ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
07 July, 2007
'Million to one' black and white twins celebrate first birthday
|
But the twin sisters are growing up in a delightfully different way.
Blue-eyed Marcia has inherited their mother Amanda's fair complexion and strawberry blonde hair. Millie is more obviously of mixed race and clearly takes after their father, Michael, who is of Jamaican origin.
As the sisters celebrated their first birthday, their 39-year-old mother said: "They weren't identical twins but they looked alike when they were born. It was only when they were a few weeks old that you started to notice the differences between them.
"Millie started getting darker skinned, much more like her dad, particularly on her legs.
"At more or less the same time, Marcia also started to develop a lighter complexion and her hair also began to get blonder and curlier.
"People have said that it's one of those unusual things to do with the genes. It's very rare that it happens - a one-in-a-million chance. They are both well cherished."
Link & Image: ChinaDaily
Chinese villagers eat dinosaur bones
Villagers in central China dug up a ton of dinosaur bones and boiled them in soup or ground them into powder for traditional medicine, believing they were from flying dragons and had healing powers.
Until last year, the fossils were being sold in Henan province as "dragon bones" at about 4 yuan (50 cents) per kilogram ( 2.2 pounds), scientist Dong Zhiming told The Associated Press on Wednesday.
Dong, a professor with the Institute of Vertebrate Paleontology and Paleoanthropology of the Chinese Academy of Sciences, said "They had believed that the 'dragon bones' were from the dragons flying in the sky," he said.
The calcium-rich bones were sometimes boiled with other ingredients and fed to children as a treatment for dizziness and leg cramps. Other times they were ground up and made into a paste that was applied directly to fractures and other injuries, he said.
The practice had been going on for at least two decades, he said.
Link & Image: Yahoo News
06 July, 2007
Sirul letupkan Altantuya -- Azilah beritahu
Sirul letupkan Altantuya -- Azilah beritahu Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah – Mastor
Oleh AMIRUDDIN HARUN, NORAZLITA MOHD. SIES dan NOOR AZMAH IBRAHIM
|
|
SHAH ALAM 5 Julai – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pegawai Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri telah mendedahkan bahawa Koperal Sirul Azhar Umar adalah orang yang membunuh Altantuya Shaariibuu dan meletupkan mayat wanita Mongolia itu.
Azilah, tertuduh pertama dalam perbicaraan kes bunuh Altantuya, menyatakan demikian kepada Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan semasa soal siasat dijalankan pada November tahun lalu.
Asisten Komisioner Mastor Mohd. Ariff, 45, yang menyambung keterangannya dalam pemeriksaan utama sebagai saksi pendakwa ke-11 berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Syed Ismail kepadanya ketika Syed Ismail mengarahkan beliau membawa Sirul Azhar pulang dari Pakistan pada November tahun lalu untuk tujuan siasatan.
Ketika itu koperal polis berkenaan bertugas mengiringi lawatan Perdana Menteri ke Pakistan.
Menurut Timbalan Komander UTK Bukit Aman itu, beliau memaklumkan mengenai pendedahan Azilah kepada Sirul Azhar semasa mereka menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dari Bangkok ke Kuala Lumpur pada pukul 11.20 pagi 6 November tahun lalu.
“Masa dalam pesawat, saya telah beritahu dia bahawa saya telah diarahkan oleh Datuk Syed Ismail supaya membawa dia pulang ke Malaysia untuk disiasat berhubung kes kehilangan wanita Mongolia.
“Datuk Syed Ismail beritahu saya bahawa masa disoal siasat, Azilah telah mendedahkan bahawa wanita Mongolia tersebut telah dibunuh dan diletupkan dengan bahan letupan.
“OKT1 (Orang Kena Tuduh pertama) telah menyatakan bahawa dia (Sirul Azhar) adalah orang yang telah melakukan pembunuhan itu dan meletupkan mayat tersebut,” kata Mastor.
Di peringkat ini, peguam bela Azilah, Hazman Ahmad dan peguam bela Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul Azhar mengemukakan bantahan.
Menurut Kamarul Hisham, beliau percaya kenyataan Mastor itu adalah pengakuan anak guamnya dan ia perlu dibuktikan terlebih dahulu sama ada ia dibuat secara sukarela atau paksaan dan beliau memohon prosiding bicara dalam perbicaraan diadakan.
Namun begitu, Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata, apa yang diberitahu oleh saksi tersebut kepada Sirul Azhar boleh diterima dan bicara dalam perbicaraan hanya melibatkan pengakuan Sirul Azhar.
Hazman pula menegaskan, jika saksi itu terus memberi keterangan, ia akan dimasukkan dalam rekod mahkamah dan ini akan menimbulkan prejudis kepada mahkamah kerana ia adalah keterangan dengar cakap.
Katanya, selagi Syed Ismail tidak dipanggil menjadi saksi, keterangan tersebut seolah-olah menunjukkan tertuduh pertama itu ada membuat pengakuan kepada Syed Ismail.
Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin kemudian memerintahkan supaya bicara dalam perbicaraan dimulakan.
Prosiding bicara dalam perbicaraan dengan Mastor sebagai saksi pendakwa pertama diadakan bagi menentukan sama ada pengakuan yang dibuat oleh Sirul Azhar kepada Mastor di dalam pesawat MAS itu dibuat secara sukarela atau paksaan.
Perbicaraan kes berprofil tinggi itu yang turut membabitkan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda atas tuduhan bersubahat membunuh Altantuya masuk hari ke-14 hari ini.
Pada prosiding bicara dalam perbicaraan, Mastor berkata, beliau menceritakan pendedahan Azilah itu kepada Sirul Azhar dalam nada suaranya yang sangat tegas sebagai seorang ketua dan selepas itu, Sirul Azhar ada memberikan respons atau jawapan tetapi bukan atas desakan atau paksaan beliau.
Tun Abdul Majid: “Adakah kamu beri tekanan kepada OKT2 untuk memberi respons?”
Mastor: “Saya bertanya dan mengharapkan jawapan daripada dia.”
Tun Abdul Majid: “Ada guna apa-apa cara?''
Mastor: “Saya bertanya dan minta jawapan.”
Tun Abdul Majid: “Apakah perkataan yang kamu gunakan?''
Mastor: “Saya hanya bertanya dan meminta dia ceritakan perkara sebenar. Cerita ini telah terdedah dan Azilah telah memberitahu cerita sebenar dan tidak ada apa yang hendak disembunyikan.”
Menurutnya, Sirul Azhar agak lambat memberi respons kepada pertanyaan itu dengan mengambil masa antara dua hingga tiga minit.
Saksi itu berkata, beliau tidak memberikan apa-apa janji, membuat ugutan, dorongan atau memujuk Sirul Azhar untuk memberikan respons.
Menggigil
Mastor memberitahu, Sirul Azhar juga dilihat berada dalam keadaan gelisah dan menggigil selepas beliau memaklumkan perkara sebenar.
‘‘Selepas Sirul Azhar memberikan respons, saya tidak ada memberitahunya apa-apa,” kata beliau.
Jelasnya, beliau tidak mencatatkan respons Sirul Azhar kerana pertanyaan itu dikemukakan olehnya sebagai seorang ketua yang ingin mengetahui perkara sebenar dan bukan sebagai pegawai penyiasat.
Beliau juga tidak menyatakan kepada Sirul Azhar tentang apa yang beliau akan buat mengenai respons tertuduh itu.
Setibanya di Malaysia dari Bangkok, kata Mastor, beliau telah membawa Sirul Azhar keluar dari lapangan terbang dan terus membawanya ke pejabat Cawangan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur dengan kenderaan polis.
Semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), beliau telah menghubungi Syed Ismail melalui telefon bimbit untuk memaklumkan mengenai respons Sirul Azhar.
Pada peringkat awal prosiding tersebut, Mastor memberitahu, beliau yang ketika itu memegang jawatan sebagai Pegawai Pemerintah Unit Perjawatan Khas PDRM menaiki pesawat MAS MH 0785 bersama Sirul Azhar di Lapangan Terbang Bangkok serta ditemani oleh dua anggota UTK, Sarjan Jelima Tasiran dan Koperal Zamri Abu Bakar.
Menurutnya, beliau pada asalnya duduk di tempat duduk berasingan manakala Jelima dan Zamri duduk bersebelahan dengan Sirul Azhar tetapi selepas pesawat berlepas, beliau telah berpindah ke sebelah Sirul Azhar sementara dua anggota UTK itu beralih ke tempat lain.
Saksi pendakwa pertama dalam prosiding itu berkata, Sirul Azhar setuju mengikutinya pulang ke tanah air setelah beliau pada awalnya memberikan alasan bahawa bekas isteri lelaki itu telah membuat laporan polis berhubung masalah rumah tangga mereka.
Tun Abdul Majid: “Adakah dia mempercayainya?”
Mastor: “Jika saya beritahu alasan tersebut, pada pendapat saya, dia akan mempercayainya.”
Menurutnya, Sirul Azhar ada bertanya alasan sebenar mengapa dia dibawa pulang semasa transit di Lahore dan Bangkok tetapi beliau menyatakan perkara itu hanya akan diberitahu apabila mereka menaiki pesawat dari Bangkok ke Kuala Lumpur.
Ketika dalam perjalanan dari Islamabad ke Bangkok, katanya, keadaan fizikal Sirul Azhar agak resah walaupun dia tidak menyatakan yang dia tidak sihat.
Menjawab soalan lain, Mastor berkata, tugas Jelima dan Zamri adalah untuk mengiringi kepulangan Sirul Azhar dan mereka hanya mengetahui alasan sebenar tertuduh itu dibawa pulang dari Pakistan semasa dalam penerbangan ke Malaysia.
Terdahulu, semasa pemeriksaan utama, Mastor turut memberitahu, Sirul Azhar berlepas ke Pakistan pada 31 Oktober 2006 dan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur hanya melibatkan dua transit iaitu di Lahore dan Bangkok.
Semasa dalam pesawat dari Bangkok ke Kuala Lumpur, katanya, tertuduh ada menyerahkan kepadanya serangkai tiga anak kunci, sebuah telefon bimbit dan sehelai jaket kulit.
Pelajar baru Universiti Malaya dihalang solat Zuhur semasa Minggu Suai Kenal
Posted on Thursday, July 05 @ 19:55:39 MYT by greenboc
KUALA LUMPUR, 5 Julai - Pentadbiran Universiti Malaya(UM) digesa memberi penjelasan para ibu bapa mahasiswa yang baru mendaftar, ekoran banyak rungutan rasa tidak puas hati terhadap perjalanan Minggu Suai Kenal (MSK) di universiti yang dianggap paling tua di Malaysia itu.
Ada rungutan ibu bapa yang diluahkan melalui akhbar hari ini mendedahkan terdapat pelajar senior yang terbabit sebagai fasilitator dalam Minggu Suai Kenal itu, yang bukan sahaja tidak mementingkan hal solat tetapi menghalang pelajar baru menunaikan solat Zuhur.
Dalam diam ubat diabetis naik 50 peratus
Mat Ampang Thu | Jul 05, 07 | 03:19:48 PM | |
Saya penghidap kencing manis sejak 20 tahun. Selalunya saya ke hospital untuk mendapatkan bekalan ubat. Tetapi waktu itu saya mempunyai banyak masa lapang dan seronok juga menunggu di hospital sementara mendapatkan ubat melihat gelagat orang ramai. Apabila ditawarkan kerja dan masa senggang menjadi sempit, maka saya terpaksa berjumpa doktor swasta. Kenalah keluar duit poket dulu. Saya tak kisah sangat kerana bukannya mahal pun ubat diabetis. Apa pun, dua hari lepas saya kehabisan ubat dan berjumpa doktor untuk mendapat bekalan baru ubat yang selalunya saya ambil sebulan sekali. Terkejut juga bila melihat bil ubat sudah meningkat, agak banyak juga, hampir 50 peratus. Saya ingat pembantu klinik tersilap lalu esoknya saya berjumpa doktor. Rupanya dia tak silap sebab harga ubat kencing manis sudah naik 50 peratus. Alamak, makin kempislah poket saya. Dalam diam ubat diabetis naik mencacak, tapi apalah yang saya boleh buat. Itu belum lagi termetrai perjanjian FTA dengan Amerika. |
Kenali Ummahatul Mukminin
Posted on Thursday, July 05 @ 10:26:21 MYT by greenboc
Oleh aQuSTaTiC
"
Beliau adalah isteri Rasulullah yang pertama dan orang yang paling banyak membantu perjuangan Nabi di tahun pertama kenabian. Sebelum masa kenabian, beliau dikenali sebagai “wanita suci”. Rasulullah s.a.w menikahinya 15 tahun sebelum diangkat menjadi nabi. Putera dan puterinya dari Rasulullah ialah Qasim, Abdullah (kedua-duanya meninggal dunia ketika masih kecil), Zainab, Ruqaiyah, Ummi Kalsum dan Fatimah. Beliau memberikan sokongan yang penuh kepada Rasullullah s.a.w dalam perjuangan menegakkan Islam, samaada dari segi sokongan moral atau material. Beliau wafat pada “aamul-huzni” (tahun kesedihan) dan dimakamkan di Hujun.
AISYAH BINTI ABU BAKAR (wafat 25H)
Beliau dipersuntingkan oleh Rasulullah s.a.w pada tahun kedua Hijrah dan satu-satunya isteri baginda yang dikahwini ketika masih gadis. Beliau isteri yang paling dicintai oleh baginda dan yang paling banyak meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w. Beliau termasuk wanita yang paling pakar dalam ilmu agama dan etika. Wafat di Madinah dan dimakamkan di Baqi.
HAFSAH BINTI UMAR (wafat 45H)
Semenjak Islam muncul, beliau terus memeluk agama Islam. Beliau bersama suaminya ikut berhijrah ke Madinah, suaminya meninggal dunia selepas Perang Badar. Rasulullah s.a.w melamarnya dari orang tuanya. Wafat di Madinah.
JUWAIRIAH BINTI HARITS BIN ABU DHIRAR (wafat 56H)
Nama asal beliau ialah Burrah binti Harits. Beliau ditawan oleh kaum muslimin ketika peperangan Bani Musthaliq dan diberikan kepada Tsabit untuk menrbus kemerdekaannya dengan imbalan sejumlah harta. Beliau pergi menghadap Rasulullah s.a.w untuk meminta bantuan. Rasullullah s.a.w menawarkan kepadanya persetujuan untuk membayar sejumlah harta yang disepakati itu, kemudian setelah beliau merdeka, Rasulullah pun menikahinya.
MAIMUNAH BINTI HARITS (wafat 50H)
Nama asalnya ialah Burrah, kemudian Rasulullah s.a.w menukar dengan panggilan Maimunah. Beliaulah yang menghadiahkan dirinya kepada Nabi, kerananya turun ayat yang bermaksud : “ Perempuan mukmin yang menyerahkan dirinya kepada Nabi…” (Al-Ahzab - 50)
MARIAH QIBTIAH (wafat 16H)
Seorang wanita Mesir yang dihadiahkan oleh Muqauqis, iaitu penguasa Mesir kepada Rasulullah s.a.w pada tahun 7H. Setelah dimerdekakan, beliau dinikahi oleh Rasulullah s.a.w dan mendapat seorang putera bernama Ibrahim. Setelah Rasulullah s.a.w wafat, beliau dibiayai oleh Abu Bakar kemudian Umar. Wafat pada masa zaman pemerintahan Saidina Umar.
SAUDAH BINTI ZAM'AH (wafat 23H)
Beliau memeluk agama Islam bersama suaminya dan turut berhijrah ke Abessina. Dalam tahun Kedua Hijrah, suaminya meninggal dunia. Kemudian dinikahi oleh Rasulullah setelah Khadijah wafat. Rasulullah membawa beliau berhijrah ke Madinah. Beliau termasuk dikalangan isteri Nabi yang sering memberi giliran harinya kepada Aisyah.
SOFIAH BINTI HUYAI BIN AKHTAB (wafat 50H)
Sebelum Islam beliau adalah penganut Yahudi Bani Akhtab yang tertawan pada pererangan Khaibar. Rasululah s.a.w memilih dan memerdekakannya, kemudian beliau memeluk Islam. Lalu Rasulullah s.a.w menikahinya dan wafat di Madinah.
UMMU HABIBAH BINTI ABU SOFYAN (wafat 44H)
Nama beliau yang sebenar ialah Ramlah binti Abu Sofyan, beliau ikut hijrah ke Abessina bersama suaminya, tetapi suaminya terpengaruh di sana, lalu murtad dan meniggal dunia sebagai penganut Kristian. Rasulullah s.a.w segera mengirim Amru bin Umaiah Dhumari untuk melamarnya untuk Rasulullah s.a.w. Najasyi, penguasa Abessina menikahkannya kepada Rasulullah dengan mahar 400 dinar.
UMMU SALAMAH (wafat 57H)
Beliau ialah Hindun binti Umaiah, termasuk dalan kalangan sahabat wanita yang pertama memelik Islam. Beliau termasuk golongan yang ikut hijrah 2 kali (Abessina dan Madinah). Suaminya mati syahid dalam perang Badar, kemudian Rasulullah s.a.w menikahinya. Beliau termasuk wanita yang bijak, berakhlak mulia dan pandai menulis serta membaca. Beliau dikurniakan usia yang panjang. Wafat di Madinah dan dimakamkan di Baqi.
ZAINAB BINTI JAHSY (wafat 20H)
Nama asal beliau ialah Burrah, sepupu kepada Rasulullah s.a.w. Bernikah dengan Zaid bin Haritsah. Setelah diceraikan beliau dinikahi oleh Rasulullah s.a.w dan diberi nama Zainab. Dikenali dengan “Ummul Hakam”. Beliau sangat warak dan kuat beragama serta banyak bersedekah...
...: Titian Perjalanan :..."
10 Fadhilat Coca Cola
Posted on Thursday, July 05 @ 19:35:12 MYT by greenboc Oleh Sepayang "Setiap hari selasa ngan rabu aku mesti minum air coke nie lepas training rugbi. Memang sedap air nie. Sedap giler! korunk pun mesti ade yg suke air nie. Sama ada korunk tau atau x, sebenarnya air coke nie ade 10 'kebaikan' yg x disangka-sangka. Aku dpt bende nie dari emel yg member aku bagi. Ape lagi!! " Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola. Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini : 1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang! 2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak? 3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang! 4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta. 5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka. 6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke. 7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal! 8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni! Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat. 9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni! 10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69. Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu. Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang! Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut. DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah! Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot? Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah. Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala! ]Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!!, time raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll. p/s : lepas nie aku x nak dah minum coke............. Sumber |
Oh Apek
I was looking for an empty space to park my car at Bangsar when suddenly there's a knock on the glass |
The stone-age whale hunters who kill with their bare hands
Their way of life hasn't changed for hundreds of years - a group of skilled fishermen using only their bodies and extraordinary bravery to catch 75ft-long (22.86m) sperm whales to provide enough food and materials for their whole village. |