adsense

05 August, 2007

Amalan Zikir Harian



Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah SWT. Tidak kira di mana dan apa juga yang dilakukan, hati kita sentiasa mengingati Allah. Dengan menyebut dan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

Berikut adalah amalan zikir harian yang boleh kita lakukan sebagai amalan setiap hari:



HARI

BACAAN
ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
SABTU
AHAD

Semoga dengan melakukan amalan zikir harian ini, hati akan bertambah kasih dan cinta kepada Allah. Seterusnya akan melahirkan insan bertakwa.Wallahualam



7 Kalimah Cinta



1.Bismillahhirrahmannirrahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulliah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagfirrullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.Lahaulawalaquataillahbillah:
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.Innalillah:
jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.Laailaahaillallah:
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga
kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Proton BLM - pengganti saga dan iswara



Dijangka keluar tahun depan, ini bukan proton yang hendak dilaunch pertengahan bulan ogos ni.

Clear_Proton_BLM_Spyshot_1.jpg

These clear photos were shot by KM_Survivor of the Lensa Malaysia forums, a Malaysian photography forum, which explains why the photos are of such good quality! It shows the side profile of the new Proton BLM very clearly, so we can have a rough idea of headroom and interior space as well as the general proportions of the car.

Just a recap for those who are not in the loop - the Proton BLM is supposed to be Proton’s base line model, a replacement for the aging Proton Saga/Proton Iswara model. It is said to be based on a modified Proton Savvy platform.

Two more photos after the jump.

Related Posts:
Is this the new Proton BLM?
Proton BLM Artist’s Impression

Clear_Proton_BLM_Spyshot_2.jpg

Clear_Proton_BLM_Spyshot_3.jpg

Source

More proton baru info



EXTERIOR:


INTERIOR:
SPEC:







FUEL CONSUMPTION:

VARIATION DIFFRENCE:


VARIATION 1: LOW LINE - PRICE DETAILS

VARIATION 2: MID LINE - PRICE DETAILS

VARIATION 3: HIGH LINE - PRICE DETAILS

Link

Awek Bertudung Buat Pacak






kes tak sengaja la ni..

Undi Logo



Salam,

Terima kasih kerana mengunjungi blog isuhangat ni. Saya telah membuat pertandingan logo untuk egroup saya blalang_group di forum wangcyber. Logo ini bertujuan sebagai logo rasmi blalang_group dan untuk projek yang akan di buat: sticker dan t'shirt blalang_group.

Terdapat 10 logo yang menyertainya So, saya meminta kerjasama anda untuk tolong saya memilih logo mana yang sesuai dan anda berkenan. Undian ini akan ditutup pada 10/8/2007

Undian tersebut terdapat di :- http://undilogo.blogspot.com

Terima kasih kepada pengundi dan bakal pengundi


~blalang~

04 August, 2007

Kisah rumahtangga



SEKADAR UNTUK RENUNGAN

Kisah ini saya terima dari seorang kawan yang mungkin juga telah
diterima dr seorang yg lain .. utk dikongsi bersama, moga boleh
mengambil iktibar..

Allah Maha Pengasih

Sepasang suami isteri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3

orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Begitu hebatnya
pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai,

mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin. Mereka
menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan pembagian
harta diantara mereka, perundingan berlangsung lancar, namun akhirnya

sebagian besar masalah terselesaikan, baik tanah, rumah, dan semua
aset harta mereka dapat dibagi dan mencapai kepuasan kedua belah
pihak.

Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, yaitu mengenai
pembagian anak [jangan lupa anak mereka tiga orang], baik si suami
maupun si istri sama sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mau
mengalah, dan anak tidak mungkin dibelah dua seperti pada Zaman
Sulaiman dulu.

Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasihat
bagaimana jalan keluar yang harus ditempuh.

Sang Imam akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak, iaitu mereka
diminta menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka harus
menambah satu orang anak selama satu tahun, bila Tuhan mengizinkan
perceraian mereka, Tuhan akan memberikan tambahan satu anak, total
menjadi 4 anak, sehingga mudah untuk dibagi diantara mereka berdua.

Kerana si suami dan si istri sangat serius untuk bercerai, mereka
berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnya mereka berhasil.

Setahun kemudian, ketika Sang Imam berjalan jalan, beliau bertemu
dengan pasangan suami istri ini, sedang bergandengan tangan dengan
mesra, sehingga Sang Imam bertanya, : "Apakah Kalian tidak berhasil
menambah anak sehingga kalian batal bercerai?".

Sang Suami lalu menjawab : "Tuhan maha pengasih, Dia memberikan kami
tambahan anak, tapi sekaligus juga memberikan isyarat agar kami saling

memaafkan dan saling mengasihi, kami memutuskan untuk tidak
bercerai"."Bagaimana Tuhan memberikan isyaratNya?" , tanya Sang Imam.

"Tuhan memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua anak,

anak kembar !!".

Beberapa hikmah:

1. Menunda tindakan negatif sering bermanfaat, apalagi ketika
seseorang sedang dikuasai emosi. Ada baiknya jika kita sedang marah
kita menunda sesuatu yang ingin kita lakukan. Betapa banyak penghuni
penjara yang
menyesal: mengapa ketika marah memukuli istri/anak/dsb sampai
tewas....

2. Mampu mengendalikan marah [emosi] adalah kunci kebaikan, sehingga
nabi saw menekankan laa taghdhab [jangan marah] kepada sahabatnya.

3. Kisah diatas menunjukkan kasih sayang Allah, tetapi ada yang lebih

baik daripada kisah diatas yaitu pasangan suami isteri yang selalu
berhasil meredam pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah
meninggalkan isteri/suami yang marah untuk sebentar kemudian kembali
membawa buah tangan/peralatan baru kesukaannya akan membuatnya
tersenyum, meminta maaf dan berfikir betapa baiknya
suaminya/isterinya.

4. Pertengkaran itu lumrah rumah tangga. Dengan pertengkaranlah
keharmonisan semakin terasa nikmat. Orang bijaksana akan menikmati
pertengkaran dan masa-masa setelahnya dengan tetap mengendalikan
suasana agar tidak sampai keluar dari sunnah Nabi saw. Karena
pertengkaran itu seperti api: sedikitnya bermanfaat tetapi besar dan
luasnya membinasakan.

BIODATA IBLIS




nk buat hantaran kawin kapal sebelah ni...=)

YOu would like to have this PC?





Attractive Images






Awas tawaran hadiah, warga emas jadi sasaran



Norwani Amat
Fri | Aug 03, 07 | 01:06:19 PM


Saya berharap pihak media dapat mengeluarkan artikel ini bagi memberi amaran kepada orang ramai terutamanya warga emas yang kini di jadikan sasaran oleh syarikat tertentu bagi mengaut keuntungan.

Baru-baru ini ibu saudara saya telah dimaklumkan melalui telefon bahawa beliau telah terpilih untuk memenangi hadiah yang di tawarkan sempena ulangtahun kemerdekaan.

Beliau di minta hadir ke syarikat yang terletak di Bandar Sunway yang dikenali sebagai ”Oriental Evergroup Sdn Bhd”.

Mereka turut menyatakan mereka adalah syarikat yang berdaftar dengan kerajaan (No. Perndaftaran 761154-E) dan dimaklumkan juga ibu saudara saya telah berjaya memenangi sebuah kereta Proton Waja.

Terdapat beberapa buah kereta lagi yang bakal dimenangi oleh beberapa orang warga emas mengikut zon.

Menurut pegawai syarikat berkenaan, semua warga emas yang terpilih akan menerima hadiah di Pulau Pinang pada 30 Disember 2007.

Dalam modus operandi mereka, setiap pemenang telah di minta memberikan wang cagaran sebanyak RM7,598 bagi melayakkan mereka memenangi hadiah yang ditawarkan.

Mereka turut memaklumkan bahawa kereta tersebut boleh ditukarkan dengan wang tunai dan meminta no. Akaun bank. Mereka turut berjanji wang cagaran RM7,598 itu akan di pulang semula setelah semua urusan pemindahan wang dijalankan ke akaun pemenang-pemenang.

Ibu saudara saya hampir tertipu dan nyaris membayar wang berkenaan akibat terpedaya dengan kata-kata syarikat tersebut. Mujur kawan saya memaklumkam modus operandi yang sama telah dijalankan di Perak yang mana ayah beliau turut menjadi sasaran.

Justeru itu saya menyarankan kepada semua warga emas dan individu yang menerima panggilan telefon supaya menyiasat perkara ini sebelum membuat apa-apa bayaran dan menandatangi sebarang dokumen.

Syarikat ini mensasarkan kepada warga emas yang kebanyakkannya tinggal di kampung. Warga emas ini pula ramai yang mempunyai simpanan Tabung Haji dan ada di antaranya adalah pesara.

Mereka beranggapan adalah amat mudah untuk mendapatkan wang dengan menipu golongan warga emas yang mudah terpedaya dan mempunyai simpanan yang banyak.

Bagi individu yang pernah menjadi mangsa, saya berpendapat sewajarnya perkara ini dilaporkan segera kepada pihak polis bagi memastikan syarikat terbabit tidak meneruskan operasinya lagi.

Sebagai anak yang tinggal di bandar, hendaklah kita selalu bertanyakan khabar kepada ibubapa yang berada di kampung agar berhati-hati jika menerima panggilan telefon mahupun undangan berkenaan tawaran hadiah.

Pendedahan perlu dilakukan bagi mengelakkan lebih ramai lagi warga emas yang tertipu dan menjadi mangsa./wann.


10 amalan yang TERBALIK



Posted on Friday, August 03 @ 07:29:57 MYT by SongkokPutih


Tazkirah  Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.


3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.


4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.


5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.


6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?


7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.


9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.


10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.


Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.


--
YANG penting dalam kehidupan ialah 'perjuangan' bukan kejayaan. Perjuangan inilah yang cuba aku lakukan, hidup tanpa belas kasihan orang lain....
Blog Widget by LinkWithin