Posted on Wednesday, October 03 @ 23:24:13 MYT by greenboc
Oleh Ruhanie Ahmad
Di bawah ini saya petik beberapa faktor menarik daripada artikel Prof. Madya Azmi Hassan, Pengarah Pusat Dasar Teknologi Dan Kajian Antarabangsa (Centepis) Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, yang disiarkan oleh Utusan Malaysia 15 September 2007.
Dalam artikel berjodol Washington Cari Helah Bertapak Di Selat Melaka, antara lainnya, Azmi mengaskan seperti berikut:
Terdapat desas-desus Washington akan menggunakan landasan Persidangan Ketua-Ketua Perisikan Pertahanan Rantau Asia Pasifik (APICC) untuk memaksa Kuala Lumpur dan Jakarta menerima kehadiran tentera AS di Selat Melaka.
Washington sudah lama berusaha memujuk kedua-dua negara pesisir ini untuk bersama-sama dengan Singapura supaya akur dengan keperluan kehadiran tentera AS di Selat Melaka.
Terbaru, Washington menggunakan Inisiatif Peningkatan Keselamatan (PSI) sebagai asas untuk bertapak di Selat Melaka. Tetapi, sehingga kini Kuala Lumpur dan Jakarta terus bertegas menolak program tersebut.
Pada tahun 2003 Washington memperkenalkan Inisiatif Keselamatan Maritim Serantau (RMSI) sebagai langkah permulaan bertapak di Selat Melaka.
Bantahan keras Kuala Lumpur dan Jakarta terhadap RMSI membuatkan Washington membatalkan program tersebut dan diganti dengan PSI.
Kuala Lumpur dan Jakarta setakat ini bertekad enggan menyertai PSI sebab curiga dan syak wasangka berikutan kaedah perlaksanaan PSI tidak mengikut lunas perundangan antarabangsa yang sedia ada. Mudah kata, kedaulatan dan maruah negara boleh tergadai jika tersilap langkah.
Terdapat juga kesangsian Washington boleh menggunakan PSI sebagai meletakkan pengaruh mereka di Selat Melaka. Jakarta sering dipujuk supaya menyertai PSI dan kali terakhir ini dilakukan ketika Setiausaha Negara AS Condoleezza Rice membuat lawatan ke Indonesia pada bulan Mac 2006. Permintaan Rice ditolak oleh Jakarta atas alasan kedaulatan negara tidak mahu diperjudikan.
Untuk membaca artikel sepenuhnya dan artikel lain berkaitan dengannya, sila akeses link berikut:
Nota: Saya paparkan sedutan artikel Prof. Madya Azmi Hassan seperti di atas untuk memperkuatkan lagi kekhuatiran ramai rakyat Malaysia bahawa kehadiran FBI membantu PDRM dalam kes Nurin kali ini mungkin ada udang di sebalik batu. Fikir-fikirkanlah… - Ruhanie Ahmad
No comments:
Post a Comment