adsense

04 August, 2007

Awas tawaran hadiah, warga emas jadi sasaran



Norwani Amat
Fri | Aug 03, 07 | 01:06:19 PM


Saya berharap pihak media dapat mengeluarkan artikel ini bagi memberi amaran kepada orang ramai terutamanya warga emas yang kini di jadikan sasaran oleh syarikat tertentu bagi mengaut keuntungan.

Baru-baru ini ibu saudara saya telah dimaklumkan melalui telefon bahawa beliau telah terpilih untuk memenangi hadiah yang di tawarkan sempena ulangtahun kemerdekaan.

Beliau di minta hadir ke syarikat yang terletak di Bandar Sunway yang dikenali sebagai ”Oriental Evergroup Sdn Bhd”.

Mereka turut menyatakan mereka adalah syarikat yang berdaftar dengan kerajaan (No. Perndaftaran 761154-E) dan dimaklumkan juga ibu saudara saya telah berjaya memenangi sebuah kereta Proton Waja.

Terdapat beberapa buah kereta lagi yang bakal dimenangi oleh beberapa orang warga emas mengikut zon.

Menurut pegawai syarikat berkenaan, semua warga emas yang terpilih akan menerima hadiah di Pulau Pinang pada 30 Disember 2007.

Dalam modus operandi mereka, setiap pemenang telah di minta memberikan wang cagaran sebanyak RM7,598 bagi melayakkan mereka memenangi hadiah yang ditawarkan.

Mereka turut memaklumkan bahawa kereta tersebut boleh ditukarkan dengan wang tunai dan meminta no. Akaun bank. Mereka turut berjanji wang cagaran RM7,598 itu akan di pulang semula setelah semua urusan pemindahan wang dijalankan ke akaun pemenang-pemenang.

Ibu saudara saya hampir tertipu dan nyaris membayar wang berkenaan akibat terpedaya dengan kata-kata syarikat tersebut. Mujur kawan saya memaklumkam modus operandi yang sama telah dijalankan di Perak yang mana ayah beliau turut menjadi sasaran.

Justeru itu saya menyarankan kepada semua warga emas dan individu yang menerima panggilan telefon supaya menyiasat perkara ini sebelum membuat apa-apa bayaran dan menandatangi sebarang dokumen.

Syarikat ini mensasarkan kepada warga emas yang kebanyakkannya tinggal di kampung. Warga emas ini pula ramai yang mempunyai simpanan Tabung Haji dan ada di antaranya adalah pesara.

Mereka beranggapan adalah amat mudah untuk mendapatkan wang dengan menipu golongan warga emas yang mudah terpedaya dan mempunyai simpanan yang banyak.

Bagi individu yang pernah menjadi mangsa, saya berpendapat sewajarnya perkara ini dilaporkan segera kepada pihak polis bagi memastikan syarikat terbabit tidak meneruskan operasinya lagi.

Sebagai anak yang tinggal di bandar, hendaklah kita selalu bertanyakan khabar kepada ibubapa yang berada di kampung agar berhati-hati jika menerima panggilan telefon mahupun undangan berkenaan tawaran hadiah.

Pendedahan perlu dilakukan bagi mengelakkan lebih ramai lagi warga emas yang tertipu dan menjadi mangsa./wann.


No comments:

Blog Widget by LinkWithin