BENARLAH kata-kata sikap lelaki memang sukar  ditelah. Perangai mereka ada kalanya memeningkan kepala wanita terutama yang  mencintainya.
Sesanda perlu menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya  demi meraih cintanya. Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir  dengan perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuat dia  tertawan.
Untuk merasai lebih dicintai, anda sendiri harus mengetahui  apa yang disukai lelaki pilihan anda itu. Jika lelaki sukakan wanita yang  memenuhi cita rasanya, cubalah belajar mengenali hati lelaki.
Mana tahu  sikap anda yang pandai mengambil hati, tidak mementingkan diri sendiri selain  boleh bertolak ansur menjadi faktor lelaki itu memuja anda suatu hari nanti. 
Lelaki juga tidak suka wanita yang mengada-ngada selain wanita yang agak  ¡ganas¢ dalam bergaul.
Untuk itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya  anda menjadi wanita yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia  penting kerana anda tidak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki cepat  muak atau meluat.
Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu  persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci.
Jadi pendengar setia 
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan  tidak suka kaum hawa yang suka membangkang. 
Suka dimanja. 
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan  belaian dan kata-kata romantik. 
Tarikan  derapan kasut 
Bunyi derapan  kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki. 
Jangan bersolek tebal 
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek  terlalu tebal. 
Ingat hari  pentingnya 
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting  yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu. 
Hormatinya 
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang  rapat dengannya. 
Jangan terlalu  kebudak-budakan 
Bersikap matang  dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap  terlalu kebudak-budakan. 
Agresif  
Lelaki suka sikap wanita yang agresif. 
Jangan terlalu seronok 
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual  dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.  
Jangan ganas 
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam  pergaulan. 
Jangan terlalu  baik 
Jangan terlalu  menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna. 
Jangan perasan 
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa  yang jelita. 
Sikap  sederhana 
Sentiasa  memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan. 
Sikap keibuan 
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu  dititikberatkan. 
Lemah-lembut 
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka. 
Sensitif 
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu  sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis. 
Kenali dirinya 
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda  memulakan langkah untuk memikat. 
Jaga  kecantikan 
Lelaki sukakan  wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!  
Gaya kemas 
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah  mata, punggung dan gaya langkah yang kemas. 
Jangan kuno 
Jangan bersikap terlalu kuno. 
Sering tanya khabar 
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali  seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja.  Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik  perhatiannya. 
Jujur dalam  tingkah laku 
Usia dan bentuk  badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah  laku yang bersopan-santun. 
Suka yang  beragama 
Lelaki sukakan  seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu  terlalu alim. 
Tidak mudah  dipermainkan 
Menunjukkan  bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu  merengek dan mengada-ngada. 
Jangan tunjuk  lemah 
Jangan tunjukkan  kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati. 
Tunjuk matang 
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang  serta mudah diajak berbincang. 
 
ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
16 September, 2007
Ciri wanita disukai lelaki
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment