adsense

12 September, 2007

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1428




Seribu senyuman
belum tentu menawan hati

satu jelingan sudah cukup
menimbulkan rasa benci


membina mengambil masa
meruntuh sekelip masa

Selamat Menyambut

Ramadhan
.
Maaf Zahir dan Batin

Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina

Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perkenalan kita selama ini.

SEMOGA RAMADHAN YANG BAKAL MENJELMA AKAN LEBIH BERERTI DLM APA JUA AMALAM YANG KITA LAKUKAN..

Paying through the nose for tools



By ROYCE CHEAH, ELIZABETH LOOI and MANJIT KAUR

PETALING JAYA: Would you pay RM224 for a set of four screwdrivers?

Probably not, but that was what the Government paid to supply tools for students at the eight National Youth Skills Institutes (IKBN) around the country, according to the Auditor-General’s (AG) report.

The Star shopped around and found this set of Stanley screwdrivers. They cost RM32.80. For the RM224.94 set.

The AG said the screwdrivers had a market price of RM40 and according to pictures in the report, resembled the average Philips screwdrivers you could buy in any hardware shop.

And it does not stop there – the AG went a step further by examining the prices paid for 12 other tools and equipment bought for the IKBN project, comparing it with market prices when the procurement was done in late 2002.

Among these were technical books consisting 10 titles that had a price tag of RM10,700 and a 3.1 megapixel digital camera that was bought for RM8,254.

For the 13 items that the report highlighted, the Government paid RM8.39mil more than the market price at that time.

According to the report, consultants for the Youth and Sports Ministry had reached an estimated price tag of RM399.67mil for the equipment for the IKBN project which later ballooned to RM767.98mil after two appeals by the ministry for additional allocations.

“The ministry said more money was needed in anticipation of a bigger student population and that getting equipment from the same supplier meant prices would remain the same.

“But there was no proof that market research was done to identify the prices of the items and equipment because minutes for the negotiation meetings were not prepared,” the report said.

It said without the minutes, the auditing team was unable to find out if efforts were made to reduce prices.

The AG also said that the ministry’s secretary-general (KSU) had signed off 11 contracts worth between RM7.99mil and RM74.2mil that were related to the IKBN project, on behalf of the Government.

“The KSU only has the authority to sign contracts worth less than RM5mil. Anything larger should be signed by the minister or someone to whom the authority has been given.

“However, during the audit, no such letter giving the authority to the KSU presented itself,” the report said.

The report said there were also discrepancies such as one supplier being paid more than the other for exactly the same equipment.

One example the AG highlighted showed one supplier getting RM1.24mil more than the other for identical engineering equipment.

Panduan untuk pesakit diabetes jalani ibadah puasa



Susunan DALILAH IBRAHIM

DIABETES Mellitus (DM) adalah penyakit kronik di mana terdapat kadar gula berlebihan di dalam darah yang disebabkan oleh gangguan hormon insulin iaitu hormon yang berperanan mengawal paras gula dalam darah, baik secara kuantiti (insulin berkurangan) atau kualiti (insulin tidak berkesan).

Mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Kedua pada 1996, lebih 1.5 juta penduduk negara ini menghidap diabetes. Daripada jumlah itu, kira-kira satu juta terdiri daripada mereka yang beragama Islam yang secara amnya bertanggungjawab untuk berpuasa di bulan Ramadan.

Persoalannya, bolehkah pesakit diabetes berpuasa sedangkan mereka terpaksa begantung kepada ubat-ubatan atau suntikan insulin setiap hari untuk mengawal penyakit?

Pesakit diabetes yang beragama Islam bolehlah mengikuti panduan berikut, yang dipetik daripada persidangan yang menggabungkan pemikiran para ulama Islam dan doktor perubatan moden.


Siapa yang boleh dan tidak boleh berpuasa?
Secara umumnya, pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan dan diabetesnya terkawal serta tidak memerlukan insulin memanglah digalakkan berpuasa.

Walau bagaimanapun, pesakit diabetes yang tidak terkawal paras gulanya dan tidak mengambil ubat-ubatan atau suntikan insulin seperti yang disyorkan oleh doktor mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk berdepan dengan komplikasi jika berpuasa.


Antara pesakit diabetes yang tidak digalakkan berpuasa termasuklah;
Penyakit diabetesnya tidak stabil. Dibimbangi ia akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti dehidrasi (kekurangan air), jangkitan kuman dan koma.

Mengalami komplikasi diabetes yang serius seperti penyakit jantung koronari dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.

Kerap mengalami komplikasi diabetik ketoasidosis (lebih cenderung bagi pengidap Diabetes Jenis I dan pesakit yang menggunakan suntikan insulin).

Kerap mengalami komplikasi hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah).

Sedang mengalami jangkitan kuman.

Warga tua dan tinggal bersendirian.

Hamil yang memerlukan suntikan insulin.

Berusia di bawah 12 tahun.

Pesakit diabetes yang ingin berpuasa mestilah bersahur, menyegerakan berbuka puasa, makan ubat/menyuntik insulin mengikut nasihat doktor, mengawasi penyakit diabetes dan kesihatan mereka secara umumnya dan peka dengan tanda-tanda hipoglesemia, hiperglisemia (gula berlebihan dalam darah) dan dehidrasi.

Mereka harus segera berbuka apabila mengalami samada hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi. Adalah haram untuk pesakit meneruskan puasa kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan. Jangan sekali-kali mengubahsuai dos ubat atau insulin dan waktu ia harus dimakan/disuntik tanpa rujukan doktor.

Mengenal pasti keadaan hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi
Hipoglisemia Hiperglisemia Dehidrasi
Menggigil
Terlalu lemah
Amat lapar
Berpeluh
Pucat
Berdebar-debar
Gelisah
Koma (tidak sedarkan diri)
Kerap buang air kecil
Terlalu dahaga
Sangat letih
Amat dahaga
Kulit dan lidah yang terlalu kering
Fikiran terganggu




Panduan kepada pesakit diabetes yang dibenarkan berpuasa
Diet - Elakkan makan berlebihan ketika berbuka puasa dan pada waktu malam. Karbohidrat dan makanan berlemak boleh menambahkan berat badan serta menyukarkan kawalan diabetes.

Sahur Berbuka
Sekurang-kurangnya semangkuk oat/bijirin ATAU
3-4 keping roti ATAU
Nasi dan lauk (lebihkan sayur-sayuran)
Hadkan pengambilan air bergula, kuih-muih manis.
Jika memakan kurma, hadkan kepada dua hingga tiga biji sahaja.
Kurangkan pengambilan nasi dan lebihkan sayur-sayuran.

Senaman
- Melakukan aktiviti fizikal yang ringan ketika berpuasa tidak akan mendatangkan kemudaratan. Perubahan terhadap diet dan ubat-ubatan ketika bersahur harus dibuat (mengikut nasihat doktor) bagi mengelakkan hipoglisemia.

Ubat - Dapatkan nasihat doktor tentang pengubahsuaian dos serta waktu pengambilan ubat. Sebagai panduan, dos ubat-ubatan seperti glibenclamide, gliclazide, glipizide, chlorpropamide dan Acarbose yang di ambil sebelah pagi pada kebiasaannya di hari tidak berpuasa, ditukar masa pengambilannya ke waktu berbuka puasa.

Dos yang diambil sebelum makan malam malam sewaktu tidak berpuasa pula perlu diambil sebelum bersahur. Pengurangan dos yang diambil mungkin perlu untuk mengelakkan hipoglisemia.

Ubat seperti repaglinide perlu dimakan pada waktu bersahur dan berbuka puasa. Metformin dan Rosiglitazone secara amnya kurang mengakibatkan hiploglisemia dan selalunya tidak memerlukan perubahan dos.

Insulin - Dos dan waktu insulin disuntik harus diubahsuai mengikut arahan doktor berdasarkan ujian tahap gula dalam darah yang dilakukan pada permulaan puasa seperti berikut:

Tiga kali suntikan insulin: Dua dos insulin yang bertindak segera (short-acting insulin) ketika berbuka dan sebelum bersahur. Ini diikuti dengan satu dos insulin yang bertindak lama (intermediate acting insulin) sebelum tidur.

Dua kali suntikan insulin: Satu dos insulin yang sudah dicampur (premixed insulin) ketika berbuka puasa. Dos yang diperlukan adalah sama seperti dos yang diberika pada waktu pagi di hari tidak berpuasa. Satu dos insulin yang bertindak segera pula diberi sebelum bersahur .

Pada permulaan bulan puasa, tahap gula dalam darah perlu diuji pada waktu-waktu berikut:

*Sebelum bersahur
*Dua hingga empat jam sebelum bersahur
*Sebelum berbuka puasa
*Dua hingga empat jam kemudian

Perkara lain yang perlu diberi perhatian
Pesakit yang memerlukan insulin perlu menjalani ujian ketone di dalam air kencing atau darah, sekiranya tahap gula di dalam darah mereka terlalu tinggi. Langkah ini dapat mengelakkan berlakunya koma diabetik ketoasidosis. Pesakit ini juga mesti segera berbuka puasa.

Awasi berat badan di sepanjang bulan puasa. Pertambahan lebih dua kilogram perlu dimaklumkan kepada doktor. Jika dalam satu hari berat badan didapat berkurangan 3%, pesakit mestilah segera berbuka bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya dehidrasi yang serius.

Banyakkan minum air tetapi elakkan minuman manis. Gantikan air yang hilang ketika membuang air kecil di tengah malam dengan meminum air.

Dengan pengawasan yang baik, ibadah puasa dapat dilaksanakan dengan selamat oleh pesakit diabetes. Pesakit perlu menjaga diet ketika berbuka, bersahur dan mendapatkan nasihat doktor berhubung pengubahsuaian dos dan waktu ubat/insulin harus dimakan/disuntik. Pesakit perlu peka terhadap tanda-tanda hipoglisemia atau dehidrasi. Sekiranya ia berlaku, pesakit mestilah segera berbuka puasa.

Nota editor: Artikel asal disediakan oleh A/Prof Dr Nor Azmi Kamarudin, Klinik Diabetis dan Endokrinologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan diterbitkan untuk pendidikan ehsan oleh Novo Nordisk Pharma (M) Sdn Bhd.

Lebih 3juta rakyat hidap darah tinggi, kencing manis




11-09-2007 04:14:37 PM KUALA LUMPUR: Lebih tiga juta rakyat Malaysia dalam lingkungan umur 25 hingga 64 tahun menghidap penyakit tekanan darah tinggi dan kencing manis pada tahun lepas.


Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Datuk Lee Kah Choon berkata daripada jumlah itu 50 peratus atau 1.56 juta pesakit membabitkan bangsa Melayu, 635,000 orang Cina dan India 244,000 orang.


"Daripada 1.33 juta pesakit kencing manis, 56 peratus atau 736,000 orang terdiri daripada bangsa Melayu, India, 227,000 orang dan Cina, 155,000 orang," katanya menjawab soalan Datuk Firdaus Harun (BNRembau) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.


Katanya antara langkah pengawalan penyakit itu dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) ialah melaksanakan kempen Cara Hidup Sihat, pemeriksaan saringan faktor risiko penyakit kronik dan menganjurkan kemkem kesihatan.


Ketika menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAPKepong) berkenaan masalah kegemukan, Lee berkata 20 peratus daripada rakyat negara ini mengalami obesiti.


Lee juga berkata Kementerian Kesihatan mensyaratkan doktor perlu menghabiskan tempoh wajib tiga tahun berkhidmat dengan kementerian itu sebelum meninggalkan perkhidmatan kerajaan.


"Kita memberi pelbagai insentif dan elaun serta peluang kenaikan pangkat supaya mereka terus setia berkhidmat dengan kerajaan," katanya menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Ariffin (BNJerlun). BERNAMA

Dekatkan diri dengan Allah lebih2 lagi bulan Puasa



Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w.,
sabdanya:

Allah Azza wa jalla berfirman-dalam Hadis Qudsi: "Aku
adalah menurut sangkaan hambaKu dan
Aku akan selalu besertanya selama ia mengingat
padaKu."

"Demi Allah, nescayalah Allah itu lebih gembira kepada
taubatnya seseorang hambaNya daripada seseorang di
antara kamu semua yang menemukan sesuatu bendanya yang
telah hilang di padang yang luas."

"Barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak
sejengkal, maka Aku mendekat padanya dalam jarak
sehasta dan barangsiapa yang mendekat padaKu dalam
jarak sehasta, maka Aku mendekat padanya dalam jarak
sedepa. Jikalau hambaKu itu mendatangi Aku dengan
berjalan, maka Aku mendatanginya dengan
bergegas-gegas. "


Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke
atas umat Islam untuk menunaikannya.

Pertama, hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
Kedua, hak untuk bertakbir atau memahami makna dan
menjiwai kehidupan. Ketiga, hak untuk beramal dengan
seluruh isi kandungannya

Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Berdoalah kalian kepada Allah dengan keyakinan agar
dikabulkan. Ketahuilah bahwa Allah tidak akan
mengabulkan doa orang yang hatinya hampa dan tidak
sungguh-sungguh" (HR Turmudzi dan al-Hakim).

Sesungguhnya Allah, para malaikat, penduduk langit dan
bumi sampai semut dan ikan mendoakan kebaikan kepada
orang yang mengajar kebaikan kepada manusia. (Hadis
riwayat Tirmizi)

Gerai Buah Berwawasan




Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Funny Animals



Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Koleksi Lawak



Pesakit Jiwa dan Pilot

Satu hari, seorang pilot telah di tugaskan utk membawa 30 pesakit jiwa berpindah ke satu kawasan yg baru dgn menaiki kapal terbang yg akan dipandunya.

Pada keesokan hari, spt yg dijanjikan juruterbang itu pun membawa 30 pesakit jiwa tersebut. 29 pesakit tersebut terlalu gembira dapat menaiki kapal terbang itu. Mereka semua melompat2 di dlm kapal terbang itu. Bagaimanapun cuma seorang pesakit sahaja yg hanya mendiamkan diri.

Tiba2 kapal terbang yg mereka sem! ua naiki bergegar akibat 29 pesakit yg melompat2 itu. Pilot menjadi geram akibat perbuatan 29 pesakit itu. Dia tidak dapat mengawal kapal terbang yg bergegar itu. Pilot tersebut memanggil pesakit jiwa yg pendiam itu dan menyuruh supaya dia memberitahu kawan2nya supaya berhenti bermain.

5 minit kemudian, pilot itu mendapati kapal terbang kembali stabil. Pilot memangggil sekali lagi pesakit jiwa yg pendiam itu dan bertanya, "Kenapa semuanya boleh menjadi senyap dlm sekelip mata..? Apa yg kau bagi tau sama kawan2 kau itu?".

Pesakit itu pun manjawab "Saya bagi tau kat kawan2 saya ..... kalau nak melompat2............pergi main kat luar!!!!

Lafaz Niat puasa



Untuk Sebulan Dan Harian

Klik imej utk besarkan

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Luahan hati lelaki yang dibenarkan kawin lagi



Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan'.

Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih sengih aje lah I at that time.

'Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan kawan aku siap pegi Siam nu nak nikoh lagi satu, ni siap suruh lagi.tak tahulah kalau isteri say tu main reverse psikologi dengan saya.

Tapi lepas saya berfikir panjang, rasa rasanya tak nak lah. Sebab apa ? Bila mengenangkan awak dah 40. Let say kalau I kahwin dengan anak dara.Memang lah seronok beb. Seronok benda yang kat dalam seluar tu aje lah.

Tentang makan minum, pakai I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife.Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siap mandi dan segala gala nya lah.

Rasa rasa dapat ke isteri muda I buat gitu. Tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I dah tua. Mesti dia kata I ni mengada ngada. Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain. anak anak lebih tertekan. Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu.

Diorang tentu dah tak rapat dengan I. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak anak. Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil (kan dah ada> experience dengan isteri pertama-bagaimana kelam kabut! nya dia menguruskan anak-anak) sedangkan dirumah isteri tua, anak anak sedangseronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.

Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok.Paling lama setahun. Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama. Tapi masa tu kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula.

Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia. Lepas tu kita kawin lagi satu.

Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini.

Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk.Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje.

Hish banyak lah lagi. Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah nih sila kanlah. Tapi bagi saya selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah saya tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.

Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu saya rasa tak pernah kurang pun layanan isteri terhadap saya. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala.

Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula.

Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah kita juga, cuai dan mengabaikannya).

Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.

Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila saya sebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni. Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian.

Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke?Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Cuba bab menegakkan agama Islam,masih lagi terkial kial...

.

5 MINUTE MANAGEMENT COURSE



Lesson 1:
A man is getting into the shower just as his wife is finishing up her shower, when the doorbell rings. The wife quickly wraps herself in a towel and runs downstairs. When she opens the door, there stands Bob, the next-door neighbor.

Before she! says a word, Bob says, "I'll give you $800 to drop that towel, "

After thinking for a moment, the woman drops her towel and stands naked in front of Bob After a few seconds, Bob hands her $800 and leaves.
The woman wraps back up in the towel and goes back upstairs. When she gets to the bathroom, her husband asks, "Who was that?"

"It was Bob the next door neighbor," she replies.

"Great," the husband says, "did he say anything about the $800 he owes me?"

Moral of the story:
If you share critical information pertaining to credit and risk with your shareholders in time, you may be in a position to prevent avoidable exposure.

Lesson 3:
A sales rep, an administration clerk, and the manager are walking to lunch when they find an antique oil lamp. They rub it and a Genie comes out.

The Genie says, "I'll give each of you just one wish."

"Me first! Me first!" says the admin clerk. "I want to be in the Bahamas , driving a speedboat, without a care in the world."

Puff! She's gone.

"Me next! Me next!" says the sales rep. "I want to be in Hawaii, relaxing on the beach with my personal masseuse, an endless supply of Pina Coladas and the love of my life."

Puff! He's gone.

"OK, you're up," the Genie says to the manager.

The manager says, "I want those two back in the office after lunch."

Moral of the story:
Always let your boss have the first say.

READ MORE...

Drink the right tea + Some info on Drinking Soyabean Milk



1. People who use their "brain" to work or students who study hard day and night.
--- should drink more chrysanthemum Tea.


2. People who need a lot of body energy to work or those people that do a lot of exercise everyday.
--- should drink Wu Loong Tea.



3. People who travel on a bike or work in dirty and polluted places.
--- should drink Green Tea.


4. For people who likes to sit down all day long and not doing anything even exercising
--- must drink Green Tea and Flower Tea.


5. People who smoke and drink a lot of alcoholic drinks.
--- should drink more Green Tea.


6. Carnnivore ( those people who must eat meat at least once a day, or feel sick or not feeling well)
--- try to drink some Wu Loong Tea.


7. People who go to the washroom too often or too less.
--- should drink more Honey Tea


8. People with high cholesterol and high blood pressure.
--- Wu Loong Tea, Green Tea.


9. Those who work with computers everyday.
--- need to drink a Lot of Tea (any tea will do).


Whenever you are working with the computer, you should make some tea, drink it when you are free.

Drinking Tea is healthy, it can protect and prevent the harmful Ultraviolet light from harming us (when using computer).
Furthermore, it can also cure us when we are tired and help making our body feel fresh again.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~

All of us know that soyabean drink provides good protein to our body... but many of us doesn't know that there are certain days we should avoid.

Soyabean drinks are best consume on hot sunny days where the sun is burning and glaring. The soya milk will gives lots of nutrients to the
body, as the body is able to absorb the protein well.

However, Avoid the drink when the weather is cloudy or raining. Taking the drink in these weathers, the body will not be able to take in the protein
thus will result in a disease called "GOUT" or "high acidic urine" due to the high protein residue in the body, after a long run.

This disease will cause pain to your knee joints and it will only be in control when you control your food intake of proteins and medications. The
pain is unbearable and usually you will have no idea what you have taken to cause the pain. Food like soya beans, ikan bilis, broccoli, spinach,
peanuts, animal organs etc will have to be avoided to prevent the pain from attacking.

More Health Tips

"Golongan lain bakar bendera" Pesuruhjaya PAS Terengganu








Foto
"Saya bersedia disiasat terhadap maklumat ini..." kata Datuk Mustapha Ali
Oleh Wartawan klpos.com

ImagePESURUHJAYA PAS Terengganu, Datuk Mustapha Ali mendakwa bendera Umno dan Malaysia yang dibakar oleh perusuh di Kuala Terengganu 9 September lalu dilakukan oleh 'golongan lain'.

"Saya mendapat maklumat tersebut pagi ini (10 Sept) dan ini merupakan maklumat terbuka dan saya bersedia disiasat terhadap maklumat ini," kata beliau dalam satu sidang media khas semalam di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur.

Ada wartawan akhbar Cina beritahu, kumpulan wartawan dilarang mendekati kawasan kejadian, jadi dari mana 'gambar-gambar' yang disiarkan oleh akhbar itu datang?, kata Ronnie Liu
SEMENTARA ITU, Jurucakap Bersih, Ronnie Liu berkata semua gambar yang disiarkan media datang dari 'sumber yang sama.

"Ada wartawan akhbar Cina memberitahu, kumpulan wartawan dilarang mengambil gambar, jadi dari mana 'gambar-gambar' yang disiarkan oleh akhbar itu datang? Apakah ini gambar dari pihak berkuasa?," soal Ronnie.

Kenyataan Ronnie itu disokong oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Syed Azman yang mengatakan bahawa semua jurugambar telah ditahan dan kamera mereka dirampas.

"Gambar yang keluar di akhbar-akhbar itu adalah dari kamera polis sendiri," tegas Dr Syed Azman.
Akhbar semalam menyiarkan gambar seorang lelaki bertopi keledar membakar bendera Malaysia yang kononnya dilakukan oleh 'perusuh'.

Berikutan itu, Pemuda Umno membuat satu laporan polis berdasarkan gambar tersebut.

Dalam pada itu, Mustapha Ali juga memberitahu media bahawa beliau mendapat maklumat yang menyatakan bahawa terdapat saksi yang berani tampil untuk mengatakan bahawa kejadian rusuhan itu adalah 'pre-plan' yang melibatkan antara Setiausaha Politik Perdana Menteri, Senator Dato' Wan Farid.


Mustapha Ali (gambar Malaysiakini.com)

"Maklumat tersebut menyebutkan bahawa kira-kira jam 3.00 hingga 4.00 petang pada 8 September lalu, sewaktu satu kursus diadakan, seorang polis yang mengendalikan kursus tersebut telah menerima satu panggilan yang memaklumkan bahawa satu 'huru-hara' akan berlaku menjelang malam nanti di pantai Batu Buruk dan pegawai polis bertugas yang tidak beruniform dikehendaki memastikan identiti dengan memakai riben," jelasnya.

"Jika fakta ini dipertikaikan, dia (polis) boleh soal siasat saya," kata beliau.

Desak tubuh Suruhanjaya diraja
Menurutnya lagi, PAS dan parti-parti politik serta NGO mendesak kerajaan supaya ditubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat apa sebenarnya yang berlaku dalam Tragedi Batu Buruk pada 8 September lepas.

Manakala siasatan bagi pihak PAS dan rakan-rakan diserahkan kepada pasukan 'legal team' yang diketuai oleh AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin
Kata beliau, pihaknya mempunyai versi tersendiri tentang apa yang berlaku manakala media BN telah melapurkan versi mereka pula.

“Oleh itu saya mendesak supaya disiasat semua sekali apa yang sebenarnya berlaku dan saya rela disiasat tentang apa yang saya katakan hari ini,” katanya.

Manakala siasatan bagi pihak PAS dan rakan-rakan diserahkan kepada pasukan 'legal team' yang diketuai oleh AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin

PAS juga ujar beliau, akan mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia(Suhakam), Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Terengganu berhubung insiden tersebut.

Sidang yang dipengerusikan oleh AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman dimulai dengan penjelasan Dato' Mustapa Ali yang diikuti oleh kenyataan beberapa pimpinan Barisan Alternatif lain iaitu, Setiausaha Agung PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim; Koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Arutchelvan; Jurucakap Bersih, Ronnie Liu; Ahli Parlimen Seputeh, Theresa Kok dan Jurucakap Suaram, Yap Swee Seng. klpos,harakahdaily,

11 September, 2007

Rock yang diIslamkan?



Hayati 'Islam' dalam pub!
10-09-2007 05:08:59 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
Mungkin pemilihan tempat untuk Konsert Hayati di Ruums, Life Center, agak 'kurang sesuai' kerana umum sedia maklum ianya adalah sebuah 'bar' dan 'pub.'

Namun sebagai satu pendekatan baru tempat ini dipilih dan ianya bukan penghalang perjalanan konsert ciri 'rock Islamik' yang menampilkan penyanyi rock tanpa dadah dan alkohol.

Ternyata niat ikhlas Pengarah Urusan Nusantara Germs Dato' Raja Rezza Shah atau Shah Reza ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton apabila seramai 1,000 orang hadir pada petang semalam.


Persembahan pembukaan oleh Faizal tidak sia-sia
dengan menyanyikan tiga buah lagu
(Foto The Star oleh Kevin Tan)
"Dalam masa yang begitu singkat dan kekurangan 'sponsor', saya sebenarnya lebih bersyukur sebab ianya lebih dari apa yang saya jangkakan.

"Daripada penonton yang hadir, mereka berkelakuan baik. Saya betul-betul gembira kerana banyak perkara yang terkawal.

"Dengan imej tersendiri dan tema hiburan alternatif, ada juga artis rock yang tak nak ubah tapi 99 peratus menunjukkan respon positif ," kata bekas pelakon dan penyanyi Shah Reza selepas konsert itu berakhir.


Ahli Fiqir mendendangkan lagu dengan penuh bersemangat
Menurut Shah Reza, dia mengambil masa kurang daripada sebulan sebelum konsert iaitu selepas pulang dari menghadiri majlis Tilawah Al-Quran di Jakarta. Walaupun dalam masa yang suntuk, Shah Reza perlu mengotakan janjinya walau dalam apa keadaan sekalipun.

Dengan belanja yang kurang daripada RM100,000, beliau akui memang terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki seperti aspek teknikal.

Namun, persembahan artis yang mantap dan bersemangat ketika menyanyikan lagu membuatkan segala cacat cela yang berlaku dapat dimaafkan.

Hattan dan Yasin juga menyampaikan lagu dengan penuh bertenaga
Apa yang diperhatikan, terdapat segelintir pasangan yang berpelukan seolah-olah mencemar konsert yang suci seperti warna pakaian yang disarungkan ke tubuh penyanyi dan pengiring muzik (semuanya berpakaian putih) di bawah pimpinan Riss itu.

"Kita kena realistik. Ini baru pertama kali konsert sebegini diadakan. Mustahil semua boleh betul dalam satu konsert sahaja. Mana kita tahu mungkin mereka suami isteri kan?," jelas Shah Reza seolah memberi 'lampu hijau' tentang aksi melampau pasangan yang hadir.

"Kalau 100 peratus semuanya baik, mungkin saya yang akan taksub pula. Biasalah kita tak boleh nak ubah sesuatu itu secara mendadak. Kalau dapat buat sedikit perubahan pun jadilah.

"Tapi sekurang-kurangnya tiada orang yang mabuk dan mengambil dadah. Saya rasa ini adalah sebuah konsert yang membawa kesan positif'," jelas bekas penyanyi Mekar Sejambak itu lagi.

Ella dan Bienda berduet dalam lagu Kau Tiada Ganti dengan
iringan gitar sentuhan Man Kidal
Menurut Shah Reza lagi, mungkin sebelum ini peminat yang membeli album Ella lupa akan lirik lagunya dan hanya menghayati rentak lagu sahaja ibarat 'suci dalam debu'. Mereka sepatutnya mencari yang tersurat dan tersirat."

"Apa yang penting adalah mesej. Sampaikan mesej melalui lagu-lagu rock kerana masyarakat suka 'judgemental' (bersifat menghukum)," kata Shah Reza.

Konsert yang berlangsung selama dua jam setengah itu turut menampilkan penyanyi rock seperti Ella, Faizal Tahir, Man Kidal, Hattan, dan Mus (May).

Gemersik petikan gitar Man Kidal menghiburkan penonton
Selain itu, konsert yang dihoskan oleh Bob Lokman ini juga menampilkan Yasin, Ahli Fiqir, dan Bienda.

Persembahan 'Konsert Hayati' memang menyentuh perasaan dan yakin ramai yang dapat menerima mesej dan pengajaran yang disampaikan melalui lirik di paparan skrin besar.

Antara persembahan yang bertenaga dan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton adalah lagu Rendang Tak Berbuah oleh Hattan termasuk lagu-lagu lain yang disampaikan olehnya seperti Kau Yang Satu, Duit-duit, dan Kepadamu Kekasih yang bercirikan ketuhanan.

Tidak kurang hebatnya Ella dalam lagu Rama-rama dan Mus (Sinar) yang menjadi siulan penonton, membangkit semangat dan bertenaga setelah mendapat sorakan dan tepukan yang gemuruh.

Persembahan daripada Faizal sebagai pembuka konsert juga tidak menghampakan walaupun hanya menyanyikan tiga buah lagu iaitu Raikan Cinta (M.Nasir), Wild World (Yusof Islam) dan lagu yang memenangi Lagu Rock Pilihan dalam Anugerah Era 2007 pada 8 September lalu, Mahakarya Cinta.

Persembahan lagu Sinar oleh Mus mendapat tepukan gemuruh
Kesemua 24 buah lagu yang disampaikan dengan lirik yang berkonsepkan ketuhanan dan kemanusiaan serta sentuhan gitar daripada Man Kidal boleh dikatakan berjaya memukau penonton.

Lagu-lagu lain yang mendapat perhatian penonton adalah Alhamdulillah (duet Yassin), 2x5 dan Samseng (Ahli Fiqir), Dari Kaca Mata (Mus) dan Standing In The Eyes, Kasih, Permata Biru dan Gemilang (Ella).

Lagu Gemilang disampaikan secara beramai-ramai pada kemuncak persembahan oleh Ella, Man Kidal, Ahli Fiqir, Mus (May) dan Bob Lokman.

Dengan dua orang penyanyi latar yang mengiringi persembahan, Bob Lokman menjayakan konsert dengan melakukan selingan komedi yang mencuit hati penonton.

Ella tampil dengan kelainan pakaian bercorak batik yang sopan ciptaan Tom Abang Saufi.

Golongan artis dan personaliti tidak ketinggalan menghadiri konsert eksperimentasi yang samada mencetus kontroversi atau medium baru yang bakal diikuti oleh pihak lain selepas ini.

Mereka adalah pelakon kanak-kanak dari filem Tentang Bulan Nik Adruce dan Erin Malik, Datuk Siti Nurhaliza dan suami Datuk Khalid Mohd Jiwa bersama anak tirinya Mohd Asyraf Khalid dan Fifi TV3 (Bersamamu).

"Saya berpuas hati dengan apa yang mereka buat. Konsert rock, rock juga asal ada elemen nasyid walaupun buat di disko tetapi lagu memuji Allah. Memang bagus dan apa yang mereka sampaikan dalam lagu ada nasihat yang baik dan boleh diikuti," kata Adruce.

Anak tiri Siti Nurhaliza, Asyraf, 15 pula berpendapat konsert sebegini adalah bagus kerana beliau melihat ramai 'Mat Rock' datang ke konsert 'Islam'.

"Kiranya sampailah mesej yang mereka ingin sampaikan....," kata Asyraf yang menyukai lagu Kasih dan Rendang Tak Berbuah.

Rata-rata ramai yang terhibur dengan konsert yang julung-julung kali diadakan.

"Best dan puas hati dengan showmanship dan persembahan semua artis. Insya Allah mesej yang ditujukan sampai kepada saya. Saya datang pun sebab konsert ini lain daripada yang lain dan belum pernah diadakan sebelum ini," kata Kaka, gadis berusia 18 yang juga menyukai lagu Kasih.

Konsert Hayati bakal ditayangkan di TV9 pada 17 Oktober ini.

Patuhi undang-undang agar tidak tersesat




Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Video Hukuman Sebat



kalu lemah semangat jgn tengok..


>>>CLICK HERE TO VIEW<<



so bila nk buat jahat tu ingat2 ler skit.

Najis Besar



Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu
Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku
bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu
dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama.

Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai
orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi
dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas
bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih.

Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk
dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak
tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu
besar?..

Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang,
dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi
tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing
baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi
aku rasa jawapan tu ok la kut.

Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling
kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam
nak tolong je mamat pengantin tu? bukannye susah, jawapannya
anjing ngan babi je,.. tapi mamat tu dah mula berpeluk jantan
keluar kat dahi?. tok kadi mula senyum? Aku sebut dalam hati
moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya
aku cakap dalam hati dia tak dengar.

Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana
ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum
air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai
orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2
aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh
jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata.

Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar
kat pengantin tu keadaan senyap sunyi?. tapi bila pengantin
tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan
gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control
macamana ?taik gajah? besar betul.. nak2 bila gajah makan durian.

New kind of Breast Cancer



Please forward to all of the women in your lives . Mothers, daughters, sisters, aunts, friends, etc.
In November, a rare kind of breast cancer was found. A lady developed a rash on her breast, similar to that of young mothers who are nursing.
Because her mammogram had been clear, the doctor treated her with antibiotics for infections. After 2 rounds, it continued to get worse, so her doctor sent her for another mammogram. This time it showed a mass.
A biopsy found a fast growing malignancy. Chemo was started in order to shrink the growth; then a mastectomy was performed; then a full round of Chemo; then radiation. After about 9 months of intense treatment, she was given a clean bill of health.


READ MORE...

Kongsi Fail: Tip-tip semasa berpuasa



Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda: "Di
dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang
tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:
1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi
Allah daripada bau minyak kesturi.
2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk
mereka hingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah menghias surga Nya sambil
berkata, 'Hamba-hamba Ku yang saleh ingin melepas
beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk
memasukimu.'
4. Pada bulan ini diikatlah setan-setan yang durhaka
sehingga mereka tidak leluasa mencapai apa yang dapat
dicapainya pada bulan lain.
5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang
terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai
Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau
menjawab, 'Tidak, karena orang yang bekerja itu akan
dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan
pekerjaannya.' (HR Ahmad)


Kandungan Tip-tip semasa berpuasa

>>>>CLICK HERE TO DOWNLOAD "PERSEDIAAN RAMADHAN"<<<<
Power Point Format

Peribahasa Melayu Moden dan Pompuan"



PISAU CUKUR pompuan yang jenis berhormon tinggi dan banyak bulu.

Contohnya bulu kening macam ulat bulu. Memang la tak baik cukur
kening, tapi kalo dibiarkan sekali selak terkeluar anak cicak, dua
kali selak terkeluar pulak anak biawak. Sapa nak jawab? Haha!

TALAM DUA MUKA sama ada muka dier lawa macam kuih talam atau hidung
dier penyet macam kena tonyoh-tonyoh dengan talam masa best-best
wrestling tarik rambut kat shopping complex. Ahaks!

MULUT MURAI dah la banyak bunyi, muncungnya pulak kalah muncung ikan
todak. Kasik lastik laju-laju baru ada akai. Tapi kalo yang "wachaa"
tu spesis mulut samurai. Eheh!

MATA DUITAN ni jenis mata bulat besar macam duit syiling lima ploh
sen. Kalo mata sepet-sepet tu duit syiling seploh sen jer. Memang
kesian tengok muka dier. Huhu!

MATA-MATA pompuan jenis ni memang suka kumpul mata.. tak kira Bonus-
Link ke, Kad Mesra ke, J.J Card ke, asal ada mata ganjaran. Sanggup
habis ribu-riban semata-mata nak dapatkan sekaki payung. Hahak!

10 reasons to leave the office at 5.30pm



1: Employment letter states that your working hour is till 5.30pm.
2: Work is a never-ending process even if you stay till next morning, you will never finish it.
3: Human are not robots. Even robot / machines have to rest or else it will face breakdown problems.
4: You love your career, but your family is more important in your life.
5: If you fail in your life, your boss is not going to be the one who gives you a helping hand. Whereas your family will definitely offer help.
6: You do not want to screw up or make your life miserable because of your job.
7: Monthly salary = work from 9am - 5.30pm.!
If 6.00pm = $0.00 + $0 Bonus + $0 Ang Bao + 0 appreciation + Bad health + Bad social life + Poor family relationship.
Equals to = Unproductive Employee + Performance drops + Company reputation drops + Retrenchment rate increases + Resignation rate increases.
8: If a person disagree to the above formulation, we think he/she is a loser who has no life, heartless, doomed workaholic, etc. He/She deserves a 'Best Employee of the Year Award'!!
9: You shouldn't give a damn if your boss fires you.
10: For the Chinese remember this, 'House in the East no longer keeps you, then just move to the West House'.

Pringles ni confirm tak boleh makan



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kulit Ba Alif Ba Ya



Kulit babi nampak mcm kulit lembu tp lebih lembut malah ada yg bintik segitiga tu tak ketara sgt. Kena perhati betul2. Allah jadikan kulit babi ni, ada liang roma yg ketara...tak mcm kulit lembu. Bentuk 3 dot (segitiga).

Disbbkan texture yg lembut & tahan lasak, kulit babi biasanya dijadikan lining utk kasut, wallet, talipinggang, handbag, topi, bola dsb. Ada juga document bag & handbag yg dibuat dpd full pigskin. Warna kulit babi ni agak cerah, tp ada yg boleh diwarnakan dlm berbagai2 warna. Di Rusia & Europe, kulit babi juga dijadikan hamparan/trim utk hamparan.

Saya dah beberapa kali terjumpa kasut jenama2 biasa yg terdpt di pasaraya2 tempatan menggunakan lining kulit babi & diletakkan di shelf tanpa ada tanda pengenalan khusus (atas shelf sekali dgn kasut kulit lembu). Antaranya Guess, Alain Delon, Nike, Hush Puppies dll. Malah, sy pernah terbeli sepasang kasut tu. So, berhati2 semasa memilih kasut..esp time2 nak raya ni... :-)

Bulu babi juga Allah bg karakter khusus....hujung bulu dia bercabang. Byk digunakan utk berus cat, berus utk pastri, berus songkok, berus kasut dll. Mmg ada kes sblm ni di mana premis yg telah mendapat pengesahan halal dr Jakim menggunakan berus pastri yg diperbuat dpd bulu babi. Ada juga peniaga melayu yg menggunakan bukan sbb sengaja, tp tak tau berus tu dpd bulu babi.

Sapa yg suka masak tu, jgn beli berus yg dibuat di China atau Taiwan sbb mostly mmg dr bulu babi. Beli jer berus plastik yg dibuat dr nylon...mmg keras sket..tp lebih murah & kita tak was2 nak guna.

Gambar kulit babi & bulu babi sy attachkan. Kulit lain tak sama dgn kulit babi. Even kulit rusa (nubuck), texturenya lebih kurang kulit lembu. So far, tak pernah lg sy jumpa kulit lain yg serupa dgn kulit babi. So, klu ada 3 dot tu, mmg confirm la kulit babi.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Blog Widget by LinkWithin