adsense

06 August, 2007

Kemiskinan tegar merupakan 'isu basi'?


Oleh : Pembasmi Fakir

Bagaimana untuk mengatasi masalah kemiskinan tegar ini?
Mari kita bincangkan bersama-sama di sini secara berfakta dan ilmiah. Adakah
langkah-langkah
yang telah dijalankan berkesan dan apakah penambahbaikan yang perlu selain
daripada
cadangan-cadangan lain untuk membasmi kemiskinan tegar ini?

Di bawah ini saya telah senaraikan konsep dan program-program yang telah
dijalankan kini
sebagai rujukan dan panduan perbincangan.

Secara konsepnya :

1) Pendedahan dan latihan kemahiran dan ilmu khusus kepada golongan sasaran.

2) Memperkukuhkan nilai-nilai positif termasuk etika kerja yang baik dan
keyakinan diri
golongan sasaran.

3) Meneruskan program-program sokongan seperti bantuan buku teks, biasiswa dan
elaun selain
daripada skim bantuan makanan kepada golongan sasaran.

4) Memperbaiki dasar dan institusi dalam pengurusan islam termasuk yang
berkaitan zakat, wakaf
dan baitulmal.

5) Pembangunan luar bandar termasuk memodenkan dan mengkomersilkan perkhidmatan
sokongan
(program latihan dan kemudahan pinjaman) berkaitan pertanian yang mana akan
meningkatkan
produktiviti dan pendapatan kepada golongan sasaran..

6) Skim pembangunan tanah diperkasakan melalui RISDA, FELCRA, SALRA DAN FELDA
?dll.

Kerajaan sentiasa mengemaskini dan menyilang-gabungkan pengkalan data kemiskinan
tegar di
bandar dan luar bandar untuk memastikan semua program membasmi kemiskinan yang
dijalankan
sampai ke golongan sasaran.

Contoh program :

Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR)
– Program Peningkatan Ekonomi
- Program Pembangunan Infrastruktur Asas
- Program Pembangunan Insan


Contoh-contoh program peningkatan ekonomi:

– Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang bertujuan untuk menambahkan dan
mengembangkan skim micro kredit (pinjaman mudah bermodal kecil)

AIM kebanyakannya mengutamakan wanita dan ibu tunggal di kawasan luar bandar
dengan
menggalakkan dan memulakan program dan projek yang memberikan peluang kepada
kumpulan sasar
untuk menambahkan pendapatan mereka.

- Yayasan Basmi Kemiskinan (peringkat negeri)
memberikan bantuan kewangan dan bukan kewangan untuk membantu golongan miskin
tegar ini
untuk meningkatkan pendapatan mereka melalui aktiviti perniagaan kecil.


Program-program yang dijalankan oleh NGOs dan sektor-sektor swasta juga
memerlukan
kaedah yang sama bagi tujuan audit dan akreditasi bagi memastikan keberkesanan
dan pemerkayakasakan yang mana perlu.

Sebagai contohnya : Program-program Realiti TV berkaitan- bukan
sekadar program untuk
mendedahkan masalah dan menambahkan rating sebaliknya harus telus dalam
pendedahan keberkesanan
sebelum dan selepas intervensi, butir-butir terperinci akaun sumbangan dan
lain-lain
kriteria berkaitan.

Marilah kita berbincang secara ilmiah dan berfakta, bukan sekadar persepsi dan
anggapan.
Perubahan awal haruslah bermula daripada kita sebagai individu sendiri.
Tingkatkan ilmu, kita
tidak harus menerima dan percaya apa yang kita dapat sebaliknya, lakukanlah
kajian sendiri.
Kemudahan IT , dunia tanpa sempadan di hadapan anda. Gunakanlah demi kebaikan.

Mungkin ada kesalahan/percanggahan fakta dalam tulisan saya di atas di harap
dapat menegur
dan membetulkan demi kebaikan bersama.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin