ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
06 August, 2007
Nak Kaya ker?
Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL
daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah
hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang
berpakaian agak compang- camping lalu menegurnya," Anak nak ke mana?". Si
mamat menjawab ringkas, "KL" Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik
tumpang sampai ke Pagoh" dan dijawab oleh si mamat tadi "Ehm... bolehlah."
Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya. Dalam hati si
mamat berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau ... " Beliau
meneruskan perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi
bertanya, "Anak nak kaya tak?" Si mamat tersentak dan berkata dalam
hati,"Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak.
Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?" Si mamat pun
jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhanapun cukup. Kalau kaya nanti lupa
diri pulak" Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata
mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian
daripada orang tua tadi. Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya
tak?" Si mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalah pakcik,saya lebih
senang hidup sederhana".
Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, "Tu,
pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo's untuk anak sebagai tanda
terima kasih kerana tumpangkan pakcik." Terima kasih, ya nak." lalu orang
tua tu turun dari kereta. Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab,
"Terima kasihlah pakcik" lalu meneruskan perjalanan.
Pengajaran dari cerita tadi, kalau orang bagi kaya mintak dia roti sekali.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment