adsense

06 May, 2007

Foto Hangat: Creative Ads






Foto Hangat: Power Of Love





Foto Hangat: King Vulture



Photo: king vulture

Like other vultures, the king vulture is a scavenger. These large birds glide on air currents, conserving energy while searching the forests or savanna below for the corpses of dead animals. Because of their unappetizing eating habits, they fill an ecological niche, and may help to prevent the spread of disease by disposing of rotting remains.


King vultures have a very colorful look that distinguishes them from their vulture relatives. They are predominately white, with black tails and wing tips. They have piercing, often straw-colored eyes and multicolored (yellow, orange, and red) heads and necks.

Isu Hangat: Jangan terpedaya dakwaan pelaburan Internet halal



PETIKAN AKHBAR UTUSAN-24 APRIL 2007KUALA LUMPUR 23 April – Para pelabur beragama Islam diminta tidak terpedaya dengan penganjur skim cepat kaya atau pelaburan menerusi Internet yang sekadar mengemas kini laman web masing-masing dan mendakwa kononnya aktiviti mereka halal tanpa unsur riba. Peringatan itu diberi kerana penganjur skim-skim berkenaan yang tidak dikenali identiti mereka, secara tiba-tiba menukar pelan pelaburan dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi memberi keuntungan secara tetap, untuk mempromosikan aktiviti mereka sebagai halal. Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin memberitahu Utusan Malaysia, hanya menerusi pengubahsuaian terhadap kandungan laman web iaitu dengan menukar pelan pelaburan dan jaminan keuntungan, tidak mencukupi untuk mengesahkan bahawa aktiviti mereka adalah halal.

Sebaliknya, tegas beliau, soal halal dan haram atau sama ada ia mengandungi unsur riba serta perniagaan yang mencurigakan mengikut syariat Islam hanya boleh diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, bukannya penganjur skim-skim cepat kaya itu sendiri.Beliau mempersoalkan bagaimana begitu mudah iaitu cuma sehari dua penganjur skim terlibat boleh mendakwa aktiviti mereka sudah menjadi halal sedangkan selama ini mereka memang mengambil riba.“Takkan sekelip mata mereka aktiviti mereka yang sebelum ini haram boleh tiba-tiba jadi halal hanya dengan perbaharui laman web, semua ini sangat mencurigakan.“Kita harap orang ramai segera jauhi pelaburan menerusi Internet yang telah difatwakan haram walaupun ada penganjur kata ia halal tetapi kita sendiri tak tahu siapa yang kendalikan, sedangkan maklumat PPIM mengatakan dalang-dalang aktiviti ini ialah bukan Islam yang mahu merosakkan umat Islam di negara ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.Noor Nirwandy turut mengesahkan bahawa PPIM telah menyiasat beberapa laman web yang mengubah kandungan utamanya dengan menyatakan bahawa aktiviti mereka menyediakan keuntungan yang tidak tetap sebaliknya berubah-ubah mengikut kadar harian, mingguan dan bulanan.Katanya, salah satu daripadanya ialah Venturemax International menerusi laman web [link] yang kini dipromosikan oleh ejen-ejennya di negara ini sebagai halal iaitu langkah terbaru mereka mengembalikan keyakinan pelabur Islam.

Isu Hangat: Peniaga Bumiputera Diarah Henti Beroperasi di Suria KLCC



Sumber

INIKAH NASIB BANGSA KITA?DITINDAS DI NEGARA SENDIRI?
KAMI adalah pemilik kedai menjual Levi’s/Dockers di tingkat bawah pusat membeli-belah bertaraf antarabangsa, Suria KLCC.
Bulan lepas kami telah diberi notis untuk keluar dari premis tersebut tanpa diberi sebab munasabah atau pilihan premis lain walaupun telah dijanjikan sejak dua bulan yang lalu.

Kami mula beroperasi pada tahun 1998 iaitu sejak pembukaan pusat tersebut. Pada ketika itu ekonomi negara sedang gawat tetapi berkat ketekunan kami tanpa bantuan kerajaan, kami berjaya mengharungi cabaran demi cabaran.

Hari ini kami membayar sewa sekitar RM500,000 setahun, iaitu 10 peratus daripada nilai jualan setahun kami tanpa ada masalah tertunggak.

Bukanlah mudah untuk mengekalkan bayaran sewa sebanyak itu tetapi sebagai seorang peniaga bumiputera, kami mahu membuktikan kami juga mampu bersaing secara sihat.

Tetapi alangkah hampanya kami, setelah sembilan tahun beroperasi kami diminta keluar pula tanpa ada alasan munasabah. Kami berasa sangat terpinggir dengan tindakan tidak sihat ini.

Bertambah malang, kami adalah hanya segelintir peruncit bumiputera yang tekad untuk berniaga di Suria KLCC yang bertahan selama sembilan tahun.

Tentu sahaja, kami tidak akan rela membawa perniagaan kami dari kompleks membeli-belah antarabangsa ke gerai-gerai di pasar malam kerana itulah yang akan berlaku untuk melelong stok kami yang kini bernilai RM1.3 juta.

Sehubungan itu, kami memohon bantuan kerajaan untuk melihat masalah kami sebagai peruncit bumiputera yang boleh kami sifatkan sedang menghadapi tekanan.

– NIZAM SHAH dan MUHD. REDHA AHMAD, Kuala Lumpur.

( Artikel ini juga turut tersiar dalam Ruangan Forum Utusan Malaysia pada 17/4/2007 )

Isu Hangat: Lanjutan Isu Coklat,Mudah betul mereka jual kita




Susulan daripada kes coklat berulat yang disiarkan melalui web PPIM pada 29 Mac 2007. Aduan tersebut telah dihantar ke pihak Syarikat Network Industries Sdn Bhd ( Coklat Van Houten ) dan mendapat maklum balas dari mereka.

Pihak syarikat mengaku terdapat kesalahan dari pihak mereka dan akan cuba memperbaikinya. Mereka memberi hamper sebagai tanda maaf mereka. Mudah sungguh rasanya. Apakah begitu murah dan mudah pengguna diperlakukan??

Kalau kita minta CEO syarikat tersebut makan ulat dan kita bagi hamper.... 10 hamper pun boleh.... Apakah sanggup di kunyah dan telan ulat tersebut?

Pihak kami menyeru pengguna supaya mempertahankan hak mereka walaupun melibatkan nilai yang kecil. Pengadu telah menunjukkan sikap sebenar sebagai seorang pengguna yang bijak.

Jadilah ahli PPIM dan bersama kita kembalikan hak dan maruah dengan bijaksana.

Jangan kita mudah sangat percaya jenama luar. Tidak semestinya mereka ini bebas daripada sikap cuai dan pengotor. Kita pula janganlah hadap sangat. Siapa pemiliknya? Apakah mereka membayar zakat? Apakah agenda mereka? Kemana mereka bawa hasil keuntungan?

Sokonglah produk keluaran Islam dan pastikan kita tidak terus teraniaya.

BERSAMA KEMBALIKAN HAK & MARUAH DENGAN BIJAKSANA!

05 May, 2007

Iklan Perkhidmatan Hangat



Tempahan / Pertanyaan


Available for Johor Area Only




Video services for wedding, functions etc.RM500.00 2 Days with VCD


VHS convert to VCD and Video Editing K002


DJ service and Karaoke services,audio system for wedding,entertainment etc K004

Tempahan / Pertanyaan <--- Click

Isu Hangat: Serena & Bf


Sengal Gusi : Q&A Jokes



This is funny.... Enjoy n have a nice day ahead...

Q: What is the similarity between men and rats?
A: Both keep searching for new holes.

Q: What is the closest thing similar to a woman's period?
A: Your salary, it comes once a month lasts about 5- days and if it doesn't come, it means you are in big trouble.

Q: What's the difference between biology and sociology?
A: When the baby looks like his dad or mom, then it is biology. When the baby looks like the neighbor, then it is sociology.

Q: What's the height of recycling?
A: Sending a sanitary napkin for dry cleaning.

Q: Doctor: You look so weak & exhausted. Are you having 3 meals a day as I have advised?
A: Lady: Doctor, I thought you said 3 males a day.

Q: Girl friend & boy friend go for a movie. In the dark, a mosquito enters the girl's skirt. Guess where it would have bitten?!!!!!!!!!!!!
A: The boy friend's hand.

Q: Tarzan and the animals went to the river to take a bath. Tarzan removed his clothes. All the animals laughed. Tarzan asked "Why"?
A: The animals told him. Your tail is in front".


Foto Hangat: Harley Davidson



Foto Hangat: Dah dia sayang keta tu nak buat camner..






Foto Hangat: Not Your Typical Identical Twins



Lincoln and Byron Ryman are identical twins, although it might be a couple years before anyone has difficulty telling them apart. The twins were born 11 weeks premature, and doctors thought that Lincoln (the smaller of the two, at just over 1lb) wouldn't survive after they noticed he had stopped growing early in the pregnancy.

Amazingly, both have now started gaining weight and are expected to remain healthy. Link [Daily Mail]

Foto Hangat: Menteri Tol Yang Baru



sroll down










Ada-ada jer diaorang ni..huhuhu

Foto Hangat: Walls Before And After 3D Paintings











Lawak Hangat: Ali Mengamuk



Maka tersebutlah kisah di sebuah kampung bernama Pinang 18, namanya sebegitu kerana hanya terdapat 18 pokok pinang kat kampung tu,kira banyak jugakkan... tinggal lah seorang orang yg gila bernama Ali( memang nama sebenar). Ali tinggal seorang diri setelah kedua ibubapanya meninggal dunia. Pondoknya terletak di hujung kampung. Ada org kata, Ali ni mewarisi sifat gila dari bapanya..

Peristiwa tragis ini berlaku pada hari Jumaat. maka hendak dijadikan cerita, seperti hari2 jumaat yg lain, Ali akan pergi ke masjid utk menunaikan solat jumaat. sungguhpun dia ni gila..tapi dalam bab sembahyang dia tak pernah gila. Oleh itu kengkawan semua, contohilah sikap Ali ni, jgnlah miss solat. nnti kita lebih gila dari org yg gila.

Setelah selesai solat, Ali pun macam biasa nak balik rumah dia. Puas dicarinya selipar buruk kesayangannya, tapi tak berjumpa jugak. Benganglah si Ali ni sebab selipar dia dah kena curi. Dengan tergesa2..Ali masuk balik ke dalam masjid dan terus menuju ke microfon. Apalagi...dia pun buat pengumuman dengan suara yg ala2 ganaz lagi brutal..

"Kepada sesiapa yg curik kasut aku, tolong pulang balik, kalau tak aku akan buat macam yg arwah bapak aku buat tahun lepas!!!!"

Maka takutlah orang kampung Pinang 18. Almaklumler...orang giler ni kalau nak mengamuk punyalah dahsyat. Kalau tak guna parang, mesti tak thrill.

Tetiba datanglah seorang budak dengan wajah yg pucat lagi takut menjinjing selipar buruk Ali. Sambil tersengih2 budak tu berkata...

"Alaaa abang ni.. saya nak bergurau pun tak boleh.."

Ali menjegilkan biji matanya tanda geram sesangat kat budak tu. Lintang-pukanglah budak tu lari. Setelah dapat selipar buruknya..Ali pun bersiap2 utk meninggalkan masjid. Pak Imam yg dari tadi memerhatikan kelakuan Ali cuba mendekatinya. Dengan rasa takut.. Pak Imam pun bertanya...

"Errrr...boleh aku tahu..apa yg arwah bapak ko buat bila dia tak dapat semuala selipar dia"

"Balik kaki ayamler..."jawab Ali dengan selamba rocknyerr..

Wassalam"

Santapan Jiwa: TEMUDUGA TERBUKA



TEMUDUGA SEBAGAI "CALON JENAZAH"

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.



TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:


Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan didalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim,perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.




Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dariarasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu :

Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".



Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Blog Widget by LinkWithin