com.my/utusan/ archive.asp? y=2004&dt= 0817&pub= utusan_malaysia& sec=muka% 5Fhadapan& pg=mh_01. htm&arc=hive
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Harap kerajaan tukar la semua Nuri tu... Dah tua sangat tu. Kalau burung nuri betul tu dah berapa keturunan agaknya.
Anggota tentera kita sekarang lebih banyak yang terkorban dalam kemalangan dari terkorban dalam peperangan. Bebaloi ke masuk tentera? Hantar nyawa untuk apa? Komunis dah tak de... Sekarang ni musuh dari jauh dah boleh tembak peluru berpandu berkuasa nuklear.
Kita Malaysia apa yang ada? Bila kita nak buat peluru berpandu sendiri? Kalau beli memang mahal.
Asyik beli je... buat la sendiri. Kalau kira congak nak buat dalam masa terdekat memang la mahal. Kalau buat dalam tempoh panjang kita banyak untung. Malaysia mampu dari segi kepakaran tapi tak de sesiapa yang nk organise. Masing2 jaga tembolok sendiri je. Dah 50 tahun merdeka tapi pemikiran masih tahun 50'an.
Sekarang ni zaman moden dan ramai engineer kita kat Malaysia. Tapi engineer2 ni jaga tembolok sendiri, tak nak berkorban untuk negara. Tak nak curah ilmu dan pengalaman dalam membangunkan peralatan yang Malaysia perlukan.
Bila Nuri terhempas, macam2 cakap terdengar di merata tempat. Tapi apa yang bijak pandai buat? Ada curah tenaga untuk mencipta atau memajukan pesawat2 kita? Senang cakap, ORANG MALAYSIA TAK PATRIOTIK. Bila bab bola kalah masing2 malu. Bila nak curah tenaga untuk mengharumkan nama Malaysia, masing2 jaga tembolok.
Masalah Nuri terhempas jangan di akhiri dengan mencari siapa salah je tapi kita mesti teruskan dengan macamana nak hindari ATM mati katak. Nyawa anggota kita tidak ternilai jika dibandingkan dengan Apache Amerika tu. Orang putih tu pun orang jugak. Kenapa dia boleh cipta heli canggih tapi kita tak boleh? Semua cari alasan dalam kepala tapi...sekadar alasan. Siapa yang nak ubah nasib kita? Yang asyik berfikir cari alasan. Sambil kita cari alasan, kita akan terkejut dengan berita nuri terhempas lagi dan lagi dan lagi...
Gambar-gambar mengenai operasi Nuri terhempas ada kat http://rosbira.blogspot.com . TQ.
Post a Comment