adsense

06 October, 2007

Sumbangan terakhir anak saya’



Oleh Abdul Razak Din

SITIAWAN 4 Okt. – “Kalau anak saya itu dikebumikan bersama semua organnya, dia tidak mungkin dapat memberi manfaat kepada orang lain. Inilah sumbangan terakhirnya.

“Saya juga bersetuju mendermakan organ anak lelaki saya kerana dia adalah anugerah Allah dan kini tiba giliran saya mengembalikan pemberian Allah itu sebagai tanda syukur.”

Itulah luahan bapa remaja berusia 15 tahun yang mendermakan jantung, paru-paru, hati dan buah pinggangnya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya Isnin lalu.

Penderma tersebut merupakan seorang pelajar berusia 15 tahun yang terbabit dalam kemalangan antara motosikal dengan bas di Batu 10, Lekir dekat sini pada Isnin lalu selepas menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Akibat kemalangan itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala telah koma selama tiga hari sebelum meninggal dunia di Hospital Ipoh petang semalam.

Jantung yang didermakannya itu diterima oleh gadis berjantung mekanikal, Tee Hui Yee, 14, yang menunggu jantung baru sejak setahun lalu.

Seorang lagi penerima organ remaja itu ialah seorang lelaki berusia 39 tahun yang mendapat paru-paru remaja itu dan telah menjalani pembedahan serentak dengan Hui Yee di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur hari ini.

Bapa remaja itu yang enggan namanya disiarkan berkata, sebagai makhluk ciptaan Allah, semua yang ada pada tubuh setiap manusia adalah milik Yang Maha Esa dan sewajarnya dimanfaatkan sebaik mungkin.

“Semua ini (tubuh manusia) adalah milik Allah,’’ katanya dalam nada suara perlahan sambil menahan sebak ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Beliau menambah, walaupun masih bersedih dengan kehilangan anaknya itu, mereka sekeluarga reda dengan kekuasaan Allah kerana kematian anaknya itu dapat memberi kehidupan baru kepada insan lain.

“Walaupun anak saya sudah tiada tetapi kini saya merasakan kami mendapat seorang anak angkat,” katanya.

Menurutnya, beliau membuat keputusan mendermakan organ anaknya itu setelah mendapat nasihat doktor dan juga terbaca laporan akhbar mengenai seorang gadis yang menantikan jantung baru.

Bagaimanapun, katanya, ketika membuat keputusan mendermakan organ badan anaknya itu, dia menyerahkan kepada jasa baik pihak hospital untuk memberikannya kepada mana-mana pesakit yang memerlukan.

“Saya berasa gembira setelah mendapat panggilan daripada seorang doktor yang memaklumkan bahawa jantung anak saya yang didermakan kepada Hui Yee berjaya dipindahkan kepada gadis itu dalam satu pembedahan di IJN hari ini,” katanya.

Bagaimanapun, bapa penderma itu terkejut apabila didatangi oleh pihak media di rumahnya malam ini sedangkan tidak ramai yang tahu tentang tindakan dia mendermakan organ anaknya itu.

Namun, kehadiran wartawan disambut dengan baik. Katanya, dia tidak mengharapkan sebarang ganjaran atau ucapan terima kasih apabila membuat keputusan mendermakan organ anaknya itu.

“Apa yang kami minta daripada pihak hospital ialah supaya tidak memberitahu identiti anak kami. Saya harap pihak hospital dan orang ramai menghormati permintaan kami ini,” katanya.

Future sport




Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

FADILAT AL - FATIHAH...usaha dan tawakkal



Assalammu'alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh
Bismilahhiromannirohim
Sekadar berkongsi Ilmu, betapa besar Fadilat KALAMULLAH, Al - Fatihah, mengandungi 7 ayat, yang membawa maksud PEMBUKAAN, satu maksud yg sangat dalam.. membuka kepada banyak punca2, yg semestinya bernawaitukan kebaikan ummah, membuka pintu2 rezeki, membuka hati2 kepada keimanan dan takwa, membuka jalan kepada penyelesaian masalah. Kerana kebaikan yg banyak terkandung didalam Al- Fatihan inilah maka ia digelar 'Um-mul Kitab (ibu kitab – AlQuran).
7 ayat bermula dengan Bismillah.. yg menggambarkan kebesaran ALLAH yg MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG. Tiada selayangnya kepada DIA lah kita memohon doa dan mengadu segala masalah. Kepada DIA juga kita panjatkan harapan dan sentiasalah USNUZON (bersangka baik kepada Allah Swt) bahawa ALLAH swt akan tetap mengabulkan doa kita dan usaha kita selama ini, pada waktu yang tepat iaitu, pabila HANYA ALLAH YG MAHA MENGETAHUI SAAT DAN TIKANYA DETIK TERSEBUT – Wallahu'alam….
Petua dan tips daripada Dr.Fatma..

(From Dr. Fatma's tafsir Al-Quran class How to use the Surah Al Fatihah)

1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the time :
* Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.

2. For terminal diseases:
* Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take a
bath with that water.

3. For the mentally ill:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once in the morning and once at night, everyday without fail.

4. When in extreme pain:
* Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it.Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.

5. For babies who cry at night or at any time:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head.

6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door
* Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area.

All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:
* Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything
* Read it with full "khusyuk"
* Tawakal to Allah
* Use it with GOOD "niat" /intentions.

Untuk yg berhajat: (percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebagainya):

* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah
masuknye waktu Maghrib.

* duduk menghadap kiblat

* lakukannya dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita

* Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-
panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye
waktu maghrib.

* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar"
dilaungkan, terus lah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yg
MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati.

* Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut.

Mintak lah yg baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam.

Notes taken fm Ustazah Fatma's last lecture session taken by her closest friend, Ani:-

Untuk awet muda both internal & external.
1.Zikir - Baca
" Ya Badiyah " 1 x
" Ya Nur " 1 x
" Ya Hadi " 1 x
" Ya Allah " 3 x

Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup muka kita pada tiap hari.

2.Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38, pada tiap selepas sembahyang subuh ke air dan minum. (air rawatan dalaman to look young and feel young inside)

3.Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya dengan ketenangan jiwa.

4.Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga boleh menghilang/meredakan.



hai org2 yg BERIMAN, minta tolonglah dengar SABAR DAN SEMBAHYANG. sesungguhnya ALLAH berserta org2 yg SABAR.- Al Baqarah : 153

05 October, 2007

Hand out Definasi Halal




CLICK HERE TO DOWNLOAD "MAKANAN HALAL VS SYUBHAH"

WORD FORMAT

Radio Swasta Ditegur Utamakan Lagu Indonesia



KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kerajaan memandang berat tindakan radio swasta yang memberi keutamaan kepada penyiaran lagu-lagu Indonesia.

Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata Kabinet hari ini memberi perhatian rungutan artis tempatan terhadap masalah itu dan mengharapkan pertimbangan radio swasta agar tidak ghairah menyiarkan lagu-lagu Indonesia sehingga masyarakat melupakan lagu-lagu tempatan.

"RTM tidak mempunyai kuasa untuk mengawal radio swasta daripada menyiarkan lagu-lagu asing tetapi kekerapan penyiaran lagu-lagu Indonesia mengancam lagu-lagu artis kita.

"RTM mengutamakan lagu-lagu tempatan dan kalau ada lagu-lagu Indonesia pun tak sampai 10 peratus," katanya selepas menghadiri majlis berbuka puasa Kementerian Penerangan di sini.

Katanya sejak dulu kerajaan tidak mengambil tindakan atau mengadakan undang-undang untuk menyekat penyiaran lagu-lagu asing yang tidak melanggar etika.

"Kita kesal Indonesia tidak memberikan tempat yang sama kepada artis Malaysia sedangkan lagu dan filem Indonesia yang popular selalu disiarkan," kata Zainuddin.

Beliau mengingatkan artis tempatan supaya bersaing dengan kualiti lagu Indonesia untuk memenangi selera generasi muda dan dalam masa yang sama RTM sendiri akan membantu mempromosikan lagu artis tempatan.

Zainuddin turut menyalahkan sikap artis tempatan yang tidak berdisiplin dan tidak memenuhi kehendak pihak hotel ketika membuat persembahan menyebabkan mereka terpaksa memanggil artis luar.

Katanya RTM juga tidak memandang sepi persaingan stesen radio swasta yang mementingkan komersial supaya RTM tidak ketinggalan.

Menyentuh mengenai persaingan stesen televisyen menyiarkan drama Indonesia, katanya RTM akan mengawasi keadaan itu agar tidak merugikan penerbit drama tempatan dan tanggungjawab sosial RTM.

Mengenai rancangan `Fenomena Seni" yang tidak konsisten siarannya, Zainuddin berkata perkara itu tidak akan berlaku lagi kerana rancangan itu sudah menjadi satu ikon yang mempunyai ramai peminat.

"Jika kita terpaksa memberi laluan kepada slot penting yang lain, `Fenomena Seni' akan disiarkan lewat sedikit dan tidak dibatalkan seperti sebelum ini.

Zainuddin menyampaikan sumbangan kepada 40 anak yatim dari kampung Sekinchan dan Sungai Panjang dalam majlis itu yang turut dihadiri oleh timbalannya Datuk Seri Chia Kwang Chye, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Datuk Kamaruddin Siaraf, Pengurus Besar Bernama Datuk Azman Ujang dan Timbalan Ketua Pengarang Bernama Zulkefli Salleh.

-- BERNAMA

Lawak Pendek



Terengganu VS Kelantan

MENANTU TERENGGANU (MT): MOK...KALU MOK GI KEDAA... TOLONG BELI 'KETANG' 4 KILO........NANTI KITO BAYAR

MENTUA KELANTAN (MK) : BEREEEHHH.....

SELEPAS MENTUA PULANG DARI KEDAI......................

MT : LOOOO.... BAK PO MOK BELI 'UBI KETANG'(ubi
kentang)... BANYOK-BANYOK NI....

MK : TADI MU KATO BELI KETE(ubi kentang).....
PAH TU KETE MANO PULAKKKK...

MT : BUKANG UBI 'KETANG'.... KITO SURUH BELI
'KETANG'..... HOK ADA SEPIT......(ketam)...


HIDUP NIE KENE SOKMO SENGEH2..BARU AHH TRILL BEB!!-


----------------------------------------------------------------------

Sad ending

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami :: Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..


------------------------------------------------------------------------

Kutu Lepak

kat sebuah kg, terdapat sekumpulan remaja yang suka lepak. Sorang name Ali, Budin dan Ciko. Aktiviti depa ni, menyebabkan mate tok imam kat kg tu tak senang. Pada satu hari, tok imam tu datang nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah pentekaran kecil antara dua golongan tersebut. Nak di pendekkan cite, tok imam tu mencabar mangkuk 3 ekor ni ke surau. Si Ali berkata "tok ingat kami ni jahil sangat ke? takpa kami buktikan yang kami bukan nye jahil seperti yang disangkakan". Maka pegilah tiga ekor tu ke surau. Tok imam menyuruh Ali untuk azan. Ali pun tanpa berlengah terus je "allahtaala... allahtaala..". maka terselahlah kejahilan Ali. Bila nak sembahyang je, tok imam td angkat takbiratulikram... . angkat sekali tak kusyuk g.. angkat 2 kali tak kyusyuk g.. masuk je kali yang ketiga.. budin panggil tok imam " tok duduk kat belakang, biar saye je yang imam" tok imam pun undur le kebelakang. Budin pun angkat le takbiratul ikram... allhahuakbar... . maka si makmum pun ngikut le si Budin ni... tiba-tiba Budin pusing ke belakang dan berkata" tengok tok sekali jee!!" maka terserlah kebodohan si Budin. Tok imam pun meminta si ciko lak untuk jd imam. si ciko ni tidak lah pulak nak menolak. die terus je jd imam solat tersebut.. bermulalah dari takbir sampai le abis sembahyang. sip ade wirid dan doa laie... punye lah raspek tok imam kat si ciko niii.. mase tengah dok sembang tok imam memuji leee si ciko nii.. make dengan bongkaknye si ciko berkata " tu belum ambil wuduk laie tu"
.

Rahsia tahi lalat



Masyarakat pada zaman dahulu mengenalseseorang dgn melihat tanda pada badannya.Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu.Hanyalah sekadar menambah pengetahuan.


Bagian Badan

Firasat

bibir atas kanan

banyak rezeki, pandai

bibir atas kiri

ramai kawan, baik hati

bibir bawah kanan

disegani orang, ramai yg suka

bibir bawah kiri

pandai bicara, tak mudah kalah

leher kanan

cerdas, jujur, berani menderita

leher kiri

cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan

leher di tengah

tercapai cita-cita

biji mata kanan

suka serong dan pembohong

biji mata kiri

pembohong tetapi baik hati

hujung mata kanan

baik hati, sopan santun, cerdas


BACA ARTIKEL PENUH<<<<


Wallahualam..

KIAN ( VERSI RAYA )



LAGU RAYA VERSI BARU...Minah kilang


Kian jauh,
Kian hilang,
Cuti antara kita.....

Nampak tenang pada zahirnya
Tapi batin tersiksa,

Yg nak cuti Bos pulak tak bagi...
Raya di kilang jua,
Sesekali terbit air mata,
Tahan sebak di dada.

Kemanakah, nak ku bawa,
Borang cuti ku ini,
Dimanakah hendak ku campak,
Borang cuti ku ini,

Bila borang cuti ku di Reject,
Aku kecewa gila,
Perasaanku kian tersentuh,
Bila raya ini berlabuuuuuh....

Apakah yg dikejar dalam hidupku,
Hanya 70 hengget OT ku,
Kita raya hanya setahun sekali,
Tahun depan belum tentu lagi,

Yg pasti, raya ini....
Duduk di kilang la lagi,
Usahlah sedih terus menangis,
Kerna....keje lagi
!!!!!

Pada aku, masih ada
Ketupat dan nasi kantin,
Sebenarnya sudah lama
Aku sungguh bersedih......hati!!!!!!!!!!!

WAAAAAAAAAAAAAA KENA KERJA LAGIIIIIIIIIIIIIII !!!!!!!!!!!!!!!!!

.

Extreeeeeeme Makeover



Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us

Transparent Butterfly



Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF




Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur
disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu
bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih
mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu
dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada
pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna
kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih
berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih
hidup untuk meneruskan hari tersebut...

AND FINALLY ........ for received this personal and meaningful forwarded
e-mails because it means you have friends who are thinking of you.

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita
dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"

Duit raya untuk mu

utk kawan2 yg saya ingati….
Memandangkan tahun nih saya dpt bonus lebih, NAH amik sorang sehelai…kalu tak cukup print ler banyak2.
Jangan guna untuk beli nombor ekor dah ler… pandai2 la wat belanje ekkkk




Teksi, bas desak naik tambang hingga 600%




03-10-2007 05:12:51 PM
Oleh SA'ODAH ELIAS

PUTRAJAYA: Sebuah persatuan teksi meminta kerajaan menaikkan tambang sehingga 600 peratus, sementara persatuan bas pula menuntut kenaikan tambang sehingga 100 peratus.

Cadangan kenaikan melampau itu dibuat oleh persatuan-persatuan berkenaan kepada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang kini dalam proses menjalankan kajian terperinci mengenai industri kenderaan awam di negara ini.

Orang ramai bagaimanapun tidak perlu panik, kerana menurut pengerusi LPKP Datuk Markiman Kobiran, kerajaan tidak semestinya menerima bulat.

"Kita masih lagi dalam proses mengumpul maklumat mengenai industri ini, terutama mengenai peningkatan kos operasi, gaji minimum pemandu dan ciri-ciri keselamatan. Semua maklumat yang kita perolehi itu akan digunakan dalam menentukan kadar kenaikan tambang kelak.

"Jika segalanya berjalan lancar, kita akan dapat membuat keputusan yang sebaiknya pertengahan tahun depan," katanya kepada pemberita selepas menutup kursus latihan semula pemandu bas sementara hari ini.

Markiman berkata, LPKP sedar mengenai perlunya kajian semula tambang kenderaan awam berikutan peningkatan tinggi kos operasi berpunca daripada kenaikan harga petrol, yang merupakan 60 peratus komponen operasi sesebuah syarikat kenderaan awam.

Bagaimanapun, katanya, penentuan kadar kenaikan itu memerlukan kajian lanjut bagi memastikan kepentingan semua pihak, terutama orang ramai.

Beliau juga berkata faktor penting yang akan diambil kira antaranya, tahap peningkatan kos operasi yang bertambah akibat kegiatan memajak dan menyewakan permit.

"Kita kira, jika semua bas menjalankan kegiatan sendiri, peningkatan kos tidaklah seberapa. Kita akan membuat pemantauan terhadap semua 186 syarikat bas ekspres tidak lama lagi bagi mengenal pasti syarikat yang menggunakan permit sewa.

"Permit yang disewa atau dipajak akan dibatalkan kerana kegiatan itu menyalahi undang-undang. Saya berpendapat mereka yang diberikan permit tetapi tidak mengusahakannya sendiri tidak layak berada dalam industri ini," tambahnya.

Markiman juga mengeluh tentang pelbagai kenyataan sinis yang terpaksa diterimanya sejak akhir-akhir ini apabila industri kenderaan awam mendapat perhatian orang ramai dan media berikutan kemalangan bas ekspres yang mengorbankan 22 penumpang di Bukit Gantang, Perak pada Ogos lalu.

"Malah, ada orang berkata, dahulu bas hanya terjun gaung, parit dan sungai, sekarang bas dah terjun ke laut. Bayangkan begitulah sinisnya kenyatan-kenyataan yang terpaksa saya terima sejak akhir-akhir ini," katanya, merujuk kejadian sebuah bas yang terbabas ke dalam laut Selat Tebrau di Stulang, Johor Baru minggu lalu.

Kemalangan itu menyebabkan dua terbunuh, sementara sembilan lagi cedera.

Benarkah Amerika Syarikat Mahu Kuasai Selat Melaka?


Posted on Wednesday, October 03 @ 23:24:13 MYT by greenboc
Artikel Oleh Ruhanie Ahmad


aDi bawah ini saya petik beberapa faktor menarik daripada artikel Prof. Madya Azmi Hassan, Pengarah Pusat Dasar Teknologi Dan Kajian Antarabangsa (Centepis) Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, yang disiarkan oleh Utusan Malaysia 15 September 2007.



Dalam artikel berjodol Washington Cari Helah Bertapak Di Selat Melaka, antara lainnya, Azmi mengaskan seperti berikut:


Terdapat desas-desus Washington akan menggunakan landasan Persidangan Ketua-Ketua Perisikan Pertahanan Rantau Asia Pasifik (APICC) untuk memaksa Kuala Lumpur dan Jakarta menerima kehadiran tentera AS di Selat Melaka.


Washington sudah lama berusaha memujuk kedua-dua negara pesisir ini untuk bersama-sama dengan Singapura supaya akur dengan keperluan kehadiran tentera AS di Selat Melaka.

Terbaru, Washington menggunakan Inisiatif Peningkatan Keselamatan (PSI) sebagai asas untuk bertapak di Selat Melaka. Tetapi, sehingga kini Kuala Lumpur dan Jakarta terus bertegas menolak program tersebut.

Pada tahun 2003 Washington memperkenalkan Inisiatif Keselamatan Maritim Serantau (RMSI) sebagai langkah permulaan bertapak di Selat Melaka.

Bantahan keras Kuala Lumpur dan Jakarta terhadap RMSI membuatkan Washington membatalkan program tersebut dan diganti dengan PSI.

Kuala Lumpur dan Jakarta setakat ini bertekad enggan menyertai PSI sebab curiga dan syak wasangka berikutan kaedah perlaksanaan PSI tidak mengikut lunas perundangan antarabangsa yang sedia ada. Mudah kata, kedaulatan dan maruah negara boleh tergadai jika tersilap langkah.

Terdapat juga kesangsian Washington boleh menggunakan PSI sebagai meletakkan pengaruh mereka di Selat Melaka. Jakarta sering dipujuk supaya menyertai PSI dan kali terakhir ini dilakukan ketika Setiausaha Negara AS Condoleezza Rice membuat lawatan ke Indonesia pada bulan Mac 2006. Permintaan Rice ditolak oleh Jakarta atas alasan kedaulatan negara tidak mahu diperjudikan.

Untuk membaca artikel sepenuhnya dan artikel lain berkaitan dengannya, sila akeses link berikut:


Nota: Saya paparkan sedutan artikel Prof. Madya Azmi Hassan seperti di atas untuk memperkuatkan lagi kekhuatiran ramai rakyat Malaysia bahawa kehadiran FBI membantu PDRM dalam kes Nurin kali ini mungkin ada udang di sebalik batu. Fikir-fikirkanlah… - Ruhanie Ahmad

Kad Raya




Dah dapat KAD ke belum...jika belum ..


>>>CLICK HERE TO DOWNLOAD "KAD RAYA SPECIAL"<<<<


POWER POINT FORMAT



http://shareafile.wordpress.com/

Something different


Click images for enlarge.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Mobile Phone And Violent Death (18SG)



Jangan Jadi Tragedis sebegini apabila pulang ke Kampung dimusim perayaan ini..hati hati ya kekawan...



>>>CLICK HERE TO DOWNLOAD "Mobile Phone And Violent Death"<<<

Can you do this?




Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Prince Charming



Blog Widget by LinkWithin