adsense

13 May, 2007

Santapan Jiwa: saat dahi tidak lagi menyentuh sejadahNYA...........



Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

" Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"


TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!
Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI!!!

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar
.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di
hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak
forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.
Saling berpesan2lah sesama kita........ .

12 May, 2007

Santaan Jiwa: Semena Hari Ibu,sedih



Sempena Hari Ibu: Perjalanan terakhir mak ...MAK I LUV U...

Ahmad Lutfi Othman
Thu | May 10, 07 | 03:39:02 PM
Apabila isteri, Siti Hawa Samsam, mengejutkan saya jam 5.20 pagi, Sabtu, 1 Mei 1999, saya rasa ia hanya untuk mengingatkan waktu Subuh telah dekat. Tetapi melihatkan raut mukanya yang pucat, matanya yang berair, bibirnya terketar-ketar, jantung saya berdegup kencang. Saya hanya menunggu, seperti seorang pesalah menanti hukuman.

"Mak ...," katanya terputus-putus. "Liza telefon tadi ... mak dah tak ada, bang."

Sepi. Pilu. Sebak. Bagaikan segala pergerakan terhenti. Saya hanya mampu menarik nafas, cuba mententeramkan diri. Tidak perlu lagi saya bertanya, apa sakit mak, bila mak meninggal, di mana mak menghembuskan nafas terakhir. Segala persoalan bertukar menjadi jawapan. Yang penting, mak sudah tak ada.

Kosong sekeliling
Saya terpaku di katil hampir lima minit, memandang kosong sekeliling. Terbayang wajah kudus mak, bicara manja mak, nasihat bermakna mak, kelembutan tangan mak, syahdu suara mak mengaji al-Quran, tekunnya mak menjagaku hampir sebulan ketika sakit, gelisahnya mak bila diberitahu SB selalu menganggu kehidupanku, dan sepinya dunia yang terasa menghimpit dan menggigit.

Terdengar isteri sibuk mengejutkan anak-anak. Yang kecil, Umar Mukhtar merengek. Selepas menyusun kembali tarikan nafas, saya turut membangunkan anak-anak lain. Luqman Hakim kebingungan bila diminta cepat bersiap balik kampung: "Buat apa balik kampung. Abang nak periksa besok."

Adiknya, Nurul Syafiqah dan Ikmal Syafiq, mengeliat kiri dan kanan, maklumlah, malam tadi mereka tidur selepas 12 tengah malam.

Tanpa menunggu anak-anak bangun, saya ke bilik air. Di samping wajah ibu memenuhi ruang rumah, sekilas ingatan buat bapa, yang meninggal dunia hampir 20 tahun lalu, menyentuh kalbu. Pandangan tertumpu kerusi di anjung rumah, tempat mak selalu berehat dan berbual mesra denganku bila datang KL.

Kesedihan rupanya cukup menyakitkan.

Lemas dan sesak
Pancuran air panas tidak dapat menghilangkan kedinginan Subuh. Siramannya hanya dari dada ke bawah. Jika bermula dari kepala, terasa lemas dan sesak. Semasa membentang sejadah, sebak di dada memuncak.

Pipiku panas menahan larian air mata. Di bilik sembahyang itulah mak selalu mengurut badanku sambil bercerita pahit manis kisah silam dan gelagat cucu-cucunya di kampung, memicit kepalaku sambil mengingatkan pantang larang sakit yang kutanggung.

Selalunya bila mak datang, mak akan 'melaporkan' segala perkembangan di kampung, siapa yang akan naik haji, siapa yang berkahwin, siapa yang meninggal, apa khabar saudara di kampung, sihatkah Teh, Tok Su, Tok Jam, Wa, Pak Su.

Sambil berteleku memohon doa, kurasakan perjalanan hidup ini terlalu singkat. Baru beberapa minggu lalu, mak ceria bersama cucu-cucunya, bergembira bersama menantunya, langsung tidak menampakkan sebarang penyakit serius yang ditanggungnya.

Usah terlewat membalas jasa ibu bapa
Sejak Umar lahir enam bulan lalu, sudah empat kali mak ke KL, menguruskan isteriku, menemaniku di hospital, dan kali terakhir "nak tengok rumah baru Mad (panggilan untuk diriku)".

Selepas pak meninggal, saya selalu menghayati kata-kata nasihat yang cukup bermakna: "Selalunya, apabila kita teringat untuk membalas jasa ibu dan ayah, kita sudah terlewat."

Saya genggam sungguh-sungguh tuntutan di sebaliknya. Janganlah ada apa-apa tindakan dan kata-kata yang boleh menumpahkan air mata mak. Berbaktilah semasa mereka masih segar bugar, jangan ditunggu lagi. Menunggu bermakna kita pasti terlewat, percayalah.

Mak mungkin tak tahu banyak tentang pergolakan semasa, tetapi maklah yang menjadi pendorong dan sumber inspirasi selama ini. Bermula selepas dipecat UTM, ditangkap ISA, disusahkan kerjaku sebagai penulis, mak amat memahami perasaan dan kehendak anak kelimanya ini.

Kedegilanku untuk terus mencabar, sejak zaman kampus, mungkin menggusarkannya tetapi sedikitpun tidak pernah dihalangnya, dan saya langsung tidak merasakan mak tidak selesa dengan apa yang saya lakukan.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampung Raja, Kubang Pasu, cukup lama dan panjang sekali.

Sebelum bertolak, isteri sempat membisikkan, "inilah saatnya yang paling takut ditempuh, pulang ke kampung, tanpa mak yang menunggu ... akhirnya detik itu datang juga."

Wajah mak di mana-mana
Melalui lebuh raya, pandangan dilemparkan di kejauhan mencari makna sisa-sisa hidup di sebalik wajah mak yang melintas di mana-mana.

Abang sulungku, Dinsman, rupanya masih belum tiba, ketika kami sampai. Dia dalam perjalanan dari Kota Bharu. Kak Ton, Kak Na, Bang Ludin, Adik Ishak menyimpan kesedihan. Alhamdulillah, mereka di sisi mak ketika mak nazak, kesempatan paling bermakna buat seorang anak.

Sambil menahan air mata, wajah syahdu mak kukucup:"Semoga Allah mengasihinya, sebagaimana mak mengasihiku di masa aku kecil hinggalah ke detik ini."



"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"

Isu Hangat: Askar AS akui kencing mayat penduduk Iraq



CAMP PENDLETON(California): Seorang askar Marin Amerika Syarikat semalam mengakui membuang air kecil ke atas satu daripada 24 mayat orang awam Iraq yang dibunuh unitnya dalam kejadian di Haditha, pada November 2005.


Sarjan Sanick Dela Cruz, yang mendapat kekebalan daripada pendakwaan selepas tuduhan melakukan pembunuhan ke atasnya digugurkan, memberi alasan tindakan biadapnya itu disebabkan rasa marahnya di atas kematian seorang rakan sepasukannya dalam letupan bom sebelum pembunuhan orang awam berkenaan.

Dela Cruz juga mengakui menyaksikan sendiri ketua unitnya menembak mati lima penduduk awam berkenaan yang menyerah diri.

Dalam keterangan penuh dramatik praperbicaraan bagi tujuh askar Marin yang disabitkan dengan pembunuhan kejam di Haditha dan merahsiakan fakta sebenar.

Dela Cruz mengemukakan bukti dalam pertuduhan ke atas Kapten Marin Randy Stone yang dituduh gagal menyiasat dengan sempurna kematian 24 warga Iraq terbabit.

Tuduhan itu adalah jenayah perang paling serius membabitkan askar Amerika sejak menceroboh Iraq pada 2003. Tiga askar Marin berdepan dakwaan melakukan pembunuhan, manakala empat lagi kerana menyembunyikan kejadian itu.

Dela Cruz turut menceritakan rasa marahnya selepas mayat rakannya, Lans Koperal Miguel Terrazas atau TJ, bersepai akibat letupan bom.

“Saya tahun tindakan (membuang air kecil) ke atas mayat itu sememangnya teruk. Tetapi saya melakukannya kerana terlalu geram dan marah di atas kematian TJ. Saya kencing di atas kepala seorang mangsa,” kata Dela Cruz dengan selamba tanpa memaparkan sebarang emosi di kamar mahkamah tentera di Camp Pendleton di utara San Diego, California.

Dela Cruz berkata, dia turut melihat ketua skuad, Sarjan Frank Wuterich menembak lima lelaki yang tangan mereka diikat ke sebuah kereta.

“Saya turut menembak lima lelaki berkenaan yang terbaring di tanah.”

Katanya, Wuterich menghampirinya dan memberitahu: “Jika sesiapa bertanya, katakan yang mangsa cuba lari dan terpaksa ditembak.” – Reuters

Lawak Hangat: Koleksi Lawak hujung Minggu



Jangan Terlalu Yakin

Amin baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan, dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata : " Syukurlah, semuanya sudah berlalu..."

"Jangan terlalu yakin", kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya. "Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan sekali lagi....!"

Yusril yang berada disebelah kiri tempat tidurnya menyela :

"Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan ulang kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku.."

Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru :

"Adakah sesiapa yang melihat handphone saya?"

Juruterbang Bodoh

Pesawat Air Lines sedang mengalami gangguan enjin di udara. "May day,may day,may day...!!",terdengar juruterbang siarkan S.O.S melalui radio.

"Pesanan anda didengar jelas,"kata petugas dek menara pengawas,"Harap beritahukan tinggi dan posisi anda segera..!!"

"Ya,baik,"jawab juruterbang itu,"Saya tinggi 1.8 cm dan saya duduk di kerusi yang paling depan!"

Angka 13

Ketukan di pintu mengejutkan sepasang kekasih yang sedang berkasih-kasihan dengan asyiknya.. "Cepat, itu suamiku," kata si wanita yang diserang ketakutan. "Loncatlah dari jendela!"

"Tunggu dulu. Kita kan sedang di tingkat 13!" bantah si lelaki.

"Cepat loncat!" teriak si wanita dengan paniknya. "Keadaan sudah gawat begini, kamu masih percaya tahyul dan soal angka sial!"

Mahu Berbisik

Seorang anak kecil berlari masuk ke ruang tamu pada

ketika mama dan papanya sedang menjamu rakan-rakannya.

"Mama!!" teriaknya, "Saya ingin kencing."

Si mama membawa si anak ke bilik mandi dan berkata,

"Boboy, lain kali kalau kamu hendak ke bilik air utk kencing maka katakanlah,

'Mama, saya mahu berbisik.' Itu lebih sopan,faham?"

"Baik mama.." kata si anak.

Beberapa malam kemudian, si anak terbangun dan berasa hendak kencing. Dia masuk ke kamar papa dan mamanya lalu mendekati mamanya yang sedang tertidur lelap.

"Mama, saya mahu berbisik," katanya sambil menggoncang-goncang tubuh mamanya. Dengan malas dan mengantuk, mamanya yang masih setengah tidur berkata , "Aduh Boboy.., kamu selalu mengganggu mama. Kalau mahu berbisik, pergilah berbisik di telinga Papa di sana...

Dua Ekor Anjing

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina cukup. Anjing A training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada anjing A, sempat makan lagi. Anjing A pun tak puas hati, tapi anjing B kata, "Rileks la, aku ni kan anjing laut."

Panggilan Sayang

Kamal diundang kawannya makan malam. Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...

Kasihku... dan seumpamanya. Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dgn kata-kata itu." Mizal mengangkat bahu dan berbisik,"Sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."

Dua Pesakit Jiwa

Ada dua pesakit yang dirawat di rumah sakit jiwa sedang menyusun rancangan untuk melarikan diri. Mereka merancang untuk menggunakan tangga yang akan diletakkan di pintu pagar RSJ tersebut. Rancangan itu telah disusun dengan teliti sekali. Sebelum melarikan diri, diutuslah orang gila pertama untuk melihat situasi di depan. Kemudian dia melaporkan pada orang gila kedua.

Gila 1 : "Aduh, rancangan kita pasti gagal"

Gila 2 : "Mengapa?Apakah pintu keluar dijaga ketat ?"

gila 1 : "Tidak, sama sekali tidak ada penjaga"

gila 2 : "Jadi mengapa ?'

gila 1 : "Kerana pintunya tidak ada. Dimana kita akan meletakkan tangganya ?"

Tangguh Lagi

Alex mengeluh kepada Robet kerana dia tidak dapat menghilangkan kebiasaan buruknya iaitu suka menangguh suatu pekerjaan. Robet memberikan sebuah solusi dengan menunjukkan buku yang berjudul "BAGAIMANA SUPAYA ANDA TIDAK MENUNDA LAGI". Alex mengambil buku itu lalu berkata, "Baiklah, akan kubaca buku ini di lain masa."

Teman Baik

Seorang ibu sedang bercakap dengan temannya.

"Kamu tahu tak...diantara 99 teman baikmu ada yang main gila sama suamimu. Oleh itu kamu mesti berhati-hati. Aku mengatakan hal ini bukan kerana apa-apa, tapi kerana aku adalah teman baikmu'

Yang Paling Berharga

Seorang pemuda dihadap ke mahkamah atas tuduhan mencuri motor milik seorang gadis remaja.

"Saya sama sekali tidak mencurinya,Yang Arif " kata si pemuda itu membela diri.

"Dia yang memberikan motor itu kepada saya. Ketika itu dia pulang dari sekolah, dia meminta saya agar memboncengkannya dengan motornya. Saya pun boncengkannya. Lalu dalam perjalanan, di suatu semak belukar,dia menyuruh saya berhenti. Di bukanya baju dan seluarnya. Lalu katanya, saya boleh mengambil miliknya yang paling berharga. Yang Arif, lalu saya berfikir, bajunya memang berharga, tapi itu baju wanita dan tak ada gunanya bagi saya. Jeansnya juga terlalu kecil bagi saya. Kerana itu, apa boleh

buat terpaksa saya mengambil motornya. "

Keadaan Suami

Seorang isteri menemani suaminya untuk pemeriksaan kesihatan. Selesai pemeriksaan,doktor memanggil isteri tersebut untuk membicarakan keadaan suaminya, berdua saja.

"Suami puan menderita penyakit yang cukup berat, yang di pengaruhi stress yang menimpa dirinya. Jika puan ingin suami puan tetap hidup, lakukan nasihat2 yang saya berikan," kata doktor.

"Pagi hari buatkan sarapan yang enak. Perlakukan suami dengan baik dan lembut. Untuk makan siang, buatkan menu yang lengkap gizinya. Malam harinya sajikan makan malam yang istimewa. Jaga perasaannya, jangan bebani dia dengan pekerjaan rumah tangga dan jangan berkeluh kesah. Jika puan tidak melakukan semua itu, puan akan kehilangan suami," tambahnya.

Dalam perjalanan pulang, si suami bertanya kepada isterinya, "Apa kata doktor tentang penyakitku?"

"Kamu akan meninggal..."

Janji

Pengakuan seorang suami: "Setelah mendengar ceramah perkahwinan tiga hari yang lalu, saya dan isteri sepakat memegang janji untuk tidak akan pergi tidur kalau masih marah. Tapi mungkin kami harus membatalkan perjanjian itu kerana sudah tiga hari tiga malam kami tidak tidur....."

Mr Brown

Suatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown.

Penelefon : Hello, boleh saya bercakap dengan Mr. Brown?

Penerima : Oh, ini Mr. Black.

Penelefon :Oops Sorry, wrong color!

Isu Hangat: Apakah hobi rakyat Malaysia?


Sudah tentu bukan membaca
Sebab perpustakaan lengang sentiasa
Kalau adapun baca novel cinta
Atau baca Mangga dan Mastika
Bacaan ringan yang merosak minda

Habis apa dia hobi mereka?

Dulu asyik bela ayam serama
Bagus juga sayang makhluk Allahtaala
Sanggup mandikan begitu punya jaga
Selain ayam ikan pun depa bela
Ikan lohan dan juga arowana
Sanggup guna duit gaji kerja lebihmasa
Sekarang ni pancing udang pula
Bukan di sungai tapi kolam buatan
manusia
Buat kolam di rumah kedai yang disewa
Gila sungguh tak dak kerja

Hobi terbaru ialah main SMS pula
Setahun dianggarkan 1000 juta
Dari reality show hingga umpat mengata
Keluar habis cerita Baginda Altantuya
Dari joke hingga palsu punya berita
Dari I love you hingga cerai talak tiga
Selain dari ucap besday dan Hari Raya
Judi pun pakai khidmat SMS juga
Tidak kira di mana-mana
Atas LRT dan juga tempat kerja
Untunglah syarikat telekomunikasi kita
Boleh taja EPL dan Piala Dunia
Dengan CELCOM anda berkuasa
Asalkan jangan taksub besar kepala

Yang si mat rempit lain pula
Race motor tengah malam buta
Hadiah pertama sicantik jelita
Sanggup tunjuk skil korban nyawa
Jangan sekali dok tegur mereka
Nanti pecah habis cermin kereta
Malaysia Boleh itu dia cogankata
Polis pun tak boleh buat apa
Pening dengan mat rempit punya gejala

Lain pula hobi motor golongan berada
Yang tu naik konvoi pergi merata-rata
Dari KL naik motor konvoi ke utara
Bukan apa cuma nak pi makan laksa
Atau buat konvoi sempena merdeka
Kita tanya apa tujuan mereka
Keseronokan yak yak yeh sorak gembira
Lambat lagi lah bangsa kita merdeka

Apa hobi anda?

Kumpul setem, memancing atau tonton telenovela
80% remaja jawab dengar radio dan tonton tv la
Sebab tu meningkat pendapatan Media Prima
Hot FM yang lebih hangat daripada biasa
Dengar celoteh dan merepek Farah Fawzana
Tak dak slot khas motivasi agama
Sebab yang tu orang tak berapa suka
Benda yang perlu berfikir atau guna minda
Sebab tu di pasaran otak antarabangsa
Otak orang Melayu tinggi harga
Dok berkilat dan cantik sebab jarang guna
Blog Widget by LinkWithin