adsense

31 March, 2007

Info Hangat: Cara Bantutkan Peningkatan Kalori Dalam badan



Letih memikirkan cara menjadikan diet anda benar2 berkesan?
Persoalan bolehkah anda mengurangkan berat badan tanpa berbelanja
lebih terhadap makanan tertentu, menyertai aerobic atau sanggupkah
anda melaburkan wang yg banyak semata-mata untuk mengikur program
diet?

Ya! Hanya dengan mengubah cara hidup anda, anda boleh mendapat tubuh
idaman dgn cara yg selamat dan menjimatkan! Duane Irons dalam
bukunya Bargain Beauty Secrets ada 15 cara penyelesaian yg boleh
anda praktikkan.

1) Segera setkan fikiran untuk mencapai segelas air masak suam
setiap kali anda teringat atau teringin untuk mmengudap snek.

2) Kosongkan almari makanan. Selain menjimatkan wang, anda juga
membantu mengurangkan cubaan-cubaan untuk menyelongkar almari
mencari makanan.

3) Buat sesuatu yg memberi inspirasi dan menaikkan semangat untuk
menurunkan berat badan. Contohnya tampal gambar anda yg sedang
memakai baju idaman seperti baju kebaya di kala usia anda 17 tahun.

4) Kerap gunakan rempah seperti halia, lada sulah, lada hitam, sos
Tobasco yg nyata dapat mempercepatkan pembakaran lemak sehingga 25%.
(Sumber University Kyoto, Jepun).

5) Tidur adalah merupakan aktiviti yg boleh dilakukan bagi
menghindarkan anda cenderung mengunyah makanan. Kajian yg dilakukan
oleh University of Chicago menyatakan paras ######bolisme wanita
meningkat ke 40% jika mendapat tidur yg cukup.

6) Jadilah pembeli yg bijak. Sentiasa menyenaraikan apa yang ingin
dibeli bagi mengelakkan belanja yg keterlaluan.

7) Tahukah anda kebanyakan model professioanl mengamalkan tip diet
berpandukan ABCs iaitu dgn menjauhkan alkohol, bread (roti putih)
dan complex carbohidrat (kabohidrat kompleks)

Lawan nafsu makan di waktu malam. Terdapat kajian menyakatan
kebanyakan kita cenderung makan lebih pada waktu malam atau dalam
bilik yg gelap. Cuba mempercepatkan waktu makan malam anda dan tidur
awal bagi mengelakkan anda dari dimakan.

9) Jangan sesekali lupa mengambil sarapan. Sarapan turut membantu
meningkatkan ######bolisme dan memberi tubuh anda tenaga setelah
menahan lapar pada malam hari. Sekurang-kurangnya anda tidak makan
yg keterlaluan pd waktu tengahari.

10) Pilihlah snek yg betul seperti biskut jagung tanpa gula ketika
anda terasa anda teringin mengunyah makanan.

11) Sentiasa mendengar muzik yg memberikan ketenangan pada jiwa
anda. Terdapat kajian menyatakan bahawa muzik yg menenangkan jiwa
mengurangkan mood untuk makan berlebihan.

12) Kajian yg dijalankan oleh University of Switzerland menyatakan
minuman teh hijau dapat membantu mempercepatkan pembakaran kalori.
Dianjurkan 3 cawan sehari.

13) Perhatikan apa yg anda makan. Ketepikan semua jenis makanan
tatkala anda menonton TV atau membuat actvt santai yg lain.

14) Peruntukkan 20 minit berjalan di luar rumah mengambil angin
petang. Sekurang-kurangnya ia akan membantutkan keinginan anda
mencai sumber makanan. Tapi ingat jgn berjalan di kompleks membeli
belah, kerana di situ terdapat banyak kedai makan yg menduga 'puasa'
anda.

15) Bila anda ke kompleks membeli belah, pesanlah salad, yogurt atau
air kacang soya yg membuatkan anda berasa kenyang.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin