ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
06 May, 2007
Isu Hangat: Lanjutan Isu Coklat,Mudah betul mereka jual kita
Susulan daripada kes coklat berulat yang disiarkan melalui web PPIM pada 29 Mac 2007. Aduan tersebut telah dihantar ke pihak Syarikat Network Industries Sdn Bhd ( Coklat Van Houten ) dan mendapat maklum balas dari mereka.
Pihak syarikat mengaku terdapat kesalahan dari pihak mereka dan akan cuba memperbaikinya. Mereka memberi hamper sebagai tanda maaf mereka. Mudah sungguh rasanya. Apakah begitu murah dan mudah pengguna diperlakukan??
Kalau kita minta CEO syarikat tersebut makan ulat dan kita bagi hamper.... 10 hamper pun boleh.... Apakah sanggup di kunyah dan telan ulat tersebut?
Pihak kami menyeru pengguna supaya mempertahankan hak mereka walaupun melibatkan nilai yang kecil. Pengadu telah menunjukkan sikap sebenar sebagai seorang pengguna yang bijak.
Jadilah ahli PPIM dan bersama kita kembalikan hak dan maruah dengan bijaksana.
Jangan kita mudah sangat percaya jenama luar. Tidak semestinya mereka ini bebas daripada sikap cuai dan pengotor. Kita pula janganlah hadap sangat. Siapa pemiliknya? Apakah mereka membayar zakat? Apakah agenda mereka? Kemana mereka bawa hasil keuntungan?
Sokonglah produk keluaran Islam dan pastikan kita tidak terus teraniaya.
BERSAMA KEMBALIKAN HAK & MARUAH DENGAN BIJAKSANA!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment