




ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
Satu hari adik korang yg sekolah tadika cakap:
"Bang2..saya telah rugi?"
Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian adik korangkan?
-10 sen?
-100 sen?
-1000 sen?
Tapi kalau bapak korang pulak cakap:
"Wahai anakku, bapakmu telah rugi?"
Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian bapak korangkan?
-1 ribu?
-10 ribu?
-100 ribu?
Dan macamana pulak kalau majikan korang pulak cakap:
"Wahai para pekerjaku, boss telah rugi?"
Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian boss korangkan?
-1 juta?
-10 juta?
-100 juta?
Apatah lagi kalau Kerajaan kita Pak Lah pulak cakap
"Wahai rakyakku sekalian, Negara kita Malaysia telah rugi?"
Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian kerajaan kitakan?
1 bilion?
10
bilon?
100 bilon?
Dan, cuba tuan2 dan puan yg aku muliakan, fikir dengan kepala hotak
kita, Bila Raja segala Isi Alam, Allah berfirman (cakap):
"SEMUA MANUSIA DALAM KERUGIAN!"
boleh korang imagine berapakah kadar kerugian itu?
Rugi di akhirat,: dunia dan seisi-isinya pun tak boleh nak
nilai?Nauzubillah!
KENAPA MANUSIA RUGI?
Kerana Harta?
Kerana bisness..?
Kerana membayar cukai kepada LHDN?
Kerana terlepas tengok siaran langsung piala dunia?
Kerana tak update isu2 semasa?
Jawapan: KERANA ?MASA! ? MASA!
Semua org ada masa kecuali mayat?.
Mohd Sabri Said Sat | Aug 04, 07 | 12:27:20 PM | |
KEPALA BATAS, 4 Ogos - Mangsa kecuaian kakitangan hospital, Abdul Ghafur Mohd Ibrahim mempertikai jawapan Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr. Chua Soi Lek yang menafikan ambulan kehabisan minyak di Hospital Kepala Batas menyebabkan kematian isterinya, Yusnita Abas pada 13 Oktober 2006. Katanya, merujuk jawapan bertulis kepada Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang di parlimen pada Jun lalu menteri berkenaan juga seolah-olah berlepas tangan dengan membela kakitangan hospital yang melakukan kecuaian. Sedangkan, pada malam tersebut doktor yang bertugas mengatakan isterinya tidak boleh lagi dihantar ke Hospital Pulau Pinang ekoran ambulan dari Kepala Batas kehabisan minyak. "Bagaimana beliau boleh membuat penafian dengan mudah sekali. Kita ada bukti kukuh hasil keterangan doktor pada malam itu," ujarnya kesal. Lagipun sambung beliau, kenapa tiba-tiba selepas kejadian tempoh hari seramai 5000 orang pemandu ambulan seluruh Malaysia dipanggil untuk menghadiri latihan kecemasan. Peristiwa itu seakan menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan umum. Selain menteri terbabit, timbalanya, Lee Kah Choon juga pernah mengeluarkan kenyataan akan mewujudkan satu pasukan untuk menyelidiki kes berkenaan. Namun tiada perkembangan mengenainya sampai saat ini. Allahyarhamah Yusnita Abas terpaksa menunggu 10 jam, enam jam setengah daripada pendaftaran sehingga mengesan ketulan darah beku dan tiga jam setengah lagi daripada mengesan ketulan darah sehingga ke tempat pembedahan. Menurut Ghafur isterinya dimasukan ke Hospital Kepala Batas pada 1 tengah hari disebabkan kesakitan di bahagian kepala. Bila sampai di sana isterinya diminta berehat di ruang menunggu sehingga keadaanya koma pada pukul 6 petang. Selepas mengsyaki kemungkinan mengalami darah beku di otak pihak hospital menghantar pula ke Hospital Seberang Jaya untuk pengesahan CT Scan sekitar jam 7.15 malam. Setelah mengesahkan terdapat ketulan darah pada otaknya doktor merancang ke Hospital Pulau Pinang untuk pembedahan segera. Perancangan rapi telah diatur antara doktor bertugas dan pakar pembedahan tetapi malangnya ambulan tidak dapat menghantar isterinya kerana keadaan yang kurang memuaskan. Pihak hospital mengambil keputusan kembali ke Hospital Kepala Batas untuk menukar ambulan lain pada pukul 8.30 malam. Malangnya, beliau terpaksa menunggu sehingga pukul 9.45 malam bagi mendapatkan ambulan lain. Alasan yang diberikan oleh doktor bertugas ialah ambulan kehabisan minyak dan pemandu keluar untuk mengisi minyak. Bila sampai ke Hospital Pulau Pinang pukul 10.40 malam pakar pembedahan mengatakan otaknya tidak berfungsi lagi kerana terlalu lewat menerima rawatan dan pembedahan. "Saya melakukan tuntutan kecuaian sebanyak RM1 juta bukan kerana wang tapi untuk mengelakkan peristiwa itu daripada terjadi kepada orang lain pula," tegasnya . - mns |
Mari kita bincangkan bersama-sama di sini secara berfakta dan ilmiah. Adakah
langkah-langkah
yang telah dijalankan berkesan dan apakah penambahbaikan yang perlu selain
daripada
cadangan-cadangan lain untuk membasmi kemiskinan tegar ini?
Di bawah ini saya telah senaraikan konsep dan program-program yang telah
dijalankan kini
sebagai rujukan dan panduan perbincangan.
Secara konsepnya :
1) Pendedahan dan latihan kemahiran dan ilmu khusus kepada golongan sasaran.
2) Memperkukuhkan nilai-nilai positif termasuk etika kerja yang baik dan
keyakinan diri
golongan sasaran.
3) Meneruskan program-program sokongan seperti bantuan buku teks, biasiswa dan
elaun selain
daripada skim bantuan makanan kepada golongan sasaran.
4) Memperbaiki dasar dan institusi dalam pengurusan islam termasuk yang
berkaitan zakat, wakaf
dan baitulmal.
5) Pembangunan luar bandar termasuk memodenkan dan mengkomersilkan perkhidmatan
sokongan
(program latihan dan kemudahan pinjaman) berkaitan pertanian yang mana akan
meningkatkan
produktiviti dan pendapatan kepada golongan sasaran..
6) Skim pembangunan tanah diperkasakan melalui RISDA, FELCRA, SALRA DAN FELDA
?dll.
Kerajaan sentiasa mengemaskini dan menyilang-gabungkan pengkalan data kemiskinan
tegar di
bandar dan luar bandar untuk memastikan semua program membasmi kemiskinan yang
dijalankan
sampai ke golongan sasaran.
Contoh program :
Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR)
– Program Peningkatan Ekonomi
- Program Pembangunan Infrastruktur Asas
- Program Pembangunan Insan
Contoh-contoh program peningkatan ekonomi:
– Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang bertujuan untuk menambahkan dan
mengembangkan skim micro kredit (pinjaman mudah bermodal kecil)
AIM kebanyakannya mengutamakan wanita dan ibu tunggal di kawasan luar bandar
dengan
menggalakkan dan memulakan program dan projek yang memberikan peluang kepada
kumpulan sasar
untuk menambahkan pendapatan mereka.
- Yayasan Basmi Kemiskinan (peringkat negeri)
memberikan bantuan kewangan dan bukan kewangan untuk membantu golongan miskin
tegar ini
untuk meningkatkan pendapatan mereka melalui aktiviti perniagaan kecil.
Program-program yang dijalankan oleh NGOs dan sektor-sektor swasta juga
memerlukan
kaedah yang sama bagi tujuan audit dan akreditasi bagi memastikan keberkesanan
dan pemerkayakasakan yang mana perlu.
Sebagai contohnya : Program-program Realiti TV berkaitan- bukan
sekadar program untuk
mendedahkan masalah dan menambahkan rating sebaliknya harus telus dalam
pendedahan keberkesanan
sebelum dan selepas intervensi, butir-butir terperinci akaun sumbangan dan
lain-lain
kriteria berkaitan.
Marilah kita berbincang secara ilmiah dan berfakta, bukan sekadar persepsi dan
anggapan.
Perubahan awal haruslah bermula daripada kita sebagai individu sendiri.
Tingkatkan ilmu, kita
tidak harus menerima dan percaya apa yang kita dapat sebaliknya, lakukanlah
kajian sendiri.
Kemudahan IT , dunia tanpa sempadan di hadapan anda. Gunakanlah demi kebaikan.
Mungkin ada kesalahan/percanggahan fakta dalam tulisan saya di atas di harap
dapat menegur
dan membetulkan demi kebaikan bersama.
Malam pertama ……….
Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?
Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?”
Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.
“Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?”
Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.
Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:
“Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu).” (Surah Al-Mu’minun, ayat 99-100)
Kemudian ia menjawab sendiri; “Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi’..” Dan disebabkan hal tersebut, Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?
Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. “Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!”
Zul Yahya yang berlakon sebagai Hero dalam cerita Kaber telah bertunang dengan seorang penari budaya. Majlis berlansung di kediaman tunangnye di Kedah baru baru ni.
Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari nie..Sesiapa yang nak minta balik
tapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!!alasannya mestilah pasal
sembahyang ajer! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang mintak balik awal..
Pekerja 1 : A'kum Boss, bulih saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat
rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!!Kat sini
banyak pahalanya..!
Pekerja 2 : Saya bulih balik awai kut Boss?
Bosss : Hang apa pasai:
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker tak?
Ntah-ntah dia ponteng?
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!
Pekerja 3: A'kum Boss!
Boss: Ha? pasal pulak ni?Nak balik awal gak ker?
Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!
Boss: Alasan apa lak ngko nie?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati..
Boss : Tak bolehhh!!!Itu fardzu kifayah jer!Orang kampung lain yang
ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!!Dah!Pergi buat
kerja..
Pekerja 4: A'kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?
Boss : Naper?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah...Kesian awak dah seminggu
nunggu!!!
Pekerja 4 : Ima Acih Boss!!!Heee..hee
A'kum dan salang sejahtera.
Sini saye ade satu cite untuk pengajarang semue. Bagi sape-sape yang nok gi interbiuw dang ade niat nok nippu mase interbiuw tu, ingat- ingatlah cite ni. Kisoh benar ni tau bukang rekaang!!!
Beberape hari yang lepas, satu temuduge kenaikang pangkat telah dibuat oleh saloh sebuoh anok syarikak TNB. Biaselah kang kalu nok naik pangkat mestilah duduk ujiang bertulis dang lepas tu barulah ujiang bercakak pulok (temuduga lah tu) test suare lah pulok. Dang dalang rama-rama yang terpilih tu ade tige kawang kite dari Tranung telah dipilih untuk di temuduge. Kebetulang pulok tige kawang kite ni adelah peserte ketige yang pertame. Ape lagi debor peruk lah kawang 3 orang nih.
Kawang yang nombor satu mule la merungut, (kene bace ikut loghat terengganu!).......
"Baru je sapa sini, letih tok hilang lagi, doh bale baru sapa pulok".
Sampuk pulak kawan yang kedue ni.... "mapuh kite kalu lagu ni... aku doh kecuk perut ni".
Dang bersuare la pulok kawang yang ketige ni dengang berlagok macho seraye berkate "Mu nok takut bende gok awang eh. Kalu die tanye, mu jawap je la. Kalu mu tok tahu, mu bahang gi la jawap bende pun.... Janji mu jawap doh. Hok mu due ekor ni takut sangat bak pe.... Bukang nye tukang interbiuw tu nok makang mu. Cer mu tengok aku nih, rilek je. Siap
buleh control macho lagi".
Tibe mase yang ditunggu-tunggu, make name kawang kite yang pertame ni pun dipanggil.
Dalam 15 minit kemudian, kawang yang pertame ni pun kuor lah. Ape lagi macang kera kene belacang la kawang nombor due ni dok tanye ape soalan yang di tanye oleh tukang interbiuw tadi.
"Eh awang! menatang bende tukang interbiuw tanye mu tadi???".
awan nombor satu tadi pong jawap, "Susoh jugok soalan die, tapi aku tok ingak doh bende yang die tanye tadi, tapi se je yang aku ingak die tanye.... pengerusi TNB yang baru sape name. Aku pung jawaplah Datuk Jamaluddin Jarjis".
Kawang nombor due pulok menyampuk "Ah sudoh! aku tok reti starang nok sebuk name tu. Guane nih awang? Aku rase nok terkecing doh ni. Ah! aku tulih kat tangan je la awang. Kalu die tanye senang le sikit aku nok jawak."
Pastu sapok le pulok kawang nombor tige yang berlagok panda nih, "Bak pe yang mu jadi bodo sangak nih. Jangang tulih kat tangang, nanti tukang interbiuw tu napok mu tulih situ. Mu tulih kat getoh spenda mu tu. Kalu die tanye, mu selok la sikit spenda mu, mu buat-buat
la gatal kat perut. Pah tu mu kerling la sikit name pengerusi TNB tu".
Ape lagi... kawang nombor due ni pong suke la dengor idea bernas kawang die tu. Tapi die tok tahu yang kawang die nombor tige tu pong panik gok, sebab die pong tok tahu nak sebut macang mane.
Name kawan nombor due pun dipanggil....
Dalang 20 minit kawang nombor due tok kuor2 lagi. Kawang yang nombor tige panik doh nape kawang die tu tok kuor2 lagi. 5 minit pah tu, kuor la kawang nombor due ni dengang muke tersenyum. Kawang nombor tige pong tanye la, amende soalang yang kuor, jawap la kawan no due ni, "Susoh gok soalang die tapi soalang pengerusi TNB tu aku buleh jawap... aku sempak selok spenda aku. Tukang interbiuw tok nampok aku selok tadi".
Kawang nombor tige ni pong panik la. "Ah sudoh awang! aku pong sebenor nye tok tahu jugok nok sebuk name pengerusi TNB tu".
Jawap lah kawang no due tadi. " Mu tulih pade getoh spenda mu tu macang aku buat nih"
Kawan no tige pulok jawap," Aku nok tulih macam mane aku tok pakai spenda"
Ape lagi kelang kabut le kawang kite. Tibe-tibe kawang no satu yang dari tadi berdiam diri tadi bagi idea..... "Ape bende yang susoh sangat ni awang, mu beri je spenda mu kat die kejap."
Ape lagi bergegas la kawang2 ni pegi toilet untuk berpindoh suor dalang. Tok lame lepah tu name kawang no tige ni pong dipanggil. Dengang semangak berkobor-kobor dan rase confident yang amat sangat kawang kite ni masuk dalam bilik interbiuw tu. Tok sapa 10 minit
kawan nombor 3 ni kuor sambil tergaru-garu kepale dengang muke kepelikkang. Kawang2 die yang dok luor ni tanye la kenape kuor awal sangat?
Kata kawang nombor tige, mase ahli panel tanye name pengerusi TNB tu, die jawap je la. Tapi, tok pasa-pasa semue ahli panel suke sampaikang ade yang mengalir-alir air mate tok tahang sangat. Pastu kawang2 ni tanye la, mase ahli panel ni tanye name pengerusi TNB
tu, ape mu jawap. Dengang confident die bagitahu dengan kuat dan lantang.................
"Datuk Calvin Klien". Rupe-rupenye mase kawang ni berpindoh seluor dalang tadi, kawang yang sorang ni dah terpakai terbalik rupenye yang belakang ke depang, yang depang ke belakang. Name pengerusi TNB kat belakang, name jename spenda tu pulak kat depan.
Tergelok besorlah kawang2 yang due orang lagi tu.....
Gitulah cerite nye.... spang kederang sunggoh!!!
Labels: Paleontology
Soalan; Di mana ruh ditempatkan selepas mati? Apakah ia mempunyai hubungan dengan jasad yang ditanam di bumi? Jawapan; Terdapat banyak pandangan ulamak dalam masalah ini, antaranya; Pendapat pertama: Ruh orang-orang beriman sama ada para Nabi atau syuhadak ditempatkan di dalam syurga. Adapun ruh-ruh orang kafir ditempatkan di dalam neraka. Ini adalah pendapat Abu Hurairah, Ibnu Umar, Imam Ahmad, Imam Syafi’ie dan Ibnu Kathir (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Baqarah, ayat 154). Pendapat kedua: Ruh-ruh orang beriman berada di langit yang ke tujuh di tempat bernama ‘Illiyyiin, sedangkan ruh-ruh orang kafir berada di lapisan bumi yang ke tujuh di tempat bernama Sijjin (penjara). Ini adalah pendapat Kaab dan Syeikh Abu Bakar al-Jazairi. Pendapat ketiga: Ruh-ruh orang beriman akan berada di halaman kubur masing-masing di mana kubur-kubur mereka dilapangkan oleh Allah, kecuali ruh orang-orang mati syahid yang ditempatkan di dalam syurga. Adapun ruh-ruh orang kafir, ia ditahan/dipenjara di bawah lapisan bumi yang ke tujuh. Ini adalah pendapat sekumpulan ulamak. Pendapat inilah yang dinyatakan oleh Imam al-Baijuri dalam kitabnya Syarah Jauharah at-Tauhid sebagai soheh. Menurut Imam Mujahid; ruh menetap di dalam kubur sehingga seminggu sahaja dari hari ia dikuburkan, kemudian ditempatkan di tempat yang lain. Pendapat keempat: Ruh berada di suatu tempat di mana ia berada ketika jasadnya belum diciptakan. Ini adalah pendapat Ibnu Hazm. Pendapat kelima: Ruh orang beriman berada di barzakh di bumi di mana ia bebas dapat pergi ke mana-mana menurut kehendaknya. Ini adalah pendapat Salman al-Farisi dan Imam Malik. Perbezaan pendapat di atas adalah kerana wujudnya perbezaan dalil yang menjadi rujukan masing-masing. Kerana itu Imam Ibnul-Qayyim al-Jauziyah dalam kitabnya ar-Ruh, setelah beliau membentang pendapat-pendapat yang pelbagai tadi, beliau membuat ulasan bahawa ruh-ruh di alam barzakh berbeza-beza tempat dan tingkatnya mengikut kedudukan masing-masing di sisi Allah; · Ada ruh yang ditempatkan di ‘Illiyyin pada daerah yang paling tinggi iaitu ruh para Nabi, · Ada ruh yang ditempatkan di dalam syurga seperti ruh para Syuhadak, · Ada ruh yang ditempatkan dipintu syurga, · Ada ruh yang ditempatkan di bumi, · Ada ruh yang berada lapisan terbawah dari bumi, · Ada ruh yang berenang dalam lautan darah (sebagaimana dilihat Nabi s.a.w. dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj). Kesimpulannya, ruh-ruh tidak berada di satu tempat. Sebagai menegaskan pandangan beliau, Imam Ibnul-Qayyim menjelaskan; “Jka kita analisis serta hayati hadis-hadis atau riwayat tersebut, maka kita akan menyimpulkan bahawa tidak ada dalil-dalil soheh yang saling bertentangan antara satu sama lain. Inilah hujah yang benar dan dapat dijadikan pegangan”. Hubungan ruh dengan jasad Ruh-ruh selepas mati walaupun berada di tempat yang jauh (di syurga, di langit dan sebagainya mengikut pendapat-pendapat tadi), namun ia masih mempunyai hubungan secara langsung dengan kuburnya yang mengandungi jasadnya. Dengan adanya hubungan itu, ruh akan membalas salam orang yang datang berziarah ke kuburnya dan tidaklah mustahil bagi ruh itu untuk kembali ke jasadnya dalam waktu yang amat pantas dari tempat tinggalnya dengan izin Allah. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. bersabda; “Tidak ada seorangpun yang melalui kubur saudaranya yang muslim yang dikenalinya di dunia, lalu ia memberi salam kepadanya melainkan akan dikembalikan ruh kepadanya sehingga ia dapat menjawab salam”. Begitu juga dengan adanya hubungan itu, jasad akan turut merasai nikmat atau azab yang dikenakan ke atas ruh di alam barzakh. Kesimpulannya; di alam barzakh sekalipun ruh dengan jasad terpisah, namun hubungan antara keduanya masih ada. Wallahu A’lam. Rujukan; 1. Ar-Ruh, Ibnul-Qayyim al-Jauziyyah. 2. Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Baqarah, ayat 154. 3. Aqidah al-Muslim, Syeikh Abu Bakar al-Jazairi. 4. Syarh Jauharah at-Tauhid, Imam al-Baijuri. Sumber |