Sudah  Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!
Bersihkanlah dirimu  sebelum kamu  dimandikan!
Berwudhu'lah kamu  sebelum kamu  diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu  sebelum kamu  disolatkan!
Tutuplah rambutmu  sebelum rambutmu  ditutupkan!
Dengan kain  kafan yang serba  putih!
Pada waktu  itu tidak  guna lagi  bersedih....
Walaupun orang yang  hadir itu  merintih....
Selepas itu  kamu akan  diletak di  atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah  solat Jenazah
Dengan  empat kali takbir  dan satu  salam
Berserta Fatihah,  Selawat dan  doa....
Sebagai memenuhi  tuntutan Fardhu  Kifayah
Tapi  apakah empat kali  takbir itu  dapat menebus....
Segala dosa  meninggalkan  solat sepanjang  hidup?
Apakah solat  Jenazah yang tanpa  rukuk dan  sujud....
Dapat membayar  hutang rukuk  dan sujudmu yang  telah luput?
Sungguh tertipulah  dirimu jika  beranggapan demikian....
Justeru ku  menyeru sekelian  Muslimin dan  Muslimat....
Usunglah dirimu  ke tikar  Solat....
Sebelum kamu  diusung ke  liang lahad....
Menjadi makanan  cacing dan  mamahan ulat!
Iringilah dirimu  ke masjid....
Sebelum kamu  diiringi ke  Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu  di dunia....
Kerana tangisan  tidak berguna  lagi di  alam baqa'!
Sucikanlah dirimu  sebelum kamu  disucikan!
Sedarlah kamu  sebelum kamu  disedarkan..  ..
Dengan  panggilan 'Izrail yang  menakutkan!
Berimanlah kamu  sebelum kamu  ditalkinkan!
Kerana ianya  berguna untuk yang  tinggal....
Bukan yang pergi!
Beristighfarlah kamu  sebelum kamu  diistighfarkan!
Namun ketika  itu istighfar  tidak menyelamatkan!
Ingatlah di  mana saja  kamu berada....
Kamu tetap  memijak bumi  Tuhan!
Dan dibumbungi  dengan langit  Tuhan!
Serta menikmati  rezeki Tuhan!
Justeru bila  Dia menyeru,....
Sambutlah  seruan-Nya Sebelum  Dia....
memanggilmu buat kali yang  terakhirnya!
Ingatlah kamu  dahulu hanya....
setitis air yang tidak  bererti!
Lalu menjadi  segumpal darah!
Lalu menjadi  seketul daging!
Lalu daging  itu membaluti  tulang!
Lalu jadilah  kamu insan yang  mempunyai erti....
Ingatlah asal  usulmu yang tidak  bernilai itu....
Yang kalau  jatuh ke  tanah Ayam  tak patuk  itik tak  sudu!
Tapi Allah mengangkatmu  ke suatu  mercu....
Yang lebih  agung dari  malaikat!
Lahirmu bukan  untuk dunia....
Tapi gunakanlah  ia buat  melayar bahtera  akhirat!
Sambutlah seruan  'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh  rela dan  bersedia!
Sambutlah seruan  'Hayya 'alal  Falaah'....
Jalan kemenangan  akhirat dan  dunia!
Ingatlah yang kekal  ialah amal....
Menjadi bekal  sepanjang jalan!
Menjadi teman  di perjalanan.. ..
Guna kembali  ke pangkuan  Tuhan!
Pada hari  itu tiada  berguna....
Harta, tahta  dan putera....
Isteri, kad  kredit dan  kereta....
Kondominium, saham  dan niaga....
Kalau dahi  tak mencecah  sejadah di  dunia!!!
" Saling  berpesan-pesan  untuk kearah  kebaikkan"
 
TANDA 100 HARI SEBELUM HARI  MATI!!!!!
Assalam Mu'alaikum  Wbrth!!! BACALAH DENGAN  TELITI!!!
Ini adalah  tanda pertama  dari Allah SWT kepada  hambanya dan  hanya
akan disedari  oleh mereka yang  dikehendakinya.  Walaubagaimanapun
semua orang Islam  akan mendapat  tanda ini  cuma samada  mereka sedar
atau  tidak sahaja.  Tanda ini  akan berlaku  lazimnya selepas  waktu Asar
.
Seluruh tubuh  iaitu dari  hujung rambut  sehingga ke  hujung kaki akan
mengalami  getaran atau  seakan-akan mengigil.  Contohnya seperti  daging
lembu yang baru  saja disembelih  dimana jika  diperhatikan  dengan
teliti kita  akan mendapati  daging tersebut  seakan-akan bergetar.
Tanda ini  rasanya lazat  dan bagi  mereka yang sedar  dan berdetik  di
hati bahawa  mungkin ini  adalah tanda  mati maka  getaran ini  akan
berhenti dan  hilang setelah  kita sedar  akan kehadiran  tanda ini.
Bagi mereka yang  tidak diberi  kesedaran atau  mereka yang hanyut
dengan  kenikmatan tanpa  memikirkan soal  kematian, tanda  ini akan
lenyap  begitu sahaja  tanpa sebarang  munafaat.
Bagi yang sedar  dengan kehadiran  tanda ini  maka ini  adalah peluang
terbaik  untuk memunafaatkan  masa yang ada  untuk mempersiapkan  diri
dengan amalan  dan urusan yang  akan dibawa  atau ditinggalkan  sesudah
mati.
TANDA 40  HARI
Tanda  ini juga  akan berlaku  sesudah waktu  Asar. Bahagian pusat  kita
akan berdenyut-denyut.  Pada ketika  ini daun yang  tertulis nama  kita
akan gugur  dari pokok yang  letaknya di  atas Arash Allah  SWT.
Maka  Malaikat Maut  akan mengambil  daun tersebut  dan mula  membuat
persediaannya ke  atas kita,  antaranya ialah  ia akan  mula mengikuti
kita  sepanjang masa.  Akan terjadi  Malaikat Maut  ini akan
memperlihatkan  wajahnya sekilas  lalu dan  jika ini  terjadi, mereka
yang  terpilih ini  akan merasakan  seakan-akan bingung  seketika.
Adapun Malaikat  Maut ini  wujudnya cuma  seorang tetapi  kuasanya untuk
mencabut  nyawa adalah  bersamaan dengan  jumlah nyawa yang  akan
dicabutnya.
TANDA 7  HARI
Adapun  tanda ini  akan diberikan  hanya kepada  mereka yang diuji  dengan
musibah kesakitan  di mana  orang sakit yang  tidak makan  secara
tiba-tiba ianya  berselera untuk  makan.
TANDA 3  HARI
Pada  ketika ini  akan terasa  denyutan di  bahagian tengah  dahi kita
iaitu  diantara dahi  kanan dan  kiri. Jika  tanda ini  dapat dikesan  maka
berpuasalah kita  selepas itu  supaya perut  kita tidak  mengandungi
banyak  najis dan  ini akan  memudahkan urusan  orang yang akan
memandikan  kita nanti.
Ketika ini  juga mata  hitam kita  tidak akan  bersinar lagi  dan bagi
orang yang  sakit hidungnya  akan perlahan-lahan  jatuh dan  ini dapat
dikesan  jika kita  melihatnya dari  bahagian sisi.  Telinganya akan  layu
dimana bahagian  hujungnya akan  beransur-ansur  masuk ke  dalam.
Telapak kakinya yang  terlunjur akan  perlahan-lahan  jatuh ke  depan dan
sukar  ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku  sesudah waktu  Asar di  mana kita  akan merasakan  satu
denyutan di  sebelah belakang  iaitu di  kawasan ubun-ubun  di mana  ini
menandakan kita  tidak akan  sempat untuk  menemui waktu  Asar keesokan
harinya.
TANDA  AKHIR
Akan  berlaku keadaan  di mana  kita akan  merasakan satu  keadaan sejuk
di  bahagian pusat dan  ianya akan  turun ke  pinggang dan  seterusnya
akan  naik ke  bahagian halkum.
Ketika ini  hendaklah kita  terus mengucap  kalimah syahadah  dan berdiam
diri  dan menantikan  kedatangan malaikatmaut  untuk menjemput  kita
kembali kepada Allah SWT yang  telah menghidupkan  kita dan  sekarang
akan  mematikan  pula.
Sesungguhnya mengingati  mati itu  adalah bijak
forward this  buletin...may ALLAH SWT bless  you.
Saling berpesan2lah  sesama kita........  . 
 

 
 
No comments:
Post a Comment