adsense

11 September, 2007

Najis Besar



Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu
Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku
bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu
dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama.

Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai
orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi
dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas
bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih.

Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk
dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak
tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu
besar?..

Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang,
dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi
tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing
baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi
aku rasa jawapan tu ok la kut.

Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling
kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam
nak tolong je mamat pengantin tu? bukannye susah, jawapannya
anjing ngan babi je,.. tapi mamat tu dah mula berpeluk jantan
keluar kat dahi?. tok kadi mula senyum? Aku sebut dalam hati
moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya
aku cakap dalam hati dia tak dengar.

Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana
ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum
air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai
orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2
aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh
jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata.

Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar
kat pengantin tu keadaan senyap sunyi?. tapi bila pengantin
tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan
gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control
macamana ?taik gajah? besar betul.. nak2 bila gajah makan durian.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin