ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
29 July, 2007
Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT
Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah s.a.w bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah s.w.t memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."
Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
"Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Ba
Malaysiaku...Konsert sampai mati..
Baca dan renunglah, dari manakah punca kerosakan masyarakat Malaysia? Jawapannya ada di dalam benak masing-masing. Adakah kerajaan yang memberi lesen? Penganjur? Penyanyi? Penonton? Unit Teknikal? Fikirkan.
Peminat puas tonton konsert MLTR di Genting (Berita Harian 24 Julai)
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
Sebanyak 25 lagu dipersembahkan dalam tempoh dua jam di Arena Of Stars, Jumaat lalu
TIADA gimik. Tidak ada kejutan sekadar sebuah konsert biasa. Mungkin agak keterlaluan tetapi itulah realitinya konsert trio dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) yang berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands, Jumaat lalu.

Seorang teman yang pernah menonton konsert MLTR dua tahun lalu juga berpendapat sama. Umpama menonton sebuah konsert ulang tayang tetapi itu hanyalah pendapat mereka yang mungkin tidak meminati trio yang dianggotai Jascha Kichter (vokalis), Mikkel Lentz (gitar) dan Kaare Wansher (dram).
Bagi peminat MLTR, tentu sekali persembahan penyanyi kesayangan mereka itu bagus. Hampir 4,000 yang memenuhi Arena Of Stars, nampak cukup teruja ketika MLTR memulakan persembahan pertama mereka. Corak persembahan MLTR juga tidak berubah, walaupun menyanyikan hampir 25 lagu, ia berlangsung dengan cukup pantas.
Tidak sampai dua jam, persembahan sudah berakhir. Tetapi pujian harus diberikan kepada MLTR terutama vokalisnya Jascha, yang menyanyi ke semua lagu tanpa henti. Tidak ada sesi rehat, jika terasa dahaga dia akan meneguk botol air yang diletakkan di belakang pentas.
Sebagaimana dikatakan tiada sebarang gimik, mereka menghiburkan peminat dari satu lagu ke satu lagu. Hanya sesekali saja mereka berkomunikasi. Ayat yang keluar daripada mulut seperti biasa, ayat klise yang digunakan artis luar apabila bertandang ke negara kita.
“Anda sihat? Rasa seronok dapat menghiburkan peminat di Malaysia yang sporting,” kata penyanyi utamanya.
Bagi penggemar lagu balada, malam itu adalah malam paling indah. Malam yang mengimbau sejuta kenangan buat mereka kerana masih berpeluang melihat kumpulan kegemaran mereka beraksi setelah sekian lama tidak muncul dengan buah tangan terbaru. Kehadiran MLTR umpama mengubati kerinduan peminat yang teramat sangat terhadap mereka.
MLTR cukup terkenal di kalangan peminat di Asia terutama Taiwan, Hong Kong dan banyak lagi negara lain. Jadi tidak hairanlah, penonton yang memenuhi arena itu kebanyakannya berbangsa Cina. Tambah menyebabkan peminat ini teruja apabila MLTR mendendangkan lagu Take Me To Your Heart lagu milik penyanyi Hong Kong, Jacky Cheung.
Semua lagu dibawakan MLTR juga tidak banyak bezanya dengan konsert mereka dua tahun dulu. Cuma bezanya, hanya satu lagu yang mungkin berbeza iaitu lagu terbaru berjudul It’s Only Love yang dirakamkan di India beberapa minggu lalu kata penyanyinya. Lagu berkenaan akan dimuatkan di dalam album terbaru mereka yang bakal diluncurkan tidak lama lagi.
Mereka memulakan persembahan dengan lagu Salvation diikuti Final Destination, Angel Eyes, Complicate Heart, I Still Carry On, Strage Foreign Beauty dan Romantic Balcony. Diteruskan pula dengan The Actor yang memuncakkan nama trio itu di sini, dan apabila lagu itu mula berkumandang peminat mula nampak cukup gembira dan teruja.
“Saya tidak tahu berapakah usia anda ketika pertama kali lagu ini diperdengarkan dan berapakah pula umur anda semua sekarang. Kami dapati orang di Malaysia romantik menyebabkan kami tidak jemu menulis lagu-lagu yang romantik,” kata vokalisnya ringkas.
Hiburan diteruskan lagi dengan lagu Naked Like The Moon, Out Of The Blue, Blue Night, Something You Shoud Know, Laugh and Cry, Sleeping Child, You Took My Heart Away, 25 Minutes, Love Will Never Lie dan berakhir dengan Someday.
Sebaik selesai mendendangkan lagu Someday, mereka bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada peminat yang masih belum puas. Ternyata gimik itu tidak menjadi, itu adalah gimik biasa yang sering dilakukan mana-mana artis setiap kali membuat persembahan. Peminat tidak lagi tertipu dan terus setia menanti kemunculan semula MLTR kerana masih ada beberapa lagu berhantu yang belum didendangkan.
Mereka kemudiannya muncul semula ke depan pentas bagi menghabiskan tiga lagu yang masih belum didendangkan iaitu Paint My Love yang cukup popular di sini. Seterusnya lagu Wild Women dan yang terakhir That’s Why You go Away, lagu berhantu milik kumpulan ini yang menjadi penutup kepada persembahan hampir dua jam mereka.
Konsert ini tidak akan menjadi titik noktah MLTR ke sini, mereka pasti kembali apatah lagi album terbaru mereka bakal hadir. Kehadiran mereka pasti akan terus dinantikan, peminat mereka juga masih lagi kuat dan ramai di sini. Jika tidak masakan peminat sanggup menanti di pintu pagar laluan di mana mereka di bawa keluar dengan kenderaan mewah hanya kerana tidak puas dengan konsert hampir dua jam itu.
Cuma mungkin mereka harus menampilkan material yang baru dan segar sekiranya mengadakan konsert sekali lagi di sini.
fikrah
Mahkamah Syariah dan Perlembagaan Malaysia
Posted on Sunday, July 29 @ 14:48:20 MYT by SongkokPutih
Oleh irama
"Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia.
Kuasa Mahkamah Syariah tidak menguasai kuasa yang dibenarkan dan kuasa Mahkamah Syariah adalah dibawah enakman negeri.
Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia.
Kuasa Mahkamah Syariah tidak menguasai kuasa yang dibenarkan dan kuasa Mahkamah Syariah adalah dibawah enakman negeri.
Perlembagaan Malaysia 1965
Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1965 adalah seperti berikut:
1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja
2. Denda tidak melebihi RM1000.00 sahaja atau
3. Sebulan penjara atau
4. Gabungan kedua-duanya (denda dan penjara)
Perlembagaan Malaysia 1984
Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysua 1984 dengan pindaan adalah seperti berikut:
1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja
2. Denda tidak melebihi RM5000.00 sahaja atau
3. Enam bulan penjara atau
4. Hukuman rotan tidak melebihi daripada enam kali sebatan atau
Guess The Cup Size!!!
Ma laysian Drivers
For joke only..
1. One hand on wheel, one hand on horn: IPOH driver
2. One hand on wheel, one hand out the window with
cigarette: KEPONG driver.
3. One hand on wheel, one finger out window, cutting across
all lanes of traffic: DOWNTOWN KUALA LUMPUR driver.
5. One hand on wheel, one hand on non-fat double decaf
cappuccino, cradling cell phone, brick on accelerator, hands-free on the
lap: BANGSAR driver.
6. Both hands on wheel, eyes shut, both feet on brake,
quivering in terror: FOREIGNER, driving in MALAYSIA .
7. One hand on 12 oz. double shot latte, one knee on wheel,
talking on cell phone, foot on brake, mind on radio game, banging head on
steering wheel while stuck in traffic: SUBANG JAYA DRIVER.....on the
Federal Highway !!!
8. One hand on wheel, one hand on passengers head rest,
alternating between both feet being on the accelerator and both feet on
brake, throwing rambutans or durian shells out the window:
KARAK HIGHWAY ; KUANTAN driver.
9. Four-wheel drive pick-up truck, READY-TO-KILL attitude,
rear window stickers read "Make my day", beer cans on floor, wedding
ribbon still attached to antenna: CONSTRUCTION SITE....PUCHONG driver!
10.One hand on the handphone, another hand picking nose, One
leg on the dash board, another leg crossed on the seat with a beer can
in the middle ~~ turning anywhere he likes, parking anywhere he likes, in
fact, driving anywhere he likes. aaahhh..... this is a heaven for
drivers...... welcome to PENANG !
11. Two hands gripping tightly to the wheel, eyes glued on
the windscreen, alternately stepping on the accelerator and brakes every 5
seconds.WOMAN DRIVER!
Kenapa hati mati?
Posted on Friday, July 27 @ 21:24:29 MYT by SongkokPutih
Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati kita. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan oleh Allah pada akhirat kelak.
Persoalannya sekarang, kenapa hati mati?
Hati itu mati disebabkan perkara berikut:
Pertama: Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Allah berfirman bermaksud “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al-Zumar, ayat 22).
Kedua: Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.
Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).
Firman Allah bermaksud “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra'd, ayat 28)
Firman-Nya lagi bermaksud “Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik.” (Surah al-Syura, ayat 88 - 89)
28 July, 2007
Surat Terbuka Kepada Tan Sri Muhamad Muhd Taib
Emm..politik...politik..layannnn.
Posted on Thursday, July 26 @ 00:00:00 MYT
Topic: editor
Oleh Ab Jalil Backer (jalil74@myjaring.net)
Assalamualaikum Tan Sri,
Pertamanya, izinkan saya mengucapkan jutaan syabas dan tahniah kepada Tan Sri. Setelah lebih tiga tahun dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO, baru minggu inilah tampaknya taring Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Tindakan membuat laporan polis ke atas laman web Malaysia-Today dan pengendalinya Raja Petra Kamaruddin atas tuduhan menghina Yang Di Pertuan Agong dan agama Islam wajar ditahniahkan.
Perkara ini amat signifikan kerana selama hari ini, banyak isu-isu sensitif yang dibincangkan secara terbuka oleh individu terkemuka tidak diambil sebarang tindakan oleh penerangan UMNO. Ini kita akan bincangkan kemudian.
Tan Sri,
Izinkan saya mengulas terlebih dahulu laporan polis ke atas Malaysia-today dan Raja Petra yang dibuat oleh Penerangan UMNO. Saya mengharapkan laporan polis yang dibuat oleh sebuah parti besar, yang saya ahlinya, tentulah mencerminkan sikap profesional dan bertanggungjawab.
Dilaporkan oleh media bahawa UMNO membuat laporan polis kerana terdapat komen-komen yang dikatakan menghina YDP Agong dan Islam dalam laman web Raja Petra.
Sekiranya Tan Sri dan mereka yang berada di Penerangan UMNO mahir dengan selok belok siber tentu faham bahawa komen yang dilakukan oleh pelayar atau pengunjung web adalah tanggungjawab pemberi komen.
Amatlah sukar untuk pengendali blog dan web menyaring hampir ke semua komen. Komen juga tidak pernah dianggap mewakili pandagan pemilik laman web.
Namun tentulah Tan Sri boleh berhujah bahawa adalah tanggungjawab penerbit laman untuk bertindak atau tutup sahaja laman tersebut jika tidak mampu mengawalnya. Baiklah. Kita katakan Raja Petra harus bertanggungjawab, demikian juga pemilik laman ini (mykmu.net).
Cuma jika Tan Sri berharap laporan tersebut akan menamatkan riwayat Raja Petra di alam siber hampir mustahil boleh berlaku. Apa yang Raja Petra perlu buat hanyalah memberi nombor-nombor Internet Protocol (IP) pemberi komen tersebut. Dan sudah banyak kes, pendakwaan hanya dilakukan ke atas mereka yang memberi komen bukannya pengendali laman.
Saya khuatir jika ini dilakukan, tidak mustahil terdapat ahli UMNO sendiri akan terperangkap. Bolehkah Tan Sri pastikan tiada sesiapa di kalangan pasukan siber yang UMNO bentuk ada menjalankan provokasi sedemikian? Malangnya, jika orang lain telah maju, pasukan siber UMNO belum lagi mampu menggunakan spoof atau menipu IP mereka.
Seterusnya Tan Sri, laporan ini, jika diperhalusi, lebih menguntungkan Raja Petra dan merugikan UMNO. Khalayak akan tertanya-tanya, mengapa sedemikian banyak tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan campur tangan keluarga dalam pentadbiran negara tiada satu pun UMNO buat laporan. Sebaliknya sedemikian susah Tan Sri menerokai komen-komen pada setiap artikel yang tersiar hanya untuk membolehkan satu laporan polis dibuat.
Secara logik akalnya, tentulah artikel-artikel yang disiarkan oleh Raja Petra yang berunsur fitnah, khabar angin dan memburukkan pemimpin tertentu lebih wajar diambil tindakan berbanding komen-komen sampah di bahagian bawahnya.
Bila ini berlaku akan terdapat persepsi bahawa "tuduhan dan tulisan Raja Petra serta artikel yang tersiar dalam laman webnya memang benar dan sebab itu UMNO terpaksa mencari perkara-perkara kecil seperti komen pengunjung."
Memang benar saya akui bahawa persepsi ini belum tentu benar tapi impaknya besar.
Jika dahulu apa yang Raja Petra tulis belum tentu orang percaya, belum tentu diterima ramai kerana khalayak menganggap ini hanyalah sebahagian perang politik semata. Khalayak menganggap UMNO tidak berminat untuk berperang melalui undang-undang seperti mana Tun Dr. Mahathir tidak pernah menyaman sesiapa pun yang memfitnah atau memburukkannya.
Namun apabila terdapat ruang undang-undang sudah digunakan oleh UMNO maka akan timbul persepsi bahawa apa yang terdapat dalam Malaysia-Today tetapi tidak dilaporkan kepada polis itu benar.
Proses penaakulan minda khalayak akan membawa pertanyaan mengapa UMNO tidak membuat laporan Polis atau menyaman Raja Petra berikutan artikel-artikel beliau dalam The Corridors of Power?
Justeru saya tertanya-tanya. Apakah laporan polis tersebut dibuat untuk membantu UMNO dan kepimpinan negara atau sekadar menonjolkan kembali nama Tan Sri sebagai calon pilihan raya?
Tan Sri,
Laporan polis yang dibuat atas nama menghina YDP Agong dan Islam juga menimbulkan kembali tanda tanya kepada saya selaku ahli UMNO. Mengapa UMNO perlu membuat laporan polis ke atas laman web seperti Malaysia Today yang tidak besar impaknya kepada masyarakat Malaysia berbanding apa yang dilakukan oleh Kumpulan The New Straits Times suatu masa dahulu yang jelas menghina Islam. Sekiranya lupa Tan Sri boleh membaca kembali laporan Mykmu di sini.
Saya dan ramai ahli UMNO juga pasti tertanya-tanya jika Tan Sri menyeru kepada pemimpin UMNO supaya berani mempertahankan hak orang Melayu dan UMNO seperti dilaporkan Utusan hari ini, mengapa Tan Sri tidak bersuara walau sepatah haram pun bila Datuk Kalimullah Hassan (Ketua Pengarang NSTP ketika itu) menulis butiran perbincangan mesyuarat Penerangan UMNO Malaysia yang berada di bawah batang hidung Tan Sri?
Tan Sri,
Sebagai ahli UMNO tentulah saya tidak bersimpati dengan Raja Petra secara total. Namun saya fikir jika mahu menjatuhkan Raja Petra perlulah bertindak sebagai lelaki budiman (gentleman). Saman dan laporkanlah artikel-artikel beliau, bukannya menggunakan komen-komen yang entah dari mana dan tiada impak pun kepada khalayak.
Tan Sri,
Sebagai ahli UMNO juga saya merasa simpati kepada parti saya yang menjadi mangsa kerja-kerja tidak profesional pemimpin di PWTC.
Apabila mahu membuat laporan Polis tidak membawa bukti sebarang bukti menyokong laporan. Media massa dan yang dituduh pun keliru apa yang dilaporkan. Adakah Tansri mendapat nasihat peguam UMNO terlebih dahulu atau membuat laporan semberono sahaja?
Apabila mahu membantu UMNO di dalam Siber maka disiytiharkan seantero dunia penubuhannya, lalu jadilah semua pejuang siber UMNO "mati Katak" dicop pejuang berbayar.
Apabila mahu mengadakan pertemuan dengan bloggers UMNO dibatalkan kerana terdapat nama Datuk Ruhanie Ahmad dan Datuk Kadir Jasin. Apa salah UMNO berbaik dengan semua blogger yang bersimpati dengan UMNO biar pun tidak sependapat dalam polisi negara? Rugikah UMNO mempunyai ramai sahabat dan kawan?
Sebagai ahli politik kita jangan marah-marah. Tidak salah mendengar pandangan yang di bawah dengan senyuman manis biar pun pahit. Tidak semestinya semua pendapat yang kita anggap buruk perlu diherdik.
Sekian sahaja catatan ini Tan Sri. Bukan niat memalukan tapi sekadar menyatakan untuk kebaikan bersama. Apa yang saya tulis mungkin baik bagi saya tapi tidak bagi UMNO. Terserahlah kepada Tan Sri untuk menilainya.
Sekiranya terkasar bahasa tersalah bicara mohon dimaafkan.
source : MYKU

Blog and Blogger : Raja Petra cetuskan persoalan besar…
Berhati-hati wahai kawan-kawan blogger - ANDA SENTIASA DIPERHATIKAN!!.wah...cuak juga, baru 4-5 bulan nak jadi blogger..rasa nak pencen. Blogger mesti bertanggungjawab apa yang dipost di blog kita...Mesti ada basic etika kewartawanan, bukan main hentam keromo saja..kang tak pasal-pasal.Sendrik mau ingat beb, jangan so kita enjoyyy aje (macam drama Puteri)
Oleh: ROSLI ISMAIL
Apakah www.Malaysia-Today.net boleh dikira seperti laman web CNN,BBC,Reuters atau Al Jazeera yakni laman web sepenuhnya asal usul dari luar negara.
Inilah yang menjadi soalan menarik bila pengendalinya yang kontrovesial,Raja Petra Kamaruddin,57 mendakwa laman webnya tidak tertakluk dibawah undang-undangMalaysia kerana ia didaftarkan di luar negara.
Inilah yang menjadi soalan menarik bila pengendalinya yang kontrovesial,Raja Petra Kamaruddin,57 mendakwa laman webnya tidak tertakluk dibawah undang-undang
” Malaysia Today is not a Malaysian website. We're not based locally and we do not come under Malaysian law. I refuse to be dictated by any Malaysian laws," kata Raja Petra dengan nada tegas kepada para wartawan selepas memberi keterangan selama hampir lapan jam di ibupejabat polis daerah Dang Wangi,Jalan Stadium,Kuala Lumpur.
Raja Petra dipanggil memberi keterangan di situ berikutan laporan polis yang dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Muhammad Muhd.Taib terhadapnya tengahari Isnin mendakwa laman itu menyiarkan komen-komen pembaca yang menghina agama Islam,yang Dipertuan Agong serta berunsur perkauman.

Kes berkenaan disiasat mengikut Akta Hasutan.
Beliau masuk memberi keterangan pada jam 11.20 pagi dan keluar pada jam 7.10 malam.
Kalangan para wartawan yang menunggu sejak pagi meliputi cerita beliau dipanggil memberi keterangan di balai polis itu agak terpinga-pinga mendengarnya.
Cakapnya jelas sekali membawa maksud undang-undangMalaysia tidak boleh digunapakai langsung keatas apa jua salah silap yang dipaparkan menerusi laman webnya.
RajaPetra yang tampil dengan aksi garang hanya menjawab beberapa soalan wartawan sebelum beredar dari balai polis itu bersama isterinya Marina Abdullah.
Beliau masuk memberi keterangan pada jam 11.20 pagi dan keluar pada jam 7.10 malam.
Kalangan para wartawan yang menunggu sejak pagi meliputi cerita beliau dipanggil memberi keterangan di balai polis itu agak terpinga-pinga mendengarnya.
Cakapnya jelas sekali membawa maksud undang-undang
Raja
Ini membuatkan kalangan para wartawan selepas itu tidak sempat bertanya lanjut dan kedengaran bercakap sesama sendiri apakah benar begitu halnya.
Untuk rekod - dari carian menerusi internet laman web Malaysia-Today berdaftar atas nama Contactprivacy.com.Ia beralamat di 96 Mowat Ave, Toronto , ON M6K 3M1
Canada.
Mengikut IP location, server Malaysia-Today terletak di Singapura.
Mengikut IP location, server Malaysia-Today terletak di Singapura.
Kebiasaanya penempatan server atau ‘jantung’ sesebuah laman web tidak semestinya terletak di alamat sama dimana ia berdaftar.
Jika tidak diCanada ia boleh juga ditempatkan mana-mana negara seperti misalnya di Amerika,Singapura ,Thailand atau Indonesia .
Kebanyakan pengendali laman web hanya menyewa server yang ditempatkan di premis syarikat hosting yang menyewakanya samaada di dalam atau luar negara.
Kadar sewa server yang dibayar secara bulan atau tahunan adalah mengikut kapisiti kegunaan.
Jika tidak di

Tanpa mengambil kira soal samaada siasatan polis kemudiannya mendapati ‘ada kes’ atau tidak terhadap laporan yang dibuat oleh Muhammad... tentu sekali jawapan yang dicari oleh semua orang apakah Malaysia-Today boleh menikmati ‘status istimewa’ semata-mata kerana ia berdaftar di luar negara dan menempatkan server di luar negara?
Ini kerana zahirnya ia dikendalikan oleh seorang warganegara Malaysia dan memang dikenali sebagai laman web Malaysia .
Seorang wartawan sebuah akhbar berbahasa Cina kedengaran bertanya rakannya, “ Katakan seorang pelancong asing datang ke Malaysia dan melakukan jenayah membunuh orang di sini apakah dia tidak tertakluk di bawah undang-undang Malaysia atas alasan dia bukan pemegang paspot Malaysia .”
Rakannya yang kelihatan mengaru kepala menjawab, “ Kita selalu dengar orang asing dihadapkan ke mahkamah di sini kerana buat salah.”
Soalannya yang belum terjawab tentunya apakah laman web yang berdaftar di luar negara boleh disamakan dengan pelancong asing yang buat salah itu.
Setakat ini tidak dapat dipastikan samaada undang-undang siber negara mengariskan hal ini dengan jelas atau tidak.
Begitu juga apakah Akta Hasutan yang sedia ada turut terjangkau pada laman web yang berdaftar di luar negara?
Katakan laman web BBC atau CNN menyiarkan sesuatu yang berbau hasutan perkauman mengenai Malaysia,apakah kerajaan boleh mengambil tindakan undang-undang keatasnya.

Jika katakan benar bagai didakwa oleh Raja Petra... lojiknya ia tentu sekali akan mendorong pengendali laman web tempatan yang mengunakan alamat dalam negeri untuk pindah daftarkan semula laman web mereka mengunakan alamat di mana-mana saja di luar negara.
Ini bagi ' tukar kerakyataan ' sesuatu laman web itu semata-mata untuk menikmati status ‘kebal hukum’ di Malaysia.
Ini bagi ' tukar kerakyataan ' sesuatu laman web itu semata-mata untuk menikmati status ‘kebal hukum’ di Malaysia.
Untuk rekod - kebanyakan enjin laman blog seperti Blogspot dan Wordpress yang digunakan oleh blogger mewujudkan laman blog mereka beralamat di luar negara.
Enjin laman blog ini semuanya adalah percuma dan sesiapa pun boleh mewujudkan laman blog sendiri dalam masa beberapa minit saja.
Cuma baru-baru ini bekas Pengarang Malay Mail,Ahirudin Attan,pemilik laman blog RockyBru yang mengunakan enjin Blogspot disaman oleh para pegawai kanan News Straits Times kerana beberapa posting dalam blognya.Kes itu masih dalam perbicaraan.
Ahirudin letak nama sebenarnya pada laman blognya sekalipun dari segi teknikalnya server Blogspot terletak di Amerika.
Jeff Ooi,pemilik laman www.jeffooi.com turut disaman oleh para pegawai kanan NST berkenaan.Laman webnya adalah jelas 'dari Malaysia' kerana berdaftar pada alamat di Selangor manakala servernya pula terletak di Kuala Lumpur.

Seorang blogger yang turut berada di balai polis itu pula menyifatkan kes Raja Petra ini adalah satu ‘ test case’ yang akan dapat menjelaskan kedudukan sebenar hal ini dari segi perundangan.
“Saya sendiri terkejut mendengar kata-kata Raja Petra itu.Ini satu berita bagi saya.Wah best kalau begitu…buat apa sekalipun tak boleh kena pasal alamat web berdaftar di luar negara,”katanya.
Soalan lagi: Betulkah begitu? - 24/7/2007
-----------------------------------
Raja Petra hunus keris…Muhammad sanggup mati
OLEH: HANAFIAH MAN
OLEH: HANAFIAH MAN
Sangkaan bahawa Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib akan ' tekan brek' apabila pengendali laman web Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin menghentam beliau menerusi ruangannya bertajuk ' See you in hell Muhamad son of Muhamad ’ Isnin malam nyata meleset.
Ketua Penerangan UMNO Malaysia itu, yang membuat aduan polis mengenai laporan dan komen pembaca yang berunsur perkauman, menghina agama Islam dan Yang di-Pertuan Agong yang disiar dalam laman web itu pada sebelah tengahari Isnin kelihatan relaks ketika ditemui Agendadaily sedang berjalan untuk masuk ke dalam Dewan Negara pagi Selasa.
“Biarlah apa sekalipun dia nak kata tentang saya…diri saya tidak penting tetapi saya ada tanggungjawab untuk menjaga keharmonian antara kaum, mempertahankan agama dan institusi Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Muhammad menegaskan tindak-tanduk Raja Petra dalam tulisan terbaru dalam blognya khususnya ‘kisahnya’ bersama Yang di-Pertuan Agong pada masa lampau dan mencabar beliau bertarung lawan keris dengannya sudah amat keterlaluan.
“Jangan salah faham…saya bukan mahu laman-laman web dan blog-blog ditutup dan tak boleh kritik apa yang tidak betul. Kalau ada asas…nak kritik silakan….tetapi bukanlah siar komen-komen yang menghina Kaabah …kata orang Melayu brainless pigs …cemar nama baik Yang di-Pertuan Agong dan macam-macam lagi.
“Apa nak jadi kalau ini berterusan. Saya tak boleh diam lagi,” katanya.
Beliau enggan mengulas lanjut kerana hendak bercakap panjang mengenainya semasa dalam sidang Dewan Negara yang ketika itu sedang membahaskan Rang Undang-undang Kerajaan Elektronik 2007.
Itulah yang terjadi. Bekas Menteri Besar Selangor itu bercakap sekitar 50 minit di dalam dewan.
Namun, ucapannya sering kali terganggu apabila beberapa orang Senator lain ‘minta jalan’ untuk mencelah menyuarakan pandangan,mengucapkan syabas kepadanya kerana berani membuat laporan polis dan meminta kerajaan bertindak tegas terhadap blog-blog yang tidak bertanggungjawab.
Antara mereka ialah Senator Datuk Wan Farid Wan Salleh, Tan Sri Jins Shamsuddin, Datuk Tajul Arus Mat Zin, Muntaz Md. Nawi dan Idris Buang.
Malah, pada beberapa ketika, Speaker Tan Sri Hamid Pawanteh turut mencelah memberi pandangan beliau.
Muhammad cuba memberi gambaran secara terperinci tentang isu tulisan dalam blog yang tidak bertanggungjawab termasuk membacakan sepenuhnya apa yang ditulis oleh Raja Petra mengenai Yang di-Pertuan Agong dalam tulisan terbarunya.
Dalam tulisan itu, Raja Petra menceritakan betapa rapatnya beliau dengan Yang di-Pertuan Agong sekarang dan pada masa lampau pernah pergi ke tempat hiburan bersama di dalam dan luar negara.
"Dengan menceritakan dia rapat dengan Yang di-Pertuan Agong dia dedah perkara-perkara yang tak sepatutnya dia dedah," katanya.

Sebelum itu Muhammad memberitahu mengenai satu komen pembaca yang mendakwa orang Arab adalah penipu dan orang Islam kini menyembah seketul batu ( Kaabah) yang terdapat di sebuah negara Arab.
Pada peringkat itu Senator Datuk Dr. Noresah Mohamad telah minta jalan untuk mencelah. Beliau menyokong tindakan tegas ke atas pengendali laman blog yang begitu tetapi merasa tidak perlu ‘hal-hal sensitif’ yang ditulis dibacakan dalam dewan.
Beliau bimbang ia akan menarik lebih ramai lagi membacanya.
Namun Muhammad berpandangan lain dalam soal ini. Katanya, orangramai perlu tahu secara terperinci mengenainya.
Katanya, adalah penting orangramai tahu secara menyeluruh isu ini dan tidak hanya cerita ‘sekerat-sekerat’.
Menurutnya, jika tidak, apabila kerajaan bertindak orang akan tuduh kerajaan zalim dan sebagainya.
"Saya tak nak bacakan hal ini tetapi (nanti) orang tidak faham kenapa saya lapor kepada polis. Polis tahu...banyak lagi contoh yang saya beri," katanya.
Kepada pandangan Senator Tan Sri Jin Shamsuddin yang mencelah dan mempersoalkan kenapa polis tidak bertindak terus ke atas penulisan blog begini sehingga perlu satu laporan polis dibuat, Muhammad berpendapat jika demikian kerajaan akan dilihat terlalu mengongkong.

"Ini tak boleh...itu tak boleh....jadi perlu ada penjelasan yang agak jelas..ataupun laporan (polis) yang dibuat...kita ni bergantung pada pendapat ramai...kalau kerajaan dilihat mengongkong sangat..maka ini akan dianggap sebagai kerajaan yang zalim.
"Tapi kalau sekiranya dapat didedahkan perkara seperti mana yang dapat kita dengar sebentar tadi..maka orang baru tahu mengapa pihak kita hendak perkara ini diteliti...supaya pihak kerajaan boleh mengambil tindakan," katanya.
Muhammad berkata, keadaan sekarang telah mencapai ke tahap di mana sesetengah pengendali blog menganggap mereka boleh tulis apa saja atas nama hak kebebasan individu.
“Saya boleh tulis dan awak tak ada hak nak larang saya tulis,”katanya.
Muhammad menilai cubaan Raja Petra menghentamnya secara peribadi adalah tidak beretika kerana penulis itu tidak memberi jawapan kepada perkara pokok yang dipersoalkannya dalam laporan polis yang dibuatnya.
Beliau hairan apa perlunya Raja Petra sampai cabar beliau bertarung lawan keris sampai mati.
"Kita ada undang-undang, tidak boleh sentuh institusi raja dan agama, tetapi mengapa orang bebas untuk berbuat sesuka hati. Saya bukan orang yang menentang penulis-penulis blog, tetapi kita tidak boleh terima orang yang tidak beretika, tidak berbudi bahasa dan tidak bertanggungjawab," katannya.
"Saya rela ditembak, dibom, demi mempertahankan negara, raja dan agama. Saya berani membuat tindakan walaupun diancam," kata Muhammad.
Beliau bimbang jika penulisan blog seumpama ini tidak dibendung kelak akan wujud pemikiran anarki di negara ini.
Katanya, pada ketika itu amat sukar bagi kerajaan hendak mengawalnya kerana pemikiran rakyat yang telah dirosakkan.
Menurut Muhammad, di negara-negara Barat sendiri ada sekatan dan orang tidak boleh berbuat sesuka hati dan ada yang kena penjara.
"Tapi kita buat sikit...kita dianggap keterlaluan.. ISA kita dikritik...tapi kebebasan ada hadnya. Sebab itu kita merdeka selama 50 tahun kita boleh bangunkan sebuah negara yang sangat maju.
"Tapi kita buat sikit...kita dianggap keterlaluan.. ISA kita dikritik...tapi kebebasan ada hadnya. Sebab itu kita merdeka selama 50 tahun kita boleh bangunkan sebuah negara yang sangat maju.
"Sebab semua kaum ada sensitiviti, agamanya, kepercayaannya, asal-usulnya...kalau kita tak go over the limit maka negara kita ini akan selamat..tapi kalau kita biarkan semua pihak mengeluarkan pendapat secara bebas sebebasnya ...maka ini akan membahayakan," ujarnya.
Katanya sejak merdeka 50 tahun lampau kerajaan dari masa ke semasa tidak henti-henti dikritik oleh parti-parti pembangkang.
"Kerajaan Barisan Nasional tidak gentar dengan kritikan-kritikan seperti itu..boleh kritik," katanya.
"Kerajaan Barisan Nasional tidak gentar dengan kritikan-kritikan seperti itu..boleh kritik," katanya.
Beliau menambah setiap negara ada pantang-larangnya yang tersendiri dan ia harus dihormati.
"Sebenarnya semua negara dalam dunia ini ada cara dia tersendiri...ada pantang larangnya. India ada pantang larang, Brunei ada cara pantang larang di Brunei,di China ada pantang larang dia...kita mentabir negara ikut latar belakang masyarakat kita yang berbagai kaum.

"Kita kena tailorkan ( tabir negara ikut latar belakang masyarakat negara ini) supaya kita selamat,"tegasnya.- 24/7/2007
Hak dalam Islam yang mesti dipelihara
Ustaz Zainudin Hashim Fri | Jul 27, 07 | 09:39:16 AM | |
Islam sebagai satu-satunya agama yang diperakui di sisi Allah SWT, tidak pernah meninggalkan sesuatu ajarannya dengan kabur hingga manusia menjadi celaru dan meraba-raba hingga boleh membawa kesesatan yang tidak berkesudahan. Justeru, antara ajaran Islam yang jitu lagi terarah kepada kebenaran, ia memperkenalkan kepada manusia sejagat beberapa ketentuan hak yang mesti ditunai dan dihormati iaitu; hak kepada Allah, hak kepada Rasulullah, hak kedua ibu bapa, hak muslim sesama muslim yang lain dan hak jiran adalah antara ajaran Islam yang berjaya membentuk jati diri muslim yang unggul dari segi pegangan, kepercayaan dan pelaksanaan hidup yang diredai Allah. Inilah yang membezakan antara keunggulan agama Islam dengan agama-agama yang lain di dunia, ia tidak lebih daripada pengaruh atau pendekatan individu tertentu yang berkepentingan, malah ia bersifat terbatas dan sesuai pada waktu tertentu sahaja, malah Islam yang diperkenalkan oleh Allah SWT sejak azalai lagi yang sifatnya serba sempurna menjana pendekatan, ajaran serta hala tuju yang jelas untuk memartabatkan bangsa manusia ke arah kecemerlangan mutlak di sisi-Nya. Sesungguhnya dengan pelaksanaan hak-hak yang diperkenalkan Islam itu, maka manusia menuju ke jalan kesempurnaan yang dijanjikan Allah SWT. Hak kepada Allah Allah SWT adalah matlamat hidup setiap muslim, Dialah yang menjadikan segala-galanya di muka bumi ini untuk kelangsungan kehidupan mereka tanpa sebarang masalah, ia juga adalah kemudahan buat mereka untuk melakukan ibadat kepada-Nya, justeru hak Allah yang mesti ditunaikan oleh setiap manusia adalah seperti berikut : 1. Mentauhidkan-Nya pada zat, nama, sifat dan perbuatan-Nya dengan kefahaman yang mendalam pada Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah. 2. Tidak beribadat melainkan hanya kepada-Nya, kerana Dialah Yang Mencipta, Memberi rezeki dan menerima segala permohonan hamba-hamba-Nya. 3. Bersyukur kepada-Nya atas segala nikmat yang tidak terhingga, nikmat hidup, kesihatan, makanan dan lain-lain. Hak kepada Rasulullah Perutusan baginda Rasulullah sebagai nabi dan rasul terakhir merupakan satu nikmat yang paling besar kepada seluruh manusia, kerana kerasulan baginda adalah untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan hidup kepada cahaya dan menunjuk-ajar mereka kejalan kebenaran. Hak Rasul yang wajib umat Islam tunaikan ialah dengan mencintainya, mentaati ajarannya, melaksana ajaran dan meninggalkan larangannya. Hak kedua ibu bapa Islam amat menitik-beratkan persoalan institusi kekeluargaan yang berasaskan kasih-sayang, antara ajaran Islam ialah menghormati kedua ibu bapa yang diletakkan selepas taat kepada Allah dan Rasulullah. Kedua; ibu bapa berhak untuk dihormati, ditaati serta dipatuh segala perintah keduanya seperti yang diarahkan Allah dalam al-Quran. Menurut ajaran Islam, seorang ibu lebih perlu ditaati, kerana ibu telah mengandungkan anak-anaknya, melahir dan menyusukan mereka, hal ini diperakui oleh baginda Rasulullah menerusi sebuah hadis ketika seorang lelakai bertemu baginda dan bertanya, "Wahai Rasulullah! Siapakah di kalangan manusia yang berhak untuk ditaati perintahnya," baginda menjawab,"Ibumu" (sebanyak 3 kali) dan pada kali keempat barulah baginda sebut ayahmu. Hak muslim sesama muslim Umat Islam sesama mereka adalah bersaudara, bagaikan batu-bata yang memperkukuh bangunan antara satu sama lain, mereka berkasih-sayang kerana Allah berasaskan ajaran al-Quran dan petunjuk baginda Nabi Muhammad s.a.w untuk menuju satu umat yang kuat. Justeru bagi mengekalkan kasih sayang yang sedia ada, Islam menganjurkan agar mereka menunaikan hak-hak bagi tujuan tersebut, antara lain menjawab salam, menziarahi ketika mereka sedang sakit, sahut undangannya, mendoakan ketika bersin, mengurus jenazah hingga ke perkuburan. Kesemua hak jika dapat dilakukan dengan baik, umat Islam pasti akan berjaya dan mampu menghadapi sebarang kemungkinan khususnya ketika mereka berada di zaman yang penuh dengan fitnah sekarang ini. Hak kejiranan Jiran merupakan anggota masyarakat yang paling hampir dengan diri kita, dia diumpamakan oleh baginda sebagai anggota tubuh badan manusia, malah digambarkan sebagai golongan yang sepatutnya boleh menerima harta pusaka. Hak yang sepatutnya diberikan kepada jiran antara lain, memberi salam jika mereka orang Islam, menjenguknya jika sakit, mengucapkan takziah atas sesuatu musibah, mengucapkan tahniah atas sesuatu kegembiraan, menasihatinya jika tidak menutup aurat dengan sempurna, bersabar atas karenahnya. Islam melarang umatnya dari menyakiti jiran, menggangunya, apatah lagi mencuri harta bendanya, malah mereka patut dibri sokongan untuk meneruskan kehidupan jika didapati mereka berada dalam kesempitan. Dan banyak lagi yang tak dapat nak disenaraikan satu persatu dalam kesempatan yang terbatas ini, namun sebagai muslim yang iltizam dengan Islam, meyakini bahawa segala ajaran, tunjuk ajar serta arahan yang disampaikan oleh baginda Rasulullah s.a.w itu terdapat konsep pendidikan (tarbiah) yang mampu melahirkan sebaik-baik umat yang dilahirkan buat umat manusia sejagat. - mks. |
Subscribe to:
Posts (Atom)