Berhati-hati wahai kawan-kawan blogger - ANDA SENTIASA DIPERHATIKAN!!.wah...cuak juga, baru 4-5 bulan nak jadi blogger..rasa nak pencen. Blogger mesti bertanggungjawab apa yang dipost di blog kita...Mesti ada basic etika kewartawanan, bukan main hentam keromo saja..kang tak pasal-pasal.Sendrik mau ingat beb, jangan so kita enjoyyy aje (macam drama Puteri)
Apakah www.Malaysia-Today.net boleh dikira seperti laman web CNN,BBC,Reuters atau Al Jazeera yakni laman web sepenuhnya asal usul dari luar negara.
Inilah yang menjadi soalan menarik bila pengendalinya yang kontrovesial,Raja Petra Kamaruddin,57 mendakwa laman webnya tidak tertakluk dibawah undang-undangMalaysia kerana ia didaftarkan di luar negara.
Inilah yang menjadi soalan menarik bila pengendalinya yang kontrovesial,Raja Petra Kamaruddin,57 mendakwa laman webnya tidak tertakluk dibawah undang-undang
” Malaysia Today is not a Malaysian website. We're not based locally and we do not come under Malaysian law. I refuse to be dictated by any Malaysian laws," kata Raja Petra dengan nada tegas kepada para wartawan selepas memberi keterangan selama hampir lapan jam di ibupejabat polis daerah Dang Wangi,Jalan Stadium,Kuala Lumpur.
Raja Petra dipanggil memberi keterangan di situ berikutan laporan polis yang dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Muhammad Muhd.Taib terhadapnya tengahari Isnin mendakwa laman itu menyiarkan komen-komen pembaca yang menghina agama Islam,yang Dipertuan Agong serta berunsur perkauman.

Kes berkenaan disiasat mengikut Akta Hasutan.
Beliau masuk memberi keterangan pada jam 11.20 pagi dan keluar pada jam 7.10 malam.
Kalangan para wartawan yang menunggu sejak pagi meliputi cerita beliau dipanggil memberi keterangan di balai polis itu agak terpinga-pinga mendengarnya.
Cakapnya jelas sekali membawa maksud undang-undangMalaysia tidak boleh digunapakai langsung keatas apa jua salah silap yang dipaparkan menerusi laman webnya.
RajaPetra yang tampil dengan aksi garang hanya menjawab beberapa soalan wartawan sebelum beredar dari balai polis itu bersama isterinya Marina Abdullah.
Beliau masuk memberi keterangan pada jam 11.20 pagi dan keluar pada jam 7.10 malam.
Kalangan para wartawan yang menunggu sejak pagi meliputi cerita beliau dipanggil memberi keterangan di balai polis itu agak terpinga-pinga mendengarnya.
Cakapnya jelas sekali membawa maksud undang-undang
Raja
Ini membuatkan kalangan para wartawan selepas itu tidak sempat bertanya lanjut dan kedengaran bercakap sesama sendiri apakah benar begitu halnya.
Untuk rekod - dari carian menerusi internet laman web Malaysia-Today berdaftar atas nama Contactprivacy.com.Ia beralamat di 96 Mowat Ave, Toronto , ON M6K 3M1
Canada.
Mengikut IP location, server Malaysia-Today terletak di Singapura.
Mengikut IP location, server Malaysia-Today terletak di Singapura.
Kebiasaanya penempatan server atau ‘jantung’ sesebuah laman web tidak semestinya terletak di alamat sama dimana ia berdaftar.
Jika tidak diCanada ia boleh juga ditempatkan mana-mana negara seperti misalnya di Amerika,Singapura ,Thailand atau Indonesia .
Kebanyakan pengendali laman web hanya menyewa server yang ditempatkan di premis syarikat hosting yang menyewakanya samaada di dalam atau luar negara.
Kadar sewa server yang dibayar secara bulan atau tahunan adalah mengikut kapisiti kegunaan.
Jika tidak di

Tanpa mengambil kira soal samaada siasatan polis kemudiannya mendapati ‘ada kes’ atau tidak terhadap laporan yang dibuat oleh Muhammad... tentu sekali jawapan yang dicari oleh semua orang apakah Malaysia-Today boleh menikmati ‘status istimewa’ semata-mata kerana ia berdaftar di luar negara dan menempatkan server di luar negara?
Ini kerana zahirnya ia dikendalikan oleh seorang warganegara Malaysia dan memang dikenali sebagai laman web Malaysia .
Seorang wartawan sebuah akhbar berbahasa Cina kedengaran bertanya rakannya, “ Katakan seorang pelancong asing datang ke Malaysia dan melakukan jenayah membunuh orang di sini apakah dia tidak tertakluk di bawah undang-undang Malaysia atas alasan dia bukan pemegang paspot Malaysia .”
Rakannya yang kelihatan mengaru kepala menjawab, “ Kita selalu dengar orang asing dihadapkan ke mahkamah di sini kerana buat salah.”
Soalannya yang belum terjawab tentunya apakah laman web yang berdaftar di luar negara boleh disamakan dengan pelancong asing yang buat salah itu.
Setakat ini tidak dapat dipastikan samaada undang-undang siber negara mengariskan hal ini dengan jelas atau tidak.
Begitu juga apakah Akta Hasutan yang sedia ada turut terjangkau pada laman web yang berdaftar di luar negara?
Katakan laman web BBC atau CNN menyiarkan sesuatu yang berbau hasutan perkauman mengenai Malaysia,apakah kerajaan boleh mengambil tindakan undang-undang keatasnya.

Jika katakan benar bagai didakwa oleh Raja Petra... lojiknya ia tentu sekali akan mendorong pengendali laman web tempatan yang mengunakan alamat dalam negeri untuk pindah daftarkan semula laman web mereka mengunakan alamat di mana-mana saja di luar negara.
Ini bagi ' tukar kerakyataan ' sesuatu laman web itu semata-mata untuk menikmati status ‘kebal hukum’ di Malaysia.
Ini bagi ' tukar kerakyataan ' sesuatu laman web itu semata-mata untuk menikmati status ‘kebal hukum’ di Malaysia.
Untuk rekod - kebanyakan enjin laman blog seperti Blogspot dan Wordpress yang digunakan oleh blogger mewujudkan laman blog mereka beralamat di luar negara.
Enjin laman blog ini semuanya adalah percuma dan sesiapa pun boleh mewujudkan laman blog sendiri dalam masa beberapa minit saja.
Cuma baru-baru ini bekas Pengarang Malay Mail,Ahirudin Attan,pemilik laman blog RockyBru yang mengunakan enjin Blogspot disaman oleh para pegawai kanan News Straits Times kerana beberapa posting dalam blognya.Kes itu masih dalam perbicaraan.
Ahirudin letak nama sebenarnya pada laman blognya sekalipun dari segi teknikalnya server Blogspot terletak di Amerika.
Jeff Ooi,pemilik laman www.jeffooi.com turut disaman oleh para pegawai kanan NST berkenaan.Laman webnya adalah jelas 'dari Malaysia' kerana berdaftar pada alamat di Selangor manakala servernya pula terletak di Kuala Lumpur.

Seorang blogger yang turut berada di balai polis itu pula menyifatkan kes Raja Petra ini adalah satu ‘ test case’ yang akan dapat menjelaskan kedudukan sebenar hal ini dari segi perundangan.
“Saya sendiri terkejut mendengar kata-kata Raja Petra itu.Ini satu berita bagi saya.Wah best kalau begitu…buat apa sekalipun tak boleh kena pasal alamat web berdaftar di luar negara,”katanya.
Soalan lagi: Betulkah begitu? - 24/7/2007
-----------------------------------
Raja Petra hunus keris…Muhammad sanggup mati
OLEH: HANAFIAH MAN
OLEH: HANAFIAH MAN
Sangkaan bahawa Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib akan ' tekan brek' apabila pengendali laman web Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin menghentam beliau menerusi ruangannya bertajuk ' See you in hell Muhamad son of Muhamad ’ Isnin malam nyata meleset.
Ketua Penerangan UMNO Malaysia itu, yang membuat aduan polis mengenai laporan dan komen pembaca yang berunsur perkauman, menghina agama Islam dan Yang di-Pertuan Agong yang disiar dalam laman web itu pada sebelah tengahari Isnin kelihatan relaks ketika ditemui Agendadaily sedang berjalan untuk masuk ke dalam Dewan Negara pagi Selasa.
“Biarlah apa sekalipun dia nak kata tentang saya…diri saya tidak penting tetapi saya ada tanggungjawab untuk menjaga keharmonian antara kaum, mempertahankan agama dan institusi Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Muhammad menegaskan tindak-tanduk Raja Petra dalam tulisan terbaru dalam blognya khususnya ‘kisahnya’ bersama Yang di-Pertuan Agong pada masa lampau dan mencabar beliau bertarung lawan keris dengannya sudah amat keterlaluan.
“Jangan salah faham…saya bukan mahu laman-laman web dan blog-blog ditutup dan tak boleh kritik apa yang tidak betul. Kalau ada asas…nak kritik silakan….tetapi bukanlah siar komen-komen yang menghina Kaabah …kata orang Melayu brainless pigs …cemar nama baik Yang di-Pertuan Agong dan macam-macam lagi.
“Apa nak jadi kalau ini berterusan. Saya tak boleh diam lagi,” katanya.
Beliau enggan mengulas lanjut kerana hendak bercakap panjang mengenainya semasa dalam sidang Dewan Negara yang ketika itu sedang membahaskan Rang Undang-undang Kerajaan Elektronik 2007.
Itulah yang terjadi. Bekas Menteri Besar Selangor itu bercakap sekitar 50 minit di dalam dewan.
Namun, ucapannya sering kali terganggu apabila beberapa orang Senator lain ‘minta jalan’ untuk mencelah menyuarakan pandangan,mengucapkan syabas kepadanya kerana berani membuat laporan polis dan meminta kerajaan bertindak tegas terhadap blog-blog yang tidak bertanggungjawab.
Antara mereka ialah Senator Datuk Wan Farid Wan Salleh, Tan Sri Jins Shamsuddin, Datuk Tajul Arus Mat Zin, Muntaz Md. Nawi dan Idris Buang.
Malah, pada beberapa ketika, Speaker Tan Sri Hamid Pawanteh turut mencelah memberi pandangan beliau.
Muhammad cuba memberi gambaran secara terperinci tentang isu tulisan dalam blog yang tidak bertanggungjawab termasuk membacakan sepenuhnya apa yang ditulis oleh Raja Petra mengenai Yang di-Pertuan Agong dalam tulisan terbarunya.
Dalam tulisan itu, Raja Petra menceritakan betapa rapatnya beliau dengan Yang di-Pertuan Agong sekarang dan pada masa lampau pernah pergi ke tempat hiburan bersama di dalam dan luar negara.
"Dengan menceritakan dia rapat dengan Yang di-Pertuan Agong dia dedah perkara-perkara yang tak sepatutnya dia dedah," katanya.

Sebelum itu Muhammad memberitahu mengenai satu komen pembaca yang mendakwa orang Arab adalah penipu dan orang Islam kini menyembah seketul batu ( Kaabah) yang terdapat di sebuah negara Arab.
Pada peringkat itu Senator Datuk Dr. Noresah Mohamad telah minta jalan untuk mencelah. Beliau menyokong tindakan tegas ke atas pengendali laman blog yang begitu tetapi merasa tidak perlu ‘hal-hal sensitif’ yang ditulis dibacakan dalam dewan.
Beliau bimbang ia akan menarik lebih ramai lagi membacanya.
Namun Muhammad berpandangan lain dalam soal ini. Katanya, orangramai perlu tahu secara terperinci mengenainya.
Katanya, adalah penting orangramai tahu secara menyeluruh isu ini dan tidak hanya cerita ‘sekerat-sekerat’.
Menurutnya, jika tidak, apabila kerajaan bertindak orang akan tuduh kerajaan zalim dan sebagainya.
"Saya tak nak bacakan hal ini tetapi (nanti) orang tidak faham kenapa saya lapor kepada polis. Polis tahu...banyak lagi contoh yang saya beri," katanya.
Kepada pandangan Senator Tan Sri Jin Shamsuddin yang mencelah dan mempersoalkan kenapa polis tidak bertindak terus ke atas penulisan blog begini sehingga perlu satu laporan polis dibuat, Muhammad berpendapat jika demikian kerajaan akan dilihat terlalu mengongkong.

"Ini tak boleh...itu tak boleh....jadi perlu ada penjelasan yang agak jelas..ataupun laporan (polis) yang dibuat...kita ni bergantung pada pendapat ramai...kalau kerajaan dilihat mengongkong sangat..maka ini akan dianggap sebagai kerajaan yang zalim.
"Tapi kalau sekiranya dapat didedahkan perkara seperti mana yang dapat kita dengar sebentar tadi..maka orang baru tahu mengapa pihak kita hendak perkara ini diteliti...supaya pihak kerajaan boleh mengambil tindakan," katanya.
Muhammad berkata, keadaan sekarang telah mencapai ke tahap di mana sesetengah pengendali blog menganggap mereka boleh tulis apa saja atas nama hak kebebasan individu.
“Saya boleh tulis dan awak tak ada hak nak larang saya tulis,”katanya.
Muhammad menilai cubaan Raja Petra menghentamnya secara peribadi adalah tidak beretika kerana penulis itu tidak memberi jawapan kepada perkara pokok yang dipersoalkannya dalam laporan polis yang dibuatnya.
Beliau hairan apa perlunya Raja Petra sampai cabar beliau bertarung lawan keris sampai mati.
"Kita ada undang-undang, tidak boleh sentuh institusi raja dan agama, tetapi mengapa orang bebas untuk berbuat sesuka hati. Saya bukan orang yang menentang penulis-penulis blog, tetapi kita tidak boleh terima orang yang tidak beretika, tidak berbudi bahasa dan tidak bertanggungjawab," katannya.
"Saya rela ditembak, dibom, demi mempertahankan negara, raja dan agama. Saya berani membuat tindakan walaupun diancam," kata Muhammad.
Beliau bimbang jika penulisan blog seumpama ini tidak dibendung kelak akan wujud pemikiran anarki di negara ini.
Katanya, pada ketika itu amat sukar bagi kerajaan hendak mengawalnya kerana pemikiran rakyat yang telah dirosakkan.
Menurut Muhammad, di negara-negara Barat sendiri ada sekatan dan orang tidak boleh berbuat sesuka hati dan ada yang kena penjara.
"Tapi kita buat sikit...kita dianggap keterlaluan.. ISA kita dikritik...tapi kebebasan ada hadnya. Sebab itu kita merdeka selama 50 tahun kita boleh bangunkan sebuah negara yang sangat maju.
"Tapi kita buat sikit...kita dianggap keterlaluan.. ISA kita dikritik...tapi kebebasan ada hadnya. Sebab itu kita merdeka selama 50 tahun kita boleh bangunkan sebuah negara yang sangat maju.
"Sebab semua kaum ada sensitiviti, agamanya, kepercayaannya, asal-usulnya...kalau kita tak go over the limit maka negara kita ini akan selamat..tapi kalau kita biarkan semua pihak mengeluarkan pendapat secara bebas sebebasnya ...maka ini akan membahayakan," ujarnya.
Katanya sejak merdeka 50 tahun lampau kerajaan dari masa ke semasa tidak henti-henti dikritik oleh parti-parti pembangkang.
"Kerajaan Barisan Nasional tidak gentar dengan kritikan-kritikan seperti itu..boleh kritik," katanya.
"Kerajaan Barisan Nasional tidak gentar dengan kritikan-kritikan seperti itu..boleh kritik," katanya.
Beliau menambah setiap negara ada pantang-larangnya yang tersendiri dan ia harus dihormati.
"Sebenarnya semua negara dalam dunia ini ada cara dia tersendiri...ada pantang larangnya. India ada pantang larang, Brunei ada cara pantang larang di Brunei,di China ada pantang larang dia...kita mentabir negara ikut latar belakang masyarakat kita yang berbagai kaum.

"Kita kena tailorkan ( tabir negara ikut latar belakang masyarakat negara ini) supaya kita selamat,"tegasnya.- 24/7/2007
No comments:
Post a Comment