
Tarikh lahir Islam & Perilaku berdasarkan tarikh kelahiran Islam
http://www.islam./islamicdates.aspklik  kat link tu kalu korang nak tau korang lahir bulan aper dalam  bulan
islam
PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR  ISLAM...
HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda  dilahirkan, menurut
pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang  tersendiri
terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan  pengetahuan.
MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan  menjadi bodoh jika tidak
mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu,  jika dididik dengan baik,
dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang  pintar cerdas ada
padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu  berada dalam selamat.
SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui  kesalahannya. lbubapanya perlu
mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk  itu, jika tidak, kehidupannya
akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun  begitu, sekiranya dia
melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya  ianya akan
mendatangkan hasil.
RABIULAWAL
Perwatakannya baik.  Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang
berpengaruh atau kaya  tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat
negatif dirinya  termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah  marah.
RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran  dan kemahuannya lemah,
buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat  tangannya. Kehidupannya
menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa  menempuh kesukaran dalam
mendidiknya.
JAMADIL AWAL
Dia mempunyai  tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad,
kadangkala melakukan  sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu,
keberanian dan tekadnya itu  akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui
kegagalan juga.
JAMADIL  AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada  padanya.
Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah  mengakuinya,
tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu  mengalah.
Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar  terserlah
sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa  dewasa ia
akan menyenangkan kedua orang tuanya.
REJAB
Semasa  kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan
baik agar  dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa,
dia suka  bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak
berlainan  dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat
dan  sentosa.
SYA'ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya  tidak putus-putus.
Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan  kawan-kawan.
Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang  padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah  mendapat
rezeki.
RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri.  Dia tidak angkuh kepada teman yang
dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan  diriya. Kehidupannya selalu
selamat.\
SYAWAL
Perwatakannya keras.  Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang
lain. Hal ini  membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah
mendidiknya dengan betul  bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak
kehidupannya menjadi susah  kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu
bergaduh terutamanya dalam hal  mencari rezeki.
ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik  pada dirinya berubah menjadi
buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini,  satu hari nanti dia akan
mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi  oleh kerana banyak
berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia  seharusnya bertindak
tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang  yang memuaskan.
ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik  terlalu baik pula. Dia sering
mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia  sukar mengawal perasaannya,
kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau  sebaliknya. 0leh kerana dia tidak
dapat memberikan garis pemisah, dia sukar  mempertimbangkan baik buruk
perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana  kurang hati-hati dan kurang
pertimbangan