adsense

31 March, 2007

Foto Hangat: Good days - bad days of Hollywood Actresses...

Tak lawa maner pun diaorang ni rupanya..
Britney Spears

Madonna



Cameron Diaz


Jennifer Lopez


Eva Longoria
Kate Moss


Jessica Simpson

Paris Hilton








Foto Hangat: Apa Salahku..???





Santapan Jiwa: Selamat Menyambut Maulidur Rasul












Info Hangat : Fakta-fakta Menarik



Dalam kehidupan kita di dunia ini banyak perkara-perkara yang
menunjukkan tentang kebesaran Tuhan, berikut ini dipersembahkan
sebagai renungan

Sinaran kosmik daripada bintang-bintang yang berlanggar boleh
menghasilkan bahan berbahaya kepada muka bumi. Saintis mendakwa
sinaran itu yang juga dikenali sebagai radiasi boleh menyebabkan
hidupan pupus dan menghasilkan spesis baru melalui proses mutasi
(perubahan genetik).

Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur
akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi
satu perkataan.

Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan
kimia.

Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih
lama daripada mereka yang kidal.

Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut
di telefon sepanjang hayatnya.

Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang
hidupnya.

Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di
Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D
iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.

Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis
melebar sebanyak 300 milimeter.

Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama
iaitu huruf A.

Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir;
selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar
kawal.

Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk
jantung.

Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41
darjah Celcius.

Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia


>>>BACA LAGI....<<<<

Info Hangat: Cara Bantutkan Peningkatan Kalori Dalam badan



Letih memikirkan cara menjadikan diet anda benar2 berkesan?
Persoalan bolehkah anda mengurangkan berat badan tanpa berbelanja
lebih terhadap makanan tertentu, menyertai aerobic atau sanggupkah
anda melaburkan wang yg banyak semata-mata untuk mengikur program
diet?

Ya! Hanya dengan mengubah cara hidup anda, anda boleh mendapat tubuh
idaman dgn cara yg selamat dan menjimatkan! Duane Irons dalam
bukunya Bargain Beauty Secrets ada 15 cara penyelesaian yg boleh
anda praktikkan.

1) Segera setkan fikiran untuk mencapai segelas air masak suam
setiap kali anda teringat atau teringin untuk mmengudap snek.

2) Kosongkan almari makanan. Selain menjimatkan wang, anda juga
membantu mengurangkan cubaan-cubaan untuk menyelongkar almari
mencari makanan.

3) Buat sesuatu yg memberi inspirasi dan menaikkan semangat untuk
menurunkan berat badan. Contohnya tampal gambar anda yg sedang
memakai baju idaman seperti baju kebaya di kala usia anda 17 tahun.

4) Kerap gunakan rempah seperti halia, lada sulah, lada hitam, sos
Tobasco yg nyata dapat mempercepatkan pembakaran lemak sehingga 25%.
(Sumber University Kyoto, Jepun).

5) Tidur adalah merupakan aktiviti yg boleh dilakukan bagi
menghindarkan anda cenderung mengunyah makanan. Kajian yg dilakukan
oleh University of Chicago menyatakan paras ######bolisme wanita
meningkat ke 40% jika mendapat tidur yg cukup.

6) Jadilah pembeli yg bijak. Sentiasa menyenaraikan apa yang ingin
dibeli bagi mengelakkan belanja yg keterlaluan.

7) Tahukah anda kebanyakan model professioanl mengamalkan tip diet
berpandukan ABCs iaitu dgn menjauhkan alkohol, bread (roti putih)
dan complex carbohidrat (kabohidrat kompleks)

Lawan nafsu makan di waktu malam. Terdapat kajian menyakatan
kebanyakan kita cenderung makan lebih pada waktu malam atau dalam
bilik yg gelap. Cuba mempercepatkan waktu makan malam anda dan tidur
awal bagi mengelakkan anda dari dimakan.

9) Jangan sesekali lupa mengambil sarapan. Sarapan turut membantu
meningkatkan ######bolisme dan memberi tubuh anda tenaga setelah
menahan lapar pada malam hari. Sekurang-kurangnya anda tidak makan
yg keterlaluan pd waktu tengahari.

10) Pilihlah snek yg betul seperti biskut jagung tanpa gula ketika
anda terasa anda teringin mengunyah makanan.

11) Sentiasa mendengar muzik yg memberikan ketenangan pada jiwa
anda. Terdapat kajian menyatakan bahawa muzik yg menenangkan jiwa
mengurangkan mood untuk makan berlebihan.

12) Kajian yg dijalankan oleh University of Switzerland menyatakan
minuman teh hijau dapat membantu mempercepatkan pembakaran kalori.
Dianjurkan 3 cawan sehari.

13) Perhatikan apa yg anda makan. Ketepikan semua jenis makanan
tatkala anda menonton TV atau membuat actvt santai yg lain.

14) Peruntukkan 20 minit berjalan di luar rumah mengambil angin
petang. Sekurang-kurangnya ia akan membantutkan keinginan anda
mencai sumber makanan. Tapi ingat jgn berjalan di kompleks membeli
belah, kerana di situ terdapat banyak kedai makan yg menduga 'puasa'
anda.

15) Bila anda ke kompleks membeli belah, pesanlah salad, yogurt atau
air kacang soya yg membuatkan anda berasa kenyang.

Artikel Hangat: BENARKAH WANITA MEMERLUKAN LELAKI...!!! !!??????? ??



BENARKAH WANITA MEMERLUKAN LELAKI...!!! !!??????? ??

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa
waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat,
berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan
tidak lokek senyum tanda salam perkenalan?

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus
tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya
ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja
diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia, sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang
solo? Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam
kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan
membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki?

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang
dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita
mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan
menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan
kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang
baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut
selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang
hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama,
mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama
yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan
memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya? Dia akan datang
apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu
yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti
manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia,
menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun
perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita
untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan
sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika
kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana
tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan
walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan
sengsara. Tetapi jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik
sahaja. Namun itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada
-
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita
harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua?

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi
menerima tentangan famili dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin
mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali
sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang
menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama
sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian,
kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka
cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang
dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang
lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak
jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang
lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gaha sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati ? Untuk
dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.

Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik... amin....

Foto Hangat: Truck art from Germany







Info Hangat: Epal Beracun


30 March, 2007

Lawak Hangat: Suami Yang Kedekut



Sepasang suami isteri, dah lama kahwin. Si suami teramat lah kedekut, bukan setakat taik idung masin,Taik mata pun masin gak. Salah satu xtvt tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara.

Tahun pertama, si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan.Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu. "Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?" tanya si suami

"Tak mahal encik, cuma RM50 untuk satu pusingan" jawab pilot tu.

"Uuiishh. .mahalnya, tak jadi la saya nak naik"jawab si suami lalu menarik tangan Isterinya berlalu dari situ. "baiklah, kalau bayaranya kurang dr RM30, kita naiklah"kata suami yang membuatkan si isteri menarik muka masam krn dia tahu bayarannya pasti akan meningkat lagi tahun ni.

Mereka menuju ke pesawat yang sama cam tahun lepas dan jumpa ngan pilot yang sama
juga. Seperti yang dijangkakan, bayaranya dah jadi RM100. Segeralah si suami menarik tangan isterinya berlalu dr situ. Si pilot td yang kesiankan si isteri yang saban tahun mengimpikan untuk menaiki pesawat tu memanggil mereka semula.

"Encik, berapa yang encik sanggup bayar?" "Aku cuma nak bayar bawah RM30 jer"jawab si suami.

Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot tadi "Baiklah, Encik boleh naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja tapi dgn satu syarat"

Gembiralah si suami tadi, RM20 ajer "tapi apa syaratnya"

"semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh Mengeluarkan satu suara pun. Kalau bersuara juga, saya akan kenakan bayaran RM10 bagi setiap perkataan yang keluar dari mulut encik atau isteri encik" jawab pilot td sambil tersenyum.

"Baiklah saya setuju" jawab si suami dengan yakin bolehnya.

Maka, naiklah mereka akan pesawat tu. Pilot tadi pun ada niat lain sebenarnya. dia nak ajar si suami yang kedekut tadi. Dia pun buat lah aksi2 acrobatik yang diakui membahaya. Macam2 aksi dia buat, tapi hairan gak dia sbb suami isteri yang duduk kat belakang dia
tak menjerit pun.

Dia cuba lagi buat aksi2 yang merbahaya, berpusing2 pesawat tu, tapi still senyap gak. Setelah muslihat dia tak berjaya, pilot tu pun mendaratkan lah pesawat dia. Rasa rugi pulak sbb cuma boleh dpt RM20 ajer.

Bila dah mendarat, Cuma si suami yang turun dari pesawat tu. "Ehh? mana isteri encik?"tanya pilot tu terkejut.

"Dia dah jatuh masa kau pusing2 pesawat tadi"

"Hahh apasal tak cakap" "Kalau aku cakap nanti kena tambah bayaran lak" jwb si suami Sambil menghulurkan RM20 kepada pilot td dan terus berlalu...

Moral: Carilah suami yang mengasihi isterinya

Iklan Hangat: Uptrend




UPTREND SEMAKIN HANGAT!!!CLICK HERE


Skandal Hangat: Kalau dah dasar buaya



Foto Hangat: some reality of life








Foto Hangat: Funny Ads










Info Hangat: KWSP kotor?




Foto Hangat: GAMBAR SERBUAN OPERASI RUMAH URUT

Info Hangat: Isteri hanya paras siku lelaki tertinggi dunia




Isteri hanya paras siku lelaki tertinggi dunia

28-03-2007 09:35:23 PM

BEIJING: Lelaki tertinggi dunia akhirnya menemui pasangannya, seorang wanita separuh umurnya dengan ketinggian hanya mencapai paras sikunya.
Bao Xishun, 56, bertemu dengan Xia Shujuan, 28, sebulan lalu dan mendaftar perkahwinan mereka di kampung asal mereka di Chifeng, wilayah Inner Mongolia Autonomous Region di Utara China pada hari Isnin lepas, menurut laporan Xinhua News Agency.
Xia berdiri di sisi suaminya Bao. (foto AP/EyePress)Pada ketinggian 1.68m, ketinggian Xia hanya mencapai paras siku suaminya yang memiliki ketinggian 2.36m, dan mereka akan mengadakan majlis perkahwinan pada musim panas ini.
Menurut laporan itu, Xia yang bekerja di sebuah pusat membeli belah di Chifeng berkata beliau terpikat dengan sikap penuh tanggungjawab yang ada dalam diri Bao, dan ia bukan berkaitan dengan ketinggiannya.
Bao jelas nampak malu pada majlis makan malam sekeluarga Selasa lalu apabila beliau terpaksa memanggil mertuanya yang lebih muda darinya dengan panggilan 'ibu' dan 'bapa'.
Bao disahkan sebagai lelaki tertinggi oleh Guinness Book of Records pada tahun 2005.
Beliau yang dilahirkan di kawasan pedalaman sekitar Chifeng, membesar seperti biasa sehingga berumur 16, apabila ketinggiannya mulai meningkat sehingga mencatat rekod baru dalam tempoh hanya tujuh tahun.
Beliau mulai mencari isteri tahun lalu dan sudah menemui 20 calon bagi tujuan itu, namun semuanya tidak berhasil.
Hujung tahun lepas, Bao menyelamatkan dua ikan lumba-lumba apabila beliau memasukkan tangannya yang sepanjang dua meter ke dalam mulut ikan itu untuk mengalihkan plastik yang tersumbat dalamnya, di akuarium laut di timur laut China. BERNAMA

29 March, 2007

Lawak Hangat



PUKUL BERAPA BUKA?

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.
"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung talian
bertanya.
"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah
malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.
"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.

"TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan
nada yang tinggi.
"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk
masuk?".
"Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"

MANGGA

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang
penjual buah mangga.
Pembeli: "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga: "RM7!"
Pembeli: "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!"
Peniaga: "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli: "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga: "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli: "Kalau macam tu, beri saya yang tak manis 10 kilo!"

PALING BERSIH

Sepasang suami isteri merayakan ulang tahun perkahwinannya dengan makan malam
di sebuah restoran.
Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut, mereka ditanya oleh
pemilik restoran yang berdiri di pintu.

Pemilik: "Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan layanan kami?"
Lelaki: "Ada satu perkara yang boleh saya katakan.. Anda memiliki dapur yang
paling bersih di bandar ini."
Pemilik: "Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur.
Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?"
Lelaki: "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun."

BARU KAHWIN

Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa
dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks
yang terlalu kerap.

"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan
kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan
mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang
bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.

Maklum sajalah baru berkahwin. Pada malam ketiga berpuasa dari membuat
hubungan itu, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui
isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.
"Sumaat"
"Sedang eloklah tu bang..." jawab isterinya..

Video Hangat: How Will You Come To Office In 2020



Blog Widget by LinkWithin