ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
06 May, 2007
Isu Hangat: Peniaga Bumiputera Diarah Henti Beroperasi di Suria KLCC
Sumber
INIKAH NASIB BANGSA KITA?DITINDAS DI NEGARA SENDIRI?
KAMI adalah pemilik kedai menjual Levi’s/Dockers di tingkat bawah pusat membeli-belah bertaraf antarabangsa, Suria KLCC.
Bulan lepas kami telah diberi notis untuk keluar dari premis tersebut tanpa diberi sebab munasabah atau pilihan premis lain walaupun telah dijanjikan sejak dua bulan yang lalu.
Kami mula beroperasi pada tahun 1998 iaitu sejak pembukaan pusat tersebut. Pada ketika itu ekonomi negara sedang gawat tetapi berkat ketekunan kami tanpa bantuan kerajaan, kami berjaya mengharungi cabaran demi cabaran.
Hari ini kami membayar sewa sekitar RM500,000 setahun, iaitu 10 peratus daripada nilai jualan setahun kami tanpa ada masalah tertunggak.
Bukanlah mudah untuk mengekalkan bayaran sewa sebanyak itu tetapi sebagai seorang peniaga bumiputera, kami mahu membuktikan kami juga mampu bersaing secara sihat.
Tetapi alangkah hampanya kami, setelah sembilan tahun beroperasi kami diminta keluar pula tanpa ada alasan munasabah. Kami berasa sangat terpinggir dengan tindakan tidak sihat ini.
Bertambah malang, kami adalah hanya segelintir peruncit bumiputera yang tekad untuk berniaga di Suria KLCC yang bertahan selama sembilan tahun.
Tentu sahaja, kami tidak akan rela membawa perniagaan kami dari kompleks membeli-belah antarabangsa ke gerai-gerai di pasar malam kerana itulah yang akan berlaku untuk melelong stok kami yang kini bernilai RM1.3 juta.
Sehubungan itu, kami memohon bantuan kerajaan untuk melihat masalah kami sebagai peruncit bumiputera yang boleh kami sifatkan sedang menghadapi tekanan.
– NIZAM SHAH dan MUHD. REDHA AHMAD, Kuala Lumpur.
( Artikel ini juga turut tersiar dalam Ruangan Forum Utusan Malaysia pada 17/4/2007 )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment