adsense

30 March, 2007

Info Hangat: Isteri hanya paras siku lelaki tertinggi dunia




Isteri hanya paras siku lelaki tertinggi dunia

28-03-2007 09:35:23 PM

BEIJING: Lelaki tertinggi dunia akhirnya menemui pasangannya, seorang wanita separuh umurnya dengan ketinggian hanya mencapai paras sikunya.
Bao Xishun, 56, bertemu dengan Xia Shujuan, 28, sebulan lalu dan mendaftar perkahwinan mereka di kampung asal mereka di Chifeng, wilayah Inner Mongolia Autonomous Region di Utara China pada hari Isnin lepas, menurut laporan Xinhua News Agency.
Xia berdiri di sisi suaminya Bao. (foto AP/EyePress)Pada ketinggian 1.68m, ketinggian Xia hanya mencapai paras siku suaminya yang memiliki ketinggian 2.36m, dan mereka akan mengadakan majlis perkahwinan pada musim panas ini.
Menurut laporan itu, Xia yang bekerja di sebuah pusat membeli belah di Chifeng berkata beliau terpikat dengan sikap penuh tanggungjawab yang ada dalam diri Bao, dan ia bukan berkaitan dengan ketinggiannya.
Bao jelas nampak malu pada majlis makan malam sekeluarga Selasa lalu apabila beliau terpaksa memanggil mertuanya yang lebih muda darinya dengan panggilan 'ibu' dan 'bapa'.
Bao disahkan sebagai lelaki tertinggi oleh Guinness Book of Records pada tahun 2005.
Beliau yang dilahirkan di kawasan pedalaman sekitar Chifeng, membesar seperti biasa sehingga berumur 16, apabila ketinggiannya mulai meningkat sehingga mencatat rekod baru dalam tempoh hanya tujuh tahun.
Beliau mulai mencari isteri tahun lalu dan sudah menemui 20 calon bagi tujuan itu, namun semuanya tidak berhasil.
Hujung tahun lepas, Bao menyelamatkan dua ikan lumba-lumba apabila beliau memasukkan tangannya yang sepanjang dua meter ke dalam mulut ikan itu untuk mengalihkan plastik yang tersumbat dalamnya, di akuarium laut di timur laut China. BERNAMA

No comments:

Blog Widget by LinkWithin