Umno lancar perang siber - Azalina
Posted on Sunday, July 01 @ 20:33:49 MYT by greenboc
KOTA KINABALU - Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Azalina Othman Said berkata Umno akan melantik penulis siber dalam usaha membanteras berita fitnah mengenai parti itu di Internet.
"Saya akan membuat 'road show' (persembahan dalam kunjungan) di semua negeri untuk berjumpa dengan
pengerusi dan ketua-ketua bahagian supaya setiap bahagian mempunyai wakil yang boleh membantu dalam perang siber," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kota Kinabalu di sini, hari Ahad.
Menurutnya pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini, beliau dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga presiden parti untuk mencari strategi bagi menangkis tohmahan mengenai parti itu di Internet yang kebanyakannya dibaca oleh belia.
Azalina yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata beliau mempunyai pengalaman dalam perang siber semasa menjadi Ketua Pergerakan Puteri Umno dengan laman perang siber "Gerbang Tempur PUTERI" (GTPuteri) atau www.gtputeri.com yang diwujudkan pada Januari 2003.
GTPuteri yang diwujudkan dengan cogan kata "Jangan Berundur Jangan Mengalah", mempunyai 500
penulis siber yang telah dilatih khusus untuk mematahkan serangan pembangkang dan memaparkan maklumat tepat. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment