adsense

02 July, 2007

Arahan jangan siar tentang pembangkang



Posted on Saturday, June 30 @ 17:12:46 MYT by greenboc
Artikel Oleh pemerhati_bebas"


TVMemang menjadi rahsia umum bahawa stesen radio dan televisyen milik kerajaan diarahkan supaya jangan menyiarkan tentang pembangkang. Tetapi kini stesen radio dan televisyen swasta juga tidak terlepas daripada arahan yang sama.


Malaysiakini memperolehi salinan surat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mengarahkan semua stesen radio dan televisyen swasta supaya berhenti menyiarkan ucapan pemimpim pembangkang.


“Adalah dimaklumkan bahawa pihak kerajaan mendapati bahawa beberapa stesen-stesen TV dan radio swasta telah menyiarkan ucapan dari pemimpin parti pembangkang,” kata Pengerusi SKMM, Datuk Dr Halim Shafie dalam surat bertarikh 7 Jun lalu.

SURAT


“Sehubungan dengan itu, pihak tuan adalah diminta untuk tidak lagi menyiarkan ucapan sedemikian di masa akan datang,” tambahnya.

Menurut surat itu lagi, mereka diminta melaksanakan serta merta arahan tersebut.

HAHalim (GAMBAR) tidak dapat dihubungi untuk mengulas mengenai arahan tersebut.

SKMM adalah agensi kerajaan di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, mempunyai kuasa untuk mengawal perkara berkaitan dengan aktiviti komunikasi dan multimedia, termasuk stesen radio dan televisyen swasta serta lamanweb internet.

Bidangkuasanya merangkumi urusan pelesenan stesen radio dan televisyen swasta.

Salinan surat tersebut turut dihantar kepada Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Dr Halim Man.

Stesen nafi
Semalam, stesen televisyen swasta, ntv7 menafikan dakwaan parti pembangkang bahawa ia telah menerima arahan supaya tidak menyiarkan komen pihak pembangkang.

Rabu lalu, Ahli Parlimen DAP, Tan Kok Wai memberitahu satu sidang akhbar bahawa beliau telah mendapat maklumat dari sumber yang layak dipercayai mengenai arahan tersebut.

Beliau menyifatkan arahan itu sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap parti-parti pembangkang.

Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Umat Islam





Posted on Sunday, July 01 @ 08:29:58 MYT by SongkokPutih
Bahan Rencah Oleh Dr. M. Anjad Khan

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.


Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran,bahan- bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC , oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.


Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab " KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.


Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin didunia.


Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000.


Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.


Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang;di manakah lemak-lemak babi tersebut ? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu
kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.


Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut .Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata
itu berhasil.


Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan,ubat- ubatan harus dicantumkan pada kemasan.


Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.


Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport.


Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.


Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera - tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara ( civil war ).


Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 - an mengetahuinya.


Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.


Sebagai akibatnya,pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.


Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.


Semenjak produk - produk tersebut di atas banyak di konsumsi[penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu,kekerasan dan seks bebas.


Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.


E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,
E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,


E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.



Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti
syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada
saudara kita.



Berfikir! Jangan Jadi Robot!!



Posted on Sunday, July 01 @ 08:36:33 MYT by SongkokPutih
E-mel Pembaca Oleh Dr Fikrah


Ramai manusia yang mampu berfikir, tetapi lebih ramai lagi yang tidak pandai mengatur pemikirannya. Insya Allah, motivasi kali ini, saya sajikan kepada anda tajuk ini kerana kelemahan manusia seluruh dunia hari ini dari sudut pemikiran. Contoh yang boleh kita bandingkan ialah, cara mengira zaman dahulu sangat berbeza dengan cara pengiraan zaman sekarang.


Mungkin dunia hari ini boleh dikatakan canggih, tetapi kebanyakannya sudah mengalami tabiat malas berfikir kerana segala-galanya sudah di“komputer" kan . Tabiat buruk ini semakin menular dan tersebar di dalam pemikiran-pemikiran manusia sehinggalah satu hari nanti dunia ini diperintah oleh robot!


Kenapakah manusia malas berfikir?

Kecanggihan teknologi yang memudahkan

Kita tidak menafikan bahawa dunia hari ini sudah mengalami kemajuan dari sudut teknologi. Hampir semua teknologi benar-benar memberi kemudahan kepada manusia sehingga manusia hari ini tidak perlu bersusah payah untuk berfikir sehingga “botak” kepala.


Contohnya sistem buku daftar yang semakin “dicanggihkan” dengan kewujudan perisian-perisian Komputer seperti Microsoft Office Access. Semua proses dan fail pendaftaran hanya disimpan di dalam Hard Disk yang mudah dibawa kemana-mana. Berbeza dengan sistem pendaftaran zaman dahulu yang memerlukan kepada fail yang bertimbun-timbun!


Dunia boleh dijelajahi dengan hujung jari

Sepertimana yang kita telah ketahui, kemudahan Internet yang semakin menjadi keperluan manusia hari ini, mampu membuatkan seseorang itu mampu berhubung, mencari maklumat, statistik dan sebagainya. Sangat mudah! Sehingga hendak tempah barang pun hanya perlu mengklik pada tetikus!


Kalau dahulu, sekiranya seseorang itu ingin membuat kajian tentang sesuatu, dia memerlukan kepada kos yang tinggi untuk menjelajah dan memerhatikan sendiri dengan matanya. Tetapi dengan kemudahan Internet, segalanya sudah terisi di dalamnya. Semua maklumat seluruh dunia sudah berada di hadapan mata anda tanpa perlu keluar dari bilik untuk membuat kajian!


Otak manusia dicemari dengan perkara-perkara tidak berguna

Sebab yang ketiga ini adalah punca utama di dalam menjawab persoalan tentang sebab berlakunya kemalasan berfikir. Serangan-serangan pemikiran yang semakin menular di kalangan remaja mampu menjadikan mereka malas berfikir dan hanya bergantung kepada kepuasan hidup semata-mata!


Kita boleh lihat sendiri pada kebanyakan remaja-remaja yang terpengaruh dengan gejala kurang sihat, biasanya mengelami kemerosotan pelajaran. Mereka hanya ingin memastikan kehendak mereka tercapai walaupun terpaksa melakukan kejahatan sekalipun.


Contoh yang lain ialah budaya kuning yang semakin mendapat sambutan hangat di kalangan remaja kita. Lihatlah satu hari nanti remaja-remaja ini akan menjadi “bodoh” kerana kemalasan mereka untuk berfikir. Mereka hanya perlu memastikan kepuasan yang dirasai setiap hari. Bukankah perkara ini menjadikan manusia seolah-olah binatang?


Sekiranya kita lihat masyarakat Malaysia yang semakin dihidang dengan hiburan dan nyanyian yang melalaikan, kita dapat lihat bahawa di sana terdapat satu racun yang menyebabkan otak mereka kurang digunakan untuk berfikir kerana sudah mendapat kepuasan. Lama kelamaan, habislah masyarakat Malaysia , semuanya bodoh-bodoh belaka!

.\

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya, namun anda sendiri memiliki akal untuk berfikir. Berfikirlah bagaimana saya boleh mengeluarkan pandangan ini. Inilah kepentingan berfikir! Gunakanlah akal anda untuk berfikir. Lebih elok gila, sekiranya tidak mahu berfikir kononnya “menyusahkan otak”.


Allah SWT memberikan kelebihan kepada manusia dengan akal fikiran yang membezakannya dengan binatang-binatang. Sekiranya kita perhatikan kehidupan haiwan-haiwan, kita akan menemui persamaan dengan manusia yang tergila-gilakan nyanyian atau hiburan yang berlebihan. Bukan ini sahaja, ia termasuk jugalah mereka yang sanggup mengorbankan umur mereka dengan permainan-permainan komputer yang tidak membawa faedah.


Walaubagaimanapun, akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita haruslah digunakan. Jangalah kita dirobotkan atau dihambakan dengan kepuasan nafsu kebinatangan semata-mata. Manusia yang banyak membuat dosa dan maksiat adalah mereka yang jarang berfikir! Otak mereka hanya ditempatkan di lutut!


Sebarang kritikan daripada anda saya terima, asalkan anda mengkritiknya dengan menggunakan akal fikiran anda. Biasanya manusia mengkritik menggunakan nafsu, langsung tidak menggunakan akal. Tetapi saya harap sebarang kritikan haruslah menggunakan akal.


Banyakkan berfikir, anda akan menemui jawapan segala kekeliruan, penyelesaian segala permasalahan dan kemudahan segala kepayahan. Berfikirlah.

Ciri-ciri munafik sejati



Posted on Sunday, July 01 @ 11:07:23 MYT by greenboc
Bahan Rencah Oleh AinulAbabil


"Berikut adalah sifat-sifat munafik seterusnya. Sesungguhnya orang munafik tidak ada peluang untuk mencium bau syurga, apatah lagi memasukinya. Muhasabahlah ke dalam diri masing-masing.


21. Beruzur dengan berdalih dusta

Firman Allah s.w.t. "Di antara mereka ada orang yang berkata; Berilah saya izin (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah. Ketahuilah bahawa mereka telah terjerumus ke dalam fitnah. Dan sesungguhnya neraka Jahannam itu benar-benar meliputi orang-orang yang kafir." (At-Taubah: 49)


22. Menyuruh kemungkaran dan mencegah kemakrufan

Mereka menginginkan agar perbuatan keji tersebar di kalangan orang-orang beriman. Mereka menggembar-gemburkan tentang kemerdekaan wanita, persamaan hak, penanggalan hijab. Mereka juga berusaha memasyarakatkan nyanyian dan konsert, menyebarkan majalah-majalah lucah dan narkotik.


"Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang makruf dan mereka menggenggamkan tangannya. Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itulah orang-orang yang fasik." (At-Taubah: 67)


"Apabila dikatakan kepada mereka; Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul, nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu." (An-Nisaa: 61)


"(Pujukan orang-orang munafik itu adalah) seperti (pujukan) syaitan ketika dia berkata kepada manusia; Kafirlah kamu, maka tatkala manusia itu telah kafir ia berkata; Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah Tuhan semesta alam." (Al-Hasyr: 16)


23. Bakhil

Orang-orang munafik sangat bakhil dalam hal-hal kebajikan. Mereka menggenggam tangan mereka dan tidak mahu bersedekah atau menginfakkan sebahagian harta mereka untuk kebaikan, padahal mereka orang yang mampu dan cukup.


24. Lupa kepada Allah s.w.t.

Segala sesuatu berbentuk material akan diingat selalu, kecuali Allah s.w.t. Oleh sebab itu, mereka sentiasa ingat kepada keluarga, anak-anak, nyanyian-nyanyian, bernafsu serakah dan segala sesuatu yang berhubung dengan duniawi yang keterlaluan. Dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas untuk mengingati (zikir) kepada Allah s.w.t. kecuali sebagai penyamaran semata-mata.


25. Mendustakan janji Allah s.w.t. dan RasulNya

Firman Allah s.w.t. "Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata; Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kami selain tipu daya."


26. Sombong dalam berbicara

Orang-orang munafik selalu sombong dan angkuh dalam berbicara. Mereka banyak bercakap dan suka memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan selalu mengawalinya dengan ungkapan perkataan-perkataan yang menakjubkan agar tampak seperti orang hebat, mulia, berakal dan berpendidikan. Pendek kata apabila berbicara dia sering menunjuk-nunjuk kebesaran diri. Pada hal dia tidak memiliki kemampuan apa pun. Sama sekali tidak memiliki ilmu tersebut bahkan menyerlahkan lagi kemunafikannya.,


27. Tidak memahami Ad-Din

Orang-orang munafik tidak sama sekali memahami perkara-perkara agama. Dia tahu bagaimana mengenderai kereta dan mengerti perihal enjinnya. Dia juga mengetahui hal-hal remeh-temeh dan pengetahuan yang tidak pernah memberi manfaat kepadanya meskipun tidak mendatangkan mudarat baginya. Akan tetapi apabila ditanyakan tentang persoalan Ad-Din (Islam) mereka seringkali mengelak atau tidak boleh menjawab.


"Dan tidakkah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pengajaran?" (At-Taubah: 126)



28. Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah dengan dosa

Orang munafik menganggap ringan perkara-perkara terhadap Allah s.w.t. MenentangNya dengan melakukan pelbagai kemungkaran dan kemaksiatan secara sembunyi-sembunyi. Akan tetapi ketika dia berada di tengah-tengah manusia, dia menunjukkan sebaliknya; berpura-pura taat kepada Allah.


"Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah berserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak redhai..." (An-Nisaa: 108)


29. Senang dengan musibah yang menimpa orang-orang beriman dan dengki terhadap kebahagiaan mereka.

Orang munafik apabila mendengar berita bahawa seorang yang soleh ditimpa musibah dia akan berasa gembira lalu menyebar luaskan berita tersebut dengan perasaan gembira. "Hanya Allahlah tempat memohon pertolongan. Kami telah mendengar bahawa si fulan telah ditimpa musibah begini dan begitu... semoga Allah memberi kesabaran kepada dia dan kita." Padahal di dalam hatinya cukup merasa senang dan bangga di atas penderitaan orang beriman

Perang Siber



Umno lancar perang siber - Azalina
Posted on Sunday, July 01 @ 20:33:49 MYT by greenboc


Berita azKOTA KINABALU - Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Azalina Othman Said berkata Umno akan melantik penulis siber dalam usaha membanteras berita fitnah mengenai parti itu di Internet.


"Saya akan membuat 'road show' (persembahan dalam kunjungan) di semua negeri untuk berjumpa dengan
pengerusi dan ketua-ketua bahagian supaya setiap bahagian mempunyai wakil yang boleh membantu dalam perang siber," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kota Kinabalu di sini, hari Ahad.


Menurutnya pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini, beliau dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga presiden parti untuk mencari strategi bagi menangkis tohmahan mengenai parti itu di Internet yang kebanyakannya dibaca oleh belia.


Azalina yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata beliau mempunyai pengalaman dalam perang siber semasa menjadi Ketua Pergerakan Puteri Umno dengan laman perang siber "Gerbang Tempur PUTERI" (GTPuteri) atau www.gtputeri.com yang diwujudkan pada Januari 2003.


GTPuteri yang diwujudkan dengan cogan kata "Jangan Berundur Jangan Mengalah", mempunyai 500
penulis siber yang telah dilatih khusus untuk mematahkan serangan pembangkang dan memaparkan maklumat tepat. - BERNAMA




IF I AM RICH




IF I AM RICH...........beside helping the poor................


I will buy Moonlight





My bedroom will have a window which can look for the world



MY PET WITH THE DIAMOND TEETH ..



My pretty servant always ready



MY GLASS MADE ONLY BY ORIGINAL DIAMOND



IF I HAVE TIME, I WILL PLAY GOLF ON THE BOAT




MY SECURITY FOR 24 HOURS




ONLY SPRING WATER FROM THE HIMALAYAS TO FLUSH MY TOILET




TOILET PAPER



MY SWIMMING POOL CAN ONLY FILL IN WITH EXPENSIVE PERFUME


ONLY A PROFESSIONAL CAN WASH MY CAR WHICH WAS GOLD PLATED




MY LAPTOP WITH DIAMOND EDGING AND HAS Intel Pentium IX WITH RAM 30 Gigabite



MY TRAVELLING CAR



MY HOLIDAY HOUSE

30 June, 2007

Keharmonian Sains Dan Keimanan



Oleh: Mohamad Nasir bin Othman

Pendahuluan

Secara mudahnya sains boleh ditakrifkan sebagai kajian terhadap alam tabie. Pengamatan terhadap alam tabie membolehkan manusia memahami hukum-hukum yang menguasai setiap kejadian dan feneomena di alam ini. Sains barat telah memberikan satu sumbangan yang besar terhadap kemanusiaan apabila mencipta satu disiplin kajian yang berasaskan kepada prinsip emperikal. Semua feneomena yang kompleks dipecahkan kepada unit-unit kecil bagi membolehkan satu hipotesis dikemukakan.

Hipotesis itu kemudiannya diuji di dalam makmal dengan menggunakan kaedah dan peralatan saintifik. Hasilnya adalah satu dapatan yang dapat dipertahankan melalui logika dan bukti eksperimen. Penemuan hukum gerakan oleh Newton telah menjadi titik tolak kepada penciptaan kereta dan alatan mekanik yang lain. Marie Curie telah menemui bahan radioaktif yang membuka jalan kepada dunia atom.Penemuan hubungan antara jisim dan tenaga oleh Albert Eistein telah membolehkan bom atom dicipta melalui Projek Manhattan pada tahun 1940an.

Sejarah perkembangan Sains Barat

Kajian sains barat bertujuan untuk memahami hukum-hukum yang menguasai alam tabie dan seterusnya menggunakan hukum-hukum tersebut untuk menghasilkan teknologi bagi kemudahan hidup manusia. Satu soalan yang tidak pernah ditanyai oleh sains barat ialah siapakah yang telah menciptakan hukum-hukum tersebut?

Soalan tersebut biasanya dijawab dengan menggunakan satu perkataan iaitu nature atau semulajadi. Sains bersifat objektif dan emperikal yakni sesuatu perkara hanya diterima sebagai benar jika dapat dibuktikan kebenarannya melalui eksperimen. Sains barat tidak mahu menjawab yang alam ini dijadikan oleh Tuhan. Ini adalah kerana sejarah awal kelahiran sains barat telah menyaksikan pertentangan sengit di antara ahli sains dan gereja.

Di antaranya ialah pertentangan di antara Galileo Galilie dengan gereja tentang apakah yang menjadi pusat alam. Gereja berpegang kepada teori geocentric ahli falsafah Yunani, Ptolemy yang mengatakan bumi adalah pusat alam. Matahari dan planet-planet yang lain beredar mengelilingi bumi. Gereja adalah wakil Tuhan di atas muka bumi ini dan pendapat gereja tentang geocentric ini dianggap sebagai kebenaran mutlak daripada Tuhan dan tidak boleh ditentang.

Pendapat ini telah ditentang oleh Galileo yang berpandangan heleocentrik yakni matahari adalah pusat alam. Bumi dan planet-planet yang lain beredar mengelilinginya. Galileo akhirnya ditangkap dan dipenjarakan. Ramai saintis lain yang dibunuh, disalib dan dibakar hidup-hidup. Ahli sains akhirnya memenangi pertarungan ini. Pengalaman pahit ditindas oleh ahli agama telah menyebabkan sains telah berkerat rotan dan berpatah arang dengan agama. Sains barat terus berkembang tanpa nilai dan agama.


Sains dan Al Quran

Pertentangan di antara agama dan sains tidak berlaku di dalam sejarah tamadun Islam, sebaliknya saintis Islam ketika itu telah menjadikan sains sebagai satu jalan untuk mengenal Allah SWT. Oleh itu, tidak hairanlah saintis Islam ketika itu adalah mereka yang telah menghafal Al Quran sejak daripada kecil dan terdiri daripada golongan ulama. Kebangkitan sains barat akhirnya telah menghasilkan senapang dan peralatan peperangan moden. Ini akhirnya menjadikan mereka sebagai kuasa yang menjajah dunia timur dan Islam.

Bersama dengan proses kolonialisme ini mereka telah membawa pemikiran dan budaya barat kepada generasi baru Islam di tanah-tanah jajahan mereka. Sains digunakan sebagai salah satu wahana untuk menyerapkan pemikiran dan budaya barat ini. Sains menyerapkan pemikiran alam ini terjadi secara nature, semulajadi.

Tidak ada yang menciptakannya. Kata-kata alam ini terjadi secara nature sebenarnya memberikan impak yang sangat besar kepada keimanan umat islam. Tanpa disedari kata-kata ini sebenarnya telah menutup satu pintu besar kepada manusia untuk mengenal Allah SWT. Ini adalah kerana Al Quran adalah kitab yang tertulis sedangkan alam adalah kitab yang terbuka untuk manusia mengenal Allah SWT. Pernyataan alam terjadi secara nature telah menutup kitab terbuka yang dapat dibaca oleh setiap manusia pada sebarang masa, tempat dan suasana.

Terdapat terlalu banyak ayat Al Quran yang menyeru dan menyuruh manusia untuk memerhati dan mengkaji alam tabie. Yang membezakan seruan Al Quran dengan sains barat ialah daripada aspek matlamat kajian terhadap alam tabie tersebut. Seruan Al Quran bermatlamat agar manusia dapat melihat kebesaran Allah SWT daripada alam yang telah diciptakan-Nya. Al Quran telah meletakkan mereka yang mengkaji alam tabie ini pada tahap yang tinggi dengan gelaran Ulul albab.

Firman Allah SWT yang bermaksud,
Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran kami) kepada ulil albab. Yakni mereka yang mengingati Allah di dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring seraya memikirkan tentang kejadian langit dan bumi. Mereka mengatakan, wahai Rabb kami sesungguhnya tidaklah engkau menjadikan ini dengan sia-sia belaka. Maha Suci Engkau, selamatkanlah kami daripada azab neraka. ( Surah Ali Imran : 190)

Ayat ini membuktikan kepada kita bahawa sains atau kajian terhadap alam tabie dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan manusia terhadap Rabb-Nya. Isaac Newton yang terkenal dengan hukum gerakan dan gravitinya pernah mengatakan,” Saya umpama pengutip kerang di tepi pantai dan saya bernasib baik kerana telah menemui beberapa kulit kerang yang cantik tetapi sebenarnya di dalam laut sana masih terdapat tersangat banyak kerang yang cantik.”

Kenyataan ini menginsafkan kita bahawa masih terdapat banyak rahsia atau hukum-hukum sains yang terdapat di dalam penciptaan bumi yang belum ditemui oleh manusia dan Allah menerangkan di dalam Al Quran bahawa kerang yang ditemui oleh Newton tersebut adalah tanda-tanda kebesaran-Nya. Sayangnya Newton tidak dapat melihat tanda-tanda kebesaran Allah daripada kerang yang telah ditemuinya.

Mengapakah Newton tidak dapat melihat tanda-tanda kebesaran tersebut? Ini adalah kerana objektif penyelidikan Newton hanyalah untuk memajukan teknologi tanpa ada hasrat untuk melihat kebesaran Tuhan. Keduanya, Newton tidak mempunyai ciri-ciri ulul albab. Ulul albab adalah gabungan di antara ciri ahli zikir dan ahli sains. Ahli zikir adalah mereka yang ingat kepada Allah pada setiap keadaan dan suasana seperti yang digambarkan oleh ayat di atas. Mereka yang mengingati Allah di dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring.

Ahli sains adalah mereka yang memerhati, mencerap dan mengkaji alam tabie. Gabungan di antara ingat kepada Allah dan mengkaji alam tabie telah membuahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT, melahirkan golongan ulul albab. Ini dapat kita lihat daripada ungkapan golongan ulul albab yang memohon perlindungan kepada Allah SWT daripada azab api neraka.

Kesan Sains terhadap Keimanan

Umat Islam hari ini menghadapi masalah yang besar untuk meneruskan kelangsungan hidupnya kerana intipati kewujudan mereka yakni keimanan mereka kepada Allah telah tergugat dengan warna-warni kehidupan yang telah dihasilkan oleh perkembangan sains dan teknologi. Teknologi telah melonjakan industri muzik, perfileman, media massa dan pendidikan menjadi industri yang mendarah daging di dalam kehidupan manusia.

Gugatan terhadap keimanan umat berlaku apabila industri ini dalam bentuk yang menyukakan umat telah menitiskan fahaman ateisme, pergaulan bebas, kemewahan yang melampau, keseronokan dan kebebasan daripada ikatan agama ke dalam pemikiran dan hati mereka. Hasilnya masalah keruntuhan akhlak di kalangan umat islam seperti perzinaan umpamanya bukanlah feneomena yang berlaku di bandar sahaja tetapi telah menular ke kawasan kampung dan pedalaman.

Suatu masa dahulu keimanan umat pernah digugat dengan kemasukan pemikiran Yunani hasil daripada pemikiran tokoh-tokoh mereka seperti Socrates dan Plato tentang alam dan ketuhanan ke dalam tamadun Islam. Oleh itu para ulama telah menyusun sifat 20 di dalam ilmu tauhid bagi menjelaskan sifat ketuhanan yang benar yang ada pada Allah SWT. Masalah yang sama dengan wajah yang agak berbeza berlaku pada hari ini di mana sains barat yang menggunakan kaedah emperikal telah menafikan kewujudan Allah di dalam kehidupan manusia sedangkan apa yang mereka kaji adalah bukti-bukti (ayat-ayat) kebesaran Allah.


Sumber

kris dyanti...opss! she did it again...






Dunia Semut



SELAMAT DATANG KE DUNIA SEMUT

Dalam perjalanannya ke sekolah setiap hari, Omar berjalan melalui taman rumah di seberang jalan dan menanti di sana untuk seketika. Seorang kawan istimewanya tinggal di taman ini. Siapapun tidak mengenali kawan ini, tetapi Omar amat menyayanginya. Omar tidak pernah lupa menziarahi kawannya, dan dia amat gembira dengan persahabatan mereka. Tambahan pula, dia mempunyai seorang sahabat yang lebih pintar daripada orang lain. Walaupun saiz badannya kecil, tetapi kawannya ini melakukan banyak perkara-perkara penting. Dia juga adalah seorang yang kuat bekerja. Dia melakukan semua kerja-kerjanya dengan baik dan dalam masa yang sepatutnya, seolah-olah dia adalah seorang askar. Walaupun dia tidak pergi ke sekolah seperti Omar, dia melaksanakan dengan jayanya banyak tugas-tugas yang diperlukannya di dalam hidupnya.
Sudah tentu kamu tertanya-tanya siapakah sahabatnya itu?
Sahabat rahsia Omar ialah seekor semut, yang dapat melakukan banyak perkara-perkara yang indah.
Mungkin kamu belum pernah mendengar betapa mahir dan bijaknya semut. Sebahagian kamu mungkin menganggap mereka sebagai serangga-serangga ringkas yang hanya melata ke sana sini tanpa melakukan apa-apa. Tetapi mereka yang beranggapan demikian telah tersilap, kerana semut, seperti juga hidupan lain, mempunyai kehidupan mereka sendiri.
Omar berkesempatan untuk mempelajari dengan lebih terperinci kehidupan ini daripada sahabatnya. Kerana itulah dia tidak pernah lupa untuk menziarahi sahabatnya dan amat gemar berbual dengannya.
Semut-semut penganyam adalah tukang jahit yang mahir. Mereka menyambung daun-daun dengan menariknya daripada dua bahagian dan menjahit daun-daun ini bersama. Dengan cara ini, mereka membuat rumah yang baik untuk diri mereka.
Omar berasa amat kagum dengan perkara-perkara yang didengarinya daripada sahabatnya tentang dunia semut. Dia ingin berkongsi semua yang telah dipelajarinya tentang bakat, kebijaksanaan dan semua sifat-sifat lain hebat sahabat kecilnya ini dengan orang lain.

Jadi, apa yang menyebabkan Omar begitu gembira? Kenapa dia begitu tertarik dengan dunia semut? Sudah tentu kamu tertanya-tanya mengapa. Jadi teruskan membaca...
Blog Widget by LinkWithin